Thursday, February 17, 2011

NO. 8 : WHEN AND HOW???

When and How to start.???

A friend of mine once said that every nite she will say...

"I will start dieting tomorrow"

Macam deja vu.. pulak, because I used to be macam tu... esuk lah... esuklah .. esuklah.. but then bila esuk tak menjadi gak.. bukan sehari dua aku buat mcm tu... bertahun tahun.. masuk tahun baru Hijrah.. azam nak kurus so kena diet.. masuk tahun Masihi... azam yg sama gak.. nak mula diet.. masuk aje umur meningkat. .. sambut hari jadi .. sama jugak niatnya

Tapi tak penah menjadi.....

Kenapa agaknya tak menjadi ek?

Bukan sebab kita tak set our mind.. bukan sbb kita tak sungguh2.. tapi kita ada azam ada hasrat tapi the first step tu kita tak buat.. sebab kita terus jump melompat kepada step nak exercise atau step nak kurangkan makan...bukan jugak enrol dalam mana-mana gym membership

Itu bukannya first step... ada 2 first step yg aku nak senaraikan....


Yang pertama :















Amik pen... amik buku catitan kosong (tak kira le ada date ke tak.. buku tulis sekolah anak2 yg lama pun leh pakai)... mulakan mencatit sume mende yg kita makan. Kalau takut lupa dan masa tu tak de pen... gunakan handphone tu... kan ada kemudahan "Notes" dalam tu.. catit apa yg masuk dlm mulut.. waima 1/2 gula2 pun.

Istiqamah lah.. buat sebulan.. kita akan terkejut berapa banyak makanan yg disumbat dalam mulut kita.

Yang Kedua :






Kenal mende alah sebelah kiri ni???? Mende ni memainkan peranan yg penting dalam diet kita.











Selongkar petisejuk kita sendiri dan jugak stok makanan kita.. kuarkan segala coklat, gula-gula, mende manis2, minuman ringan dan sume yg rasanya tak berkhasiat keluar dr petisejuk tu. Jangan jadikan alasan anak2 nak.. apa yg kita buat ni juga utk kesihatan anak2 kita.

Kemudian kita gi shopping..jgn pegi kat tempat makanan yg telah diproses.. jgn pegi tempat semekut.. makanan ringan dsbgnya.. kita pegi kat tempat yg jual makanan berkhasiat.. buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan makanan laut, ayam, tofu, daging ... pentingnya protin fibre dan carbohidrat rendah GI. Beli yg low fat... high fibre..less sugar kalau nak makanan cam biskut

Beli sayur lebih2.. campurkan yg boleh makan mentah.. cam salad, timun, tomato, ulam-ulaman dan yg boleh dimasak.. cam bendi, kangkung, sawi dll. Sebab nanti bila kita nak masak.. 2 jenis sayuran dan sejenis protin..

Beli jugak buah-buahan sebagai snek.. apple, limau, pear dll, letakkan dalam raga atas meja makan utk senang dicapai supaya kita tak buka petisejuk dulu mencari brg tak bagus utk badan



Kita punya trolley makanan sekurang2nya perlu 1/3 mende2 segar cam ni










So ibu-ibu.. mak dan bapak... mulakan 2 first step tu dulu.. ini bukan aje utk kita tapi utk anak2 kita jugak yg harap2 nanti tak jadi macam kita..

Insya Allah buat ni dulu... mesti menjadi punya ... mulakan sedikit lama-lama jadi sikit le berat badan kita.

psst... after many years berat ku di hadapan angka 8 ... sejak 2006.. minggu lepas aku timbang ia telah menjadi angka 7... yuhhuuu Alhamdullilah



Friday, February 11, 2011

NO 7 : KARBOHIDRAT

Baru tadi baca komen dr kak Yan pasal samada diet kurangkan karbohidrat atau kurangkan kalori.

So kat sini aku nak citer bahawa aku buat dua-dua - kurangkan kalori dan jugak kurangkan karbohidrat.. tapi tak sume karbohidrat .. aku cuma mengurangkan karbohidrat yang berwarna putih atau pun karbohidrat yang mempunyai "Indeks Glycemic (glaikemik dlm BM) yg tinggi.

Sebenarnya agak kompleks jugak kalau baca pd penerangan tapi aku akan cuba buat semudah yg mungkin.

Karbohidrat ni luas.. antaranya

1. Kanji - nasi, gandum, barli, dal, kacang hitam, kentang, keledek, keladi dll
2. Gula
3. Fiber - fiber merupakan karbohidrat yg tidak boleh hadam, maknanya takkan masuk dalam badan kita yang takkan memberi kesan langsung paras gula dalam badan.

Kita kena amik karbohidrat setiap hari tapi dinasihatkan kita pilih karbohidrat yg ada indeks glycemic (GI) yg rendah dan kurangkan atau jgn amik makanan yg ada GI yang tinggi.

Karbohidrat GI tinggi ni kalau nak tenguk leceh satu persatu.. aku amik makanan harian kitalah.. senang citer.. makanan yg putih-putih ni.. nasi putih, tepung putih, gula dan mende yg diproses dari mende putih ni.. cam mi kuning, kue tiow, segala jenis roti yg dibuat dari tepung putih.. roti canai, roti putih.. kentang pun termasuk gak

Kenapa tak boleh amik karbo GI tinggi??

sebabnya..

Bayangkan dalam perut kita tu ada dua paip.. satu kecik satu besar.. Yang kecik utk masukkan makanan sikit sikit pelan-pelan jadi tenaga dan jugak makanan GI rendah manakala yg paip besar tu hanya utk karbo GI tinggi.

Bila kita makan karbo GI tinggi, badan kita cakap

cepat-cepat makanan GI tinggi dah sampai .. cepat sumbat dalam paip besar ni..yg ni senang sikit paip dia besar... tu susah banyak kali nak pusing baru hadam pastu masuk paip kecik lak... yg nilah kita proses dulu utk tuan kita pakai...cepat jadikan glukos masukkan dalam darah... cepat cepat jadikan gula glukos

Makanan mcm protin. lemak, fibre sumenya badan kita hadam lambat2.. tapi makanan tinggi GI ni yg dipilih.

Bila dah jadi glukos.. badan kita pulak kerah glukos

moh moh masuk dalam salur darah ni cepat kat mana nak dok lagik kalau bukan salur darah takkan nak buang lak.

Masuk aje glukos dalam darah otak pun cakap

Alamak dah sampai dah glukos.. nak guna jadi tenaga ni kena kuarkan insulin.tak leh simpan lelama nanti darah tinggi glukos ni bahaya...

Cik kak bernama Insulin ni adalah hormon yg kejanya amik glukos dalam darah masukkan dalam sel utk jadikan tenaga.

Cik Insulin ni tenguk banyaknya glukos nak jadi tenaga tapi tuan dia ni guna sikit je tenaga..takat duduk atas sofa banyak manalah tenaga nak guna.. ni.. Cik Insulin ni fikir

camana le aku nak tukar glukos ni lagik, tenaga bukan boleh simpan.. glukos banyak lagik.. takpelah aku tenguk stor otot ngan stor hati (liver) ni ada tak kosong?

Cik Insulin ni pi tenguk stor ni... letak sikit2 dah penuh, garu kepala lak Cik Insulin ni nak letak kat mana pulak glukos yg ada ni. kalau le tuan dia tiba-tiba gi jogging ke.. pi membanting padi kat sawah ke.. pi noreh ke.. boleh jugak dia jadikan tenaga.. nak tak nak fikir punya fikir ..

nak buang tak boleh.. nak simpan stor dua tu dah penuh... hah!!! stor lemak kan ada.. meh aku tukar jadi lemak and simpan glukos ni jadi lemak, mana ler tau nanti senang kuarkan bila nak pakai tenaga.

Cik insulin ni pun sumbat le dalam sel lemak.. sel lemakkan mcm getah boleh kembang n kembang n kembang n kembang maka .. makin kembang makin kembang mcm kembangnya badan kita.



Carta tunjuk beberapa minit kenaikan paras glukos dalam darah perbandingan karbo GI rendah ngan GI tinggi











Itu baru karbohidrat yg badan kita hadam belum lagik protin dan lemak.. kalau masa tu kita masih lagik lepak2 dan banyak lagik yg kita makan.. senang aje sume badan kita stor dalam sel lemak.

Itu lah kejadiannya kalau kita makan karbohidrat GI tinggi sebab kalau GI rendah atau protin dan lemak..dia akan putar-putar dan masuk dalam paip kecik dan pelan-pelan tukar pd tenaga.. dan sebab tenaga yg kita pakai pun tak banyak sebab dok depan komputer maka tak pelah dia jalan pelan2 sepanjang kali tenaga masuk sikit sikit..


Tak le berlebihan dalam satu2 masa sampai kena simpan dalam stor lemak.

Itulah sebabnya kalau orang yang dietnya tak makan nasi putih... berat badan dia senang aje turun dan bila dia mula makan badan dia cepat aje naik.. sebab kecekapan cik insulin... dan bila dah banyak sgt glukos.. cik Insulin tu penat.. banyak keja dari muda sampai ke tua sampai jadi bengong pastu biol lepas tu giler maka itulah yg buatkan tuan badan kena diabetik/kencing manis.

Mula2 Cik Insulin tu boleh keja tapi kena lah ada suplement supaya dia ada tenaga.. masa ni kita cuma makan ubat kawal kencing manis..bila dah Cik Insulin tu dah tak larat dah dan takleh pakai dah atau jadi giler tak berfungsi.. maka kita kena impot Cik Insulin luar yg bekerja.. tu sebablah kalau org yg kencing manisnya dah teruk kena suntik Cik Insulin lain dalam badan. Cik Insulin sendiri dah jadi giler disebabkan masa muda dulu kita tak jaga dia.. asyik suruh dia keja aje sampai dia jadi biol n tak siuman.

Maka pada yg muda yg belum kena kencing manis.. jagalah Cik Insulin dalam badan tu ngan betul supaya dia tak delah banyak keja, jangan makan makanan tinggi G dan manis2 sebab nanti Cik Insulin tu penat. Nanti dalam darah banyak glukos/gula Cik Insulin yg dah penat buat donno aje..

gasak kau lah.. aku dah penat..

katanya.. terus mogok.. bila darah banyak gula, bila luka .. luka tu tak nak le baik-baik.. bila dah tak nak baik jadi daging busuk.. doktor kata

potong ajelah.. simpan pun dah busuk.. nanti melarat.. potong-potong

masa tu menyesal pun tak guna.

Nota : aku amik dr sini pasal Karbo GI ni


Ini senarai sume karbo.. click utk besarkan





















Ini senarai karbo GI rendah


















ANALOGI


psst bayangkan cam belon yg kita tadah air paip dan kita lubangkan di bawah belon tu untuk kuarkan air.. bayangkan belon tu badan kita.. air yg masuk dr paip adalah makanan yg masuk badan kita manakala lubang di bawah belon tu adalah tenaga yg keluar.


Cuba buka paip air besar utk makanan GI tnggi masuk laju aje ... lubang yg kuar air halus aje kalau kita tak aktif.. tak senam.. dok depan TV/komputer..

Bayangkan apa jadi pd belon tu bila air masuk banyak yg kuar sikit.. tak ke belon tu makin besar makin kembong.. mcm.. le badan kita jugak makin kembang makin kembang

Cuba buka paip kecik utk makanan GI rendah/protin/fiber.. air yg turun halus aje.. dan kalau kita tak aktif .. pun ok jugak le sebab yg masuk selari denagn yg keluar

Belon tu besar le jugak tapi tak le mendadak naik kembongnya tapi kalau kita makan sikit maka tak alh naik..

Cuba agaknya kita besarkan lubang di bawah belon tu.. untuk menunjukkan tenaga yg kuar banyak dan kita aktif bersenam membanting tulang.. maka takkan mungkin belon tu akan mengembong dan kembang walaupun air dr paip laju.. apatah lagik kalau air paip tu slow.. lagi slim belon tu .


Wednesday, February 9, 2011

NO. 6 : REWARD YOURSELF

Semalam kan aku buat posting pasal aku lunch masak pindang ... rupanya aku tak lunch masak pindang sebab tetiba Dato' chairman ajak lunch kat cafe beriani kat bawah.. memula aku tolak but Dato' insisted .. katanya
makanan bawak dr rumah nanti bawak balik ke rumah

nak tak nak ikut le jugak.. (lagipun rezeki jgn ditolak kan kan kan?)

masa pegi tu otak aku bergolak sebab sebab cafe ni jual nasi beriani.. so mesti banyak minyak and aku lak tak le nak sgt makan beriani..

so whats my choice???

Alhamdullilah.. ada shish kebab ayam yg dihidangkan bersama nasi/roti manakala sampingan ada salad n coleslaw.. so aku order sume tu tanpa nasi or roti




Sebatang sish kebab tu kalori approx 130 and coleslaw n salad tu rasanya about 150 and ice lemon tea 1/2 glass approx 50 .. so smlm lunch 330.






Aku minum half ice lemon tea yg dtg bersama kebab tu dan selebihnya teh padang (teh O tanpa gula)


Bila nak bayar the lady tu tanya

ini aje?

Dato' lak tanya

cukup ke? nak beli kuih bawak balik ke pejabat ke...

Since aku jimat kalori on lunch maka aku dapat makan chocolate kit kat sebelah (55 kalori) n 6 biji M&M peanut (62 kalori) yg dibawa oleh boss yg baru balik dr NY, US.


Moralnya...

"ingin menjadi sihat memerlukan kita membuat pilihan yang bijak dan menerima teguran atas cara kita yg lain dr yg lain dengan hati yg terbuka.. jgn pedulikan apa org kata pandangan orang sbb yg sakit nanti kita bukan mereka"

So if kita dah berjaya kawal diri kita.. apa salahnya kita reward diri kita with something yg kita suka.. tapi berpada2lah.

Tuesday, February 8, 2011

N0. 5 : START WORKING

Maaf tak dapat nak update blog ni.. been very busy sejak balik dr Melaka.. mana nak kemas rumah and mana nak prepare utk bekerja pd hari pertama tahun 2011. So kelam kabut sikit and now curi masa opis jap habiskan menaip apa yg tak dpt aku sudahkan.

Alhamdullilah aku dapat melepasi ujian "balik kampung and kenduri" not dengan jayanya.. naik a few grams (weighing machine kat rumah digital mcm kat bawah ni.). So naik 100 gm pun tertulis...



Weighing machine ni aku amik kat google.. berat yg tertulis kat situ bukan berat aku tetapi berat idaman campur lagik 5-6 kilo.. dan berat skrg hu hu campur lagik psst 20++ :(:( malu nak cakap











Susah jugak nak jaga makan bila kat rumah bapak sebabnya aku suka makan serentak ngan bapak. Bapak pulak jadual dinnernya adalah kol 9 ke atas.. sebab kalau sebelum tu dia tak de selera nak makan. So my dinner time memang go haywire masa kat sana.

Apapun dengan kanaikan sikit tu tidak membuat kan aku kecewa.. tak pe naik sekejap nanti turun balik.. InsyaAllah.

Mulai semalam aku dah mula keja, aku risau bila balik bekerja and stress level senang naik.. stress adalah salah satu punca kenaikan berat badan. Selain dr stress aku jugak risau kalau aku tergoda dan mula makan mcm sebelum sakit dulu. Especially bila beli and makan kat luar.. cara masaknya berbeza dan susah utk portion control.

So selama dua hari ni aku rajinkan diri (note : rajinkan diri sebab kalau ada peluang nak malas ajer) menyediakan sarapan dan makan tengahari yg aku bawa dr rumah.. awal2 sebelum mula keja memang aku dah invest beli bekas makanan yg comel-comel.. and the smallest adalah utk isi 100 gm nasi..

So today's menu..

Breakfast - 2 keping roti, 3 daun salad, 1/2 tomato and 3 hirisan timun dengan sardin n bawang

Lunch - nasi (100 gm), pindang ikan saba mackerel and sawi goreng ngan tofu. (Note : tiap kali aku goreng sayur, aku guna 1 tsp minyak.)


Ini fav food aku ..org Melaka kata "kuah pindang". Tak perlu tumis, rebus-rebus aje sume.. masukkan ikan dan rebus hingga ikan masak. Aku masukkan cili padi supaya pedas (Note : makanan pedas boleh menaikkan metabolisma badan)














harap2 aku dapat bertahan bangun pagi and masak.. dah nak berubah maka cara hidup pun kena berubah.

Tuesday, February 1, 2011

NO. 4 : ANOTHER TEST

Ask most ppl that takes care of their diet .. apa mende agaknya yg amat menrunsingkan fikiran mereka? Mesti akan jawab... hari2 perayaan, kenduri, balik kampung, rumah terbuka, bercuti dan yg sewaktu dengannya.

Ujian yg lalu aku dah lepas ngan jayanya.. semasa bercuti di Kuching aku tak naik badan langsung setelah 6 hari 5 malam di sana. itu mungkin dpt aku atasi sebab food not available 24 hrs maklum le duduk rumah org n kat hotel.

Sekarang ni aku akan melalui ujian "balik kampung" and "kenduri" selama 6 hari 5 malam.. ini merupakan ujia
n yg susah sebab seperti biasa bapak akan insisted makan nasi, no other food choice.. makanan di kampung.. rice.. sayur n protin yg sikit...

Aku dah plan nak beli lots
of ulam, veggies and fruits utk letak dlm fridge bapak.

Moga ujian kali ni dapat aku atasi dengan jayanya... tak turun .. still ok but hopefully tak naik.

pssttt must use this logo


STOP AT 100 GM OF RICE AND MI
STOP AT 1 BITE OF KUIH-KUIHS
STOP AT 1 BITE WHEN ITS OILY
STOP AT 1/2 GLASS OF SWEET DRINKS
STOP AT BUYING UNHEALTHY FOOD
AND LASTLY BUT NOT LEAST

STOP AT FIRST SIGN OF FULLNESS

FOR THE SAKE OF MY OWN HEALTH