Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, June 8, 2015

Pemberitahuan : Amaran Leptospirosis Melanda Hutan Lipur



Cuti sekolah dah nak masuk minggu ke dua .. memandangkan masih ada seminggu lagi sebelum persekolahan bermula , pemberitahuan ni bagi wa masih relevan walopon dah dikeluarkan sejak 1 Jun 2015, sebab tempat tempat gini memang akan menjadi tumpuan untuk destinasi berehat dan berkelah sekeluarga ... jangan kata debudak aje .. bapak ngan mak budak pon tumpang tui kalo dah sampai air terjun ni ..dalam sesetengah kes diowang yang lagi over .. kah kah kah .. so becareful guys .. kalo masih nak pegi tempat cenggini.. amik la langkah langkah keselamatan yang dah dicadangkan .. pis yo ~!!

Nota Kaki : nak gi air terjun , tercemar ngan kencing tikus .. nak gi kolam atau taman tema air plak memang konfem berbaur ngan air kencing manusia ,, adoiyaiii .. apa pon tak bleyh .. kah kah kah 


Sunday, May 31, 2015

Harga Minyak Naik Seposen .. Yieeehaaaa


kah kah kah .. Undang undang ini sangat bagus .. ini dinamakan Ekonomi .. kah kah kah .. takde apa apa tanda tetiba harga minyak naik .. 

Zaman Najib ni memang tak perlu apa apa indikasi untuk menaikkan harga minyak .. wa tak paham .. luorang paham ke kenapa harga minyak boleh dinaikkan ?? ,.. tapi kalo luorang paham pon tak bermakna apa apa sebab kalo tanya kat menteri yang bertanggungjawab atas perkara ni nanti, jawapannya pon boleh buat luorang dari sekadar sedih dan geram kepada menangis pilu ... kah kah kah 

Harga 7 hari terakhir


Cuma yang wa nak share, harga minyak pada hari post ni ditulis, ditutup pada harga USD65.56 setong ( 29hb sebab market tutup hujung minggu) .. kalo ikut graf memang dalam kedudukan menaik tapi bila kita refer balik pada mekanisma penetapan harga untuk bulan Mei, harga pasaran minyak adalah lebih dari USD67setong .. jadi kenapa masa tu harga minyak stay pada RM1.95sen ?? .. owh lupa plak .. masa tu kan ada  PRK Rompin ngan PRK Permatang Pauh .. nak mampos naikkan harga minyak ?? kah kah kah .. so .. ni lah masa yang sesuai .. kan  ? kan ? kan ?


Harga sepanjang bulan Mei 2015

#BN menang rakyat senang
#Kipidap 
#Moh menyepak itik
Perbandingan Brent & WTI
Nota Kaki :

Brent (Brent Crude) merupakan nilai piawai minyak yang sumbernya berasal dari North Sea (Eropah) yang mana nama Brent berasal dari lokasi pelantar minyak di laut utara, yang dibuka pada tahun 1970. 

Harga minyak Brent menjadi dasar pembentukan harga sejak tahun 1971 untuk hampir 40% nilai minyak diseluruh dunia, dan terus digunakan sampai sekarang ini. 

WTI (West Texas Intermediate ) - adalah minyak bumi yang dihasilkan di Texas (AS), lebih famous penggunaannya untuk minyak industri dan itulah sebabnya minyak ini banyak diminati, terutama di AS dan Cina.


Friday, May 29, 2015

TAGGED UNDER: ,

Bakal Bakal Musafir Di Aidilfitri




Malas nak komen apa apa .. Negara Maju 2020 .. Cukurlah .. Malaysia Masih Aman

Thursday, May 28, 2015

TAGGED UNDER: ,

Kenapa Mesti Jadi Bodoh Yang Terlampau??


dia ni bodoh ke bodoh ?? ke dia memang bodoh ..? kalo tak bodoh sejak azali pon mungkin dia memang bodoh semulajadi ... kah kah kah .. geram betul la bila kenyataan cenggini boleh keluar dari seorang Ahli Parlimen .. kepala otak dah berlumut gamaknya .. 

walau kata  tak kena GST pon, harga tetap lebih mahal dari biasa ..macam kena GST gak ..

weyh .. selepas GST dilancarkan .. yang tak kena GST mungkin kalo beli pantun je ... kah kah kah .. 

moh beli pantun ...

Dari Seremban ke Bagan Serai
Singgah sebentar kat Pekan Kati
Kalau tuan dah memang tak pandai
Toksah buat lawak pasal GST ..

Anak serindit mati tak makan ..
aaahh ... lantak dia ah ..

abaikan pantun kedua .. wa dah malas

kah kah kah


Wednesday, May 27, 2015

Ke-Ahmad Maselanan Kian Menjadi Jadi ..

Baca lanjut kat MalaymailOnline

kalau RM2bilion .. atau dalam bahasa senang nak faham 2 000 juta, mamat ni boleh kata sikit risikonya.. so kalo setakat ratus ratus juta ringgit ghaib tanpa dapat dikesan tu kira celah gigi je lah kan ?? 

sakit je ati wa bila mengenangkan mamat ni boleh senyum padahal dalam masa yang sama memandang enteng jumlah wang rakyat yang digunakan sesuka hati cam harta  pak tiri mak mentua dia ...


Heran .. kenapalah kau tak dilahirkan menjadi badut .. ? dah pegi kau menangis di kubur sana .. kah kah kah


Friday, May 22, 2015

TAGGED UNDER: ,

Pendidikan : Kemandulan Idea Sang Menteri



kah kah kah ... 30 - 40 tahun ?? hadoiyai .. apsal dia tak cakap tahun 3015 aje ? .. kah kah kah ... 
asal keluar je kenyataan mesti bunyi dia samada bengong atau bangang .. 2 x 5 .. kah kah kah 

Kalo luorang imbas balik dulu .. genap 3 tahun yang lepas, wa pernah mendebik perkara ni .. tapi masa tu Moideen punya statement .. 

Pada 2 April (2012) Muhyiddin kata generasi muda di negara kita mendapat pendidikan yang lebih baik dari US, Britain dan Jerman .. huiyooo .. ahhh .. luorang baca terus dari entri yang dulu tu --> Pendidikan : Kenyataan Flip Flop TPM Yang Merangkap Menteri Pelajaran
tu 3 tahun  yang sudah ... patutnya memang kita dah dalam situasi pembelajaran yang setaraf dengan negara maju la kalo nak ikut gebang si TPM masa tu .. alih alih .. sekang ni kena tunggu lagi 30 ke 40 tahun plak ? .. hoih ... sesilap anak luorang yang tengah belajar sekang ni pon dah arwah dah masa tu .. kah kah kah 

P.S : Apsal la menteri menteri kabinet Najib ni suka sangat keluarkan statement yang membanggakan  membangangkan .. ? 

Wednesday, May 20, 2015

TAGGED UNDER: , ,

Laa .. Baru tau ke ??




kah kah kah .. tak aih .. tb3suku tu baik .. suci murni .. bawa berita pon yang bertauladan .. kah kah kah




Friday, September 21, 2012

TAGGED UNDER: ,

Demo Filem Anti Islam : Kedutaan AS Akan Ditutup Mulai 11 Pagi Jumaat




KUALA LUMPUR : Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup pada 11 pagi ini (Jumaat) berikutan rancangan demonstrasi di hadapan bangunan kedutaan itu di Jalan Tun Razak hari ini.

Menurut kenyataan kedutaan itu kelmarin, kedutaan itu dirancang akan dibuka semula seperti biasa pada Isnin depan.

Bagaimanapun, dalam sebarang situasi kecemasan, warga Amerika Syarikat boleh menghubungi pejabat kedutaan pada bila-bila masa melalui talian 03-2168-5000.

Pergerakan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan berasingan bagi membantah penerbitan dan penyiaran filem anti Islam 'Innocence of Muslims' dan karikatur mempersendakan Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah majalah Perancis Charlie Hebdo.

Perhimpunan Pemuda Umno serta pergerakan sayap pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) dan lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat.

Pada waktu yang sama, Dewan Pemuda PAS pula akan menganjurkan protes di luar perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Seni di sini, berkata polis telah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan ketika berlangsungnya perhimpunan tersebut. (Bernama)

Friday, August 24, 2012

TAGGED UNDER: ,

Mampukah Universiti Malaya Melonjakkan Kedudukannya ??




Mampukah Universiti Malaya melonjak dari kedudukannya dalam QS World University Rankings 2012 yang akan diumumkan dalam 20 hari lagi?

Dalam sambutan seratus tahun Universiti Malaya dalam bulan Jun 2005, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Razak telah mencabar Universiti Malaya untuk melonjakkan kedudukannya diantara 100 universiti terbaik dunia dalam dalam ranking THES-QS (Times Higher Education Supplement-Quacquarelli Symonds) dari tangga 89 pada tahun 2004 ke 50 menjelang 2020.

Malangnya, daripada menyahut cabaran Najib dengan menambah baik ranking THES, universiti terulung ini menjunam pada tahun 2005 dan 2006 dengan kedudukan ditangga 169 dan 192 masing-masing, dan pada tahun 2007 dan 2008 terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik dunia sekaligus. Dalam 2009, Universiti Malaya telah muncul semula dalam senarai 200 universiti terbaik dunia pada tangga 180 tetapi pada 2010, ia menjunam semula daripada senarai 200 universiti terbaik dunia apabila menduduki tangga 207.

Bagi ranking QS 200 universiti terbaik dunia tahun 2011, Universiti Malaya muncul kembali dalam senarai 200 universiti terbaik dunia pada kedudukan ke-167.

Dalam ranking Universiti Dunia THES-QS tahun 2009, Universiti Malaya melonjakkan kedudukannya sebanyak 50 tempat dari kedudukan 230pada tahun 2008 kepada 180 dalam 2009; sementara dalam ranking Universiti Dunia QS 2011, Universiti Malaya meningkat kedudukannya dari tangga 207 pada 2010kepada 167 dalam 2011.

Ranking Universiti Dunia QS 2012 akan diumumkan dalam 20 hari lagi. Mampukah Universiti Malaya melonjak dari kedudukannya seperti dalam tahun 2009 dan 2011 untuk kembali mengukir nama sebagai yang tergolong dalam senarai 100 universiti terbaik sebelum 2015?

Disamping cabaran Najib untuk Universiti Malaya mengukir nama diantara 50 univerisiti terbaik dunia menjelang 2020, kerajaan telah mengumumkan juga seruan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara supaya sekurang-kurangnya tiga universiti dari Malaysia mendapat ranking diantara 100 universiti terbaik dunia.

Baru-baru ini, lima universiti tempatan dimasukkan dalam ranking Universiti Terbaik Dunia dalam U.S News dalam 100 Universiti Asia Terbaik tetapi ini bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.

Universiti Terbaik Dunia dalam U.S News sebenarnya berdasarkan ranking QS 300 Universiti Asia Terbaik 2012 pada 30 Mei tahun ini, yang menggambarkan bahawa walaupun Universiti Malaya telah meningkatkan kedudukannya secara keseluruhan berbanding dengan ranking 2011, kebanyakan universiti dari malaysia menunjukkan penurunan ranking berbanding 2011.

Sebaliknya, Universiti Singapura (yang setanding taraf antarabangsa dengan Universiti Malaya 45 tahun yang lalu) menduduki tangga kedua dalam Universiti Asia Terbaik sementara Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menduduki tangga ke-17 – jauh dihadapan daripada kedudukan Universiti Malaya.

Negara Asia yang lain mula muncul dan tampil kehadapan dalam rancangan pengajian tinggi dan penting agar negara Malaysia tidak ketinggalan.

Berikut adalah analisis ranking QS Universiti Asia:

QS University Rankings: Asia konsisten dengan Universiti Sains Dan Teknologi Hong Kong yang berumur 21 tahun yang mendahului senarai universiti terbaik dua tahun berturut-turut dihadapan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan Universiti Hong Kong.

Universiti dalam kedudukan 10 tangga teratas amnya adalah universiti yang ‘muda’ – dalam lingkungan purata 77.5 tahun berbanding dengan 338.6 bagi ranking dunia yang memberi indikasi rantau Asia yang dinamik.

