Joeke,pegawai ASEAN-Japan Centre yang kelakar. Boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Ini lagu yang didendangkannya ketika majlis makan malam. ha ha ha
Showing posts with label Fukuoka. Show all posts
Showing posts with label Fukuoka. Show all posts
Monday, September 08, 2008
Kami minum oren
"Kamu tidak minum (arak) ? ", lelaki Vietnam bernama Ba Nha bertanyakan kami ketika sesi sembang di bilik Abdul Raof.
"Tidak!", kami memberitahu."Tidak pernah?",dia bertanya lagi.
"Tidak pernah!",kami menjawab dengan menerangkan tentang larangan meminum arak kepada penganut Islam.
Beliau terus berkata ianya baik untuk kesihatan (jika tidak meminum arak). Kami perhatikan dia amat kuat meminum beer jenama Kirin ketika majlis makan malam ASEAN Tourism Fair ini.
Ba Nha amat baik dengan kami sepanjang berada di Kokura. Satu-satunya delegasi Vietnam yang mahir berbahasa Inggeris. Beliau juga memberitahu tentang koleksi peribadi instrumen pelbagai jenis yang ada di dalam simpanannya di Hanoi sudah berjumlah melebihi seratus unit .Kebanyakan(atau semua) instrumen ini dapat dimainkan oleh beliau. Multi-instrumentalis!
CD beliau yang diberikan kepada kami juga amat mengagumkan kami. Bila ditanya tentang harga instrumen yang beliau bawa dengan pantas dia memberitahu tiada harga kerana dia tidak akan menjualnya.Sebabnya kebanyakan instrumen itu dibuat oleh ayahnya yang kami pasti seorang pemuzik hebat di Hanoi. (Baru sahaja mahu cuba beli instrumen yang dimainkannya yang bernama tu -sila lihat video di bawah)
Di sesi sembang yang sama juga ,kami jam lagu-lagu Vietnam,Jepun dan Hotel California. Tidak berapa lama kemudian,bahagian reception hotel menghantar wakil memberitahu ada aduan tentang kebisingan yang dihasilkan oleh kami. :)
Beliau terus berkata ianya baik untuk kesihatan (jika tidak meminum arak). Kami perhatikan dia amat kuat meminum beer jenama Kirin ketika majlis makan malam ASEAN Tourism Fair ini.
Ba Nha amat baik dengan kami sepanjang berada di Kokura. Satu-satunya delegasi Vietnam yang mahir berbahasa Inggeris. Beliau juga memberitahu tentang koleksi peribadi instrumen pelbagai jenis yang ada di dalam simpanannya di Hanoi sudah berjumlah melebihi seratus unit .Kebanyakan(atau semua) instrumen ini dapat dimainkan oleh beliau. Multi-instrumentalis!
CD beliau yang diberikan kepada kami juga amat mengagumkan kami. Bila ditanya tentang harga instrumen yang beliau bawa dengan pantas dia memberitahu tiada harga kerana dia tidak akan menjualnya.Sebabnya kebanyakan instrumen itu dibuat oleh ayahnya yang kami pasti seorang pemuzik hebat di Hanoi. (Baru sahaja mahu cuba beli instrumen yang dimainkannya yang bernama tu -sila lihat video di bawah)
Di sesi sembang yang sama juga ,kami jam lagu-lagu Vietnam,Jepun dan Hotel California. Tidak berapa lama kemudian,bahagian reception hotel menghantar wakil memberitahu ada aduan tentang kebisingan yang dihasilkan oleh kami. :)
Thursday, September 04, 2008
Makan lagi
Makan bersama Pak Abdul
Wednesday, August 27, 2008
Joget Fukuoka
Hari terakhir persembahan ,kami membuat kolaborasi bersama Brunai. Hari sebelumnya,pegawai ASEAN-Japan Centre ,Joeke sudah bertanyakan perkara tersebut. Dua tahun yang lepas kami juga membuat kolaborasi dengan Brunai. Selepas kolaborasi itu, seorang anggota menjalin hubungan dengan seorang delegasi Brunai apabila pulang ke negara masing-masing. Oh! Itu cerita lain. :)
Kami mempunyai dua jadual yang sama bersama Brunai. Ini memudahkan kami menyusun persembahan. Malam sebelumnya,kami membuat latihan untuk mencari 'kunci' yang sesuai dan lagu yang bakal dimainkan. Lagu Zapin Budi dipilih. Satu lagi lagu iaitu Joget Pahang telah ditukar menjadi Joget Fukuoka dengan beberapa senikata diubah. Kami ingin memaksa Abdul Raof menyanyi tetapi akhirnya tidak jadi. Nyanyian latar sahaja.
