Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

Friday, 6 December 2019

Atasi Jerawat Pasir @ Black head dan White Head.

Assalamualaikum

Memandangkan aku ni seller skincare rasa macam tak complete pula kalau tak share something yang bermanfaat untuk bantu korang kat luar sana yang ada masalah kulit.

So untuk first entry aku mengenai kecantikkan ni, aku nak cita pasal Jerawat pasir / Black head n white head.

Punca muka korang ada masalah jerawat pasir atau black head and white head adalah disebabkan kulit muka yang berminyaaaakkkkk.

Yes bebeh kulit berminyaklah punca utama jerawat pasir, white head and blackead korang bergembira dan berdangdut dia atas kulit korang. hehehe

Cara nak atasi masalah ni senang je..semudah yeyyybbbbbccccc. 

Penggunaan pencuci muka yang disarankan untuk mengawal pengeluaran minyak di wajah adalah dengan menggunakan cleanser yang mengandungi AHA BHA . 

Apa pula natang aha bha ni tanya kak limah pada cik bunga.. (>.<).

Nah aku shared kat bawah.

APA ITU AHA

Aha bermaksud Alpha Hydoxy Acid. Berasal dari tebu atau dari sumber tanaman lain. Dirujuk juga sebagai acid buah.

KEBAIKAN

Aha bha ni bagus untuk lapisan luar kulit dan lapisan dalam kulit. Berfungsi untuk tarik kulit2 mati yang ada dipermukaan kulit .

APA ITU BHA

Bha bermaksud Beta Hydoxy Acid. Berbeza dengan AHA, BHA termasuk dalam kumpulan Carboxylic Organic dan paling popular dalam skincare ialah Salicylic Acid. 

KEBAIKAN

AHA untuk permukaan kulit tapi BHA sangat bagus untuk lapisan paling dalm kulit yang mana dia boleh angkat segala kotoran dalam kulit tu keluar. BHA ni larut minyak so minyak2 yang terkumpul dalam kulit tu senang-senang je dia angkat. So adanya BHA ni dapat kawal pengeluaran minya kat kulit muka.

Ini pulak Contoh sabun atau cleanser yang korang boleh guna.

Bye Bye Balck Head dari somebymi.
memang syok kalau pakai.

Aha Bha Pha 30 Days miracle soap bar.
Recommended sangat untuk yang berjerawat and breakout


Aha Bha Pha 30 days miracle acne foam
Recommended juga untuk yang breakout.


ini bukan cleanser tapi peeling gel dari Yeon



Haaaa yang ni supr best sangat pakai heheh.  Besar gedabak botol dia. 
Tahan Berbulan2. Ada 3 jenis.

Wonder Bath Super vegitoks.

OK ini antara product cleanser yang paling best and paling laju dijual kat kedai fb and ig aku. so kalau korang ada yang masalah kulit berminyak atau jerawat pasir , balck head n white head. korang boleh cari cleanser yg ada kandungan aha bha. banyak je jual kat pharmacy. 

Nak cuba product dari korea? boleh follow fb aku Ainshah Zanal @ Ig: @kbeauty_viral atau whatsup je aku di 01128345258. mueheheheh. Layanann baikk punyee heheh









Tuesday, 3 December 2019

5 sebab kenapa SKINCARE dari Korea is the BEST

Assalamualaikum..

Pernah dalam entry sebelum ni aku ada bagitau yang ada buat online business, tapi aku tak inform pun jual apa. Ye ye aku lupa nak bagitau. Hari ni baru teringat . Banyak sangat makan semut gamaknya, asek lupe je. Padahal berhari-hari nak update pasal business ni.

OK dengan ini untuk pengetahuan semua hampir 2 tahun aku jalankan business menjual product skincare dari negara KOREA. Originalllll ye tak main laaa jual barang fake.

Kenapa aku pilih skincare dari korea?

Nah aku aku bagi 5 sebab kenapa SKINCARE dari Korea is the BEST

1. Murah.

Sebelum ni ada customer aku complain barang yang aku jual mahal. Tapi pada aku murah berbanding product local. Kenapa aku kata murah? Murah sebab walaupun at first korang terpaksa keluarkan segedebuk duit tapi product boleh guna up to 3 month keatas tau. Contoh Serum 50ml harga rm60 boleh guna berbulan-bulan tau. So keluar duit sekali je dalam tempoh masa yang lama.

2. Kandungan dari bahan semula jadi.

Ada banyak negara yang melarang penggunaan beberapa ramuan atau bahan tertentu dalam product skincare diorang. So peraturan ni memang ketat. Founder takleh memandai letak barang yang salah disisi undang undang. Termasuklah negara Korea. Bukan macam sesetengah founder kat malaysia ni, berapa kali masuk surat kabar barang diorang ada bahan terlarang pun masih jual lagi. Lagi aku tak paham yang beli dan guna. huhuh

3. Fokus kecantikan

Orang korea ni kalau bab cantik memang level dia semua negara takleh lawan kot. Diorang ni diajar seawal usia untuk jaga kulit. Same gak macam orang jepun. So kalau korang tengok product dari korea akan ada step by step dia. Ada sabun, toner, essence, serum , and banyak lagi. Korang kalau nak cantik boleh follow 10 step korean skincare routine. Paling sikit 5 step. Follow the rules confirm macam cermin kulit heheh silap2 memancor cahaya suci murni di wajah korang tu.hihi

4. Dibuat khas untuk Korang.

Haaa kenapa aku kata khas untuk kotrang. Produk dibuat mengikut masalah kulit korang. Korang bagitau je ape masalah kulit korang. Semua ada. Jerawat, jeragat, parut lekuk, kusam, nak putih semua ada. Tapi orang kita mana suka cenggitu depa suka 1 product pakat habisss sapu semua masalah kulit. muehehehe.. mana mauuuunyeee kata pak jabit. bahahah. eh tiberrr.

5. Inovatif

Ye ke? pada aku ye sebab diorang selalu keluarkan produk baru dan setiap product sentiasa menarik. contoh mcm buble foam, and cushion foundation. Korea keluar dulu tau pastu baru negara lain keluarkan same hew hew hew.

Haa 5 je lah aku bagi.. ini pun dah cukup membuktikan betapa bestnya pakai product skincare dari Korea ni.

So kalau korang nak order set skincare dari korea boleh roger je aku k. Bawah ni aku share hot product dari korea brand SOME BY MI.



Aha Bha Pha 30 Days Miracle Set.

Aha bha pha 30 days Miracle Starter Kit

So far sekarang paling popular brand SOME BY MI.

Next entry nanti aku share semua product list dari SOME BY MI.







Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...