Posts

Showing posts with the label CERPEN.

Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Final)

baca dulu part 1 kat SINI , part 2 kat SINI , part 3 kat SINI & part 4 kat SINI & part 5 kat SINI   & part 6 kat SINI  & part 7 kat SINI. Petang itu,aku nekad untuk bertemu dengan Aiman setelah mendapat nasihat daripada Ida. Aku juga ingin tahu apa tujuan sebenarnya Aiman berbuat sedemikian. Tidak sampai sepuluh minit aku duduk di salah sebuah kerusi di stadium mini itu tiba – tiba Aiman melabuhkan punggungnya disebelahku. Petang itu dia hanya memakai jeans dan t-shirt putih. Cermin mata hitam yang digayakan membuatkan Aiman kelihatan agak tampan. Ops! Aku memuji musuh ketat aku sendiri?? Pelik dah ni! Huh!  “Awak mesti terkejut apabila dapat tahu musuh ketat awak sebenarnya orang yang admire dengan awak selama ni,” Aiman memulakan bicara. Aku hanya memandang padang stadium yang kosong itu. Ida ada mengatakan latihan mereka dihentikan seketika kerana pelajar hendak menduduki final exam tidak lama lagi.  “ Frankly speaking , saya terk...

Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 7)

baca dulu part 1 kat SINI , part 2 kat SINI , part 3 kat SINI & part 4 kat SINI & part 5 kat SINI   & part 6 kat SINI. “ Kau ni tuang kelas ke? Tak pernah – pernah kau tuang kelas tapi hari ni..”   “Ida, kau ada jumpa Kaira tak tadi?” aku memintas kata – kata Ida. Ida mengerutkan dahinya seolah – olah mengingatkan sesuatu.  “Tadi aku nampak dia sembang dengan Suzana, budak junior yang kena buli dulu. Tapi kenapa kau tanya pasal dia?” Mendengar pertanyaan Ida membuatkan aku mengeluarkan hadiah yang diberi oleh Aiman sebentar tadi.  “Macam hadiah yang kau dapat masa birthday kau last year dengan hadiah masa valentine day . Kaira tak bagi tahu lagi ke sapa yang menjadi secret admire kau selama ni?Lagipun Kaira kan yang jadi wakil peminat kau tu untuk serahkan hadiah pada kau selama ni?” sekali lagi Ida bertanya. Aku tidak segera menjawab sebaliknya aku mengeluarkan empat kotak hadiah yang berbalut dengan keratan majalah yang masih belum...

Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 6)

baca dulu part 1 kat SINI , part 2 kat SINI , part 3 kat SINI & part 4 kat SINI & part 5 kat SINI. Sejak peristiwa itu, hubungan aku dengan Aiman menjadi semakin dingin. Pantang berjumpa pasti ada saja pergaduhan yang tercetus. Yang paling menyakitkan hatiku bila Aiman yang selalu memulakan dulu pertengkaran antara kami berdua. Tapi memandangkan hari ini merupakan hari jadiku, aku bercadang untuk mengelak berjumpa dengan Aiman kerana aku tidak mahu merosakan mood pada hari yang istimewa ini. “ Happy birthday Lia!” ucap Tuty dan Mila serentak sewaktu aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Beberapa orang temanku turut mengucapkan benda yang sama. “Selamat Ulang Tahun!” Aku segera berpaling apabila mendengar satu suara dari arah berlakang. Aku terkesima apabila melihat Aiman menghulurkan hadiah kepadaku. Aku dengan pantas menarik tangannya untuk membawa ke luar dewan kuliah apabila mendengar usikan daripada teman sekelasnya. “Sapa yang bagi tahu awak hari ni ha...

Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 5)

~ baca dulu part 1 kat SINI , part 2 kat SINI , part 3 kat SINI & part 4 kat SINI ~ Dari jauh aku dapat lihat kelibat Aiman dengan dua orang rakannya. Ingin saja aku berpatah balik namun hasratku mati apabila mereka bertiga sudah begitu hampir denganku. “Beri laluan, beri laluan,” terdengar suara Aiman menyindirku. Langkahku mati dengan sendirinya. “Jangan nak sindir – sindir!” kataku sedikit keras. Aiman menghampiriku dan berdiri betul – betul dibelakangku. Kedua – dua temannya sudah pun meninggalkan kami berdua. “Tak boleh ke kalau cakap tu lembut sikit?” bisiknya hampir ditelingaku. Aku tersentak dan tanpa disengaja aku tertoleh ke belakang dan dahiku terkena bibirnya. Aiman mengaduh kesakitan. Padan muka! Kutukku di dalam hati. Aku terus melangkah meninggalkan Aiman yang masih menahan kesakitan. “Eh awak!!” jerit Aiman kuat. Aku berpaling. Kelihatan dia berlari menghampiriku. Ada apa lagi ni? “Awak ni tak tahu nak minta maaf ke? Dah lah hari tu langgar saya, hari ...