Di set pertama di pentas bawah, dua lagu ini dimainkan dan penari Brunai menjemput penonton untuk menari bersama. Satu kejadian tidak diingini berlaku bila seorang penonton terjatuh di depan pentas. Abdul Raof ingin ketawa tetapi berjaya menahan dirinya memandangkan ramai gadis sedang memerhatikannya.
Di pentas tingkat atas,kami hanya memainkan Zapin Budi sahaja kerana sudah kepenatan.
Monday, August 25, 2008
Angka Sawan di Kokura
Shinji-san,pemain gitar sebuah kumpulan muzik hardcore terkenal di Kokura,Fukuoka datang melihat kami membuat persembahan dan sempat minum teh tarik dan nasi kari ayam di gerai Jom Makan. Malam sebelumnya,kami singgah di kedai muzik tempat beliau bekerja dan berkenalan dengan beberapa rakan sealirannya.Gitar mereka semuanya hebat-hebat.Maklumlah instrumen muzik buatan Jepun. Dua studio latihan tidak disewa dan beberapa orang sedang mendengar lagu di mixer console studio rakaman. Kami menyerahkan lapan keping promo CD kumpulan Grindcore Malaysia, Negation kepada beliau untuk diagih-agihkan kepada rakan-rakan 'scene' di sini. Seharusnya,kami juga perlu membawa CD Cryptic Malediction untuk diberikan kepada mereka! :)
Selesai persembahan,kami menjelajah ke sekitar bandar dan terjumpa Kokura Fuse yang banyak menganjurkan persembahan live pelbagai kumpulan dan artis. Dengan berpakaian baju Melayu,kami berjalan-jalan dan menjadi tontonan ramai orang. Kami cuba meninjau ke dalam Kokura Fuse yang terletak di tingkat bawah (underground) dan terserempak dengan Shinji di situ. Rasanya ramai yang terkejut melihat kelibat kami dengan pakaian baju Melayu yang lengkap bersampin dan songkok. :)
Terasa bangga memakai baju Melayu di bandar asing ini.Seolah-olah pahlawan datang membantu Ultraman menentang kejahatan raksasa!
Shinji ingin membayar harga tiket untuk kami tetapi kami menolak dengan baik kerana kami mempunyai misi lain iaitu mencari muzik! CD dan piring hitam.
Kami ke Border Line Records yang banyak menjual CD,DVD dan vinyl terpakai dan baru.Jika yang terpakai(second hand) masih dalam keadaan yang amat baik. Mungkin mereka hanya guna sekejap sahaja dan terus menjualnya di sini.
Kami juga amat terkejut bertemu dengan CD Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza. CD kumpulan Shinji juga ada dijual di sini.
Maka hantu CD pun terus bersukaria dan berjenaka kerana bertemu salah satu tempat tujuannya.
Friday, August 22, 2008
Angkasawan turun ke bumi
Nizam kemudian melihat ke kanan dan seterusnya ke kiri dan memperkenalkan " The most handsome guy in our team, Abdul Meor!"
Kami tidak sempat membetulkannya dan tiba-tiba terpacul nama tersebut.
"Akhir sekali Zulkifli"
Siapa Abdul Meor?
Misteri Abdul Meor muncul di sisi seorang ahli kami.Namanya di Fukuoka bertukar menjadi Abdul Meor!
