Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Aug 1, 2010

LAGI RESEPI BISKUT RAYA PERCUMA....

Salam dan aloo untuk semua...khas untuk anda pembaca setia blog saya yang juga selalu menyokong dan mendoakan kesejahteraan saya, ni ada 5 lagi koleksi biskut raya yang boleh anda cuba. Biskut mana yang bessttt....? Ermmm...saya paling suka snow lemon n strawberry chocolate. Tapi semua pun sedap. Try la buat...


SNOW LEMON

A:
150 gm butter
30 gm gula kastor

B:
1 biji kuning telur

C: (ayak sekali)
200gm tepung gandum
60 gm tepung ubi jagung

D:
30 gm cornflakes kisar
20 gm almond nib

Hiasan:

Coklat putih cair

Halua kulit lemon

Cara:

1. Gaul sebati A
2. Masukkan kuning telur dan kemudian bahan ayak. Akhir sekali D.
3. Canai bentuk acuan bulat. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 hingga 25 minit.
4. Sejukkan. Celup dengan coklat putih cair dan tabur halua kulit lemon





STRAWBERRY CHOCOLATE FANTACY
A:

60 gm cornflakes (hancurkan sedikit)
40 gm black currant
40 gm almond stripe (panggang pada suhu 160 darjah sehingga garing)

B: 200 gm cooking chocolate -cairkan

C: Strawberry chips (untuk hiasan)


Cara:
1. Campurkan A dan masukkan B. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan strawberry chips.
2. Biarkan beku sebentar (20 hingga 30 minit) – tak perlu letak dalam peti sejuk.

SWEET ISABELLA



A (Base)

65 gm butter
60 gm tepung superfine/cap rose
40 gm tepung jagung
20 gm serbuk icecream
20 gm gula aising

B: (topping)
85 gm butter
75 gm tepung superfine/cap rose
45 gm tepung jagung
30 gm gula aising

Pewarna pink+1 sudu teh strawberry paste

Pewarna unggu/campuran merah dan biru

Hiasan:
Gula-gula manik

Cara
1. Campur dan gaul A sampai jadi doh. Canai nipis dengan acuan bulat
2. Campur B. Bahagian kepada dua. Satu dengan pewarna pink & strawberry paste dan satu lagi warna unggu.
3. Masukkan kedua-dua warna ke dalam piping beg beracuan bunga dan paip atas adunan A yang telah diterap tadi. Hias dengan gula-gula manik.

4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit.




BISKUT NAVY


A

200 gm butter
150 gm gula kastor

B:
1kuning telur



C:
40 gm serbuk badam
280gm tepung gandum

 Hiasan
Almond Slice – bakar sekejap
Coklat putih

Cara:
1. Pukul A sampai kembang. Masukkan kuning telur dan akhir sekali C.
2. Canai dan terap dengan acuan yang digemari. Bakar pada suhu 170 darjah selama 30 hingga 40 minit.
3. Sejukkan .
4. Cairkan coklat putih dan tabur dengan almond slice.

Aug 20, 2009

JUALAN BISKUT RAYA

Cornflakes Almond
Almond Sizzling

Chocolate Square

Hawaian Coconut

Green Pearl
Malatop

Black Pistahcio

Blueberry Tart

Salam dan aloo untuk semua,
Kepada sesapa yang berminat nak beli biskut `tunjuk-tunjuk' (hehehhe), bleh datang ke Bzee Bakery untuk pilih pelbagai jenis biskut yang ada. Biskut-biskut raya akan mula dijual pada minggu ke-2 Ramadhan. Semua biskut harga RM24/box. Kandungan minimum 50 keping.
Semua biskut guna butter Anchor dan bahan-bahan lain yang bermutu tinggi.

May 6, 2009

Cookies untuk cafe

Oatmeal Raisins Cookies

Chocolatechip cookies (tapi yang saya buat tak la sebesar tapak tangan. Besar tapak tangan baby jer..

Yang ni biscotti
Hari ni buat sample 3 cookies untuk cafe kawan kepada kawan saya....(brapa banyak kawan daaaa....).

Tq kat Faridah dari Planetcakes sebab rekomenkan saya kat kawan dia yang ada cafe di Bangi. Best faridah ni - peramah n tak kedekut ilmu....dia sharekan ilmu buat italian buttercream dengan saya hari tu. Memang best gila italian buttercream ni. Macam aiskrim - cair dalam mulut. Walaupun kos tinggi sket sebab pakai pure butter, tapi puas hati. Kalau sebelum ni saya akan buang krim kalau makan kek berkrim, tapi dengan Italian Buttercream ni, krim ni saya sapu habis.... Husband saya pula, makan krim tu jer (sebab dia tak makan kek coklat). Sapa nak blajar cara buat Italian Buttercream ni, boleh contact saya. Tak nyesal punya belajar. Memang sedap buat buttercream cara orang Itali ni...heheheh

Ok, balik pada biskut untuk cafe kawan Faridah ni...biskut yang dia nak bukan biskut biasa yang kita selalu makan masa raya tu. Ni kiranya biskut untuk cafe macam kat Starbuck tu. So, saya proposekan Almond Biscotti, Chocolate Chip dan Oatmeal Raisin. Jangan tekejut la ya sebab biskut-biskut ni semuanya saiz XL (mengambil contoh biskut-biskut yang ada kat Starbuck. Chocolatechip kat Starbuck ni besar tapak tangan. Rega RM4 sekeping).

Satu lagi biskut yang orang putih selalu celup ngan kopi panas - biscotti namanya. Kalau kita buat jual masa raya alamat tak laku la....apa taknya, biskutnya memang keras. Tapi memang tu la sifat semulajadi biscotti ni. Memang dibuat untuk dicelup ngan kopi panas dan pait. Memang best, tambah-tambah kalau ujan....fuhhhh....kaw gilerrr.....

Biscotti ni adalah singkatan untuk biskut dan roti....eheheh, lawak jer...(tapi sebenarnya cara buat dia memang macam tu. Mula-mula bancuh jadi satu doh. Bentukkan macam doh roti peranchis tu, pastu bakar...lepas bakar potong nipis-nipis, pastu bakar lagi sampai keras....)

Ok, ok, ni serius - biscotti ni adalah makanan itali. Makna biscotti tu `twice baked' - bakar dua kali. Selain badam, pistachio, cashewnut, hazelnut dan walnut adalah antara kekacang lain yang selalu digunakan masa buat biscotti ni. Memang biskut ni dibuat untuk makan cara dicelup dalam kopi, koko atau wine. So la ni kebanyakan cafe-cafe yang serve kopi memang ada biscotti ni. Kekadang tu dia orang bagi compliment jer...order kopi, dia orang bagi sekeping dua biscoti-biscotti yang kecik-kecik (bagi besar-besar, bankrupt la tokey....heheheh). Dulu masa saya tour Europe (kat satu cafe di Florence, Italy), sempat la merasa biscoti ni. Memang keras gila...Masa tu tak cerdik lagi...pi terus gigit biscoti tu, nak tecabut rasa gigi. Pastu tu, baru perasan ada mat saleh pompuan kat depan saya tu sedang celup-celup biscotti tu dalam kopi...oooo, macam tu cara makannya....baru reti....orang kampung la katakan, mana tau...slalu dok makan biskut potong jerrr....heheheh).

Ok, biskut-biskut lain yang selalu ada kat cafe-cafe berorentasikan barat ni ialah biskut oatmeal, chocolate chip, buttercookies, gingerbread cookies, macaroons, tuiles n florentines. Tapi biasa la, biskut-biskut mat saleh ni, tak dak seni macam biskut-biskut kita. Kebanyakan besar-besar n main jemput-jemput jer. Tapi rasanya memang rich n sedap.

Apr 30, 2009

Jom belajar enam lagi resepi biskut raya terbaru...

Blackcurrant crumbles

Japanese Snowball


Peanut butter crunch

Kalau free, ajak kengkawan ramai-ramai blajar enam lagi resepi terbaru biskut raya 2009, sabtu ni pukul 11 pagi kat Bzee bakery, Seremban 2 (dekat kompleks mahkamah seremban 2). Pasni saya tak buat lagi kelas biskut raya. Kita blajar benda-benda lain plak yea...

Antaranya kelas advance hias cupcake n mini swiss roll, kelas advanced bun, pelbagai jenis roti sandwich yang best-best n senang nak buat, kelas makanan frozen, masakan western (ramai yang mintak lasagne, mushroom soup (bukan yang segera tau.., ni hasil air tangan sendiri punya..), kelas puding dllln.

Ramai gak yang mintak saya ulang kelas-kelas basic macam cupcake n basic buttercream decoration. So, kena rajin-rajin tengok jadual.
Hari ni sempat buat empat jenis biskut untuk sesapa nak tengok rupa biskut-biskut tu. Tapi daripada empat tu, satu tak sempat buat finishing sebab dok pulun buat kek fondant untuk majlis pertunangan nursafira (pukul 5 ptg baru start buat fondant ni.....)
Tapi tak pa, tengok yang tiga ni dulu - japanese snowball, peanut butter crunch n blackcurrant crumbles...Yang lagi tiga, kalau sempat saya siapkan esok. Kalau tak sempat, hari ahad baru saya masukkan dalam blog.

Apr 10, 2009

Snow lemon & Sweet Isabella

Sweet Isabella
Snow Lemon
Ni dua lagi biskut yang akan diajar di kelas esok - Snow Lemon & Sweet Isabella. Tapi yang satu lagi, blackforest tak sempat buat. Esok terus buat dalam kelas la yea..nanti saya postkan. Biskut black forest ni saya buat untuk jualan raya tahun lepas n memang hit. Tapi tahun ni memandangkan dah ajar kat kelas, kurang la order saya nanti...heheheh.....

Jom Join Kelas Biskut (Semua resepi terbaru...!)

Pack mini biskut raya 2009 yang semua berhaga RM5 untuk dicuba
Crunchy Croquant

Thousand Nuts

Chocolate Paradise

Ni nak buat promosi sket kelas biskut Sabtu ni. Ada enam jenis semuanya - Chocolate Paradise, Thousand Nuts, Crunchy Croquant, Black Forest, Sweet Isabella n Snow Lemon.


Hari ni saya tunjukkan 3 jenis biskut dulu (sebenarnya 3 ni yang sempat saya buat dulu....heheheh). Esok saya tunjukkan gambar lagi tiga jenis. Semua biskut best-best dan confirm dan gerenti (ada waranty lagi...) semua resepi yang baru dicipta khusus untuk raya 2009.

So, sesiapa yang dah mula-mula mencari biskut-biskut raya baru untuk tahun ni, sesuai sangat datang kelas ni. Tapi sesiapa yang nak rasa dulu, sila ke Bzee bakery di Seremban 2 untuk beli mini pack biskut. Semua rega RM5 satu.