we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Wednesday, October 13, 2010

Adakah istilah 'pilih kasih' di kalangan bos dan pekerja..?

By Galuh Cendra Kirana

Aku maybe tak pandai mengulas bab ni. Tapi pada aku, komunikasi tu penting. Apa yg aku pegang selama berkhidmat sebagai kerani gomen khususnya, dan pekerja makan gaji halal amnya; ialah pentingnya aku tahu apa yg bos nak, dan bos tahu apa yang aku tengah buat, so that aku dapat budget masa untuk aku siapkan kerja yg diberikan dan bersedia untuk menerima kerja seterusnya yang akan diarahkan. It's so simple.

Ingat lagi kerja sbg HR Assistant kat opis sebuah kilang gergasi yang membekalkan 'motherboard' di kawasan berteknologi tinggi di utara tanahair. Aku mentah sgt2 dalam hal pengurusan pejabat. Apelaga bidang HR. Aku bukannye ade kelulusan bidang tu pun. Keje tu pun sementara nak tunggu keputusan interview dgn MATRADE. hehe. (lepas STPM, aku bertugas sbg Guru Sandaran selama 4 tahun... aku kat kilang tu 3 bulan, kat sebuah 'gudang kastam' dalam kawasan yang sama sbg Admin Assistant pun 3 bulan. Masa tunggu SPM aku keje sebagai minah KFC yang pakai skirt dan bertopi. saiz jauh beza ogeh masa tu..)... huhu. Ok berbalik kat HR tu. Dlm opis tu lebih ramai bukan Melayu dan bahasa ibunda tidak digunapakai. langsung, memandangkan ia hakmilik joint venture negara Canada. Salah 2orang bos kat situ yang aku paling xkan lupa ialah Kak Wan Ilham Wan Sulaiman; kerana kegarangannya, dan Kak Vicky Kannusamy, kerana komunikasinya yg cukup padat dan mudah difahami. Kak Ilham sangat garang, sampai aku sendiri rs nk menangis. sebabnya, aku agak lembs dan takut nk bertanya. Sebabnya, aku takut dia marah kalau aku tanya bnyk2 sedangkan kerja nak urgent. takut dia xde masa nak layan pertanyaan aku, takut itu, takut ini.. so dpd tanganku kosong, baik aku siapkan apa yang aku tahu... persoalannya aku tahukah? (zero beb)

Vicky Kannusamy ialah perempuan yang lembut dan penuh sifat kakak dalam dirinya. korang tgk nama dia India, tapi wajahnya saling xtumpah mcm org kita. aaa.. sebijik cam Kudsia Kahar! Cantik! Percakapan harian dengan aku ialah bahasa Melayu Kedah. pejam mata, aku bayangkan dia seorang saudara sebangsa. langsung saling xtumpah. aku sumpah. Dia lah yg ajar aku buat catatan ttg arahan kerja oleh bos dan priority kerja. Dia ajar aku komunikasi yang betul untuk call candidates dan bagi briefing utk new hires.. saban waktu aku ditugaskan utk membantu kilang ini merekrut engineer, technician, data administrator, supervisor, planners, buyers dan supply chain... bayangkanlah, bukan org Malaysia jer, org German, org US, org China, Jepun dan sebagainya. Owh unit recruitment yg aku duduk tu x amik operator yer. Itu keje unit recruitment lain. Kami jage golongan2 ni saje. Bayangkanlah. Kalau aku xcepat menangkap, seluruh HR ni nampak bodoh. Sepanjang aku mula bekerja dan masih dalam proses belajar, aku terpaksa pretend mcm aku pandai serba serbi dan nampak sgt professional. Sebenarnya dari situlah aku dapat belajar sambil buat.. lama kelamaan apa aku buat menjadi sebati.

Berbalik kepada Kak Vicky, dia pernah nampak aku menangis. Aku betul2 tertekan dgn ilmu yg terlalu sedikit untuk aku cekap settlekan kerja yg diberi Kak Ilham. Tapi Kak Ilham seolah-olah tanak tahu apa masalah aku dan apa yg dia tahu, kerja aku mesti siap on time. Biasanya pada hari yg sama. naik mereng aku dibuatnya. lebih cepat aku buat, lebih banyak mistake. memang nak giler. abistu keje yg aku tgh buat tu banyak yg nk kene buat balik. tgh buat, datang pulak keje yg lain. Aku rs mcm that's it. Aku xdek gaji tinggi mcm ni pun xpa. Aku nak benti! Sekali Kak Vicky ckp ngn aku, "kakak (dier suka panggil aku kakak. Macam emak2 kan? hehe sweet tau), from now on, bila kita tengah sibuk buat kerja, bos dtg bagi kerja lagik,  ckp dengan bos, saya tgh siapkan kerja ni. Kejap lagi saya akan attend yg tu pulak, yea. Kita kena tegaskan. kalau semuanya longgok atas meja, kalau kita jenis pengingat takpelah, ini dah bercampur aduk. sape yg nak jawab? kita jugak. kerja sape yg rosak? kerja bos kitalah. masa tetap ada. jangan kelam kabut. apa yg penting, kita faham apa yg sedang berlaku, amik masa fahami isi dokumen tu dan lepas tu kita dapat buat dgn rileks, tapi cepat siap. kalau xfaham, mintak bos guide utk first step. Tapi pastikanlah masa dier terangkan tu kita betul2 tumpu perhatian. kalau xfaham apa2, masa tu lah fresh2 kita nk tanya. Jangan tggu nanti. Itu yg buat bos tension sbb dia amik kita kerja dgn harapan yg tinggi dari kita, supaya kita dapat tolong dia. Diorang manusia jugak. Diorang akan faham." aku terus bantut niat berhenti keje masa tu. aku rasa aku dah jumpa apa yg aku perlukan. komunikasi yg jelas. aku yakin itulah yg aku kena pegang untuk bertahan dalam kerjaya. Kita xperlu ego dgn bos. Kalau xtahu ckp xtahu. Kalau tengah xmenang tangan terus terang. Diorang mesti terima. Apa lagi yg diorang boleh buat selain tunggu sekejap. Hai, yang kita ni pun takkanlah nk buat kerja sehelai-demi sehelai. Settlekanlah cepat sementara ada masa. Kalau cepat settle, mood pun best. Boleh melawak2 ngan bos. Boleh lah rilex2 sikit. ngeeee~ (jangan tiru aksi tu aa). Pastu kan,First time aku nampak Kak Ilham senyum dan selalu aku siapkan keje dier cepat sampai dier pun dapat goyang kaki sama2. Dia ajar aku make up n sebelum aku tamat kontrak n nak lapor diri di MATRADE, dier kasik aku set make up. Dan baru aku tahu Kak Ilham yg rambut lurus panjang mcm hantu dulu2 tu sangat santek tau. Aku selalu jew curi2 pandang bila dier senyum happy kerje dier lancar. Bestnya. Kak Ilham, Kak Vicky, Kak Bernie Claire Westwood & Kak Munis (2 eko ni pulak operator telefon kt kilang)..i heart you all... and I miss you guys damn much.


P/s : Nanti ingatkan aku utk citer psl keje kat KFC pulak. Kelakar gilew jew.