Ini sedutan ucapan Nizam di majlis meraikan kedatangan delegasi di sebuah restoran di tingkat lapan,Isutzuya. Satu majlis makan malam yang menggamatkan.
Tuan rumah amat prihatin dengan orang Islam.Walaupun hanya delegasi Malaysia,Brunai,seorang dari Indonesia dan seorang dari Singapura sahaja yang beragama Islam,tiada makanan berasaskan daging dan ayam disediakan. Hanya makanan laut dan pelbagai jenis makanan lain yang menyelerakan. Bukan itu sahaja,makanan juga dimasak hanya menggunakan minyak sayuran.
Di dalam satu perkembangan lain,dua orang wakil dari Korea Selatan datang untuk meninjau program ini kerana sebuah Pusat ASEAN-Korea akan diwujudkan November ini dan pesta pelancongan seperti ini akan turut diadakan pada tahun hadapan di sana. (Untuk pengetahuan semua, perbelanjaan dan elaun delegasi di program ini dibiayai oleh kerajaan Jepun melalui Pusat ASEAN-Jepun).
Di sini ,kami juga berkenalan dengan peniaga Turki yang menjual pelbagai permaidani, barang tembikar,loket dan bermacam-macam barangan lain. Nizam mendapat diskaun yang hebat apabila membeli barangan daripada gerai beliau. Apa yang lebih menarik,beliau boleh bermain flute dan perkusi seperti darbuka.
Malam tadi kami menghabiskan masa selama dua jam menjelajah sekitar bandar Kokura. Setelah penat berjalan,kami bertemu sebuah kedai muzik yang juga bertindak sebagai studio latihan dan rakaman. Setelah berbual dengan lelaki yang menjaga studio tersebut,Abdul Raof diberikan sekeping CD kumpulannya yang memainkan muzik hardcore. Kelihatan kedai muzik ini menjadi 'port' pemuzik dan banyak flyers terdapat di ruang khas kedai ini. Kami bercadang untuk pergi lagi ke kedai tersebut dan memberikan CD kami pula.
Nota: Abdul Raof bersama beberapa gadis pilihan hati sepanjang berada di bandar Kokura, Fukuoka
Wednesday, August 20, 2008
...dan acara pun bermula
Pagi ini berlangsung perasmian ASEAN Tourism Fair oleh Datuk Bandar Kitakyushu. Setelah ucapan daripada lima VIP,kami ke pentas mengambil gambar beramai-ramai dengan muka sedaya upaya berusaha untuk memberikan senyuman paling manis.
Maka bermulalah program ini yang diadakan selama tujuh hari. Hari ini kami mempunyai tiga persembahan setiap satunya selama lima belas minit di tingkat lapan Izutsuya. Keadaan agak tertutup kerana ruang pameran yang padat dengan gerai dan segala macam hasil pameran dan jualan.
Hari ini kami bermain di tingkat lapan dan esok dan seterusnya diselang seli di antara dua pentas yang disediakan.
Pada dua set yang pertama,kami amat lembab kerana bunyinya agak kering.Selepas mengadakan perbincangan dengan juruteknik menggunakan khidmat penterjemah kami akhirnya dapat bunyi yang kami kehendaki. Semalam kami membuat sound check di pentas terbuka(berhampiran bangunan) di bahagian bawah yang lebih bebas.
Lebihkan bass,kurangkan treble dan tambah sedikit reverb!
Setelah tamat set kedua ,seorang gadis muda jelita menghampiri Abdul Raof dan bertanyakan nombor telefon. Opss! Bukan! Seorang pakcik tua menghampiri kami dan bertanyakan CD. Malangnya jurang komunikasi membataskan perbualan kami. Setelah diterangkan oleh penterjemah,Kaji Junko , kami segera diingatkan tentang polisi program ini yang tidak membenarkan sebarang penjualan secara komersil.Nampaknya kami perlu mencari jalan untuk menjual CD kerana ada permintaan.Mungkin perlu menyuruh pakcik ini pergi ke hotel kami atau pun beliau memberikan kami patung Ultraman sebagai tukaran untuk CD.