Pelaburan negara Cina terhadap universiti terus menyumbang kepada dividen, dengan sembilan daripada 10 universiti berganjak keatas, termasuklah Universiti Peking, yang telah melangkah Universiti Tokyo untuk kali pertama – dengan mencerminkan negara China memotong negara Jepun dalam aspek GDP.

10 Universiti teratas negara Jepun pada masa yang sama walaupun tidak tersenarai, merupakan penjana minda pusat pengajian tinggi yang digeruni dalam rantau mahupun dunia.

Dengan NUS mengambil tempat tangga kedua dan Universiti Teknologi Nanyang dalam tangga ke-17, negara Singapura melangkah kehadapan dengan polisi antarabangsa yang memberi faedah kepada kedua-dua universiti tersebut. Dengan tujuh institusi pengajian tinggi dalam ranking dimana 4 dalam 15 universiti teratas, bandaraya Hong Kong dalam Asia juga mengukuhkan kedudukannya.

Prestasi Korea Selatan juga boleh dikagumi. Pelaburan yang memberangsangkan terhadap jurusan pendidikan dan kajian telah berjaya dengan 15 universiti Korea yang menambah baik kedudukan mereka yang didahului Universiti Kebangsaan Seoul, dari tangga 6 ke 4. Sebanyak 55 universiti Korea mempunyai kedudukan 300 teratas – yang hanay dipegang oleh Jepun dan Cina.

Selain negara-negara ini, India sekali lagi menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan, hanya dengan 11 universiti dalam ranking, yang kebanyakannya pelbagai Institut Teknologi India. Internalisasi merupakan penyumbang utama kepada keadaan ini. Filipina juga tidak memuaskan dengan semua universitinya tiada dalam senarai dengan potongan bajet.

Taiwan pula telah menambah bilangan universiti dalam senarai 200 universiti terbaik sebanyak 19. Dan lebih mengagumkan, Universiti Kebangsaan Taiwan telah menempah tempat dalam 20 universiti terbaik.

Kedudukan Malaysia bercampur-campur dengan kenaikan Universiti Malaya kepada tangga 35 yang diimbangi dengan penurunan dari tangga 9 diantara 15 ranking universiti. Negara Thai juga tidak tersenarai dengan kurang dua universiti (12).

Dimana kedudukan universiti-universiti di Malaysia terutama sekali Universiti Malaya dalam ranking Universiti Dunia QS 2012 yang akan diumumkan dalam 20 hari ini?

* Oleh Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
* Rujuk juga entri sebelum ini : Senarai Kedudukan IPT : U Kita Di Mana ?

Monday, August 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Purata Seorang Gadis Kehilangan Dara Pada Setiap 10 Minit




DALAM satu kajian menyeluruh sebuah akhbar tempatan telah melaporkan bahawa di negara ini dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka. Malah dalam satu kajian lainnya juga menunjukkan seramai 15,000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun.

Perangkaan tersebut boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.

Ditimbulkan persoalan, adakah lelaki Asia masa kini masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis yang bakal dinikahi? Secara ringkasnya berikut adalah pendapat peribadi penulis, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.

Penulis berpendapat lelaki masa kini masih lagi mementingkan status ‘dara’ seorang gadis. Bagi Penulis, dara yang adalah mewakili kesucian,maruah dan keperibadian seseorang wanita itu. Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, ini kerana mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak pun mengalami risiko ‘Pecah Dara’ tanpa mereka sedari.

Dalam situasi diatas, ianya masih boleh diterima Penulis, melainkan perkara tersebut berlaku kerana penzinaan dengan lelaki yang belum dinikahi (bukan rogol), selalunya kes sebegini meninggalkan kesan mendalam pada penerimaan seseorang lelaki ataupun tidak.

Namun bagi kes lainnya, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak. Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya dan tidak semestinya berlaku atas kecuaian dan tiada batas pergaulan.

Status dara adalah perkara yang subjektif, lain orang lainlah juga penerimaannya. Sungguhpun demikian, Tuhan yang menentukannya dan jodoh sudahpun tertulis sebagaimana tertulisnya Ajal dan Takdir.

Bagaimana sikap kita, demikian juga jodoh kita. Jadi, kalau mementingkan status dara atau gadis, hendaknya sebagai lelaki mempertahankan sebaiknya keterunaan kita dengan ajaran agama, memupuk nilai murni dalam hati nurani dan penekanan garis panduan dalam pergaulan sosial harian - Suara People

Monday, August 13, 2012

TAGGED UNDER: ,

Duduk Dan Bantah Sudah Merebak Ke Ranau, Sabah??


Ranau: Sekumpulan 60 orang yang mewakili empat buah kampung di Ranau telah mengadakan demonstrasi duduk dan bantah secara aman disini dalam protes yang mereka namakan 'Janji Tidak Ditepati' oleh BN yang dikatakan gagal untuk membekalkan kampung mereka dengan bekalan air bersih.

Mereka mendakwa penduduk-penduduk kampung tersebut telah bertahun tahun dinafikan dengan bekalan air bersih dan bertambah parah apabila tangki air yang diperbuat dari besi untuk menyimpan air dari Sungai Mensilau selama ini telah sangat uzur dengan lumpur yang dikatakan setinggi lutut dan berkarat didalam, tanpa ada usaha untuk dibaiki atau dibersihkan.

Demo : Gambar menunjukkan Encik Jalibin Paidi yang mengenakan baju 'vest tempatan' dan bercermin mata disamping jurucakap kumplan Ly J Sya Welliam


Ly J. Sha Welliam, jurucakap bagi kumpulan itu berkata, tangki air tersebut sudah tidak dapat lagi digunakan untuk menyimpan air dan terdapat seramai 3,000 penduduk kampung yang terjejas tanpa bekalan air bersih.

"Kami terpaksa menggunakan air hujan .. sebilangan dari kami pula terpaksa membeli bekalan air mentah dan perlu pula mengangkutnya ke rumah untuk kegunaan seharian. Sampai bila kami perlu tunggu untuk bekalan air yang bersih? Sudah menjelang hampir 50 tahun kemerdekaan pada bulan ini .." ujarnya lagi.

Empat buah kampung yang terbabit dalam bantahan yang diadakan ditepi jalan  Kampung Kibbas ialah Paka 1, Koporingan, Purak Ogis dan termasuk Kampung Kibbas itu sendiri.

Demonstrasi duduk dan bantah secara aman itu diadakan dibawah pengawasan sekumpulan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah.



Mereka memulakan perarakan dari kibbas Siba dengan membawa 3 buah sepanduk besar disampung pelbagai lagi plakad menyatakan rasa tidak puas hati mereka serta persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan memerintah.

Sementara itu, seorang peserta dari Kg Kibbas, John Gilong, 43, berbagai usaha telah dibuat untuk mendapatkan perhatian ADUN Keranaan, Datuk Masidi Manjun, namun sehingga kini usaha itu tidak membuahkan hasil.

"Kami menggesa wakil rakyat Masidi untuk datang dan menyelesaikan masalah ketiadaan air .. jarak kami hanya beberapa kilometer dari bandar Ranau namun masalah ini telah berlanjutan selama bertahun tahun," ujar beliau sambil menambah terdapat lebih kurang seramai 1,200 orang pengundi berdaftar disekitar kawasan terbabit.

Ketua State Reform Party (STAR) Ranau, Jalibin Paidi, yang turut berada bersama peserta demo, juga menggesa agar kerajaan negeri terutamanya Masidi untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ketiadaan air di empat buah kampung tersebut memandangkan kawasan itu tidak mempunyai punca bekalan air mentah semulajadi yang berdekatan.

"Paling tidak, pemimpin yang berkenaan perlu mengenalpasti masalah dan memberi jaminan untuk penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Situasi sekarang adalah sesuatu yang tidak dapat diterima memandangkan kampung kampung ini terletak berdekatan dengan bandar dan kebanyakan rumahnya pula berada tidak jauh dari jalan utama."

"STAR amat bersimpati dengan penduduk-penduduk kampung dan kami cuba sedaya upaya supaya suara dan rintihan mereka didengari oleh pihak yang berwajib," katanya sambil menambah sebilangan anggota penduduk kampung terbabit akan menyambut kedatangan Aidilfitri dalam keadaan tiada bekalan air.

Mereka juga berharap dapat berjumpa dengan Perdana Menteri untuk mengenengahkan masalah ini yang mereka percaya bukan satu satunya (terdapat masalah yang sama selain dari kampung mereka) di daerah Ranau.

Saturday, August 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Rakyat Asing Umpama Alien Yang Menguasai Ekonomi Sabah



Saudara Pengarang,

SURAT ini saya tulis kerana keinsafan dan kekesalan sendiri di atas bangsa dan rakyat Sabah sendiri. Kita harus tanya pada diri sendiri, Kenapa... Kenapa... Kenapa boleh begitu?

Lihat sahajalah di sekeliling kita dari Bandaraya Kota Kinabalu hingga lah ke pekan kecil seperti Kiulu dan Pitas. Kita dikuasai oleh 'Aliens' iaitu satu panggilan untuk mereka oleh orang tempatan.

Warga Pakistan dengan perniagaan kedai Runcit, bagaikan cendawan yang tumbur dengan cepat dan banyak akibat dengan kesuburan tanah Sabah itu; bangsa Bugis dengan pernigaan Bas Mini, Bengkel, Kedai Tayar, Kedai Dobi, Pendawaian Elektrik rumah, tukang paip; dan bangsa Filipina dengan rokok haram dan sektor pembinaan.

Persoalannya di sini, kenapakah bangsa luar ini boleh mengambil alih semua perniagaan dari orang tempatan? Jawapannya mungkin orang tempatan malas, malu, bongkak dan hanya tahu hidup senang; tidak sanggup bersusah payah; tambahan pula suka menyalahkan warga asing yang rajin berusaha ini.

Wahai rakyat sejati Sabah, Kita harus bangun sekarang. Ayuh! tinggalkan bantal busuk dan mimpi buruk. Berjuang dan bersainglah dengan mereka kerana jika terus menghela liur basi, tanah tumpah darah kamu bakal diambil alih oleh semua 'Alien' ini.

Pihak Kerajaan juga mesti tegas dalam soal ini, terutamanya dalam soal perniagaan Kedai Runcit, Bas mini, bengkel, pendawaian eletrik kerana semua ini memerlukan lesen perniagaan yang seharusnya dimiliki orang tempatan.

Persoalannya, kenapa semua 'Alien' ini boleh mendapat lesen berniaga? Jawapannya senang sahaja bah, pakai nama orang tempatan bah. Lepas itu boleh bah terus berniaga, bayar mereka duit kopi sahaja.

Oleh sebab itu pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri mesti mengubal satu undang-undang yang menghalang orang luar ini mengunakan orang tempatan untuk mendapatkan lesen perniagaan itu.

Kerajaan mesti perketatkan pengeluaran lesen perniagaan seperti membuat pemeriksaan mengejut di tempat perniagaan itu, demi memastikan hanya peniaga tempatan yang sah sahaja dibenarkan menjalankan pernigaan itu.

Walaupun cadangan ini sememangnya rumit dan tidak pratikal, tetapi demi kepentingan orang tempatan dan hak-hak orang Sabah, kerajaan mesti melaksanakannya.

Jika tidak, kita tunggu sehingga kita jadi pegemis sendiri di negeri kita sendiri nanti. Ketika itu barulah kita menyesal. Bagi rakyat tempatan pula, mestilah berubah sikap, daripada sekarang. Jangan biarkan keturunan cucu cicit kita nanti menjadi pengemis di negeri sendiri.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLLAH

Sumber : Sabahkini

Friday, August 10, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Pairin Kitingan Pulak Mendebik Dr. Mahathir Isu Pendatang Sabah



MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentangan terhadap pewarganegaraan pendatang asing di Sabah adalah tidak adil dan berunsur politik.

Menulis di blog hari ini (8 Ogos - pent.), beliau berkata ledakan rakyat Sabah adalah wajar kerana ramai pendatang terbabit telah lama tinggal di negeri ini dan mereka serta anak-anak mereka fasih berbahasa Malaysia.

Katanya, berdasarkan tempoh lamanya mereka telah tinggal di negeri itu dan menguasai bahasa kebangsaan, maka mereka layak menjadi rakyat negara ini dan memperolehi kerakyatan.

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir berkata, kerakyatan telah diberikan kepada mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia.

"Jadi mengapa tidak pendatang di Sabah yang memiliki semua kelayakan ini, boleh diterima sebagai warganegara?" soalnya sambil menambah bahawa bantahan terhadap mereka menjadi warganegara, nampaknya ada unsur politik.

Dr Mahathir membuat komen tersebut menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Sabah hujung minggu ini, di mana beliau juga dijangka mengumumkan terma rujukan bagi suruhanjaya siasatan diraja terhadap pendatang haram yang diberi kerakyatan di Sabah.

Mahathir telah dikaitkan dengan Projek IC panggilan bagi satu dakwaan gerakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk tujuan politik, yang bermula pada tahun 1990-an.

Ketika sidang meja bulat Majlis Hak Asasi Negara, Parti Bersatu Sabah (PBS) membentangkan kajian berhubung ledakan rakyat Sabah, yang menunjukkan bahawa pada tahun 2002, lebih 200,000 warga asing meninggalkan Sabah tanpa dokumen.

Bagaimanapun, mereka kembali dengan dokumen yang sah di bawah nama yang berbeza dan memusnahkannya apabila tempohnya tamat, kata ahli Majlis Tertinggi PBS, Dr Chong Eng Leong ketika membentangkan kajian tersebut.- Malaysiakini

===//===

Sementara itu, laporan dari Borneopost pula menyiarkan kenyataan Presiden PBS yang juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan seperti yang tercatat dibawah,

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pendatang tanpa izin (PTI) yang sudah lama menetap di negeri Sabah layak menjadi warganegara sebagai sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, alasan yang mengatakan bahawa mereka (PTI) sudah lama di sini dan mereka boleh dijadikan sebagai warganegara ini perlu berlandaskan undang-undang.

“Banyak yang kita tahu bahawa satu daripada sebab wujudnya RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini ialah kerana ada tindakan-tindakan yang di luar undang-undang dan ini yang menyebabkan ada antara pendatang asing menjadi warganegara dan pengundi dan terdaftar di dalam buku daftar. Inilah isu-isunya dan bukan kerana mereka dikatakan sudah lama di sini.

Menurut Pairin, PTI tidak ada hak untuk menuntut hak kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Orang-orang yang ada dokumen, yang ada pas kerja dan yang datang secara sah ini, bila mereka sudah lama di sini (Malaysia), itu ada asasnya mereka boleh memohon sebagai warganegara.

“Tetapi untuk PTI, mereka ini tiada dokumen dan tiada hak untuk menuntut sebagai warganegara kerana tiada asas. Mereka perlu diputihkan terlebih dahulu dan itu sebanya ada program pemutihan.

“Tapi kalau bulat-bulat mengatakan PTI setelah dia berada di sini sekian lama boleh dijadikan warganegara itu bertentangan dengan undang-undang kita.,” katanya kepada pemberita selepas menyumbangkan 500 paket kuih raya kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kepayan.

Pairin berkata, pemimpin veteran itu tidak perlu lagi bercakap pasal perkara itu kerana sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

“Dalam 22 tahun beliau memerintah, usaha untuk membanteras memang tidak mencukupi. Kalau kita mahu mengatakan benar-benar, persepsi rakyat di negeri Sabah ini ialah bahawa beliau tidak mahu menutup jalan orang-orang yang tiada dokumen ini masuk ke negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir, yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

***********

Nota Karmic : Tidak sukar untuk meneka sebab musabab Che Det untuk mewajarkan pemberian kewarganegaraan kepada PATI kerana sebarang usaha untuk menyokong RCI dari beliau adalah umpama menepuk air didalam dulang. 

Che Det adalah orang yang dikatakan menjadi perintis kepada terbukanya pintu kepada PATI secara besar besaran sejak awal 1990an, so mana mungkin beliau bersetuju dengan segala cadangan untuk menyekat pemberian kewarganegaraan kepada PATI sebagaimana yang beliau ungkapkan dalam tulisan terbarunya.

Dengan ini, secara tidak langsung, pekung yang cuba ditutup oleh Che Det telah terbuka dengan sendirinya oleh  Pairin yang juga pemimpin sebuah parti komponen BN. Maka, isu warganegara ekspress ini memang benar dan bukan propaganda pihak lawan sebagaimana yang sering dilabelkan oleh BN sebagai isu politik semata mata.

So, sudah sepatutnya Pairin Kitingan sedar bahawa BN bukan sebuah organisasi yang boleh mengatasi isu yang semakin membarah ini. Beliau sendiri akui, selama 22 tahun memerintah Sabah, para pemimpin senior sebenarnya sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

Sebabnya mudah, mereka mereka itulah yang dikerah kesana sini untuk dijadikan bidak bidak catur bagi memenangkan BN dalam setiap kali pilihanraya. Satu percaturan yang amat bangsat kerana rela memperjudikan masa depan Malaysia dengan mengimport PATI semata mata untuk kelangsungan kuasa.

Wahai Rakyat Negeri Sabah .. Ini Kali Lah ~!!!


Thursday, August 9, 2012

TAGGED UNDER: , ,

CIJ Lancar Hari Cegah Siar Internet Selasa Depan



PUSAT Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia akan melancarkan hari cegah siar internet Selasa depan dalam kempen menentang pengenalan 114A, Akta Keterangan yang dikatakan akan mengongkong kebebasan Internet.

Ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna Internet mengenai impak negatif pindaan tersebut terhadap kebebasan bersuara di talian.

Pegawai Eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah, dalam satu kenyataan berkata, matlamatnya adalah untuk warga internet mendesak kerajaan menarik balik pindaan yang diluluskan secara tergesa-gesa bersama dengan beberapa undang-undang lain, dalam sidang Parlimen April lalu dan diwartakan pada 31 Julai.

"Pindaan ini telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak seperti peguam, aktivis dan perniagaan berasaskan Internet. Di bawah seksyen itu, seseorang pengguna internet dianggap penerbit mana-mana kandungan dalam talian, melainkan ia dibuktikan sebaliknya.

"Ia juga menjadikan individu dan mereka yang mentadbir, mengendali atau menyediakan ruang untuk forum komuniti dalam talian, blog dan hos perkhidmatan, bertanggungjawab ke atas kandungan yang disiarkan.

"Anggapan bersalah ini bertentangan dengan prinsip asas keadilan, iaitu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan membebankan seseorang yang mungkin tidak mempunyai sumber untuk mempertahankan dirinya di mahkamah," katanya.

Jangkauan luas pindaan tersebut, katanya, akan memberi kesan kepada semua pengguna internet, lamanweb yang menyediakan ruang untuk komen dalam talian, dan mana-mana premis perniagaan yang menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelanggan mereka.

Seksyen baru ini telah digubal walaupun pada hakikatnya undang-undang yang sedia ada termasuk Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah digunakan untuk menangkap dan mendakwa mereka yang dituduh melakukan fitnah, penipuan dan hasutan melalui talian.

Ia telah dilaporkan oleh peguam hak asasi manusia Edmund Bon bahawa pindaan Seksyen 114A tidak perlu kerana polis boleh mendapatkan bukti dengan cara lain, dan tidak mempertanggungjawabnya terhadap pengendali perkhidmatan itu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menggesa supaya seksyen itu dibatalkan kerana ia mengongkong media Internet.

Wednesday, August 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

PDRM Pon Nak Di Kambing Hitamkan Oleh Najib


Semalam wa terbaca tentang isu bai'ah yang diutarakan oleh PM 1APTB (Apa pon tak bleyh) antara pihak polis dengan kerajaan. 

Sekonyong konyong nya, wa terkasima gak dengan kenyataan tu bila Najib dah sampai peringkat merayu kepada pihak polis untuk terus menyokong kerajaan. Memang satu kenyataan yang berasas jika perkataan itu keluar dari mulut Najib sebagai seorang ketua kerajaan yang mewakili seluruh entiti rakyat Malaysia dan bukannya diatas stand pengerusi BN.

Cuma, ada satu persoalan yang tak leh nak lari dari kepala hotak wa. Apakah tujuan pasukan polis itu diwujudkan sejak dari mula? Bukan ke memang tugas polis untuk sentiasa menjamin keselamatan dan menjaga keharmonian dalam negara dari anasir anasir jenayah? 

Abih tu, logiknya pada pandangan Najib, selama ni apakah tugas hakiki pihak polis? Jadi penanggah kenduri rumah orang kawin ? kah kah kah 

Cakap je la terus terang yang permintaan bai'ah tu hanya menjurus kepada menjaga hegemoni kuasa BN yang dah semakin menyusut.. kan senang gitu .. korner jauh jauh pon, ramai rakyat dah tahu isi hati perut juak juak kuasa dalam negara ni ... hadoiyai .. 

Isunya, kalau pihak polis diarahkan berbai'ah hanya untuk memastikan kedudukan BN tidak terancam, lebih baik le Najib dan kawan kawan dalam BN mewujudkan satu lagi pasukan keselamatan persis askar republikan milik Iraq dulu yang hanya menjurus kepada tugasan menjaga kepentingan parti Baath .. tak gitu??

Lagi satu, wa heran, sampai bila PDRM nak sedar yang gaji mereka itu dibayar dari hasil cukai rakyat. Biarpun berjuta yang ditaburkan oleh kerajaan BN dalam usaha untuk memenangi hati pihak polis, itu semua bukan duit keturunan nenek moyang BN. Duit rakyat le dol .. so .. bai'ah le kerja demi rakyat yang membayar cukai .. bukan untuk puak yang hanya memonopoli hasil mahsul negara untuk terus mengekalkan kepimpinan yang penuh dengan kebobrokan dan kebejatan moral .. sudah sudah le tu weyh ..

Tuesday, August 7, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Panas : BN Kantoi Beri Bantuan BR1M Palsu Di Sabah??



Saudara Pengarang,

PERIBAHASA ada menyatakan 'Sudah Jatuh Ditimpa Tangga'. Demikianlah nasib yang telah menimpa dua keluarga suku kaum Murut yang berasal dari Kampung Buntulan, Pensiangan semasa pelancaran program BR1M di kawasan Pendalaman peringkat pertama yang lepas.

Sepertimana yang kita tahu bahwa semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 adalah layak untuk menerima bantuan RM500 daripada Kerajaan melalui Program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dengan syarat permohonan mereka telah ditapis dan dilulus oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri yang mengeluar dan mengagihkan pemberian Baucer BR1M 500 itu kepada semua Rakyat Malaysia yang layak.

Berbalik kepada intro cerita kekecewaan ini, dua anggota keluarga suku kaum Murut yang telah mendapat kelulusan dan layak untuk menerima bantuan di bawah program tersebut ialah Juffiry Bin Bakasut (MyKad 910511-12-5159 yang menerima Baucer BR1M RM 500 bernombor siri 1780474 dan Jusliah Bte Bakasut (MyKad 900210-12-6378) Baucar BR1M RM 500 bernombor siri 1780473.

Mereka telah menerima baucer-baucer tersebut dari Pejabat Hasil Dalam Negeri cawangan Nabawan.

Apa yang dianggap 'Pelik dan Aneh' atau sungguh menghairankan ialah apabila kedua dua warga luar kota ini pergi ke Bank Simpanan Nasional, Pekan Keningau untuk menukarkan Baucer tersebut kepada tunai; usaha mereka sia-sia sahaja kerana Kerani atau Juru Wang yang bertugas di kaunter pada hari itu memberi penjelasan bahawa mereka tidak LAYAK!

Dengan rasa tidak putus asa dengan penjelasan itu kedua-dua mereka itu yang disertai bersama-sama dengan bapa mereka terus menuju ke Maybank yang berhampiran untuk tujuan yang sama, tetapi mereka mendapat penjelasan yang sama di waktu berurusan di BSN.

Persoalannya sekarang, mengapakah permohonan bagi kedua-dua warga desa ini dapat diluluskan pada peringkat awalnya dan layak menerima Baucar Tunai BR1M RM 500 setiap seorang tetapi TIDAK diterima oleh pihak institusi kewangan ataupun bank yang dilantik oleh kerajaan untuk membayar tunai kepada setiap pemegang BR1M yang sah itu?

Kejadian yang menimpa kedua-dua warga desa itu amatlah dikesali dan menjadi tanda tanya sebagai Pelik dan Hairan. Seorang Peguam tempatan yang berasal dari Kawasan Pendalaman, Martin Tommy Durasim, juga Ketua Bahagian STAR, Pensiangan, telah menerima aduan daripada kedua warga Desa tersebut dan beliau telah mengambil langkah pertama ini melalui penyiaran perkara yang menghairankan ini ke saluran media untuk berkongsi pendapat bersama -sama orang ramai di luar sana.

Beliau juga berharap agar pihak yang berkenaan dapat menjalankan penyiasatan di atas peristiwa yang telah menghancurkan harapan dua Warga Desa yang telah bersusah payah datang dari kampung terletak jauh terpencil di Pedalaman hanya untuk menerima HAK mereka sebagai Rakyat Malaysia tetapi mereka hanya menerima KEKECEWAAN yang berbunyi “Kamu Tidak Layak Menerima BR1M“.

Salam Hormat,

WARGA DESA PEDALAMAN

Sumber: Sabahkini

===///===

Gila ah BN, kalau dah tak layak, sepatutnya LHDN Keningau awal awal lagi tak perlu keluarkan baucar pada mangsa. Ini satu bentuk penganiayaan kepada golongan yang memerlukan. Beri harapan yang hanya  kemudian tinggal hancur berkecai.

Setelah wa google, jarak antara Pensiangan dan Keningau adalah sejauh 80 km. Ini bermakna, perjalanan pergi balik 2 mangsa yang terlibat yang sejauh 160 km hanyalah satu perkara yang sia sia. 

Sudah pasti dengan bantuan BR1M yang telah dianugerahkan membuat mereka tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk tambang dan perbekalan.

Sudah pasti juga dengan wang dari baucar yang bakal mereka tunaikan sudah diangankan untuk perbelanjaan itu dan ini

Namun apa yang mendukacitakan, setelah tiba ke destinasi, impian mereka untuk menunaikan baucar tersebut musnah apabila mereka diisytiharkan tidak layak untuk menerima bantuan oleh petugas bank yang dilantik.

Jika betul mereka tidak layak, kenapa baucar BR1M itu dikeluarkan atas nama mereka? dan soalan yang paling utama disini, mengapa impian dan harapan mereka yang datang dari pedalaman sewenang wenangnya dipermainkan ??

TAGGED UNDER: ,

Majlis Perkahwinan Gay Ini Diadakan Tanpa Ada Apa Apa Halangan


Berita Penuh :


KUALA LUMPUR - Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.

''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini".

''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin.

====///====

Cerita asalnya dilaporkan oleh Associated Press. Dalam berita yang dikeluarkan, pasangan songsang ini telah menjemput beberapa wartawan dari media berbahasa cina dan itu tidak menghairankan kerana pasangan tersebut mungkin telah menyenaraipendek siapa yang boleh hadir kemajlis mereka.

Tetapi apa yang wa nak sentuh kat sini, apakah tujuan Utusan Meloya menerbitkan cerita ini? Turut mempromosi ke ? 

Sementara itu, kenapa kerajaan langsung tidak bertindak untuk menangani majlis ni? Kenapa seorang paderi yang memang telah mengaku secara terang terangan merupakan seorang gay, boleh menganjurkan sebuah majlis perkahwinan dalam negara ini secara terbuka ? Apakah kerana mereka bukan dari kalangan orang yang berkecimpung dalam bidang politik ataupun rapat kepada orang politik tertentu maka isu mereka tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan?

Wahai Ahsang Jati, Perkasa, Pekida, Zul Kulom dan segala Ngo'ks yang kononnya sangat sensitif dengan isu LGBT, sila tunjukkan kemahiran anda berdemo sekarang.. dan langkah pertama, sila tunjukkan solidariti luorang kat depan pejabat Utusan Malaysia yang kelihatan turut mbersekongkol dalam penyebaran berita ini.. ada bran ??




Monday, August 6, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Mungkinkah Satu Suntikan Gergasi Pada FGV Bakal Dibuat Untuk Kembali Memujuk Peneroka Felda ??



PETALING JAYA: Biro Peneroka PKR menjangka kerajaan akan membuat suntikan besar-besaran ke atas Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) bagi menarik sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum 13.

“Suntikan `gergasi’ itu akan dibuat kerana kerajaan bimbang peneroka Felda akan mengundi pembangkang. Sudah ada tanda-tanda peneroka marah kepada kerajaan kerana FGV hanya indah khabar dari rupa.

“Peneroka marah kerana sejak penyenaraian FGV lebih sebulan lalu, mereka hanya mendapat keuntungan 60 sen bagi seunit saham.

“Pada hari penyenaraian FGV 28 Jun lalu, harga seunit ialah RM4.55, manakala semalam ialah RM5.10. Kadar ini masih rugi kerana peneroka terpaksa membayar pelbagai kos kepada FGV.

“Jika tidak ada suntikan gergasi, peneroka akan marah kerana merasakan mereka telah tertipu,” kata Ketua Biro Peneroka PKR, Suhaimi Said.

Bagaimanapun, Suhaimi berpendapat, FGV jauh panggang dari api untuk menempa keuntungan berikutan keengganan korporat luar negara melabur modal.

`Omong kosong’

Katanya, FGV masih bergantung harap kepada pelaburan tempatan terutama agensi-agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Tabung Haji.

“Tanpa pelaburan asing, FGV sukar untuk mengaut keuntungan dalam jangka panjang. Saya bimbang akan mengalami nasib seperti KUB dan amanah-amanah saham di beberapa negeri yang mengalami kerugian besar.

“Kononnya saham FGV akan menjadi lebih besar dari Facebook nampaknya akan menjadi omong-omong kosong saja,” tambah Suhami.

Seramai 112,635 peneroka Felda di seluruh negara ditawarkan 800 unit saham seorang dengan harga RM4.55 seunit.

Bagaimanapun, penyenaraian FGV ini tanpa pembabitan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala beberapa kerajaan negeri turut tidak menyerahkan tanah milik mereka kepada FGV. - FreeMalaysiaToday  

***

Nota Karmic : Adakah wa gembira dengan berita ni ? atau mungkinkah kita ingin bersorak dek kebobrokan kepimpinan yang ditunjukkan oleh para pemimpin negara? Yang tersiratnya adalah hartabenda dan kepunyaan bangsa melayu sedang diperkotak katikkan. Kita boleh dengan pantas menuding dan mempersendakan pakcik makcik di Felda atas keghairahan mereka ketika memikirkan penyenaraian Felda ke bursa saham akan memberi laba yang lumayan pada mereka.

Apatahlagi dengan sejumlah besar dari mereka adalah golongan yang terkenal karat dengan ameno-bn. Sudah pasti pada perkiraan mereka, apa sahaja yang dibawa oleh parti keramat mereka adalah satu tuah yang tidak dapat ditolak. 

Manakala segelintir dari mereka yang awas, tidak mempunyai pilihan selain dari terpaksa mengikut arus lantaran tidak ingin menjadi kera sumbang akibat dipulaukan oleh masyarakat setempat.

Sedangkan, mengikut trend, saham Felda semakin hari semakin menunjukkan indeks menurun dan ketika entri ni ditulis, harganya adalah sekitar RM5.10, iaitu catatan keuntungan sebanyak 60sen dari harga pemula.

Mengikut laporan (rujuk sumber) para peneroka telah diberikan sebanyak 800unit saham yang mana jika mengikut congak mudahnya, mereka mendapat keuntungan atas kertas sebanyak RM480 (800unit x 60sen). Sedangkan yang pastinya, mereka perlu membayar lebih dari jumlah itu untuk kos pengurusan, pinjaman, yuran dan sebagainya sementelah lagi jumlah 800 unit adalah satu amaun yang hampir mustahil untuk diperjual beli (jumlah yang diperlukan adalah 1 lot yang bersamaan dengan 1000 unit).

Biarpun penyenaraian Felda ke bursa saham diiringi dengan paluan propaganda tentang gahnya sebagai kedua terbesar sesudah IPO saham facebook, namun aliran menurun carta keuntungannya mencerminkan sebaliknya. Apakah cukup dengan suntikan dana dari kerajaan untuk terus memastikan saham Felda berdaya saing sedangan sambutannya dari para pelabur kekal dingin?

Apa yang pasti, diakhirnya, sang peneroka juga yang menanggung segala natijahnya lantaran perjanjian dengan bank telah dimeterai, faedahnya perlu dibayar, tanah sudah dipertaruhkan sedangkan tiada jaminan dalam menentukan kelangsungan FGV dalam bursa saham.

Apakah kita bakal menyaksikan satu lagi episod sedih kepada tanah tanah milik melayu ini ? Wallahua'lam

Sunday, August 5, 2012

TAGGED UNDER: ,

Gempar : Lelaki Terjun Dari Pesawat Yang Sedang Bergerak Di Miri



Miri: Seorang lelaki mengambil keputusan nekad dengan melompat keluar dari pintu kecemasan pesawat Air Asia ketika ia sedang bergerak untuk memulakan penerbangan sekitar jam 7.30 malam tadi.

Akibat dari perbuatan lelaki yang berusia 24 tahun itu, beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Miri telah tertangguh sehingga tengah malam tadi. Beliau juga dipercayai merupakan salah seorang pekerja syarikat Air Asia yang sedang bercuti dan hanya dikenali dengan nama Chong dan mendaftar masuk untuk penerbangan ke Kuala Lumpur bersama teman wanitanya.

Sebab dan tujuan yang mendorong beliau berbuat demikian masih tidak diketahui.

Menurut krew yang sedang bertugas, mereka tidak sempat untuk menghalang lelaki itu dari membuka pintu kecemasan dan melompat keluar semasa pesawat itu sedang bergerak ke landasan untuk memulakan penerbangan. Bagaimanapun hampir pasti, lelaki itu (Chong) bakal berhadapan dengan tindakan undang undang . - Borneo Post

Saturday, August 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

Gempar : Pornografi Kini Mula Dipasarkan Secara MLM DI Malaysia



Sibu : Perniagaan Jualan Langsung  (MLM) telah dibawa ke satu tahap yang lebih ekstrim di sini apabila terdapat skim terkini yang menawarkan siaran pronografi secara langsung melalui penjualan USB flash drive. Pendedahan yang mengejutkan ini terbongkar apabila pihak polis menerima laporan dari seorang wanita pada Selasa lepas yang mendakwa rumahnya telah dijadikan pusat untuk memasarkan pronografi oleh satu pasangan yang mengaku mempunyai pertalian saudara dengannya.

Wanita itu melaporkan bahawa 'saudaranya' itu telah membawa USB flash drive tersebut secara haram dari Taiwan yang membolehkan siaran secara langsung ditonton oleh para pelanggan, dan menjadikan rumahnya sebagai pusat untuk tujuan pengenalan dan pemasaran produk tersebut.

Mengikut laporan, pihak polis gagal untuk mengakses talian tersebut berikutan laman webnya dipercayai telah ditutup oleh penyelia laman.

Juga dilaporkan bahawa pasangan Taiwan tersebut telah dibebaskan oleh pihak polis.

Sumber menyatakan, pelanggan perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM2,100 untuk menjadi ahli kepada perniagaan ini dimana mereka kemudiannya akan dibekalkan dengan 3 unit USB Flash Drive tersebut.

Untuk setiap ahli baru yang diperkenalkan, ahli (yang memperkenalkan) akan menerima imbuhan sebanyak RM500 sementara 'upline' pula akan mendapat RM200.

Menurut wanita yang membuat laporan tersebut, sebanyak 99 unit telah dibawa masuk ke negara ini dan sehingga kini sejumlah 25 unit telah terjual.

Kumpulan ini juga telah menganjurkan siri pemasaran perniagaan ini disekitar Bintulu dan juga ke Semenanjung, ujar wanita pemilik rumah ini.

Beliau juga mendakwa terdapat juga kumpulan lain yang turut memasarkan perniagaan ini di sini. - Borneo Post.

Nota : Ada ke sesape yang dah jadi ahli weyh ? kah kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top