klik Nuffnang

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Puding Tembikai & Risoles untuk makan2 di office



Assalammualaikum.....selamat berhujung minggu buat semua...
Mamasya nak berkongsi puding tembikai dan risoles yg mamasya buat baru-baru ini utk jamuan makan2 di office.Mcm2 makanan terdapat masa jamuan itu....penyediaan makanan ikut zon, dan zon mama setuju sediakan kuih-muih, jadi mama terlintas nak bawa risoles sahaja pada mulanya, puding itu sebagai tambahan.


Puding tembikai ni sedap pd selera mama...apatah lagi kalau mkn yg dingin..simpan dulu dlm peti ais.Pernah buat dulu masa jamuan di rumah kat Mesir tp kat sana tak da cincau...jadilah tembikai seedless. Untuk resepi bolehlah tengok di sini.


byk keping juga dpt utk 1 resepi. ini utk makan di rumah...


dan satu bekas utk jamuan di pejabat


Risoles juga utk dibawa ke pejabat....
Pernah beberapa kali buat risoles ini. Resepi risoles di sini

Hanya ada beberapa keping gambar jamuan yg dpt dikongsikan utk kenang-kenangan....itupun tak terang sgt,guna hp saja...


mcm2 kuih-muih ada,pakat bawa sebekas seorang...jadi byk.dah mcm tempat jual kuih...tak tahu nak pilih mana satu. selain kuih, ada pizza, sate, spaghetti meat ball.


selain itu nasi lemak dg ayam berempah, nasi impit dg rendang daging dan nasi kerabu.......semua sedap belaka.

Thursday, November 14, 2013

Kenangan Manis Farewell atas kapal.... Nile cruise



Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg tinggalkan komen. Maaf jika ada komen mama belum buat kunjungan balas, masa begitu terhad skrg....sibuk packing brg.
Pada 3 Nov lepas, satu majlis farewell telah diadakan atas kapal untuk mama dan juga wife duta Thailand. Wife duta Thailand berpindah ke India pada bulan Nov ini juga. Majlis dianjurkan oleh ALC (ASEAN Ladies Circle).Ramai ahli dari negara ASEAN yg dapat hadir kali ini.Satu majlis yg cukup manis.... akan mama kenang selalu......cukup istimewa krn diadakan di atas kapal menyusuri Sungai Nil.
Tak nak bercerita panjang...jom tengok gambar menyusuri Sg Nil, sungai terpanjang di dunia, 6,853 km panjang yg merentasi bandar Cairo.View yg cukup menarik sepanjang Sungai Nil...


perlayaran menyusuri Sg Nil mengambil masa 2 jam


sebahgian yg hadir dari negara Msia, Brunei dan Indonesia...


ahli dari Indonesia


Isteri Duta negara ASEAN yg hadir, Brunei, Thailand, Singapore dan Indonesia. turut sama setiausaha ALC




view jambatan.....sayup kelihatan.


gambar bersama isteri Duta negara ASEAN.










sesi perkenalkan diri oleh ahli baru....










menikmati jamuan ringan...


cuacapun nyaman saja dg sesekali angin menyapa sbb dah mula masuk musim sejuk...


hotel Four Season dg view Sg Nil...


sepjg Sg Nil byk restoren...


ada juga kapal berlabuh...


lagi restoren tepi Sg Nil


view jambatan dan bangunan....menarik...


2 jam perjalanan tidak terasa....


last photo beramai2 sebelum pulang.....kenangan bersama ladies dari negara ASEAN


utk naik boat, kami kena masuk ikut kapal Monalisa, barulah jumpa bot.

Thursday, December 20, 2012

Kesibukan di Bulan Dis



Assalammualaikum...moga semua sihat sejahtera dan ceria.
Dkt 2 minggu tak update blog.....sbbnya mama mmg busy sgt dg mcm2 xtvt dan travel jauh dan dekat. mmg tak sempat nak ngadap blog nak kongsi cerita. hari ni baru ada kesempatan dan kerajinan nak kongsi kisah kenapa mama tak update blog.....citernya..

