Showing posts with label Kumpulan Gendang Lain. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Gendang Lain. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Kump Gendang Embun Berderai : 1



Sila klik untuk besarkan saiz

Utusan Malaysia, 3 Julai 1996


Dahulu saya memang suka menyimpan keratan akhbar lama. Dan saya bukukan, tidak kira fasal silat atau gendang. Selak-selak semula, ada maklumat fasal pergendangan Melayu. Memikirkan ia sebagai satu khazanah dan pengetahuan untuk semua, saya imbas dan abadikan di blog KGGK untuk tatapan semua. Sama ada kumpulan gendang dalam artikel ini masih aktif atau sudah berkubur, wuallahua'lam. Harap sekiranya sesiapa ada maklumat tentang kumpulan ini, sila emel ke gemalakasturi@yahoo.com

Terima kasih

p/s : Tengah sedap imbas gambar, mesin pemgimbas (scanner) meragam, potong betul!
Jadi, baca yang ini dahululah ya ...

Read more...

Monday, July 5, 2010

KGLM Di National Pencak Silat Championship 2010

Hasil gambar pencilokan dari FB Fizah - Pengurus KGLM (yang jelita tapi garang :) Singapore mali don't play-play ah! Tahniah diucapkan, insya-Allah berkat usaha yang berkekalan, moga-moga dipermudahkan pembelajarannya, amin.



Bersama ini ditampal video klip semasa persembahan penutup National Pencak Silat Championship 2010. Lagu yang dibawa adalah 'Layang Mas'. (Harap diceritakan rinci dalam blog KGLM akan datang).

Kata KGLM ia adalah jemputan untuk majlis penutup National Pencak Silat Championship 2010. Meskipun masih baru, namun kami menggalakan mereka untuk mencuba dan insya-Allah suatu masa nanti KGLM akan diiktiraf di sana. Pakcik Din Guai dan Pak Teh Mat Khir pernah berkata bahawa suatu masa dahulu di bumi Temasik memang ada permainan gendang ini tapi entah bila kala agaknya ia semacam pupus di dan tidak lagi dimainkan di sana.

Harapan kami semoga KGLM akan terus melestarikan dan mengembang biakkan di bumi Temasik dengan irama gendang silat aliran utara ini. Dan semoga ia tidak pupus lagi di bumi Temasik dengan kehadiran KGLM. Akhir kalam untuk entri ini - bila nak mai KL lagi?

Read more...

Friday, June 25, 2010

Gendang Silat Pahang

Entah kenapa malam ini saya tergerak hati untuk mencari maklumat tentang gendang silat Pahang. Ya, mungkin juga saya teringat kampung di sana. Sudah lama tidak balik. :(

Saya salin dan letakkan di sini sebagai tatapan dan memautkan ke lama asalnya. Takut juga nanti akan hilang begitu sahaja dari internet dan blognya ditutup.

Gendang Silat Pahang
------------------------------

Gendang Pahang versi Kg Batu Sawar

EN Mat Nor dan Mat Gedohok

Uncle Satan

Para Pelapis Gendang Pahang Batu Sawar

"Ia merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini." Petikan untuk definisi ini telah diambil dari lama blog Muzik Tradisional di sini.

Di Kampung Batu Sawar kumpulan gendang Pahang ini dianggotai oleh 3 sekawan yang diketuai oleh En Mat Nor, Uncle Satan dan juga Mat Gedohok. Mereka adalah antara golongan yang cuba menghidupkan kembali seni tradisional yang semakin dilupakan pada masa ini.

Menurut kata En Mat Nor, kumpulan Gendang Pahang Batu Sawar ditubuhkan pada sekitar 2007. Sekerang ini terdiri dari dari 3 pemain. Kumpulan ini memiliki 2 gendang dan 1 Gong dan akan ditambah lagi mengikut penerimaan masyarakat Kg Batu Sawar. Menurut beliau lagi, anak anak muda Kampung Batu Sawar juga telah menunjuk minat yang tinggi dalam mempelajari permainan seni tradisional Gendang Pahang ini. Dengan ini ianya menunjukan satu peringkat postif yang maner muzik tradisioanal masih lagi diterima pada masa kini.