Di dalam masa yang sama, perasaan Abdul Raof juga berbelah bahagi kerana sudah dua kali pemain perkusi Brunai bertanyakan rebana beliau. Katanya mahu membeli untuk dibawa pulang ke Brunai.
Oh ya! Tengahari ini kami makan nasi dengan kari ayam,daging dan ikan. Halal daripada gerai Malaysia Kitchen Jom Makan. Harganya memang boleh bankrap iaitu 1000yen= RM30.00 seorang.
Selesai persembahan kami berjalan-jalan dan 'usha' beberapa kedai menjual kasut dan pakaian. Nampaknya banyak jualan murah sedang diadakan. Tips kami sesama sendiri adalah 'Jangan berhenti!'
Selepas maghrib,kami sempat meluangkan masa menaiki gondola di Ferris Wheel di Cha Cha Town.Harga satu gondola yang boleh memuatkan empat orang hanya 500yen= RM15.Amat murah!Kalau di Malaysia,hanya lepas untuk seorang sahaja.
Di sini kami mengamalkan pemakanan sihat iaitu minum jus setiap hari.Jus lemon dan epal seratus peratus!
Jika mahu cerita pasal jalanraya dan bangunan rasanya tidak payah lah.Sebabnya? Mereka merancang bandar mereka dengan teliti dan terperinci.
Sebab itu setiap Sabtu raksasa akan datang menyerang bandar mereka dan Ulraman akan datang menyelamatkan bandar.Kemudian,bandar dibangunkan semula.Dan begitulah seterusnya. :)
Inilah akuan bersumpah yang telah kami semua setujui ,ditandatangani oleh kami bertiga. Tiada yang di'lewat' di dalam akuan ini.
Nota untuk Syamsul --- gambar yang kamu inginkan itu bakal dimasukkan bermula esok. Terlalu banyak gambar yang Abdul Raof telah berjaya abadikan. Gadis pelbagai bangsa telah berjaya beliau abadikan ke dalam lensa kamera yang baru dibelinya dengan harga melebihi elaun yang diterimanya.
Tuesday, August 19, 2008
Izutsuya
Kyo wa Izutsuya de burifing ga arimas
Lebih kurang terjemahannya--Hari ini kami ada taklimat di Izutsuya
Hari ini jam 2 petang kami semua menghadiri taklimat di tingkat 11,Izutsuya dan dihadiri oleh Pengurus Besar Izutsuya, pegawai ASEAN Japan Centre dan semua delegasi negara ASEAN. Joenke,pegawai ASEAN Japan Centre mengingatkan kami tentang semangat sebagai satu ASEAN.
Selepas itu,kami menghadiri sesi semak bunyi(sound check) di tingkat bawah,pentas utama di luar Izutsuya. Kali ini pentasnya lebih menarik,mungkin sebab bukan musim sejuk. Kami akan bermain di dua tempat. Di dewan pameran di tingkat lapan dan di tingkat bawah (seperti di dalam gambar di atas).
Juruteknik amat memahami.Kami pasti kerana mereka orang Jepun dan begitu teliti dengan disiplin kerja mereka. Sudah tentu mikrofon jenis Shure58 menjadi pilihan untuk kami gunakan. Setelah memainkan dua lagu (yg dipendekkan),kami berhenti dan terus ke tingkat pameran untuk membantu En Nizam dan Abg Muhaimin di ruang pameran. Jam enam petang kami pulang ke bilik untuk berehat dan solat.
Jam lapan malam kami keluar mencari makanan bersama-sama pegawai Tourism daripada Osaka. Banyak kedai yang menamatkan perniagaan pada jam lapan malam. Akhirnya setelah hampir setengah jam berjalan,kami singgah di sebuah kedai untuk menjamu selera iaitu nasi goreng kampung! Ops! Bukan! Sudah pasti makanan Jepun lagi yang menjadi hidangan.Apa namanya? Yang pasti ada nasi,telur,udang dan sup.Harganya boleh tahan dan dibelanja oleh pegawai Tourism tersebut.
