Showing posts with label non butter non oil. Show all posts
Showing posts with label non butter non oil. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Oat Raisins walnuts bread

Non butter non oil bread.. roti untuk orang diet ;-). Masuk tahun 2012 aritu, "tuan rumah" terus start diet. Target sehingga abih bulan 2, turunkan berat sebanyak 5 kg. Setakat arini hampir 4kg berjaya diturunkan. Alhamdulillah...
Berat "tuan rumah" sebelum ni 60-61 kg.. berat ooo..


Oat Raisins walnuts bread sebelum dibakar



oat raisins walnuts bread
Oat Raisins Walnuts Bread


Bahan-bahan:
  • 300gm tepung berprotein tinggi
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 50gm water roux
  • 110gm air
  • 3 sudu besar oatmeal
  • 3 sudu besar raisins
  • 1-2 sudu besar walnuts

Cara-cara:
  1. Bakar walnuts dalam oven pada suhu 170 degree selama 10 minit. Cincang kasar walnut dan sejukkan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali oatmeal, raisins dan walnuts ke dalam breadmaker. Pilh setting untuk doh. "ON"kan.
  3. Bila BM keluarkan bunyi utk masukkan bahan2 lain.. masukkan pula oatmeal, raisins dan juga walnuts. Biarkan sehingga bm siapkan kerjanya.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai. Keluarkan doh dari bm, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  5. Ambik sebiji doh, canaikan. Lorekkan dengan dough cutter untuk membentuknya seperti daun. Ulang untuk doh-doh yang lain.
  6. Biar doh kembang 2 kali ganda. kemudian bakar dengan suhu 180 degree selama 12-13 minit.

Wednesday, July 6, 2011

Soft french bread


Bahan-bahan:
  • 300g tepung roti
  • 190g (air + water roux)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
water roux : 1 sudu besar tepung gandum + 5 sudu besar air. Campur tepung dgn air. Masukkan dlm microwave. Panas selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau. Ulang sehingga pekat.

Cara-cara:
  1. Tak sempat nak tulis detail caranya.. cara2nya sama  gak mcm roti lain.  Guna semua water roux yg dihasilkan dari 1 sudu tepung. Campurkan dgn air biar jadi 190g

Wednesday, December 22, 2010

Bagels

Hi.. hi semua. Rindu weh lama betul takleh online. Dari petang khamis lepas lagi. Kabel TM kawasan ni telah dinodai oleh kerja-kerja membuat jln keretapi lektrik. Dan baru hari nilah kabel tu pulih semula.

Banyak gaklah gambo2 yg tertangguh utk buat tayangan kat sini. Ni bagels utk orang nak diet.. walaweh.. dlm seminggu beratku berjaya diturunkan sebanyak 0.9kg..

Sandwich bagel wif ayam panggang
Bagels

Bahan-bahan:-
  • 160ml air
  • 20g madu
  • 300gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener(optional)
  • 1/2 sudu kecil bread improver (optional)
utk rebus
  • sedikit air
  • 1 sudu besar madu/ gula

Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan air atau madu. Uli sehingga doh jadi lembut dan tidak melekat ditangan. Biarkan naik dua kali ganda.
  3. Atau boleh uli guna breadmaker. Masukkan semua bhn2 mengikut urutan dari atas ke bawah. Pilih setting utk doh.
  4. Bila doh sudah kembang 2 kali ganda. Tumubuk-tumbuk doh utk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat utk setiap doh. Tutup dengan tuala lembab dan biarkan selama 10 minit.
  5. Cara membentuknya boleh rujuk gambar dibawah. Selepas membentuk, biarkan bagels kembang 2 kali ganda.
  6. Panaskan oven sehingga suhu 200 degree. dan panaskan juga sedikit air di dalam fry pan or pot... Lebih kurang 2-3 cm ketinggiannya. Masukkan madu ke dalam air tersebut. Bila air mendidih. Masukkan bagels. Biarkan selama 30 saat  dan balikkan ke sebelah satu lagi, dan biarkan 30 saat lagi. Kemudian angkat dan letakkan ke atas dulang oven.  Bakar bagels selama 12 minit atau sehingga masak.

Tujuan letak madu dalam air untuk nampak bagel lebih berkilat.

Wednesday, December 8, 2010

Roti bijan

Dah lama buat roti ni. Belek-belek kamera tadi terjumpa gambo ni.


Resipi asal dari resipi roti bulat. Saje tambah bijan kat atas roti. Ni kopipes resipi dari sana.  Tapi roti n i diuli guna breadmaker je... senang >_<

Bahan-bahan ( 8 biji )
  • **Bahan A**
  • 125g tepung roti
  • 2 sk dry yeast
  • 2sb gula
  • 150ml air (suhu bilik- 40C)
  • **Bahan B**
  • 125g tepung roti
  • 1/2sk garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan A. Kacau rata.Masukkan pula bahan B. Gaul sebati.
  2. Keluarkan dari mangkuk. Ulikan di atas papan pencanai
  3. Uli guna kedua-dua belah tangan. Sekali sekala ketuk-ketuk doh pada papan pencanai.
  4. Uli selama 10-15 minit. Guna 2 belah tangan. Tarik-tarik, tekan-tekan dan juga ketuk pada papan pencanai. Boleh rujuk gambar 2. Uli sehingga bila doh ditarik dengan tangan, boleh nampak jari di balakang
  5. Bila dah siap, masukkan semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain basah. Biar naik 2 kali ganda (lebih kurang 20minit)
  6. "Finger test". Celup jari ke dalam tepung. Kemudian tekan pada roti untuk uji sama ada naik ke tidak. Bila nampak lubang tu, dah naiklah
  7. Tumbuk roti untuk keluarkan angin.
  8. Bahagikan adunan kepada 8. Kemudian buat bulat.
  9. Tutup rapat-rapat pada bahagian bawah. Rehatkan 10 minit
  10. Selepas rehat, ambik sebiji roti. Leperkan di atas tapak tangan. Kemudian buat bentuk bulat semula macam gambar 8 dan 9. Penaikkan sehingga 1.5 kali ganda atau 20 minit.
  11. Bakar dengan suhu 180C selama 8 minit

Saturday, December 4, 2010

Bun burger bijan hitam

Tengok ros buat bun bijan hitam teringin gaklah nak buat sama. Tapi oleh kerna ros hanya guna 250g tepung takutlah pulak tak cukup. Almaklum anak-anak dah makin besar. Kuantiti makanan pun perlu bertambah. So gunalah resipi sendiri cuma tambah je bijan hitam.

Ni versi bun burger non butter, non oil and non egg. Sesuailah untuk sape-sape nak diet. Macam mana pun terima kasih pd ros sebab bg idea untuk buat bun burger bijan hitam ni.

Bahan-bahan:
  • 100g air
  • 120g water roux ( hasil dari 2 sudu besar tepung gandum + 10 sudu besar air)
  • 300g tepung height protin
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar bijan hitam
topping
  • sedikit bijan hitam
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil air

Cara-cara :-
  1. Masukkan semua bahan ke dam breadmaker. Pilih setting untuk doh.
  2. Keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan doh selama 5-10 minit lagi.
  3. Buat semula bentuk bulat roti tadi. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda.
  4. Sapukan permukaan roti dengan madu yang telah dicampurkan air. Taburkan sedikit bijan hitam ke atasnya.
  5. Bakar roti selama 12 minit dengan suhu 180 degree.
Cara sy buat water roux.. just campur 2 sudu besar tepung dgn 10 sudu besar air. Kemudian masukkan dlm microwave. Setkan 15 saat. Kemudian bawa keluar.. kacau. Masukkan semula. Masak lagi selama 15 saat. Bawa keluar dah kacau. Siap... kalau tak pekat lagi.. bulih tambah lagi 15 saat.
    Burger untuk anak-anak dan papanya

    Lepas siap buat yang dorang punya baru buat burger salad ni utk diri sendiri. Dorang tengah makan baru siap burger ku yg comel ni ehehe.. Tak sangka ada pulak yg jealous. Isshh.. anak-anakku ni mmg pelik. Boleh terliur bila tengok burger yg kaya dengan sayur ini. Boleh pulak tu tak puashati sebab dia punya ada daging burger... sekarang ni dah berjangkit pada si kecil. Makan burger takmo makan daging.. *^_^* . Takpe lain kali mama buat semua burger salad je.. boleh jimat..

    Latest Update .. ♥

    Related Posts with Thumbnails