Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Tudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tudung. Papar semua catatan

Selasa, Julai 18, 2017

Tudung reben.....

Assalamualaikum...

Project perabih perca lycra...
Yang kat rumah dah habis, kita selongkar perca Tam plak kikii

Bagi anak dara melaram skit.. dengan tudung baru

Yang ni terketat skit... so payah nak suruh pakai ni. Rasa macam nak letgo jerrr pada sesapa yang nak..


Ini perca lycra Tam yang tersimpan sekian lama kikiki
Awning kepala tuh guna perca cotton knit berbunga2
Reben guna cotton..
 
 Yang ini pun perca ntah zaman bila... 8-9 tahun lepas kut hahaha
Jahit tepi kecik halus mulus tuh masa kat kampong arituh..
Terasa macam besar sangat plak reben tuh, tapi bila tengok2 balik macam ok... umi dah malas ler dik Maryam... pakai je lah yer

Anak umi ni dah pandai bergaya depan kamera...
Asal pakai baju baru jer, sibuk nak cari henpon wakakaka

Emmm saya rasa macam best plak buat tudung kanak2 nih... rasa mcm nak buat untuk jual.. agak2 ada ke yang berkenan erks dengan design simple camni? krik krik.. sekarang ramai yang suka dengan shawl belit2 kan.. sampai baby pun digayakan dengan shawl... bagi acik pikir pikir ler dulu... bukan senang nak angkut kain lycra bawa balik tauuuu... berattttt

Sampai jumpa lg... Wassalam


Regards; Mila

Jumaat, Januari 06, 2017

Tudung Cik Maryam...

Assalamualaikum...

Cik Maryam nak pergi kenduri, tapi tudung yang ada macam tak berapa sesuai plak dengan baju hihi (yang benornyer umi gatal tangan nak jahit tudung untuk Maryam)

Dah korek2 perca lycra yang umi ada, jumpa lebihan kain ni.. cantik plak untuk cik Maryam, awning tuh guna rib knit.... emmmm nampak ok sangat ngan muka cuk Maryam, just nice... taklah ketat or longgar.

 
Bunga asal yang besor gedabak :-D
 
 
 
Seronok plak tengok cik Maryam bertudung, tapi takde lah consisten sgt pun, dah panas abih dicampaknya. Cuma kalau nak keluar rumah tuh sibuk cari tudung, macam umi dan kakak juga kikiki... bila dah kat luar lama skit abih di campaknya tudung kikiki...
Harap takdelah komen sinis "budak sekarang makpak belikan tudung cantik2 tapi bukan pakai pun" hihihi.. dah namanya budak kan, kita just mengajar dia seawall mungkin, sampai masa in shaa Allah, Allah permudahkan

Wassalam

Regards; mila

Khamis, Disember 05, 2013

DIY Alter Tudung Awning Lembut Berdagu....(tutorial ala kadar jerrr)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Alkisahnya, pagi2 ni makcik bersemangat waja nak alter tudung hijau muda tuh, dan nak pakai pergi ofis
Semalam, balik2 dari berenang lapor perut ler plak, (Izzah takde boleh marathon 20 round kolam tuh kiki). Udahnya membedal pisang sampai 2 biji, dengan secawan oat-barley. Kenyang sangat ler plak bila nak tido kui kui. Ada baiknya tetas je lah awning tudung yang memang dah plan nak alter tuh.. sementara nak tido tuh.

Kita tayang dulu hasilnya.. nanti2 makcik cerita camna nak jahit k.
Tudung hijau tua tuh makcik alter hari Isnin, yang oren tuh plak hari Selasa... Jatuh chenta ler plak dengan tudung2 spesis camni..
Sebenarnya.. kat work station ni, makcik tengah usha usha half moon, ini semua atas pengaruh anak dara ku itew ler.. sibuk bershawl. Tapi rasanya kureng seswai dengan jiwa raga mak cik. Belit sana sini terbelit udahnya nanti leher kui kui. (jiwa raga orang tua kut makcik ni kikiki)

Tetiba rasa nak share ler plak camna nak jahit tudung awning lembut & berdagu ni, kut ada yang berminat....

Ok kita guna balance2 kain je yer.. (Nasib ada lagi simpan fuh!)
Ambik 2 pieces of fabric, agak2lah lebarnya boleh dapat satu awning dan cantumkan, jahit lurus jer
Then iron, bagi licin halus mulus gitu..

