Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label LAWATAN. Show all posts
Showing posts with label LAWATAN. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

GUILIN 2


Guilin - Cina adalah kawasan yang diliputi dengan gunung ganang, boleh di katakan masyarakat di sini tinggal di lembah atau lereng-lereng antara gunung ganang tersebut. Tapi dengan " lanskap " demikian dan dengan kehendakNya masyarakat di sini menjadikan ianya punca " pendapatan " melalui pelancungan.

Selepas rombongan menikmati keindahan sepanjang Sungai Li Cruise, kini rombongan di bawa pula di Crown Cave - melihat sendiri keindahan dalam gua.


Jarak dari pintu masuk ke pintu keluar di anggarkan sejauh 1.5km, perjalanan yang agak licin setiap individu perlu sentiasa perhati-hati. Mendatara, mendaki dan menurun adalah perkara biasa. Kita boleh lihat sendiri kejadian " stalagmites, stalactites "


Keajiban kejadian dalam gua ini, hanya dengan kuasaNYA " stalagmites, stalactites " di jadikan dan ianya sungguh menakjubkan. Dalam gambar di atas sudah tentu bagi masyarakat yang masih tidak mempercayaai keujudan Allah menjadikan tempat sabagini sebagai satu keajaiban yang luar biasa.


Sepanjang 1.5km seluruh perjalanan di sinar dengan cahaya lampu untuk memudahkan pengunjung, dan dengan daya kreatif mereka, ada juga antara " stalagmites, stalactites " itu di pancarkan dengan cahaya dan ianya kelihatan lebih menarik lagi. Mengikut pemandu pelancung yang memandu rombongan pembinaan untuk menyediakan lampu-lampu ini mengambil masa hampir 5 tahun 10 tahun yang lalu.


" stalagmites, stalactites " ini seperti air terjun







Penulis juga merakamkan gambar di satu sudut yang berlatar belakang " stalagmites, stalactites " berwarna hijau

Pada keseluruhannya, Crown Cave ini dapat menunjukkan bagaimana kebesaran dan keesaan Allah dalam mencipta dunia ini. Tapi mengapa masih ada kalangan umat manusia yang masih ingkar dengan suruhanNya? Fikir-fikirkan lah.

GUILIIN


 Terlebih dahulu GM mohon maaf kepada semua pengunjung, kerana antara 13 - 16 Julai, GM berada di bumi Cina kawasan Guilin, kawasan yang penoh dengan gunung ganang, dan gunung ganang ini dijadikan sumber rezeki oleh mereka. Pemandangan di sini cukup cantik dan damai sekali.


 Rakan-rakan sedang berbincang sesama sendiri kaitan 
dengan persediaan untuk penerbangan.


 Masa amat terhad, dan dalan keadaan terdesak, LCCT di bilik berlepas tidak menyediakan bilik solat, sebaliknya atas rasa tanggongjawab masing-masing mencari sudut yang sesuai untuk solot subuh dengan jam 6pg perlu manaiki kapal terbang


 Syukur alhamdulillah Penerbangan Air Asia AK 1304, selamat mendarat di Guilin International Airport jam 10 pagi., selepas mengambil semua keperluan bas sudah sedia menunggu.

 Ini sebuah masjid di kawasan Cina Muslim, pada waktu zohor dapat berjemaan dengan imam Cina kalau di ikutkan Imam ini kena datang ke masjid lama mendalami pembelajaran cara mana untuk bersembahyang dengan lebih tertib dan teratur, tidak gopoh.


Salah sebuah restauran Cina Muslim yang di jadikan tempat makan 
kepada pengungjung muslim ke Cina. Hanya ada dua restauran yang di bolehkan kaum muslim menjamu selera


 Sebahagian dari pemandangan di Li River Cruise. ianya di keliling oleh bukit-bukit memang menghayalkan pemandangan yang di " pertontonkan " Bagitu hebat kekuasasaan Allah yang mencipta bumikan untuk makhloknya.


Ini lagi satu keindahan di sekeliling sungai tersebut.

Tunggu edisi ke 2.

Saturday, December 24, 2011

LAWATAN KE CINA

Kepada semua pengunjung blog ini, terlebih dahulu kemaafan di pohonkan kerana sepanjang berada di Guangzhou dan Shenzhen pada 19 - 23 Disember yang lepas penulis berada di kedua-dua bandar di Cina tersebut. Penulis juga tidak dapat melaporkan apa yang terjadi sepanjang berada di Cina kerana Kerajaan Kominis Cina " melarang " penggunaan FB dan Blog. Memang rasa " frust " kerana tidak dapat melaporkan apa yang berlaku di Cina.

Walaubagaimana pun, untuk tidak menghampakan pengunjung di paparkan sedikit gambar-gambar yang diambil semasa di kedua-dua kota tersebut.



Ahli rombongan bergambar ramai di depan " window of the world " Monument ini seperti ada di Langkawi di mana semua perkara ajaib di dunia di bina semula dalam bentuk " replika ". Penulis sempat juga bergambar dengan pengawal keselamatan. Dan di Cina pegawal keselamatan berada di semua lokasi termasuk kawasan membeli belah, pusat perdagangan, pusat rekreasi.



