Pengikut

Memaparkan catatan dengan label alHikam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alHikam. Papar semua catatan

Selasa, Februari 18, 2014

Jumaat, Februari 14, 2014

Hikmah 69 : Sesungguhnya Allah swt menjadikan akhirat sebagai tempat pembalasan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم




Pembalasan yang setimpal untuk hamba di akhirat dan bukan di dunia. Hal  ini adalah kerana dua sebab, iaitu dunia terlalu kecil dan tidak kekal.

Sangat terkesan dengan perumpamaan yang ustaz buat dengan kereta kancil tuh... tuan kebun mampu nak bagi selori, tapi dengan kereta kancil tuh berapa biji sangatlah boleh bawa.. sebab tuh Allah tak bebankan kita dengan pembalasan di dunia ini.

Serendah-rendah ahli syurga tak terbanding dengan sekaya-kaya ahli dunia.

Rasanya kalaulah kita benar2 yakin dengan pembalasan Allah, sudah tentunya kita akan korbankan segalanya untuk akhirat kita kan...

Firman Allah dalam hadis kudsi:
"Aku sediakan untuk hamba-Ku yang soleh akan sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan yang tidak pernah terlintas di dalam hati manusia"
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Regards;
 

Selasa, Julai 16, 2013

AlHikam 47 Jangan Kamu Meninggalkan zikir

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Ramadhan 7, 1434
Jom kita ambil iktibar dari Syarah alHikam 47, page 346, oleh  Ustaz Zulkifli AlBakri.
Baru semalam dengar tazkirah (masa terawih) pasal zikir ni, antara ibadah yang selalu dilupakan tetapi antara yang banyak di sebut di dalam alQuran... tidak terkira banyaknya


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cerita ramadhan..
Menu hari ke 6:
Bubur pedas, Kerabu sotong
menu tambahan : panaskan apa yang ada hihihi : tempe goreng semalam di masukkan dalam oven kasi rangup krup krap..... rendang ayam pemberian jiran, then habiskan balance puding roti huhu..
Air laici

Sahur plak si Izzah nak makan koko krunch jer, saya makan oat dengan serunding, dan panaskan apa yang ada jer..

Rasanya saya tau sebab apa saya rasa takde masa ni... sebab terlalu obses nak masak apa setiap hari kut erkss... dok pikir nak masak itu, masak ini..
Argghh kena didik diri supaya tak memikirkan sangat nak masak apa... dan spend sedikit jer masa di dapur. Kena jauhi diri dari blog masakan nampaknyer wakakaka

OKlah kawan2... Wassalam

Regards;

Jumaat, Julai 12, 2013

Hikmah 43 : Kaedah bersahabat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Bersahabatlah dengan orang yang apabila kamu sakit dia menziarahi, apabila kamu melakukan dosa dia memintakan keampunan untukmu"

- yang boleh memberi ilmu
- yang boleh memimpin ke arah agama Allah



Dalam kita mencari sahabat sejadi,, jadilah sahabat sejati kepada sahabat anda. Insyaallah akan ditemui sahabat sejati

*****************************************************
Menu berbuka semalam:
Tomyam ayam, ulam kacang botol, sambal, brown rice
Mini murtabak sardin (sardin homemade tuh)
Jus avocado

Sahur:
Nasi goreng


Regards;

Khamis, Julai 11, 2013

Hikmah 10 : Amalan-amalan itu merupakan gambaran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

2 Ramadhan 1434, Khamis

Jom kita dengar syarah alhikam dari Ustaz Zulkifli, Hikmah ke 10, page  91, Syarah AL-Hikam Jilid 1



Sedikit petikan dari buku di atas:

Amal KERANA Allah:
- pahala
- Tahkik ibadat
- sifat abid
perlaksanaan hukum zahir

Amal DENGAN Allah:
- dekat dengan Allah
- Tashih kehendak (iradaha) memperbetulkan kehendak
- Sifat setiap qasad (tujuan) - Jelas tujuan kepada Allah
- Perlaksanaan segala hukum hati - Bukan sekadar sujud secara fizikal tapi hati yang sujud kepada Allah

(Syeikh Zarruq)
Menafikan riyak = ikhlas
Membenarkan penafian riyak = ujub

(Fudail bin Iyad)
Tinggal amalan kerana manusia = riak
Kalau beramal kerana manusia = syirik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sajer nak letak menu berbuka puasa dan sahur semalam kikiki.. 
- Bread pudding with custard sauce
- Petola rebus with homemade fishball
- Cencaru bakar double pan cecah kicap lada
- Brown rice

Sahur terlajak hari ni.. sedar2 dah pukul 5.25am, gara2 makan ubat selsema ler niii (dah sebulan selsema yang tak kurang2 juga... deria bau saya pun dah hilang)
- sambal ikan bilis nenek
- nasi
- air sejuk
(sempoi betul kan... itu pun nasib sempat makan walaupun di akhir waktu sahur dah)

Wassalam...

Regards;

Rabu, Julai 10, 2013

Hikmah 36 : NUR AKAL dapat MEMPERLIHATKANMU akan DEKATNYA ALLAH SWT kepadamu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Try listen to this.. anda pasti mengalirkan airmata dengan cerita2 yang di bawa oleh Ustaz Zulkifli nii...


Wassalam

Regards;

Rabu, Julai 03, 2013

Jom kita jaga perasaan agar tidak perasan :)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sangat terkesan dengan ceramah Alhikam Ustaz Zulkifli AlBakri niii..
Jomlah kita betulkan niat dan arah tujuan ibadah kita... jangan sampai perasan dah banyak sangat beribadah dan lari dari landasan ke arah husnulkhatimah...




Wassalam

Regards;

Khamis, Mei 30, 2013

Kuliah Syarah Al-Hikam 5: Kesungguhan kepada perkara yang telah diakui


"Kita adalah kaum yang Allah muliakan kita dengan agama Islam. Maka fahamilah! Kalau kita mencari kemuliaan yang lain selain Islam, nescaya Allah akan menghina kita."
ucapan Saidina Umar r.a. ketika pembukaan Baitulmaqdis






Regards;

Kuliah Syarah Al-Hikam 4 : Rehatkan dirimu daripada tadbir



Regards;

Khamis, Mei 23, 2013

AlHikam 21 : Meminta hanya kepada Allah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Bersungguh-sungguh dalam perkara yang Allah telah beri jaminan seperti rezeki, tetapi lalai dalam perkara yang dituntut seperti ibadah adalah tanda buta mata hati"



Regards;

Kuliah Syarah AlHikam-22 : Nafas yang kamu zahirkan ada ketentuan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Regards;