Top stitch, make sure seam tuh menghala ke belah dalam... dan topstitch belah bawah awning tau, nanti tengok gambar kat bawah kalau kurang paham maksud makcik ni yerr


Lipat dan gosok.
Make sure lipatan tuh atas skit dari jahitan, kasi besar skit gambor ni


Gambar dibawah ni belah dalam. See, arah seams tuh. Arrow tuh tunjuk tempat saya lipat


Then ambik paten awning dan gunting..
Saya guna saiz awning untuk budak tapi bila gunting saya tambah seams
(Ukuran lebih kurang 12.5inch panjang & lebar 3.5 inch)

Dan jugak, jangan lupa gunting alas bawah dagu
(saiz alas dagu ni saya bedal jer.. tapi tak suka besar sgt mcm tudung berdagu yg readymade tuh, lebarnya lebih kurang 1.5++ inch jer)
Then bolehlah cantumkan- refer gambar dibawah- 
- (a) mula2 cantumkan awning kebody dari titik tengah sampai hujung awning (kiri & kanan)
- (b)Then cantumkan alas dagu dari titik tengah ke hujung awning (kiri & kanan)
Then bolehlah fitting kat muka sendiri, kalau dah ok, boleh jahit tepi dan top stitch keliling

Ok its done...
-percaya tak tudung ni di jahit sambil2 masa gosok baju pukul 6.15am tadi, siap 6.30am hihihi. kejap je kan-

Cun tak tudung2 ni?... sila abaikan muka mokcik yang tak berapa cun tuh yer, fokus pada tudung ajer kikiki.. mokcik ni tak fotogenic.. malu weh nak berselfie... Tapi dah tudung sendiri, terpaksalah jadi modelkan..


Harap bermanfaat pada kawan2...
Kalau ada pertanyaan boleh letak kat komen yerr...

Wassalam...


Regards;
 

Selasa, Oktober 23, 2012

Cerita Telekung Comel..

Assalamualaikum kawan-kawan..
Pagi ni cerita pasal projek malam tadi, a bit excited nak buat telekung lagi, tapi Izzah dah banyak sangat telekung. Dan sejak saya cerita pasal telekung Izzah, ramai plak yang bertanyakan tempahan telekung. Saya plak, undecided, nak ambik ke tak?

At last saya ambil juga... can't resist.. tengok telekung cantik2 kat kedai, teringin nak buat satu, so ambil tempahan adalah salah satu cara untuk merealisasikannya hihihi

Inilah dia cubaan pertama saya, untuk budak umur 5 tahun, saiz telekung ni saya ambil dari telekung lama Izzah yang dah singkat, berguna jugak rupanya. 
Polkadot pink tuh sangat matching dengan solid pink, tambah plak dengan lace di hujung ruffles tuh

Saya letak strap getah dan ada lace jugak di muka
Bahagian muka ni ada lapik dagu dan dahi. Lapik di dahi menggunakan getah untuk keselesaan. Nasib ada Izzah yang boleh bagi feedback kan, yang ada getah ni lebih selesa dan boleh dipakai lebih lama. Terutama budak2 ni cepat membesarkan, kalau telekung dewasa ok kut guna teknik mcm smocking tuh.

Sorrylah.. takde gegirl 5 years yang boleh jadi model..
Telekung ni comes with a drawstring bag, tapi begnya belum siap...

Ini model 10 years old hihi.. in her favorite telekung, 
Kain yang saya guna ini agak nipis, jadi saya letak lining sampai dada. Yang pink di atas saya tak letak lining sebab kain dah agak tebal, budak2 ni kalau tebal sangat rimas n panas plak kan.
Seronok jahit telekung ni, terutama bila boleh hias sesuka hati letak lace and ruffles...
Till another story.. wassalam


Regards;
 

Isnin, Februari 20, 2012

Saya nak jual tudung2 pink ini :)

Saya menjahit tudung untuk Izzah.. gara2 masuk Persatuan Puteri Islam,  belek2 kain, tinggal sikit je lagi. Dah alang2 saya potong jer 2 tudung lagi..

Here it is..


Saya nak let go 2 tudung ni, satu pendek skit, kiranya saiz S untuk budak. Sesuai untuk budak2 6 - 8 tahun. Labuh cuma +-11 inci
Yang satu lagi sesuai untuk budak umur 9 - 11 tahun, labuh depan +-13 inchi

Awning tudung ni takde pengeras, memang totally lycra sahaja, Izzah memang suka sangat dengan tudung seperti ini.


Kalau ada sesiapa berminat nak beli untuk anak ke.. anak saudara ke.. anak jiran kee hehhee.. bolehlah email saya yer, cuma RM15.00 sahaja sehelai, tak termasuk kos pos.
(pst pst.. model ni berbayar dengan tudung untuk dia sendiri hehehe... at the same time dia juga nak try jual tudung ni, comissionnyer dia request RM5 tau hahaha.. rege tetap maintain LOL)

update : Only the small one left.

Regards;

Ahad, Januari 08, 2012

Sedondon

My first trial..
Tudung berawning tanpa pengeras (interfacing)
Dan kami sedondon.. hehee here is Izzah and me.

Denim fabric ni saya beli kat Jakel masa year end sales arituh, I believe now mesti dah naik harga dah.. awat lah saya tak beli banyak warna...
Fall in love with this type of tudung, boleh masuk dalam washing machine je hahhaa (dasar pemalas)

Panjang and lebar awning tudung saya tuh ikut saiz tudung Izzah, tapi I made mistake sebab tak kecikkan awning tudung Izzah.

Rasa macam nak cari kain ni lagii lerrr opssss


Regards;
 

Isnin, Mei 09, 2011

DONE

First - Finished the 20th tudung in the list on Saturday night.. what a relief... and i take my own sweet time ironing it till late 2 am in the morning.. and now here it is the parade of the beautiful tudungs that I made..
the expected date for me to finish all these was end of may, but I end up finishing it in the first week of May.. I am Happy with it.. kalau anda customer, suka tak?

Second - Finishing my 3R project, blanket from old shirt, all in blue (tumpang katil Izzah jap untuk posing posing before masuk washing machine haha)

With simple embroidery stitch at the binding.. I heart this binding.. nampak cantik sangat pada mata saya hihi


Blanket ni tak tebal sangat, no batting. Memang sesuai dengan cuaca di Malaysia niii..


Third - project sampingan bila menjahit tudung. You know I hate leaving my bobbin with multicolour thread. I love clearing off all bobbins that I used, and when sewing tudung, at least I need two bobbins with the same thread color when using the twin needle..
This is my lil project to clear off the thread hehe..
Made of the smallest pieces from my scrap box..
2 in 1
Boleh jadi alas piring yg panas or a pot holder too
And practising FMQ too..
A first the stitch keep on jumping especially when it comes to corner.. this makes me feel tired.. tired looking at the jumping thread aaghhhh
Then I adjust the thread tension.. makin tension adeler hahaha.. then I remember something.. opssss I used needle size 14... yeeeahhh it turn out very good when I changed to needle size 18 yaahooo
My learning point today : use appropriate needle size..

I am supposed to have finished the fourth project.. but the serger buat hal. {camni ler selalunya bila tukar benang sigh:( } Lucky that I had a super hero in the house.. I love you my super hero. Yes, he always good at fixing things, and I am always be the "tikus" who want to fix a "labu". TQ TQ

The end of my long weekend - and today.. I had a clumsy Monday.. when i opened my eyes in the morning, its already 7.20am.. OMG!!!!!

As-Salam

Regards;
 

Selasa, Februari 15, 2011

Untuk si Chomel..

Salam MaulidurRasul buat semua Muslim dan Muslimat..
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi kita Muhammad s.a.w.

Hari ni seharian kami bersantai-santai di rumah sahaja. Malas betul nak keluar atas sebab2 biasa... malas nak keluar duit hehehhee.
Cerita pasal duit ni kan.. Hari Sabtu lepas saya terkezut betul.. bila beli bawang putih dengan harga RM12.00 sekilo. So normally saya ambil 2 3 labu, kosnya dalam RM1.00 jer, but aritu kosnya RM2.40. Pastu beli sayur plak.. cuma 10 ketul bendi dengan sedikit daun bawang n daun sup, dan fish ball, cost me nearly RM5.. wow.. rasa macam nak cakap jer apsal mahal sgt, selalunya macam2 sayur saya beli baru RM5.. terasa betul tetiba saya jadi miskin kerana kenaikan harga. Mungkin kami yang takat 3 mulut sahaja satu keluarga taklah terasa sangat, tapi kalau famili besar mesti terkezut dengan perbelanjaan barang dapur bulan ni.. tak termasuk lagi barang2 lain. Haaa satu lagi, bila bayar parking fee kat opis arituh.. biasanya RM60 jer per month, but starting Feb, RM90 per month yerrrrr. Agaknya sewa tanah kat situ dah naik kut.. adeh.. makin miskin daku

Hari ni saya dok usha2 buat bende baru but end up banyak membazirkan kain
.. tak pelah.. cerita lain kalilah yerr

Nak citer pasal tudung si comel lah arini.... dah siap pon 3 tudung ni. Esok akan di hantar ke tuannyer.. hopefully tuannyer sukalah yerrr.. Harap2 bertambah comel ler tuan tudung niii.. Tudung ni sesuai untuk budak berumur 6 - 9 tahun..
And kalau ada sesiapa yang berkenan dengan tudung yang warna pink dan biru/hijau tuh, bolehlah email me, ada banyak balance kain lagi tuh... especially untuk tudung budak ler...


Regards;

Jumaat, Januari 07, 2011

Tudung ekspress

Sampai je kat rumah petang semalam budak kecik sorang ni dok tanya lagi.. bila nak buat tudung baru, dah 4 hari pakai tudung yg sama. Sebenarnya awal tahun lepas saya dah buatkan 2 tudung sekolah kebangsaan untuk dia, dan dua tudung sekolah agama. And what happen to the tudung.. tinggal ler satu jer : (sigh.. manaler tudung2 tuh perginya yer? kena curi ker, tertukar ker, tertinggal ker.. entah lerrr. makcik pon tak tau da..

Since dah 4 hari sekolah ni, masih lagi kekal pakai tudung, so I decided to make her a new tudung. As far as  I can remember, last year dia cuma pakai 2 hari jer, pastu ikut mood, kalu suka pakai separuh hari, tp most of the time tak pakai.

Here is Izzah.. with her new tudung sekolah at Year 3..

Tudung ekspress yer... 30 minutes dah siap satu kikiki. Mcm biasa, awning tuh saya guna interfacing cotton yg nipis jer, no bucram (senang nak basuh, masuk WM jer). Keliling tudung plak just jahit tepi halus jer... malas nak guna twin needle.. so pagi ni dah bole pakai tudung baru... pastu siap request plak tuh masa pakai kasut sekolah,
Izzah : Umi buat 2 lagi lah tudung ni yerrr...
Umi : Kain putih dah habislah, nak kena beli kain dulu
Izzah : Kalau camtuh suruhlah ayah belikan kain tuh kat Sogo yer...
(sejak bila plak ler sogo jual kain tudung hehehehe)


Regards;
 

Rabu, Julai 07, 2010

Hanger for tudung.. for sale

I have extra 2 pieces of this hanger. Arituh beli banyak ingat nak bg kat adik, tetiba diorg dah beli plak... soooo I am letting this go... please email me at my.milakamila@gmail.com for price and booking ok.
Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

Selasa, Julai 06, 2010

Tempahan Tudung Di Buka Kembali...

Adalah dengan ini di umumkan (mcm pengumuman puasa or raya plak kan), saya membuka kembali tempahan tudung... Warna2 yg ada bole refer seperti dibawah ini. Details of design, sizes and price bole refer to http://annur2u.blogspot.com/

Tempahan or pertanyaan boleh email to my.milakamila@gmail.com
Bagi tempahan, sila nyatakan, NAMA, ALAMAT, PHONE NO., CODING WARNA, DESIGN & SIZE, AND ANY ADDITIONAL DESCRIPTION such as nak Awning Sulam or nak Awning Brocade or 2 layer awning etc...

Deposit 20% of the total price is applicable upon ordering. Details on my account number akan diberitahu kemudian once you confirm the order.

Kain2 ni limited dan restock bergantung pada ready stock dengan supplier.
Semua tempahan yang diterima sebelum 15hb Julai dijangka akan disiapkan pada awal Ogos 2010....

UPDATE:

SOFT HIJAU PUCUK PISANG (SOLD OUT)

Regards;

Mila@Rimbun with LOVE

Isnin, Jun 28, 2010

Dedicated entry to Indah


Here it is.. one dedicated entry to you Indah yg berada jauh diseberang The South China Sea... Ini je lah tudung2 yg ada readymade... yg ungu tuh with out awning keras tuh... senang nak jaga but advisable not to throw it to your washing machine sbb brocade is a quite sensitive fabric... yg hitam tuh sulam di awning n keliling tudung or else kalau nak tempah bole tgk warna2 yg ada kat blog ni.... http://annur2u.blogspot.com... tambahan dr situ akak ada warna hitam n putih... semua warna kat situ masih ada lg... cuma ada certain warna tuh dah tak bole nak buat tudung besar ler (mcm XL).. only left about one meter jer.. and kalau nak tempah tuh... akak tak dapatlah nak siapkan cepat.. maybe towards the end of July insyaallah....

Regards;
Rimbun with LOVE
No one despairs of solace from Allah except for people who do not believe (Qur'an,12:87) Thank You Allah for everything

Rabu, Mei 26, 2010

Special for you.. Selamat Pengantin Baru to Cikgu Elly

Dalam aku bermalas2 nak buat tudung n nak amik upah niii... amik jugak ler tempahan from my loyal customer yg nak jd pengantin baru in 2 weeks time niii... tudung ni 2 helai, M size for herself n XXL 24 inch for her mother, warna gold... silap2 mata ku ini tengok mcm kuning tp kekadang mcm gold jugak.. ee apo apo je lah kan.. harap Cikgu Elly berpuas hatilah dengan tudung ni. Insyallah esok akan akak pos kan ok... ada skit2 finishing tak sempat buat mlm td...

Regards;
Rimbun with LOVE
No one despairs of solace from Allah except for people who do not believe (Qur'an,12:87) Thank You Allah for everything

Khamis, April 22, 2010

Me n my new tudung

Ok lah.. asyik citer pasal dress jer memanjang. Now nak citer pasal tudung plak. This is me with my new tudung.... in white you. Apa istimewanya tudung nii. This is my second tudung yg bole masuk washing machine if dare to kekeke. Tudung ni without gluetape yg keras tuh. Hanya ada interface cotton jer.. n for sure ianya akan terbentuk cantik jer mcm tudung bawal gitu. no more bersegi2. Plus senang nak jaga... saya menggunakan brocade yg dipotong serong
Ini plak my first trial on 3 layer awning. Guna biku satin kat tengahnya, combined with SB line plain black n brocade.. mcm ok jer... ada yg berminat ke? kekeke












Alhamdulillah, setakat hari ni semua tempahan tudung telah berjaya dsiapkan. Tinggal balance untuk alter tudung jer. Harap dapat dsiapkan secepat mungkin.... nak buat langsir goblet niiiii.. aiyooo bila mau siapnyer..... wiken ni mesti masuk list: Butang besar utk langsir n single hook utk gantung langsir..

Regards;
Rimbun with LOVE

Rabu, Mac 24, 2010

How to use TN with NV50

Just nak menambah tips kat blog nii.. sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak dikendian hari... Nak dapatkan jahitan Twin Needle yg cantik nii mmg bermasalah, kekadang buat mengabih benang jer... jahitan kembung kat tengah lerr, melompat2 ler, benang bawah bersimpul lerr.. mcm2 n kekadang kena stop jap untuk release tension. so setelah melalui segalanya.. try n error sana sini.. baru lah saya dapat kumpulkan beberapa tips yg berguna buat diri saya untuk mendapatkan jahitan TN yg cantik menggunakan my NV50
First.. gunakan TN yg betul.. either 4mm or 6mm... personally saya lebih suka 4mm.. so far saya ada 2 unit TN 4mm and 1 unit TN 6mm. Brand of the TN does not important.. satu TN 4mm tuh saya beli dengan harga RM6.50 shj... local made, but satu lagi made in Germany berharga RM20 satu. Yg 6mm tuh takde plak local made, so ada yg made in Germany shj berharga RM30 satu. Mmg nangis kalau TN nii patah.. mahal wooo nak ganti baru.

Then ensure setting NV50 betul:-
i. Guna jahitan lurus mode jarum di tengah (NO.2).. Penting sesangat untuk mengelak jarum patah (demam sebulan kalau jarum TN makcik patah wooo)
ii. Then select Twin Needle selection (yg ada gambar 2 batang jarum tuh) afterthat LED screen tuh akan tunjuk gambar 2 btg jarum.
iii. Kecilkan jarak jahitan kepada 2.0 (Default is 2.5) dengan menekan butang arrow kebawah
















Jgn lupa tukar dialing tension benang ni to antara 0-1 shj.










Now pasangkan jarum TN anda and pasangkan benang... tukar tapak kepada non-stick foot.
OK now dah bole mula menjahit.. Insyallah takde masalah lg....
List of cost for using TN:
My NV50 (or at least machine yg ada zigzag option)= RM1250 (kena masuk ke as cost eks keke)
Twin Needle = RM20 (or RM32 for 6mm)
Non Stick Foot = RM32
Benang= RM0.60

Regards;
Rimbun with LOVE