Salah satu pemandangan di " Window of the world "





Pemandangan " kepesatan" pembangunan di kedua-dua bandaraya tersebut, dan penghuninya pula melebihi 10 juta orang di setiap bandaraya. ( gambar ini di ambil dalam perjalanan )



Kesibokan di Dongmen Shopping Street.



Keadaan sebuah masjid dan ianya terletak di tingkat 7 sebuah bangunan yang terdiri dari hotel muslim dan kedai-kedai, dan sebuah restaurant yang menyediakan masakan halal, boleh di katakan pengunjung ke bandar ini menjadi satu " kemestian " untuk hadir di bangunan ini semasa ada untuk sembahyang mau pun membeli belah.


Pada 23 Dis. hari jumaat penulis juga sempat menunaikan fardhu Jumaat di masjid di mana terletak nya perbukuran Saad bin Abi Waqas's grave, kelewatan untuk sampai ke masjid dapat melihatkan bagaimana jemaat juga menggunakan semua kawasan lapang untuk tujuan sembayang, dan penulis juga dapat bergambar dengan saudara Islam " cina " selepas menunaikan sembahyang tersebut.





Gambar-gambar penulis dan keluarga yang turut sama di lawatan tersebut.



" papan tanda " petunukan arah perjalanan



Semasa menunaikan waktu zohor di Masjid Guang Ta,
kebetulan Ustas Ismi - pengurus Mubarak juga berada di Guangzhou.

Tuesday, November 29, 2011

LAWATAN KE TANJONG BALAI

Pada 25 - 28 Nov. lepas sempat mengikuti lawatan " Bench marking " MGB Perak Tengah ke sekolah-sekolah di Kepuluan Riau, termasuk di Tanjung Balai, Moro, Tanjung Baru dan Pulau Alai.



Pelabohan masuk ke Tanjung Balai.



Pemandangan masjid Agung dan jeti ke lain-lain kepulan berdekatan.




Sebahagian dari pemandangan dalam perjalanan dari Tanjung Balai
ke Moro dan Tanjung Batu.


Sesungguhnya keadaan di Kepulauan Riau memang jauh berbeza dengan negera kita, mereka masih lagi menggunakan pengangkutan air untuk perjalanan dari satu pulau ke kepuluan yang lain, mereka meretasi bukan sungai tapi lautan



Ahli rombongan sempat bergambar ramai dengan guru-guru
di sekolah Pendidikan Dasar di pulau Moro.

Saturday, November 19, 2011

SKY TREE MENARA TERTINGGI - JEPUN



Guinness World Records pada hari Khamis lalu telah mengiktiraf Tokyo Sky Tree berketinggian 634 meter sebagai menara tertinggi di dunia. Bentuknya amat menarik kerana tapaknya berbentuk segitiga manakala bahagian atasnya berbentuk bulat.

Pada mulanya Tokyo Sky Tree dijangkakan hanya akan berketinggian 610 meter, tetapi setelah dibina pihak pengurusan menaikkan ketinggiannya kepda 634 meter kerana banyak negara lain sedang berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Itukah strategi Jepun?


Menara pemancar penyiaran televisyen ni akan dibuka kepada orang ramai pada bulan Mei tahun depan. Sebelum ini struktur tertinggi di dunia adalah Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan ketinggian 828 meter.





Saturday, March 12, 2011

SEHARI DI SK THAMSUKSA MULTINI THAILAND

















































Hari 7 Mac 2011 ( Isnin ) ini bersama-sama dengan rakan-rakan Guru Bersar seramai 35 orang dari Daerah Batang Padang dengan diiringi Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran Daerah rombongan di bawa melihat sendiri dari dekat keadaan sebuat sekolah yang penoh denan kesusahan dan keperitan untuk mengurus dan mentadbirnya. Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Thamsuksa Mulniti, yang beralamat di 58/1 SOI 41, Pechakasem Road. Tambun Hatyai, Amper Hatyai. Songkhla, Thailand.

Murid sekolah ini berjumlah 350 orang dengan 150 lelaki dan 200 orang perempuan. Selain dari subjek biasa di Thailand, sekolah ini juga memberikan perhatian khusus kepada pengajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam.

Dari beberapa sudut, kita dapat lihat keadaan sekolah ini yang juga tidak mendapat peruntukan dari kerajaan amat perlu dan memberikan perhatian kepada bagaimana untuk mendapatkan dana pembangunan dan bayaran gaji kepada tenaga sekolah tersebut. lihat kelas pembelajaran, ianya " open air " ( gambar 8 ), mereka juga " menjual " idea bagaimana cara untuk mendapatkan laluan kepada para pelajar mereka untuk di tempatkan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Pengurusan sekolah ini boleh di katakan sama dengan sekolah persendirian yang beraliran agama di Malaysia. Bantuan amat kecil sekali. Sumbangan dari masyarakat amat diperlukan, dan pihak rombongan dapat menghulurkan sejumlah 2k untuk kegunaan pihak sekolah. Sumbangan di serahkan oleh PPD kepada Hj. Mat Yaakub bin Yusof dengan diperhatikan oleh Pengarah Pelajaran ( gambar 4 )

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, pihak sekolah juga dapat menyediakan kelas untuk pra persekolahan, dan perlaksanaan seperti kelas pra dan tadika di Malaysia, murid-murid cukup ceria dengan rakan-rakan mereka ( gambar 9 )

esok di SK Anuban Songkhla School

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA