Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

Apr 23, 2010

Order chocolate dari hubby n test roti...

Salam dan aloo untuk semua

Semalam seharian kat bakery. Siapkan order 3 set chocolate dari somi (order air liur..hehehheehe). Alhamdulillah, suami saya dah semakin ok. Kalau tak da lagi growth, 3 Mei ni last dia buat chemo. Cuma kena doa banyak-banyak kanser dia tak datang balik.

 Husband saya ni  nak hadiahkan coklat-coklat tu kat Dr. Shah n nurse dia di KPJ, Dr. Shaliza n Dr. Jefry dari Poliklinik Jasa kat Senawang n Rita kat SJMC. Rita ni tolong arrangekan hal-hal ward kat husband saya setiap kali husband saya buat chemo kat SJMC. SJMC ni memanjang jerr tak cukup bilik. Tak tau macam mana Rita buat. Dia akan usaha gak dapatkan bilik kat kami. Penah tu, semua bilih dah penuh. Cuma tinggal bilik VIP jer yang semalam kena bayar RM650 lebih. Dia dah pujuk admin, kami dapat bilik tu ngan harga bilik single...fuhhh...merasa la dok bilik VIP kat SJMC tu...alhamdulillah...(errr...tapi husband saya kata...tension n sakitnya masa ubat chemo masuk badan samerr jerrr ngan dok bilik single...heheheheh. So kesimpulannya, kalau dok bilik mahal macam mana pun, sakit tetap sakit....)

So ni lah coklat-coklat yang diorder somi...



Semalam, saya try try panaskan oven kat kedai tu ngan cuba buat dua jenis loaf - Pandan Raisin loaf n Marble coklat loaf. Ni preparation kelas untuk 10 ibu tunggal Isnin, Selasa n Rabu depan. Kursus Asas Keusawanan Bakery ni anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyakarat Negeri Sembilan.




Dec 25, 2009

Sambung keja semalam

Salam dan aloo untuk semua...pagi ni, pukul 8, pas buatkan breakfast kat rumah terus bergegas ke kedai. Nak siapkan kek chocolate n 3 kotak coklat. Selain tu semalam ada customer baru - Mala. Dia nak hamper Christmas untuk kawan dia esok. Selain biskut, Mala nak saya masukkan 1 kotak coklat (yang 15 biji) tu. Kawan Mala, Azlindar penah hadiahkan coklat yang saya buat kat Mala bulan lepas. Mala suka coklat tu n dia nak kawan dia plak rasa. Harap-harap lagi ramailah yang suka coklat saya ni yea...hehhehe

Saya ada masa tak sampai 4 jam untuk siapkan semua tu sebab pukul 12 saya kena gi Shah Alam. Ada hal sket. Sampai kedai, basuh bekas-bekas yang saya tak sempat basuh semalam. Dekat pukul 9 baru start buat kek coklat.... punya la pulun. Orang Kedah kata pulun sampai ketaq kepala. Alhamdulillah semua siap. So, ni lah hasil keja dalam masa tak sampai 4 jam tu...


Kek coklat yang baru siap. Kek-kek kat blakang tu kek yang buat semalam. Tunggu customer datang ambik.



Ni coklat pelbagai filling. Dua kota besar tu diorder oleh Kak Ipar saya. Hari tu bagi dia try kotak kecik (umpan...heheheh). Semalam dia order 2 kotak besau. Dia kata  coklat yang saya buat ni sedap. Lemak berkrim n puas makan. Lebih sedap daripada coklat-coklat mahal yang dia selalu beli kat supermarket. Lagi pun memang confirm halal n fresh. Tak dak pengawet. Handmade plak tu... (ni dia kata aaa, bukan saya kata...hehehe



Ni plak hamper yang diorder oleh Mala - hadiah Christmas untuk kawan dia. Kotak merah kat depat skali tu coklat yang saya buat.

Dec 9, 2009

CHOCOLATE LAGI...

Salam dan alooo untuk semua...hari ni plan asalnya nak settlekan dua kotak chocolate yang tak sempat habis semalam - satu untuk hantaran cousin saya Zunil yang akan kawen Sabtu ni n satu lagi pakej ekonomi 25 biji untuk Ani. Pastu ingat nak balik awal. Nak cari buku-buku atau magazine best kat MPH atau Popular Book Store di Jusco.

So, pulun la buat chocolate-chocolate tu. Pukul 3 dah settle. (saya start dalam pukul 1 lebih. Sebelum tu, kemas n mop lantai jap sebab semalam tak sempat kemas)




Ni Zunil punya - RM55 (riben tu free (sebab kami ada pertalian persaudaraan..hehhehe)




Yang ni Ani punya - 25 biji pelbagai filling - RM35. Yang ni saya isi dalam kotak kek biasa saja (saiz 8) sebab Ani kata ni untuk saja-saja nak makan. Tak perlu kotak yang cantik.


Masa dok menyanyi menyanya (hehehhe....) sambil mencuci mould chocolate, kawan saya Masni call. Dia kata ``Na...ko kena tolong aku...aku dah desprate sangat ni...bos aku nak coklat yang ko buat hari tu,'' (Mas penah beli coklat saya n bagi bos dia rasa).

Mendengarkan suara dia yang macam panik semacam tu, saya pun cubalah mententeramkan dia...``Rileks, rilekss..tak dak hal punya lahh...ko nak berapa. Nak ambik bila...'' (andaian saya dia akan ambik macam hari tu set 15 biji. Memang saya ada buat lebih tadi)

``Aku nak set hari tu 7 kotak. Nak ambik petang ni...Dalam pukul 6 sempat tak...?Esok ada orang nak melawat company kitaorang. So ni nak buat gift laa..'' kata Mas.

``Ko gila la Mas...Ni dah pukul 4.30. Ko nak ambik pukul 6. Banyak plak tu....,'' kata saya dan bla, bla, bla, bla macam-macam saya leterkan Mas.

Dan seperti biasa lepas bertekak n sesi  rayu merayu, saya akhirya mengalah ngan Mas. Tu pun nasib baik semua bahan ada - chocolate, kotak n filling...Kalau tak, tak sanggup saya. Saya kata kat Mas pukul 6 tak leh. Bila siap, saya call dia suruh dia datang ambik.

Nasib baik lah masa tempering tu chocolate tak meragam. Hari ni cuaca plak panas terik. Lagi senang la nak cairkan coklat tu. Semua o.k jerr. Alhamdulillah....dekat pukul 8.30 tadi saya siap packing n call Mas datang ambik. Tersengih-sengih dia datang ambik chocolate tu sambil cakap sorry sebab order last minute.





Chocolate-chocolate yang baru siap






Set 15 biji chocolate pelbagai filling dalam kotak window - RM24 satu


Ok, ni bab lain plak...saya lupa nak masukkan gambar cupcake yang saya buat kemarin. Satu diorder oleh Kak Masrumi untuk hantaran kawen anak dia. Kak Umi nak warna biru n letak rama-rama. Saya buat rama-rama fondant.




Satu lagi Najib order untuk majlis pertunangan dia. Najib tak nak hiasan bunga. Dia nak garis-garis jerr....Selain cupcake, Najib order chocolate. Yang set 35 biji macam kat atas tadi.




Dec 8, 2009

CHOCOLATE....

Salam dan aloooo untuk semua...macam berjangkit plak buat coklat ni. Baru buat class Sabtu lepas, hari ni alhamdulillah, ada tempahan beberapa kotak coklat.

Dua set 35 biji (campuran filling - walnut, badam n strawberry (RM55), satu diorder oleh Najib dan satu lagi oleh Azim. Dua-dua untuk hantaran.



Set coklat 35 biji (campuran pelbagai filling - strawberry/walnut/almond). RM55 (termasuk kotak dan riben ikut tema colour yang anda pilih)


Set kedua - diorder oleh Ani. Untuk hantaran gak, tapi dia nak boh dalam kotak tin. Isi dalamnya ada 16 biji. Rega RM30 satu set...
Ni pun campuran pelbagai filling.




Pastu  ada dua lagi kota cholate. Isi dia 21 biji setiap kotak. Rega RM28
. Set ni diorder oleh Ani satu, n satu lagi oleh Azman - nak kasih hadiah kat makwe dia...(so lomantik...ahehhee)



Dua set yang kat depan skali tu la rega RM28. Campuran coklat dengan filling almond, hazelnut n strawberry.


Ada lagi 4 kotak coklat lagi yang kena buat. Saya sambung esok. Nanti saya tunjukkan gambar-gambar tu..O.k sesapa nak blajar buat coklat ni (cara mudah n tak cerewet - tak yah bilik aircond, tak yah marble slab, tak yah termometer....senang crita semua tak yah laaa....hehhehe...) saya akan buat bulan Januari ni. Nanti saya masukkan jadual untuk bulan Januari....Kalau sapa nak cepat, bleh kumpul sekurang-kurangnya 4 orang. Saya boleh buat hari biasa (Isnin, Selasa, Rabu atau Khamis). Rega kelas ni RM250. Semua barang saya sediakan. Kelas bukan sahaja melibatkan cara buat coklat, tapi juga saya akan ajar buat costing, berapa harga nak letak, packaging, mana nak dapat kotak, mana nak dapat coklat, coklat mana yang sedap n macam-macam tips lain. Senang crita, lepas kelas ni u all  bleh start ambik tempahan laaah....

Dec 5, 2009

KELAS HOMEMADE CHOCOLATE

Salam dan aloo untuk semua...Tujuh orang joint kelas homemade chocolate hari ni - Kak Hasnah, Amirah, Siti Fatimah, Hasanah, Suziana, Arina n Jaya..Meriah. Kelas hari ni bukan sahaja fokus kat macam mana nak buat coklat cara mudah (peralatan mahal - termometer, marble slab n bilik berhawa dingin tak perlu!), tapi juga macam mana nak dapat semua bahan-bahan mentah untuk buat coklat.

Dalam kelas hari ni gak saya bagi tau semua maklumat penting macam mana nak dapatkan kotak murah untuk packaging coklat, costing coklat, modal, macam mana nak kira costing, rega logik yang patut kita letakkan untuk jual coklat n macam-macam lagi laah....Senang crita lepas kelas ni, kira student dah bleh mula buat bisnes sendiri sebab semua maklumat ada. So, rugi taaaauuuu sapa yang tak joing. Tak pa, saya akan ulang lagi kelas ni bulan Januari. Nanti check jadual yea...Tapi kalau sapa nak cepat, bleh kumpul kawan sekurang-kurangnya 4 orang, saya bleh start bila-bila hari biasa (bukan hari minggu). Rega kelas ni RM250. Semua bahan saya siapkan. U all bawak apron n kain lap saja....

Saya bagi free termos, kotak coklat untuk 4 biji n satu lagi free gift - kotak coklat yang bleh isi 25 biji coklat.

Ok, jom layan gambar-gambar student dalam kelas hari ni...



Tengah pulun buat proses tempering coklat...



Suziana bersungguh-sungguh sampai berpeluh-peluh memasukkan coklat yang dah berjaya ditempering dalam acuan ...



Siti n Kak Hasnah tengah`memungut' hasil..




Hasanah tengah deco coklat n sedang berbangga dengan hasil yang diusahakan...Siti plak tengah angan-angan nak buat coklat untuk majlis tunang dia...hehhehe



Ni antara hasil-hasil student hari ni..





Ni lagi....(errr..saya dah konpius ni hasil sapa tah...tak ingat...)


Oct 28, 2009

CERITA BALIK KAMPUNG (PART 1)

Salam dan aloo untuk semua ....sorry sebab agak lama tak updatekan blog saya ni. Minggu lepas balik Sungai Petani (SP). Tengok bapak n teringat kat anak-anak menakan. Saya balik hari Khamis. Pukul 5 petang baru bertolak. Lepas buatkan coklat untuk customer - Izani dari Senawang. Dia nak satu kotak besar (yang ada 35 biji). Nak hadiah kat boyfriend yang nak balik bercuti dari Sydney weekend lepas. Memandangkan saya nak balik SP, so, saya siapkan coklat tu awal sket. Dah siap, saya call Izani mintak datang ambik hari tu gak.


coklat Izani nak bagi kat boyfriend dia....bestnya boyfriend dia dapat coklat sekotak ni....

Dah alang-alang buat coklat untuk Izani, saya buat skali untuk nak bawak balik ke SP. Bapak memang suka sangat makan coklat walaupun kencing manis dia tinggi. Tak pa lah skali skala....Dia happy sangat saya bawak balik coklat ni kat dia. Coklat homemade la katakan....





Yang ni untuk anak sedara saya - Adam n Adelin...

Sehari sebelum tu, saya buatkan cupcake yang diorder oleh Nurul untuk tunang dia yang dok kat PD. Birthday tunang Nurul ni 21 Oktober. Dia mintak saya buat delivery nak bagi surprise kat tunang dia. Hazrul ni suka pasukan bola Chelsea. So, saya letakkan la sugar image Chelsea.  Memang betul muka surprise si Hazrul ni bila saya p bagi cupcake kat dia. Masa tu lunch hour. Dia orang ni dok geng-geng bujang. Balik rest sat la kot....tetiba saya datang ketuk pintu bagi cupcake. Mau tak surprisenya....


Oct 17, 2009

Kursus Homemade Chocolate di Universiti Kuala Lumpur (Unikl)

Salam dan aloo untuk semua...seperti saya saya inform sebelum ni, semalam saya mengajar cara pembuatan homemade chocolate menggunakan teknik `seeding'  kat pensyarah dan  technican di Food Department, Malaysian Institute of Chemical and Biotechnology Universiti Kuala Lumpur (Unikl) cawangan Melaka.

Semuanya tujuh orang, diketuai oleh pensyarah Masniza Mohamad. Saya panggil dia Mas jer...Lawaknya cerita Mas ni. Dia start call saya sebelum bulan puasa lagi.Ni baru berkesempatan ngajar. Masa tu Mas baca dalam blog saya mengenai kursus homemade chocolate cara mudah. Dalam blog tu biasa la, saya membebel mengenai susahnya nak buat homemade chocolate kalau guna cara konvensional (cara biasa). Kena ada papan marble la, termometer la n yang paling boring skali bilik yang kita nak guna buat chocolate tu mesti beraircond....

Kalau ikut cara lama ni, nampak gayanya suri-suri rumah biasa macam kita semua ni tak merasalah nak buat homemade chocolate. Ya lah, nak kena beli papan marble (yang reganya paling murah RM150), candy thermometer (rega paling murah rasanya RM100 lebih) n nak kena beli aircond atau cara lain buat dalam bilik tido kita yang ada aircond ....(gila....).

Sebelum ni, 3 tempat saya menuntut ilmu buat homemade chocolate cara payah ni. Bila balik, saya makan coklat yang saya buat tu n pastu saya  simpan notes-notes saya tu dalam peti besi...! Malaih nak pikir n ajar balik kat student-student sebab cerewet sangat.

So, lepas 3 kali blajar, saya menuntut kat sorang kawan ni - Norli,  mengenai teknik baru buat chocolate - seeding method. Norli ni belajar dari Dr. Rahimah (dari UPM). Memandangkan jadual Dr. Rahimah ni penuh sampai ujung tahun ni saya blajar jer dari Norli. Sama jer...

Caranya senang dan tak perlu peralatan-peralatan mahal - papan marble, termometer n bilik beraircond. Seeding method ni kira macam shortcut kepada teknik lama yang memerlukan kita tempering (menurunkan suhu coklat sehingga capai suhu yang diperlukan). Yang best ada test cara manual macam mana nak tau yang coklat kita tu dah siap untuk diletakkan dalam acuan, tanpa lihat termometer. Dipanggil 5 minutes test.

So, bila Mas, pensyarah yang mengajar mengenai teknologi-teknologi pembuatan makanan ni tau mengenai kaedah ni, dia sangatlah berminat nak belajar dan nak saya ajar staf-staf di department dia.

So, Jumaat pagi semalam, pagi-pagi lagi saya dah betolak ke Melaka. Dia orang nak saya mengajar di makmal (lab) dia orang. Tengaga saya tengok segala peralatan canggih yang dia orang ada untuk memproses makanan. Jelezz pun ada gak sebenarnya.... tengok gambar kat bawah ni.... Ni adalah antara mesin-mesin yang dia orang ada. Ni baru nampak 1/10 jer...banyak lagi. Mesin tukarkan susu atau santan (cecair) jadi susu serbuk, mesin bungkus makanan, blast freezer (rega lebih RM50 ribu), mesin tu, mesin ni....fuhhh...kalau la saya ada semua ni bestnya......

