
Persembahan berjalan lancar seperti dijadualkan. Asalnya hanya lima org sahaja kerana seorang ahli dijadual ke Eropah atas urusan kerja. Terima kasih kepada selsema babi, perjalanannnya ke Eropah dibatalkan dan beliau dapat bermain bersama kami.
Pipiyapong melancarkan sendiri buku beliau bertajuk 'Kacip' hasil koleksi tulisan beliau di dalam
blognya.Kami dijemput oleh
Sindiket Soljah yang khabarnya punya kapal selam mahal untuk bersama-sama memeriahkan pelancaran tersebut. (Oit!Jgn lupa beli buku 'Kacip' kerana cetakan terhad dan tidak diulang cetak!)
Sepuluh minit sebelum persembahan, tali atas bass akustik sudah putus. Atas sifat penafian, Azman cuba menyambung kembali tetapi gagal. Kami yang sudah mendengar bunyi aneh tersebut sudah merasakan tali sudah putus. Begitu juga Sinaganaga. Mereka cuba mencari tali bass selepas itu dan kami ke pentas Annexe untuk membuat sedikit soundcheck.
"Mana yang lain?"tanya Jerome.
"Mereka sedang 'tune' instrumen!",begitu jawab
En Lan .Azman dan Norman tiba tanpa tali bass baru dan bass tali tiga yang putus tali atasnya dimainkan.
Begitulah ceritanya kenapa bass itu talinya putus. Itupun jika ada yang menontonnya perasan. Mana tahu mereka ingat Azman saja-saja memutuskan talinya untuk kelihatan 'trendy'. ha ha
