Filem Battleship & 3 Temujanji.
Assalammualaikum… Aku ni jarang sangat nak tengok wayang. Jadi, dalam setahun tu ada 2 ke 3 kali je aku pegi. Tapi tahun lepas, aku masuk sekali je kut. Kalau tak silap masa tu filem Ombak Rindu. Hihi. Itupun sebab aku suka baca novel dia. Jadi semangat nak tengok tu memang membuak – buak (huh, over!) Tapi tahun ni pulak, aku dah tengok dua filem. Iaitu filem 3 Temujanji & filem Battleship. Kira okaylah kan, sebab ada kemajuan berbanding tahun lepas yang hanya tengok satu filem ;D Cuma aku ni, kalau nak tengok sesuatu filem tu, aku akan pastikan yang aku tengok citer tu masa dia baru keluar. Selalunya, hari pertama atau hari kedua filem tu kluar, aku memang dah tengok. Kalau dah lebih seminggu, takdenya aku nak tengok lagi. Sebab feel dia dah lain tau (-.-) Okaylah, walaupun filem 3 Temujanji dah lama kluar, tapi aku nak citer sikit tentang filem ni. Bagi aku, filem ni best. Tak berat sangat. Ada part yang sedih (tapi takdelah sampai nak nangis segala ye), ada part lucu d...