Menurut penduduk kampung Batu Sawar, Suatu ketika dahulu, Permainan gendang Pahang ini diiringi dengan Silat Pulut dan Juga tarian piring. Ianya sering dimainkan di majlis-majlis kenduri perkhawinan dan juga keraian kampung. Namun begitu ianya seakan ditelan zaman. Dengan usaha 3 sekawan ini diharap dapat menghidupkan kembali sesuatu yang telah lama hilang. (artikel ini pula dari blog Perpustakaan Desa PNM Batu Sawar)

Ulasan - Gendang silat Pahang tidak mempunyai serunai. Hanya gendang ibu, anak dan gong sahaja. Harapan saya agar ia dapat dipelajari oleh anak muda di sana agar ia tidak ditelan zaman dan hilang begitu sahaja.

lagi gambar pemain gendang silat Pahang
(dari laman fotopages anak Pahang)

p/s : Kalau ada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang gendang silat Pahang, sila emel gemalakasturi@yahoo.com

Read more...

Monday, June 7, 2010

Kump Gendang Silat di Kedah

Read more...

Gendang Silat Irama Pantai Timur

P3220995

P3220993

P3220996

dari laman web : Arjunasukma

Read more...

Pasukan Gendang SMK Wangsa Maju, Sek 2


Sumber : Blog Niezam

Read more...

Persatuan Gendang Silat Pesaka Gayung Bera, Pahang

sumber : blog Tok Joro

Read more...

Gambar Gendang dari Laman Web Lain

Taman Budaya Perak
Taman Budaya Perak by don@ipoh
Pemain serunai - Abg Mat Telok Intan, kisah KGGK bertemu dengan kumpulan mereka saya belum siarkan lagi di sini. Akan datang.

Serunai
Serunai by n a z z i m ~ elinazz
Nagasvaran - serunai panjang kaum India

Gendang Silat
Gendang Silat by Masterspades
Gambar ahli KGGK semasa bermain di Dewan Sri Endon, Putrajaya

Siapakah penganti ku
Siapakah penganti ku by Mamzie
Pemain gendang silat Kelantan

Gambar-gambar dari laman web : Nikkojazz

Read more...

Tuesday, June 1, 2010

Kelab Gendang Silat Persatuan Tomoi Gombak

Saya terjumpa blog mereka semasa mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan gendang silat. Sila klik blog mereka di sini untuk keterangan lanjut.

Read more...

Tuesday, June 2, 2009

Gendang Silat Sendeng




Kebetulan, minggu lepas saya balik ke kampung kerana menghantar kakak ipar saya untuk majlis perkahwinannya. Namun dalam perjalanan pulang, kami singgah ke majlis perkahwinan di Bukit Kangkar (Parit Pelampong). Cuaca agak panas, matahari berdiri di atas kepala. Saya tersengih-sengih apabila melihat sekumpulan anak-anak muda berpakaian hitam, segak dengan setanjak di kepala sedang membuat persembahan silat.

Tapi yang lebih menarik hati saya adalah bunyi-bunyian yang mengiringi para pesilat yang sedang beraksi. Bunyian gendang kumpulan silat sendeng itu menyebabkan saya terdorong untuk menghampiri dan meninjau-ninjau. Dapatlah 2, 3 gambar yang saya tangkap untuk kenang-kenangan dan berita di blog. Kedengaran irama Tari Inai dan Gendang Perang bergema, saling sulam-menyulam mengiringi persembahan silat. Agak lama juga saya tidak mendengarnya. Kalau dahulu di Muar, memang selalu kedengaran muzik ini. Dan seperkara lagi, telinga saya sudah lama tidak menikmati irama gendang silat Jawa di Muar yang mengalun lembut sambil menyaksikan orang-orang tua bermain silat pulut.

Mungkin satu hari nanti saya berkesempatan untuk menonton permainan silat Jawa dan menikmati irama gendang silat Jawa yang sudah lama saya tidak dengar. Modah-mudahan adik-adik dari kumpulan silat sendeng ini akan meneruskan perjuangan sampai bila-bila. Amin.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP