Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travel. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 19, 2018

Umrah DIY : رمضان كريم (part 3)

Assalamualaikum...

Post ni sajer nak jot down certain tips n things yang mungkin berguna sebagai rujukan di kendian hari. Apa pun mungkin through time ianya akan berubah, sebab expansion, renovation n construction masih lagi berjalan:

1. Keluar awal at least 45 minits sebelum masuk waktu solat untuk mendapat tempat yang selesa. Port yang saya suka adalah di tingkat bawah (selari dengan mataf, tp belah belakang), belakang hijr Ismail. Tempat tuh kurang orang kecuali dah dekat2 nak solat, so senang nak pilih tempat yang boleh nampak direct kaabah
Tambah plak dekat dengan tempat wudhuk for ladies.Tempat wudhuk sekarang dah tertutup tau... tak macam 6 tahun lepas


Nampak tak... masih blom siap sepenuhnya, tapi tempat ni memang dah ber aircond.

Kalau dari Safwah selalunya saya ambik entrance no. 1, King Abdul Aziz, lepas tuh ambik jalan ke kiri n turun eskelator ke bawah.

Sementara hubby lebih suka nak solat belakang imam, so dia akan masuk guna entrance Ajyad, ambik kekanan, turun bawah terus area imam. Ada pagar khas yang dijaga polis untuk solat bersama imam, tp kalau dibelakang imam tuh ikut first come first serve lah.

2. Toilet agak jauh, kalau agak2 ambik hotel yg dekat berbaloi lg balik ke hotel. Yang saya tahu ada 2 toilet perempuan, di area Marwa n area berdekatan Hilton Mekah (in between hilton n Dar Tauhid)

3. Tempat2 baru (yg dibina recent 2 years ni) memang banyak kemudahan, selain ber aircond, ada juga dedicated place untuk charge phone, mmg dah ada USB point kat situ, cucuk jer cable anda. Sorry tak de gambar plak


Ini kawasan baru, saya tak nampak plak ada wanita kat kawasan ni, mungkin belah belakang kut.


Information counter, kalau ada masalah agama pun boleh tanya. Tapi in arabic lah yer kikiki... kadang beratur panjang diorg ni


Kalau nak dengar khutbah jumaat dalam.bahasa kita pun boleh. Dengar kat phone, ada frequensi FM yg kita boleh pilih. Tapi bg saya bahasa khutbah ni simple n bahasa buku, mudah paham jer. Mungkin org yang takde asas arabic langsung perlukannya

4. Untuk elak kehilangan kasut or selipar, pls bawa ler plastik sendiri dan bawa jer kat mana2 kita duduk. plastik kasut tuh kita letak kat bhgn tepi, in shaa Allah ok. Saya mmg bawa selipar khas yg saya dah basuh siap2. Tapi hari ke 4 kut rasanya, saya terlupa bawa plastik, bawa jer selipar masuk ke dalam n letak kat rak kasut kat area tempat solat tuh. Tetiba.... amikko.. tengok dah hilang. Tak tahulah sapa yang ambik, or mungkin org keluarkn n tak masuk betul, bersepah n abih kena sapu dik cleaner.... haha... nasib ada selipar bekap (back up)

5. Benda yang saya ingat TAPI lupa nak bawa 😄😄😄😄 adalah panadol. Kat sini kalau nak beli kena beli sekotak 20 biji terus. Saya plak dapat selsema on 3rd day kat sini huhuhu... beli jer laaaa

6. Since ini DIY jer... saya tak bawa banyak baju. Bawa cabin bag satu sorang jer, tak masuk kargo pun (hala pergi)..
Baju saya ada 3 pasang jer : 2 pasang jubah seluar n 1 jubah hitam; baju tidur ada 2 pasang (1 tshirt n pant untuk pakai dgn jubah).
Jangan lupa juga bawa hanger sendiri (2-3 pieces)...senang nak basuh baju. Kat sini lain skit sbb kita berpeluh pun takde bau, so mostly boleh pakai seharian... basuh guna sabun mandi kat hotel jer, terus hang n biarkn kering. Di mekah mmg lambat skit kering berbanding di Madinah (cuaca sekarang lah, kalau yg dtg musim sejuk saya tak pasti camna)

Pemerhatian saya.... kain seperti cotton n poliyester cepat skit keringnya. Kalau t.shirt mmg lambat kering.

7. Walaupun saya ni penjahit telekung, tapi langsung tak bawa telekung pergi umrah 😆😆😆😆. Memadai dengan tudung yang labuh. Lebih senang sebab kalau berhimpit dengan jemaah lain masa solat, takde terpijak hujung telekung.
Dan kekadang kita terus pergi makan balik dari solatm takdelah nak berjaga2 sangat macam pakai telekung putih kan...

Nantilah acik letak gambar... takde satu pun gambar full ni 😄😄😄, selpi fun takde kat phone sendiri... sabau je lah kan

8. Yang ini saya beru jer terfikir bila tengok orang lain buat (kenalan orang Malaysia jumpa di MasjidiHaram).. bawa biskut yang pack kecik2 tuh, mungkin boleh beli dari Malaysia jer, kat sana bole sedekahkan kat budak2 or orang dewasa pun. alaaaa ini mcm pek kecik biskut kacang ker... senang je nak bawa pun..

9. Shopping kurma better di Madinah. Rasanya harga lebih murah. Kami dapat kurma Ajwa (said sedang) SR40/kg, siap packing dalam kotak terus, in total 7kg. Kami memang cari ajwa sahaj, sebab susah nak dapat kat KL hihi

Ok... nnt2 saya tambah lagi kalau teringat ye..
posted from Bloggeroid

Khamis, Mei 17, 2018

Umrah DIY : رمضان كريم (part 2)

Assalamualaikum...
Harini 1 Ramadhan.... di Malaysia dan juga di Mekah ni. Meriah benor terawih malam pertama.

Cuaca di sini cerah, tapi taklah sepanas yg saya pergi sebelum ni. Pepagi kalau duduk kat mataf tuh memang terasa sejuknya. Tambah plak Masjidilharam dah banyak tempat ber air-cond.

In a way... berekon bestlah kan, sejuk jer. Tapi jangan lupa yer hajah2 n haji2 semua.... pakej aircond + minum air zamzam.... maka kejadian kebocoran pundi kencing akan selalu berlaku 😆😆😆😆😆

Dah saya mengambil pengajaran juga dari apa yang berlaku.
Alkisahnya saya ni berhajat taknak balik selepas zohor, nak terus lajak ke asar. Tapi bila pakej kesejukan aircond, mula2 rasa nk membuang, balik jer ke bilik (nasib baik dekat je kan), then pergi balik... tetiba aiyoooo nak membuang lagi... dah tak lama nak asar plak... tak per tahan skit, tahan lagi dan lagi... ambik kooo... elok jer azan dah x larat nak tahan. maka berkejaran ker acik ni balik ke bilik 😂😂😂😂😂

Dah tak sempat nak balik ke masjid kan... itulah gunanya ada masjid kat hotel ni yg bersambung saf dengan masjid... alhamdulillah. Pengajaran buat diri sebenarnya... sebab first time tahu pasal.musolla ni dok terfikir.... elehhh kaabah dekat ajer, apa klass nak solat kat hotel kan... dahh tengok! Allah bagi cash. So moral of the storynya... apa2 kemudahan yg ada ucapkan Alhamdulillah. Kita tak tahu bila masanya kita perlukannya. Musolla kat hotel ramai jer yg solat, sampai 20 saf gitu di belah perempuan.Most org tua, berkerusi roda, ada anak kecik, bertongkat etc. Still diorg boleh solat sekali dengan imam masjidilharam, alhamdulillah. Ruksyah bagi yang memerlukan. Sila ambil iktibar wahai diri ini yang banyak dosa 😥😣

Ok kita cerita pasal makan2 di Mekah ni. Hotel ni bawahnya shopping mall, foodcourt ada kat tingkat 3, Felda Dsaji pun kat sini ler.
Yang bagusnya bila makan sendiri ni, senang nak plan bila masa nak makan, n bila masa nak duduk jer kat masjid....
Harga makanan kalau banding di Malaysia mmg agak mahal. Bajet dalam SR30 sekali makan, tapi sebab portion besar, kalau beli nasi or shawarma, memang boleh makan berdua. Selalunya kami jarang ambik air, sebab bawa air zamzam jer. Jus buah dalam SR8 - SR10 gak ler, kecik jer bekasnya.
Most of the time kami makan nasi sekali jer sehari, kalau malam ada rasa lapar boleh beli roti, samada shawarma kecik ker, or mkn dengan kari or humus n salad. Bajet dalam SR10 ler per head. so total berdua utk makan dalam SR50.

Lupa plak.... utk breakfast n makan kudap2, kami ker BinDawood, beli susu, teh n kopi (hotel takde teaset, tp ada cerek), beli gak roti kecik2 tuh, beli cream cheese spread, buah2 etc. So kalau rasa lapar skit2 tuh, makan je kat bilik.

Ada satu hari jer kami breakfast makan nasi goreng kat felda Dsaji, SR15 kikiki.... cer compare ngan nasi goreng telur mata di Mesia kita kikikiki.... tapi ambik kira acik ni dah buhsan sangat dengan nasi mandhy, kabsha, beriani etc.... ok je lah kan. Teh tarik SR3, teh o ais SR4... gitu ler regenya. Sila compare dengan harga di Pavilion yer, jangan compare dgn teh tarik mamak 😂😂😂😂

Oklah... sekian dulu cerita acik mila kali ini.
In shaa Allah, nnt dah balik mesia acik betulkan typo typo tuh yer
posted from Bloggeroid

Selasa, Mei 15, 2018

Umrah DIY : اهلا وسهلا يا رمضان (part1)

Assalamualaikum....
Lama dah tak update blog kan...
Salam rindu dari Tanah Haram Makkah Mukarramah

Sajer nak mencatitkn sedikit pengalaman berumrah DIY buat kali kedua. Pertama kali dulu pun DIY juga, tapi masa tuh ada sahabat yang memang dah biasa ke tanah haram dan pandai berbahasa arab dgn fasih. Lagi pun masa tuh proses visa umrah lebih senang kerana salah seorang penasihat syariah di ofis hubby adalah orang kuat kedutaan Saudi. So takde lah nak minta pengesahan surat nikah dari Wisma Putra bagai. Bila imegresen Saudi tengok visa tuh pun dah tahu ianya special umrah visa...

Kalini memang DIY sendirian berhad, banyak baca pengalaman kawan2 di group umrah DIY jer, almaklum zaman dah berubah kan...

Bermula dengan booking tiket flight dan booking hotel. Kami (hubby yg benornya bnyk buat homework, acik ikut ajer 😃😃😃) tengok harga hotel terlebih dahulu, tengok samada affirdable ke tak, dan berapa jarak dari masjidilharam.
Dah pilih2, at last ambik hotel Dar Aleiman di Menara Safwah. Memang dekat sangat dengan Masjidiharam, turun eskeletor dah masuk dataran Kaabah.

Harga bilik memang banyak betul beza antara sebelum Ramadhan n bila dah masuk Ramadhan. Antara sebab kami.masuk Mekah dulu, padahal kalau DIY sebaiknya masuk Madinah dulu, sebab lebih senang, tak perlu melalui kerenah birokrasi di Terminal Haji.

Harga bilik sebelum Ramadah RM370 gitu (ikut juga forex rate on that day), Bila masuk Ramadhan naik ke RM1.6k 😆😆😆😆. So kami 6 hari disini, 5x370 + 1600= RM3k +++ jugaklah untuk bilik sahaja.

Cerita flight plak....
Dah nak masuk Ramadhan ni memang takde offer lah senang citer hahaha... Pergi balik termasuk gst RM3k, naik Saudia. Tengok sharing kawan2, kalau masa offer boleh dapat return ticket dalam RM2.5k, ini direct flight dari KL ke Jeddah, balik ikut Madinah. Ada pilihan lain macam Pakistan Airline, tapi transit tu yg malasnya. Balik jer kami transit di Jeddah (dari Madinah).

Urusan visa di KL plak kami pilih travel agent xxx, di rahsiakan 😆😆😆😆😆.... Ada yang lebih murah, tapi kena buat sendiri certification surat nikah dipejabat agama n wisma putra. Kos untuk proses visa ni RM500/head. Dapat discount skit, jadilah RM450 jer. Dan syarat yg ditetapkn oleh TA, mesti ambik airport transfer dengan diorg. Mulanya pelik jugak (sbb nanti kita bayar direct kat taxi, bukan through TA)... rupanya dah ada rules kat terminal haji, yg kita takleh simply ambik taxi, kena ada agen transport yg tunggu. Padahalnya ambik taxi biasa jugak punnnn... 😃😃😃😆😆😆. Hubby cerita, masa dia datang seorang arituh, dia naik coaster angin jer ke Mekah (bas kecik takde ekon😄) masa tuh cuma SR30 jer. Tapi kalini ambik teksi kosnya SR200, kalau pergi 4 orang memang untung ler, perhead SR50 je kan

Ok... setakat ini dulu... nanti acik ni sambung lagi yer...

Salam dari MakkatulMukarramah
29 Syaaban / 15 May
Dar Aleiman Royal
posted from Bloggeroid

Rabu, Januari 11, 2017

Jalan-jalan Setahun 2016-2017

Assalamualaikum...

Tuan blog ni dah macam chipsmore kan.. kejap ada, laaamaa takde kiki

Hajatnya, tahun 2017 ni nak aktif semula di blog. Best apa, bila baca balik catatan kat blog ni, rasa seronok

Ini cerita kami di akhir tahun lepas (amboi rasa mcm lama sangat plak ayat "tahun lepas" tu kan)

Kami memang tak kemana cuti kalini, walaupun umi ni dok rumah, tapi ayah memang bizi memanjang sepanjang cuti sekolah. Akhir tahun baru ada ayah tak bizi... K.long dah bising memanjang, sibuk dok hapdet kawan2 dia pergi bercuti.

HB ada jemputan ada kenduri di Kluang, Johor, kalau ikutkan hati nak jer bercuti2 ke utara or pantai timur plak, tapi oklah.. JB pun ok je lah

Kami pergi awal, hari Jumaat dah berlepas ke JB.., kenduri hari Sabtu

Singgah isi "tangki" kikiki
Masa ni dah dekat pukul 3 petang, walaupun nampak kat situ beroperasi sampai 3ptg, pelanggan masih ramai.. even masa kami balik pun, masih ramai yang baru sampai

 
Tertanya2 jugak, kenapa dipanggil Kari Kambing 40 Hari erks?
Di peram 40 hari kah kikikiki
Oooo baru tau (adik ipar bgtau) 40 hari tuh di ambil sempena 40 hari khuruj geng tabligh. OK acik faham.
Kari kambingnya memang saya bagi 9.9 over 10 lah hahaha.. memang sedap. Tapi kalau ambik ayam, rasanya biasa2 je lah.
NasiArabnya agak banyak, so kalau next time kami pergi (siap2 ada next time :-P), rasanya better kami ambik 2 pinggan jer untuk 3 orang makan. Mana gambor nasi??? hahahah.. acik dah lapor, sempat2 baca doa jer, terus ngap... takde masa acik nak buka phone dah :-P
 
Di JB kami menginap di M Suites Hotel,
Tengok gambar macam nampak lawa jer kan,
 Apa pun oklah.. cuma hotel ni Nampak kurang terurus. Nampak macam facility yang dah lama n kurang maintenance

Traces of mesin jahit umi kikikiki..
Kami sedondon pakai palazzo purple-black ni kikiki.. tapi gambar k.long jer yang ada
Kain yang sangat lembut, beli kat jakel : section lelong @ RM12 semester. Dengan semester kain dapat 1 palazzo, jimat kan. Lawo plak tuh hihihi.. Adik je dapat sepasang...
 
Jumpa hero 2 orang ni kat JB... (backdrop HB tuh takde kaitan hihihi)

 Kami tak meronda JB pun.. setakat singgah di laman di raja kat Danga Bay jer.. tak tau apa namanya tempat tuh. Malam2 ramai orang singgah dan tak jauh dari hotel.

Malam sambutan tahun baru pun nampak meriah di JB, tapi kami balik ke bilik awal, dalam pukul 11 dah tido hahaha...

Balik hari Ahad... dah masuk tahun baru 1.1.2017
Disebabkan takdelah rushing nak sampai rumah, kami ambik keputusan untuk gunakan laluan dalam nak ke Melaka.

Dari JB kami ke Pekan Nanas dan Pontian.. uhuk uhuk tapi tak beli nanas, encik driver takmo singgah punggg

 Singgah di Laman Diraja Pontian, masa ni tengah hari ngit ngit... sempat gak k.long ajak selfie, nampak lawa jer pemandangan kat belakang tuh kan.. saujana mata memandang..
 
Tapi erkssss... kita tengok dekat skit, sebelah tembok tuh jer
Adoiiiii... sapaler punya kerja buang sampah camni... kadang saya rasa kesian dengan manusia yang tak menghargai alam sekitar nih... stop blaming pihak berwajib, its starts from US.. US means semua orang tau... kecik besor tua muda... Acik sedih laaaaa gini..
 
Apa pun, jom teruskan perjalanan...
Kami ke muzium Bugis, tapi tak masuk muzium pun hihihi
Singgah menikmati pemandangan tepi pantai dan muara sungai..
K.long dah kebulur... buka bekal Kacang Pool Haji (bekal dari Larkin hihi)
 

Kat sini, facilitinya dah agak lusuh di mamah usia, mungkin PBT tak cukup bajet nak menten kut... tapi apa pun tempat ni bersih. tak banyak sampah (nak kata takde tipu sangatlah kan.. adoii dah macam wartawan alam sekitar plak kikiki)
 Adik seronok dukung ngan ayah..
Asyik nak tong jer hahahaha (tong=dukung)
 Adik tengok air laut kat bawah....
 
Dari Pontian kami terus ke Batu Pahat, tapi hajat nak cari mee Bandung Muar, so tak singgah pun, teruskan perjalanan ke Muar.
Perut pun dah berkeroncong, dah masuk Asar pun...
Cari2 dalam dalam apps waze, mee bandung yang terdekat dari Bt Pahat adalah Mee Bandung Kamisah niiii... a.k.a Mee Bandung Parit Bulat
 
Honestly... tak rugi singgah,
Memang sedap sangat
Cuma harga yang dipaparkan rasanya tak sama dengan harga yang dibayar
Tak taulah itu harga tahun bila, mee bandung special cuma RM6 wahhhhhh.. murah amat 

Saya ambik mee bandung biasa
Hubby ambik mee bandung special

Si Kak Long plak nak makan nasi jer, so order nasi goring cina... adik pun dah lapar kut... banyak di tumpangnya nasi k.long tuh

Dari Muar kami ke Umbai, cari ikan bakar, plan nak ke ikan bakar Parameswara, tapi pukul 7.30 mlm dah beratur panjang.. nasib laaaaaa
At last kami pilih jer gerai yang kosong..
Tapi masakannya so n so jer... pastu kami ambik siakap, kat depan tuh tulis RM38 sekilo, bila tengok resit di charge nya RM50 sekilo. Dsebabkan nak cepat, malas lah nak argue, dah bayar pun (sedar2 dah dibayar). Halal je lah kan... harapnya adalah yang akan tegur pekedai yang sedikit menipu ni...

Dari Umbai, kami terus balik ke KL, singgah jap kat Air Keroh jer untuk solat dan rehat jap. Pukul 12 malam baru sampai rumah... letihnyerrrr. Nasib baik k.long belum sekolah esoknya hihi..
JB-Larkin-Pontian-Batu Pahat-Muar-Umbai-Batu Caves = 13 Jam
Till next journey....


Regards; mila

Selasa, Disember 27, 2016

Jalan-jalan : Farm in the City

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog, kadang masa nak buka PC tuh limited sangat. NAsib baiklah ada FB kan, at least bolehlah nak update page untuk jual barang kikiki

Cerita sebulan yang lepas, pada 26.11.2016


Kebetulan ada family kak ipar dan mak mertua dating ke sini.. kami pun bawa ke Farm in the City, nak bagi Azib dan Asfa tengok haiwan hihi
Tapi gambar Azib langsung takde dalam kamera... syok sangat tengok macam2 binatang sampai lupa nak ambik gambor... nasiblah kan.

Recommended untuk yang ada anak kecil, tapi harga agak mahal lah pada saya. Sebab tempatnya kecik jer pun. Dalam masa sejam jer dah boleh cover semua, pastu kalau nak naik kuda kena bayar lagi plak, Nak bg makan raccoon kalau tak silap, kena beli lain huhuhu...

Apa pun, both Azib and Asfa enjoyed the moment.
Sampai jumpa lagi... adioz

Regards; mila

Ahad, Oktober 09, 2016

LABUAN : Kami di sini

Assalamualaikum..

Salam pagi Ahad yang indah

Nota catatan kami bercuti ke Labuan..

Gara2 adanya offer 1k Enrich point untuk destinasi terpilih, dan kami pilih Labuan (destinasi paling jauh hihihi)

Disebabkan Biz Class pun guna 1k point juga (tapi surcharge ikut Biz Class ler yer hihihi), maka boss ambik keputusan untuk belanja kami dengan biz class. Almaklum, bos memanglah dah selalu naik biz class bila official travel, kami jer yang memang tak pernah naik biz class hihihi

Jakun skit :-P
Singgah Golden Lounge dulu sebelum fly
Wahhh best, macam makan buffet kat hotel lah.
Ada nasi, ada laksa, ada wantan mee, ada sandwich, dessert etc etc
Ikut tekak saya ni, makanannya agak sedaplah
 
Kami ambik flight petang, pukul 6.55
So sampai sana dah malam, dalam pukul 10.
Disebabkan ada khidmat airport transfer, kami minta pihak hotel ambik kami di airport.
Senang gitu.. takyah nak sibuk2 ambik teksi,
 
Sampai dah malam kan.. terus tidur jer. Perut dah kenyang makan dalam flight dan kat Golden Lounge tadi, macam ular sawa kekenyangan dah kami ni kikiki
 
Pagi2 celik mata kul 4.50am, dah masuk subuh
Pukul 6 dah cerah macam pukul 7 kat KL
 
Abih jalan2 tepi pantai adik dah teruja tengok kolam hahaha
Tapi kami plan takmo berendam kolam lagi, harini nak jalan2 dulu
Kolamnya agak besar, cuma yang tak best, kolam buka pukul 8
Bayangkan pukul 8 tuh dah macam pukul 9 kat KL ni, dah panas terik. Kalau buka pukul 7, best skitlah kan 
 
Kami ke pusat bandar, guna shuttle van provided by the resort
Ada jadualnya, so kami ambik yang pukul 1.30 petang, sebab nak solat dulu kat bilik, zohor masuk pukul 12.10.... lepas solat baru bersiap2
 
Jalan2 sesaja kat Bandar
Dari jeti kami berjalan kaki ke Labuan Walk, then terjumpa muzium Labuan
Best jugak, banyak sejarah pasal Labuan ada kat sini
Agak selesa sebab toilet dan surau disediakan, bolehlah Asfa "isi tangki" dan tukar diaper kat sini kikiki
 
Then kami ke Ujana Kewangan, shopping kompleks
Then ke Pantai apa ntah.. acik tak berapa ingat..
Jalan kaki jer weihhhh.. penat macam nak tercabut kaki dahhhh

 
Tanya2 kawan2 kat Labuan ni, dia rekemen Restoren Mawilla untuk makan seafood
Tengok review kat google pun ramai yang puashati makan kat Mawilla
Maka kami pun pilih Mawilla
Fuhhhhhh.... kalau acik tau awal2 yang Mawilla ni ada hidangkan arak, acik sanggup jalan kaki balik ke pusat Bandar tau
Dari segi servis dan harga memang oklah, tapi ini bukan restoren muslim, tiada logo halal dan diorg memang hidangkan arak
Tapi mungkin sebab review ok, ramai jugaklah muslim yang makan kat sini
Masa nak balik, hubby call teksi.
 
Ok.. ini info skit pasal teksi kat Labuan ni, harga kalau call ke taxi centre RM40 per trip, kalau call driver directly RM30 per trip, dengan rate ni, better sewa kereta kut.. paling rendah boleh dapat RM55 per day untuk Viva manual
 
Kita sambun citer.... dalam teksi tuh pakcik drebar tuh tegur kami ngapa makan kat Mawilla tuh, sebab itu restoren non-muslim, hiding arak. Terus terang kami cakap, memang kami ikut suggestion orang jer, dan tengok review kat internet huhu
 
Pagi kedua di Palm Beach
 
Hari ke2, kami sarapan dulu, pastu terjun kolam
Sarapan kat sini agak sedap jugaklah. Siap ada laksa Sarawak dan mee kolok lagi
Laksa saya rasa, dan oklah. Mee kolok tak sempat rasa sebab dok simpan ke hari last, tapi ramai sangat orang plak dah
 
Permandangan dari bilik kami... 
 
Hari ke2 kami ke Bandar lagi
Jalan2 kat kedai bebas cukai, cari coklat jer yang sebenarnya
Pastu ke pasar Labuan
Cari makanan tradisi
Ada kuih cincin yang sedap... lembut dan rangup
Beli jugak ambuyat (tak buat pun lagi tuh hihi)
Banyaknya kuih tradisi ler ada di jual kat pasar tuh
Konon nak ke taman burung dan chimney, tapi panas sangat plak, lagipun hari cuti public holiday, kalau tengok kat google map tuh , chimney tuh tutup. (Padahal tempat ni dekat jer dengan hotel)
 
Petang tuh sempat jugak kakak tengok sunset...
 
Malamnya kami ke Medan Ikan Bakar
Minta shuttle van jer hantar dan ambik kami, lagipun takde dah orang lain yg guna shuttle pun
Tak jauh dari hotel je pun, dalam 10 minutes kut
Punyalah ramai orang...
LAst2 kami ambik gerai yang tepi sekali, gerai no.4
Agak lambat servisnya, tapi Kerapu stim yang kitorg order tuh agak sedap, sayur pun sedap. Oklah tunggu lama pun
 
Disebabkan teringin nak makan ketam, saya order kat gerai no.2 (gerai no.4 ni takde ketam)
Cepat betul diorg ni, kejap je dah sampai (gerai no.2 memang ramai sangat orang, penuh meja, kena Q)
Saya order ketam buttemilk
Walllaaaa.. sedapnya
K.long makan sampai menjilat pinggan :-P
 Ini saya ambik 2 ekor ketam sederhana jer... RM12, cukuplah untuk kami makan ber3 niii
Kerapu stim, sayur kalian ikan masin, nasi 2, air 3, semuanya RM39 (kat gerai no.4)
Fuhhh terasa agak murahlah, sebab harga kerapu tuh kalau kat KL ni macam beli yang mentah jer hihi, ini siap masak dan sedap plak
 
Hasil membeli belah siang tadi..
Takdeler banyak mana pun kami shopping
Harga pun lebih kurang kat KL jer
 
Ok... hari ke3
Dah nak balik
 Overall memang ok duduk kat Palm Beach ni
Bilik besar, ada air-cond dan kipas
Bath tub besar
Makan best
Pantai bersih
Kolam besar
 
Sempat posing jap ngan Asfa dalam baby carrier
Dok kat biz class ni minum jer kerjanya...
welcoming drink
makan
minum
coffee
kudap-kudapan
 
adehhhh penuh perut acik ni tau
Masa balik ni sajer en.hubby ambik seat no.1, saje bagi Asfa luas skit ruang kat depan tuh 

Regards; mila

Isnin, September 05, 2016

01092001 to 01092016

Assalamualaikum..

Entry tertunda

Another year counts... and keep counting

15 tahun berlalu
Dari muda sekarang dah tua
Dari single sekarang dah anak dua
Dari zaman berjalan kaki sekarang dah berkereta
Dari poket kosong sekarang dah serba ada (yang biasa2 jer lah, bukan nak cakap dah kaya raya hihihi.. cuma alhmadulillah lebih dari dulu)
Dari selim melim sekarang dah lebih lemak sana sini :-P
Harapnya till Jannah.. aminn

 


 
 
Sajer ler.. sempena merdeka, hubby ambik cuti sehari extra
 
Disebabkan k.long sekolah esoknya, kami cari2 destinasi dekat2 ajer
At last kami decide nak ke Suria Hotspring kat Bentong (jalan lama)
Kami walk-in jer pun, alhamdulillah ada bilik kosong. Tapi sebab check in on public holiday, kenalah bayor surcharge
 



















Seronok.. sebab tak ramai orang. Rasanya kalau full kat sini, penuh sangat kolam tuh kut.
Kononnya pepagi 1 September tuh kami balik pepagi tuh dan hantar k.long g sekolah... tp hapahhhh.... takmo bangun k.long. Ponteng ler sehari...

Oklah... till another year to come.. Wassalam

Regards;
mila@rimbun

Selasa, Mei 17, 2016

Felda Residence Hot Spring 11-12 May 2016

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alkisahnya 11hb Mei yang lepas adalah hari jadi kak long yang ke 14 tahun
Umi doa kan moga kak long jadi anak yang solehah.. aminnn


Macam biasa, kami ni bukanlah jenis yang sambut birthday "beriya"
Cukup sekadar wish2 and makan kat luar bersama jer...

Tapi rezeki kak long tahun ni, sambut birthday jauh bebenor dari KL ni

So bawa je lah 2 potong kek (bukan 2 biji yer.. sebab lain org lain citarasa kikiki) SR yang kami beli masa balik sekolah dan makan kat Sungkai hahaha


Tak de pun dalam plan nak ke Sungkai sebenarnya.
Seminggu sebelum tuh memang ayah ada maklumkan pasal program ofisnya di Sungkai. Tapi dah decide tak pergi sebab kak long sekolah.
Tapi entah camna, last minute ada orang tak leh nak pergi, dan ada bilik kosong
Apa lagiiii... kak long plak takde any exam or event kat sekolah... maka kami pun foloooo je ler ayah ke Sungkai

Sempat makan nasi buluh... first time cuba, walaupun dah 2nd time ke Sungkai

Khamis 12hb tuh kami ber3 berendam air panas je lah dari pagi lepas breakfast huhu
Kolam air sejuknya tutup plak
Nak rebus telur pun tutup gak
emmmm apa2 je lah kan... dapat berendam air panas pun dah ok
Camtu le bila bercuti di hari kerja, banyak tempat tutup, tapi kolam yang buka tuh kami yang empunya.. memang ada seorang dua jer pengunjung pun..

Oklah.. sampai jumpa lagi


Regards;

Isnin, Mei 16, 2016

Terjebak jugak..... (Family Day BPMB2016)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terjebak dengan apa tuh?
Terjebak dengan dress viral... dress kaftan kikiki

 
 
 
Alkisahnya... ada family day BPMB di Desaru, dan ada majlis makan malam (tema Bollywood, tapi kami idok ler nak ikut tema sangat pun) Cik Maryam ni takde baju yang seswai.. baju raya tahun lepas pun dah ketat
 
Dengan gigihnya pagi2 sebelum gerak ke Johor, umi jahitkan sepasang baju huhuhu. Dress kaftan ni memang easy peasy nyer dress. Tambah plak guna lycra, tepi2 tuh semuanya jahit tepi halus jer hihihi...
Jadiler dress instant nii untuk Cik Maryam kiterrr.. cun dak cik Maryam?
Ok jugak dress ni, sebab senang nak pakai, longgar dan boleh di gayakan dgn pelbagai cara, boleh jugak pakai dengan seluar... book satu untuk raya erks hihi
 
First time kami ke Lotus Desaru
 
Not bad, ada small theme park, ada swimming pool, dan boleh mandi pantai
Penginapan pun selesa
Cuma agak jauh, dan bila cuti panjang (cuti labour day), jalan jem. 10 jam baru sampai dari KL huhu
First time bawa cik Maryam jalan jauh sebegitu, kesian dia, sempatler mengamuk dalam kereta
 

Sampai jumpa lagi
Moga dapat join Family Day 2017 plak nanti hihihi (kalau hubby masih di sini lah kikiki)

Wassalam

Regards;

Isnin, November 03, 2014

Jalan-jalan lepas lepas PSRA, tapi belum abih UPSR hihi


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Cerita lama.. baru sekarang nak update diblog.
Walaupun UPSR tertunda2, tapi kami dah rancang awal, hotel pun dah book. Izzah pun bukan semangat sangat dah dengan UPSR hihi. 

Plan asal nak ke TRAP di Sungkai jer, masuk on Sunday, nak dapatkan on weekend asyik penuh jer.
Tetiba hubby kata tak best plak Sabtu tak duduk kat rumah jer, alang2 pergi Cameron dulu, then Ahad baru ke Trap.
Hari Jumaat malam baru booking hotel di CH kikiki


Sampai ke CH pun dah petang, check in hotel, relex2 jap, turun makan n terus ke pasar malam. Jalan kaki jer pun sebab dekat jer dengan hotel. Tapi mokcik ni tak berapa nak rut (orang Pahang mesti faham kikiki). Lepas pusing pasar malam terus balik ke bilik... huhuhu nasib baik.. lepas tuh hujan lebat. Tak terbayang camna ler those yang bawa baby tuh kan.

Esoknya lepas sarapan singgah jap kat Time Tunnel, Izzah sibuk nak kutip strawberry. Rasanya harga strawberry kat pasar malam memang lebih murah ler. Izzah memang sibuk dengan strawberry cecah coklat je lerr huhu. Rasanya lebih 60 hengget beli strawberry jer. No more keychain or mende2 yang tak berapa berguna tuh.
Then teruskan perjalanan ikut Simpang Pulai, singgah KEA Farm, singgah makan homemade ice cream etc etc...
Takde lawatan beriya sangat pun, sesaja berjalan2 jer

Petang dalam pukul 5 baru sampai di Felda Hotspring Sungkai
Lepas check in semua, terus ke hotspring
Tapi dah nak tutup pun, dapat jalan2 and tengok2 jer.

Penginapan di hotel tersebut termasuk tiket hotspring for 2 days, so.. no worries.. esok boleh masuk lagi.

Pagi2 lepas breakfast kami dah pun ke kolam hihihi
Seeee.. takde orang pun lagi, punyalah susah nak suruh si Izzah ni bangun


Tempat ini kami yang punya hahahahaha
Izzah main sorang2 jer tuh kiki. Dah last2 ada beberapa orang budak main sama-sama dengan Izzah kat situ

Nasib baik masak telur awal2, lepas tuh ada yang masak telur sesarang huhu.. jenuh nak menunggu
Makan telur sampai rendam kaki.. best
Nak berendam badan malas ler plak

Overall, TRAP kat Sungkai ni oklah... out of 10 saya bagi 7 kut.
Sebab tak banyak sangat tarikan untuk budak2. Tapi memang masih mengekalkan hutan semulajadi, Kalau buka malam, macam Tambun lagi best kut kan.

Sekian melaporkan... sebagai rujukan dimasa depan hihi




Regards;

Rabu, Februari 05, 2014

2014 Trip#2 : Legoland & Melaka (Part 2)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kita sambung di sini yerrrr..

Hari kedua kami dari Tampoi ke Melaka lebih kurang pukul 3.00ptg (terbabas skit sbb seronok main dengan Wajdi)

Kami menginap di Semabok Inn, hotel bajet jugak, tapi kali ini biliknya lebih luas & tidak jauh dari bandar Melaka, cuma perabotnya agak lama, katil pun berbunyi2, sinki pun dah bocor kuikuikui. Oklah untuk tidur kan. Kami book guna Agoda jugak


Lepas check in, kami keluar ke Umbai, nak pekena ikan bakar kat Parameswara ler kononnyerrr... tapi maaakkkk aiiii... ramainyer orang. Nasib baik kami parking kat kawasan baru, Medan Ikan bakar terapung kut namanya.. lebih kurang gitulah namanya. Yang kat tempat lama tuh memang sesak gilosss.

At last kami ambik je lah mana2 kedai yg ada kosong, kalau tak silap Rose Ikan Bakar kut namanya. So and so jer lah masakannya.
Saya ambil kerapu masak 3 rasa, sotong goreng tepung & pepahat goreng berlada (Silap besar pilih menu bergoreng!) Semua masakan ni berminyak, even sotong goreng tepung tuh tak di toskan minyak terlebih dahulu, memang outlah.. total damage? RM66++.. mood kebulur, tak de gambor hihihii

Keesokkan harinya kami jalan2 di sekitar bandar Melaka, kami datang awal, dalam pukul 10 pagi, jadinya jalan tak sesak, parking anywhere you like. Tapi since banyak barang dan nak cari covered parking, kami parking kat bawah Menara Pahlawan (erkss yer kerr.. rasa macam banyak sangat nama pahlawan niii) - Total parking fee sampai pukul 4++pm adalah RM8.00

First kami masuk museum Islam (fee RM2 dewasa, kanak2 RM1), banyak jugak info... ada contoh alQuran yang mula2 ditulis, tanpa titik dan baris, wahhhh camna ianya boleh preserve sampai kehari ini, kita masih boleh membacanya dengan betul... kalaulah bukan Allah yang memeliharanya... mesti dah pelbagai version agaknya.

Rasa bersyukur sangat2 sebab Raja2 zaman kesultanan Melayu Melaka dulu menerima kedatangan Islam dengan baik, bahkan Raja2 tersebutlah yang menyokong kuat penyebaran agama Islam. Moga mereka terus mendapat manfaat dan pahala dengan adanya kita sebagai muslim sehingga kehari ini... aduh syahdu plak.

Then kami naik ke bukit St John, yang mana asalnya adalah gereja pada zaman pemerintahan Portugis & Belanda. Kedatangan kuasa Eropah ini ke Tanah Melayu sebenarnya lebih kepada penyebaran agama Kristian. Syukur mereka kalah akhirnya, dan kita yang berbangsa Melayu ini masih muslim... moga kekal anak cucu kita beragama Islam sehingga kiamat
Fuhhh!!! banyak membebel plak makcik kan!

Tempat2 lain yang kami pergi adalah Menara Taming Sari (Dewasa=RM15, Kanak2=RM10) & River Cruise (Acik lupo kosnyerr). Actually teringin nak pergi Duck Tour, tapi tiket sold out for 2 days 8-0 (Duck Tour ni adalah tour keliling bandar di daratan dan di air, guna truck yg boleh masuk air.. bestkan!, rate dewasa RM35 rasanya, tapi tak sempat ambik detail)

Atas permintaan Cik Azue & Cik Melor.. kat sini saya cerita skit pasal kos ke Legoland

Seperti yang saya cerita sebelum ini, kami sebenarnya nak guna discount kupon yang dapat dari pembelian susu Dutch Lady.. lebih kurang macam ni lah
Pic. from internet
Legoland entrance fee : Dewasa full price combo RM175.00 (utk guna kupon & Izzah boleh masuk free) + Dewasa combo with Mykad RM150.00 = RM325.00 [Combo means dry+wet park] boleh tengok detail online here 

Parking di Legoland = Rate per hour up to max RM7 per day

Tol KL - Gelang Patah : Plus=RM40++ & RM3.90 (Hiway JB Singapore kut)

Food outside Legoland (Lego Mall kut namanya) is at normal price, ada KFC, Burger King, Chicken Rice Shop etc etc...

Hotel = RM100.00 per nite (erksss Izzah dok komplen awat tak tido kat Lego Hotel jerr... dan dah deal baik punyer dengan ayah.. kalau dapat 5A UPSR, ayah belanja pergi menginap di Lego Hotel, makcik rasa nak fengsan dengornyer-equivalent to total cost trip kami ni jadinya but habih in 1 nite, check the rate here hahaha)

Harap info ni berguna untuk kawan2 yang plan2 nak kesana. Memang recommended untuk small children but bukan remaja lah (tolak tepi kepanasan tu ler kan!) Rasanya by next year mesti Izzah dah takmo kesana kut!

OKlah.. setakat disini dulu story mory in the morning glory... balik dari Melaka memang jem gilosss.. Pukul 11.30 mlm baru sampai KL ::nangesss::

Seems that this trip marks as the end of our list for this year up until Izzah finished her UPSR, plan nak ke Kuantan weekend ni sebab ada kenduri, tapi Izzah ada kelas plak on Saturday :-P

Wassalam


Regards;

Selasa, Februari 04, 2014

2014 Trip#2 : Legoland & Melaka (Part 1)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Satu lagi projek merealisasikan angan-angan, walaupun bukanlah seperti yang di impikan... 
{yang di impikan adalah kembali ke alam semulajadi, suasana tenang dan damai di gunung or pantai :-P}
Apakandaya, Izzah masih belum appreciate semua itu, lebih suka tempat2 yang ada fake entertainment camni hihihi

Cuti CNY selama 4 hari di FT memang dinanti2kan. Asalnya saya tak berapa setuju sangat nak bercuti, sebab CONFIRM jalan jem hahaha.. tapi memikirkan Izzah nak sangat ke Legoland, plus nak ambik kesempatan umur dia masih 11 tahun, ada plak free entrance for child (dengan pembelian DutchLady milk) yang akan tamat bulan April ni.. so this is the right time to go.

Layan gambor cinonet ni je lah yerr hihihi..

Kami dari KL lepas subuh, terus direct ke JB, alhamdulillah tak jem but memang penuh dengan orang ramai di hentian. Nak makan pun susah nak dapat tempat. Nasib baik bawa bekal.
sampai di Gelang Patah pukul 12 tengahari, terus check in hotel. Nasib baik bilik dah ready, boleh check in awal, Yeah!
Kami menginap di Vintage Hotel, Gelang Patah. Budget hotel jer, first time booking through Agoda, senang jer rupanya, dan boleh pilih hotel yang murah sesuai dengan kemampuan kita BEST!
Hotel ni lebih kurang 15 minitlah ke Legoland

Bilik hotel memang tersangatlah 'comel' nyer. Kami bawa 'extra bed' sendiri jer untuk Izzah, nasib baik muat2 jer hihi. But thumbs up sebab bersih dan selesa, parking pun senang jer, dekat plak dengan restoran & kedai runcit. Cuma satu jer.. plug point satu jer, sedangkan kami ada 3 phones, 2 tablets & 1 camera yang takde bateri fuh!

Overall oklah kat legoland ni, much better and cheaper than USS, sangat sesuai untuk family yang ada anak2 kecil. Tapi kalau remaja, mungkin agak kurang permainan yang sesuai, roller coster pun taklah mencabar sangat (as per pendapat Izzah, sebab saya memang takmo naik hihihi). Dan satu lagi... tagline yang sinonim bila orang bagi review pasal Legoland.. panasssssssss

Another plus point kat Legoland.. surau yang sangat selesa... ada 2 surau yang saya jumpa. Telekung pun bersih. As compare to USS, suraunya tersangatlah tidak selesa, kecil dan tiada telekung.

Pricing for food & beverage pun oklah, plus semuanya halal certified food, tanpa ragu2 boleh makan.
Kami tak makan berat pun, sebab sebelum masuk kami dah makan di KFC di luar Legoland. Ada RM10 food voucher, kami guna untuk redeem nuggets & fun fries jer.
Kami masuk dengan combo ticket, both dry & wet park, terasa rugi plak sbb sejam jer di wet park, dah tutup. Nasib baik time CNY ni ada extended operating hours till 9pm. Lepas mandi manda di wet park, kami masuk semula ke dry park... sempatlah Izzah naik 2 roller coster, orang pun dah tak ramai, tak perlu beratur pun. Mostly tutup at 7.30pm. Lepas tuh kami berlegar kat mini land je lah, tunggu forework show on 8.20pm

Cenderamata di Legoland ni memang tokleh blah lerr regenyer kui kui... keychain paling murah pun RM10.. tu yang biasa2 ajer dan design yg sangat terhad. At last kami ambil t-shirt je lah. murah plak.. RM5 jer satu :-P

Second day.. kami memang qadha tidur hihihi. Bangun solat subuh, sambung balik tidur, pukul 11 baru check out, terus cari kacang pool pak Haji ni hihih
Tak sangka Izzah dah suka dengan kacang pool.... surprisingly kami jumpa dangan isteri pak aji.. pelakun Wan Maimunah di kedai niii :-P

Sempat jumpa dengan budak yang murah senyuman niii.. ehemm sambil dapat lunch free kan kan hihi

Lepas lunch kami ke Melaka... bersambung ke part 2#####
Wassalam :)


Regards;