Nampak dak mesin-mesin kat blakang tu...saya nak nyebut pun tak reti....(so, tak yah sebut laaa yea...hehehe)

So, semalam, berbekalkan kecanggihan (hehhe) alat-alat saya yang terdiri daripada termos hijau tu, mangkuk stainless steel, spatula n scrapper dan acuan coklat yang boleh dibeli di kedai RM2 (heheheh), maka saya pun memulakanlah kuliah saya di Food Department, Malaysian Institute of Chemical and Biotechnology Universiti Kuala Lumpur (Unikl) cawangan Melaka. (hehhhehe).

Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun ada 1 kes serius yang kena buat balik sebab tak pas 5 minutes test dan 2 kes yang coklat dia orang pekat. Tapi bila dah diadjust n betulkan, semua berjalan lancar.
Mas kata, dia akan minta student PHD dia buat kajian perbandingan lebih mendalam mengenai teknik seeding ni dengan teknik conventional yang biasa digunakan. So, harap-harap Mas boleh la bagi tau hasil kajian tu nanti. Mana tau ada lagi shortcut yang boleh kita buat untuk buat coklat homemade ni, kan...?

 Pada semua student hari tu yang diketuai oleh Mas, Shima, Khairul, Arizam, Salina, Shuhaida n Farah saya ucapkan terima kasih banyak-banyak yea.




Yang kiri skali tu Khairul n sbelah dia tu Salina. Sbelah Salina tu Shima.  Dia orang berdua (Khairul n Salina)  ni lah yang mula-mula ada problem sebab coklat jadi pekat n tak mau cair-cair. So, kena repeat n tambah lagi coklat. Hasilnya dia orang lah yang paling banyak dapat bawak balik coklat.



Ni Arizam tengah cuba buat white couvurture chocolate plak. Tekun, rajin n tak banyak cakap Arizam ni tapi keja jalan. Yang baju merah tu Shuhaida. Dia kena buat balik n ulang semula proses sebab 5 minutes test dia tak jadi-jadi walaupun dah tambah banyak seed. Tapi sabar budak ni...dia buat gak. Akhirnya jadi gak.



Khairul tengah keluarkan chocolate yang dah siap. Dia tak scrap betul-betul. So. banyak lelehan coklat yang melekat pada mould sampai susah nak kluarkan coklat tu...Tapi macam mana pun, coklat Khairul adalah antara coklat yang paling berkilat n menjadi skali.


Shuhaida n Farah (kanan) tengah dok buat packaging coklat yang dah siap. Farah ni insyallah nak kawen tahun depan. Dia dah berkira-kira nak buat coklat homemade sebagai buah tangan kenduri....


Ha, yang tengah tersenyum gembira ni lah ketua projek - Mas. ( Mas ni tak makan gambar...kat luar lagi lawa...sorry Mas jangan marah aaa, gambar ni jer yang ada)


Oct 14, 2009

Coklat

Salam dan alooo untuk semua....sempena musim cuti sekolah tak lama lagi, mesti ramai yang nak kawen, terima menantu, tunang, merisik, nak sponsor sedara-sedara nak buat kenduri dan sebagainya...Apa kata kali ni try coklat pulak. Insyaallah saya akan buat kelas homemade chocolate tak lama lagi, tapi sesapa yang rasa macam leceh nak buat sendiri, order jer dari saya.

Saya start dengan pakej ekonomi dulu yea...

Ni packaging paling simple dan ekonomi- 2 biji coklat (berat 10 gm setiap biji) dengan kotak khas berserta riben. Harga: RM2.40 satu set. Order minimum - 50 bekas.

Empat biji coklat (10 grm stiap biji) diisi dalam bekas coklat dan diikat riben. Harga: RM5.50

Saya juga ada packaging special untuk gift. Bleh bagi kat orang tersayang. Yang ni order satu pun bleh.


Ada 16 biji coklat. Diisi dalam kotak tin dan diikat riben. Harga RM35


Yang kat bawah ni lagi banyak isi. Ada 21 biji coklat. Harga RM35. Tapi packging dia kotak. Yang kat atas tu tin dengan window.