DSC_6282MN_zpsccbd18a5

6-7 Dis, kami sekeluarga ke Alexandria lagi yg jauhnya 3 jam lebih dr rumah. mcm biasa ikut program mr husben di sana.Oleh kerana jadual mr husben agak padat kali ni kami hanya jln2 sekitar hotel...ada kws shopping complek.

DSC_6025_zpseee24f52

hanya masa nak pergi sempat masuk town Alexandria....Laut Mediterranean yg biru dan cantik sepjg bandar Alex...
DSC_6041_zps6486547d

ramai yg menikmati keindahan tepi laut disini...

DSC_6028_zps2e87b8f0

cafe mengadap laut Med diletakkan kerusi2 utk pelanggan
DSC_6030_zps7e273a67

suka tengok bgnan hotel ini serba putih....kalau dihias dg bunga2 dibalkoni lagilah cantik...
DSC_6271_zpsb06b4656

Syakirah dgn abg2 ber 3 posing di kws hotel....
DSC_6278_zps184d1f1f-1_zpsb6758f84

peace dr Syakirah...masa ni dah check out dan nak bertolak balik.sampai rumah dah malam.


esoknya ke Pasar Khankalili....nak cari brg sikit sbb...


mlmnya terbang pulang ke Msia. balik sekejap saja, dlm seminggu....bukan bercuti tp ada acara dan urusan serta menziarahi famili di kg. dan sempat juga mama ke office berjumpa kawan2.

DSC_6291mn_zps064cab3d

Semasa baru saja tiba di rumah jam 8.30 mlm setelah 12 jam dlm flight Cairo to KLIA, tak sangka tiba2 ada org dtg rumah hantar bunga & hamper....sukaaa.....terasa hilang sikit penat.t.kasih byk-byk....

DSC_6317_zps8588663e

suasana dewan selepas acara pada hari Selasa.....balik sbb ada acara di sini.maaf mama tak dpt ceritakan detail acara apa...hanya lafaz kesyukuran dpt diucapkan.....Alhamdullilah.

DSC_6358_zps2f4c6986

Mlm rabu lepas selesai urusan di Putrajaya belah ptgnya, kami menaiki flight ke K.Trg.hanya sempat balik K.Trg 2 N 1 D shj. mak dan famili dari Kel pun ada dtg ke K.Trg. wpun sekejap seronok dpt jumpa kedua2 keluarga terdekat. Sehari di Trg....pagi mama ke Pasar Cabang 3 utk beli bahan2 masak laksa....sempat masak laksa lemak utk hidangan keluarga Trg dan Kel.Ada juga dihidangkan Nasi dagang Trg dg lauk ikan tongkol yg ditempah oleh MIL, mama gorengkan juga ayam sbg lauk tambahan utk nasi dagang. Selain itu juga dihidangkan durian. dptlah juga mama mkn durian setelah sethn lebih tak merasa. Lepas famili dr Kel balik, belah ptgnya ke Pasar Payang. Mlmnya mama masak lagi kuah laksa sbb kuah dah tinggal sikit tp laksa masih ada dan masak juga pengat durian. sayang lupa nak ambil gambar....masa itu penat sgt itu yg tak da mood nak ambil gambar. Dah siap masak mlmnya...packing brg...byk buah tangan yg mak dan mak saudara bawa dari Kelantan terutama buah2an...juga keropok kering pemberian MIL dan angkut juga keropok lekor. kena siap packing mlm sbb naik flight awal pagi Jumaat ke KLIA dan ke Melaka. dr KLIA sebelum sampai Melaka, sempat singgah Nilai shopping sikit. Di Melaka selesaikan bbrapa urusan lagi dan sibuk beli stok makanan yg nak dibawa....mcm2 rasa nak bawa....nasib baik tak lebih muatan.

DSC_6150_zps728b24cf

Hari sabtu malam bertolak balik ke Cairo. sekejap sgt balik....padat dgn xtvt mmg tak puas rasanya. terima kasih buat ahli keluarga yg membantu memudahkan pergerakan kami sepanjang di Msia. Minggu ni pula byk acara mkn2....nantilah lapang mama sembang lagi....nak rehat dulu.senyum manis..senyum sayang...jumpa next entry!

Klik Nuffnang2