Oh ya!Tadi kami sudah bertemu pengusaha restoran rakyat Malaysia yang mempunyai restoran di Tokyo.Beliau juga membuka gerai pameran besok. Nampaknya kami dapatlah merasa makanan Malaysia tetapi bukan harga Malaysia.Harga Jepun lah!
Esok (Rabu) akan bermula ASEAN Tourism Fair secara rasmi. Moga 'la la la' bergema di Fukuoka dan dapat menerjah jiwa sesiapa yang mendengarnya.
Nota:Semasa aku menulis laporan polis ini , mereka sedang keluar mencari Doraemon di kawasan roda berputar. Ultraman tak jumpa,harap-harap Doraemon menjelma.
Monday, August 18, 2008
Fukuoka rocks!
Kami bergegas ke KLIA setelah tamat persembahan di majlis perkahwinan di TTDI. Satu hari yang padat. (Laporan TTDi akan dibuat oleh adik bongsu kami,Wah Yun Kua).
Abdul Raof tiba paling awal sebelum jam 7 malam. Kami berdua tiba setengah jam selepas itu. Bila kami sampai,Abdul Raof dengan kacak dan bergaya memakai slack,berkemeja dan blazer. Beliau terperanjat melihat kami tiba dengan pakaian rock kami. Nasib baik beliau tidak memakai tali leher!
En Nizam dari Tourism tiba selepas itu. Abg Muhaimin yang akan bersama kami telah tiba awal. Penerbangan 9:45 malam dan setelah lima puluh minit tiba di Changi untuk transit selama dua jam. Jam 1 pagi kami bertolak ke Fukuoka ,Jepun.
Kami tiba enam jam selepas itu jam 8 pagi waktu tempatan (jam 7pagi Malaysia). Setelah melalui imigresen dan kastam selama hampir satu jam,kami dibawa ke hotel kami di Kokura. Nama hotelnya Washington Hotel Plaza. Inilah detik yang ditunggu-tunggu (mencari katil dan bilik air). Setelah diberi taklimat dan jadual persembahan,kami meletakkan barang di bilik masing-masing. Kami mendapat penterjemah (orang Jepun) yang sama ketika kami di Sapporo dua tahun lalu iaitu Kaji Junko yang amat baik dan fasih berbahasa Melayu (pertuturan dan tulisan). Beliau sempat mencetak jadual solat di Kitakyushu (ibu negeri Fukuoka).Oh ya!Jam 4:12 pagi sudah masuk Subuh dan terbit matahari 5:40 pagi.
Cuaca hampir 30 darjah selsius. Panas macam di Malaysia. Bagi yang kurus seperti kami sudah mengalami kekeringan kulit muka. Abdul Raof terkecuali.
Selepas itu,kami berjalan mencari makanan. Inilah masanya merasa makanan Jepun. Tempura dengan teh jepun menjadi pilihan. Harganya 800yen = RM25 untuk satu set yang mengenyangkan. Bangkraplah kami kalau tiap-tiap kali makan macam ni. Tapi tidak mengapa Brahim, tuna dan serunding dibawa bersama.Selain daripada itu,7 Eleven dan Lawson -kedai makanan tak pernah tutup ada untuk kami membeli nasi ,roti atau sushi.
Selepas itu,kami tidur kerana keletihan dan keluar semula pada waktu malam mencari makanan dan melihat kawasan sekitarnya.
Esok(Selasa-19 Ogos) adalah waktu membuat persediaan di booth pameran dan pentas persembahan di Kompleks Membeli belah Izutsuya. Upacara perasmian adalah pada 20 Ogos dan dijangka ramai duta setiap negara akan terlibat.Pada waktu yang sama di KL,ahli-ahli Dewangga Sakti yang lain akan terlibat dengan persembahan di Galeri Petronas untuk majlis makan malam Petrosains. (Selamat untuk semua!).
Hari ini kami belum bertemu dengan Ultraman.Mungkin besok kami akan jumpa!
Nota: Nasib baik Abdul membawa laptop dan melayari internet adalah percuma di hotel ini
Subscribe to:
Posts (Atom)