Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Isnin, September 18, 2017

Butter cookies sedappp....

Assalamulaikum....
Monday morning yang suram... hujan renyai2..
Lepas hantar kakak ke sekolah tadi, singgah sebentar di taman, tapi tak dapat main lama, hujan makin lebat... balik je lah. Kesian Asfa, tak puas main lagi hihihi

Balik rumah tak tahu nk makan apa.... terfikir plak nk buat cookies.. simple butter cookies, resepi dari Tam. Dia buat masa raya haji harituh, Asfa suka makan...



Alkisahnya terjumpa pure butter at clearance price... expiry date next month, harga asal rm8.99, now at rm2.25.... murah benor tuh...

Resepi utk rujukan masa depan...

225gm pure butter
1 cwn gula perang (resepi asal 2 cwn, tp saya letak secawan jer dan ianya just nice to me)
2 biji telur

* campurkan 3 bhn ini dalam bekas dan gunakan mixer, pukul sampai jd creamy, masukkan 1 tsp esen vanila

2 1/2 cawan tepung
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

* satukan n ayak
* masukkan dlm adunan telur+butter+gula di atas, mix sampai sebati
* guna sudu kecil utk membentuk adunan di atas dulang pembakar
* bakar @ 200°c for 10 minutes
posted from Bloggeroid

Sabtu, Oktober 15, 2016

Bubur barli dengan ayam & Talbinah

Assalamualaikum..

Nampaknya hanya seminggu sekali dapat update blog :-(..
Tapi apa pun, blog tetap dihati

Antara yang saya suka.. merebus barli
Tapi tak de lah banyak menu yang boleh dibuat dengan barli ni pun... selalu minum dengan lemon+madu jer

Search kat internet pun, tak banyak resepi yang ada..

Dah bosan minum barley lemon, arituh saya try sesuka hati buat bubur barley hihi
Bukan bubur manis tau.. bubur masin dengan ayam..
Wallaaaaa... sedap rupanya

Tengok budak tuh baca doa kikiki
Bukan pandai pun lagi, yang keluar dari mulutnya LAH jer hihihi.. (bismillah ler tuh)


Resepi ni simple jer, dikongsikan untuk rujukan masa depan:-

Barli (direbus sampai kembang)
Dada ayam di dadu kecil
Bawang kecil & putih (di tumbuk/blend)
Hirisan halia
Carrot didadu
Shitake mushroom di hiris kecil
Daun sup & daun bawang
Minyak untuk menumis & bawang
Bawang goreng

Cara:
Tumis bawang & halia
Masukkan ayam, dah kering air ayam, masukkan air, tunggu mendidih.
Masukkan carrot dan mushroom.
Masukkan barli
Rasakan dengan garam
Masukkan daun bawang n sup n bawang goring

Taraaaa.. dah siap

Satu lagi yang saya jumpa dalam buku Makanan Sunnah...
Talbinah..
Ada hadith sahih dari Aisyah R.A. pasal talbinah ni..
Yang ni simple jerrr.. barli+freshmilk+madu+ice = blend sampai halus
Apa pun barli tuh taklah betul2 halus.... memang akan ada serdak2 barli jugak, tapi apa pun ianya sedap.. yum yum
emmm... bila tengok ni, rasa nak merebus barli plak pepagi ni kikiki


Oklah... sampai jumpa lagi...
Wassalam

Regards;

Jumaat, September 09, 2016

Juz a Juice

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari..
Mulakan dengan selawat kepada junjungan mulia اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد     يَارَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّم

Kompilasi jus lagi hihihi
Kalerful gitu hihihi
Ada yang bertanya... mana jus yang sedap & mana yg tak sedap..
Senang jer jawapannya... jus buah semuanya sedap, manis2
Tapi jus sayur memang kadang tuh yakkkkk uewkkk kuikui.. terutama letak peria hahahaha

Apapun.. "All things are poison and nothing is without poison. It is the dose that makes a thing poisonous."
Boleh baca topik pasal responsible juicing kat internet untuk info lebih lanjut ok



Regards;
mila@rimbun

Ahad, Ogos 21, 2016

Baulu Gebuz Gabaz (Bahulu)

Assalamualaikum...

Arituh saya share resepi baulu kat FB
Baulu untuk Asfa, sebab sebelum ni ada try buat beberapa kali tapi bila dah sejuk agak keras

Sesajer share kat sini plak kikiki


Kecik sangat tulisan tu kan... kita letak balik kat sini

Baulu gebuz gabaz

Bahan A...
4 biji telur ayam kampong
3 sb gula perang ( kalu suka manis sila tambah)
sedikit pure vanilla extract
sedikit ovelet (dalam 1/2 sk)


Bahan B
3 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
sedikit baking powder

Cara2:
1. Ayak bahan B
2. Pukul bahan A sampai kembang
3. Mix bahan A & B dan pukul lagi
Bakar dalam acuan

Asfa suka sangat dengan baulu ni, makan tak henti2 sampai dah nak muntah (adoii ler kenit)

Pastu suruh k.long rasa, k.long plak makan tak henti2 haha

Akhirnya dapat juga merasa baulu macam zaman dolu dolu... baulu yang first mak bakar. Biasanya masa mula2 testing2 dulu untuk dapatkan kuantiti tepung yang ok. berebut ler kami, tapi kalau time puasa, bleh tengok je ler kuikui.. adik2 yang tak pose tuh rembat dulu



Regards;
mila@rimbun

Isnin, Ogos 08, 2016

Kitchen tool : Slow Juicer

Assalamualaikum..

Dah almost 3 weeks rasanya abang sado ni ada kat rumah.
Dipinang dan dibawa pulang jua setelah sekian lama survey sana sini hihii..
Almaklumlah, bajet skit ajer.. konon nak cari bawah 1k..
Tapi bila test.. ada jer tak puas hati, juice kasar sangatlah.. susah nak basuh lah.. besar gedabak sangat lah.. aishh macam2 kan.. dah takde jodoh gitu ler. Macam jugak orang nak kawin kan kuikui (lari topic plak makcik ni krikrik)

Kami beli di Maybank TreatFairs.. hubby bayar guna point dan ditambah dengan cash.
Setelah tengok Elba, Kenwood, Hurom, Kuvings... akhir sekali kami ke gerai Primada ni...
Apa yang best sampai hubby pun tertarik erks?
Acik ni tak tertarik tak per, sebab acik tak bayor kuikui
 
Juice yang smooth, tak banyak keladak
Hampas agak kering
Motor yang agak powerful
Boleh guna sebagai grinder/sorbet/icecream maker (tukar kepala jer)
Boleh guna untuk menguli (tukar kepala)
Free plak ozon sterilizer kat belakang tuh
Harga? Biarlah rahsia hihihi
Alamak buhsan bila baca review orang tapi bab harga nak berahsia plak kan...
Oklah... disebabkan saya pun memang suka mencari review orang kat internet, dan memang kecewa bila nak kena Tanya pasal harga hihi... saya bagitau je lah kan, harganya RM2400
 
Tak pastilah worth buying ker tak dengan harga tuh kan. Kuving yang new version tuh harga lebih mahal, tapi takde striliser. Hurom plak ada striliser tapi cuma boleh buat juice jer.
So far untuk juicer oklah.. tapi belum pernah cuba grinder.
Untuk menguli dah cuba dan memang ok jugaklah, untuk uli tepung dalam kuantiti yang kecil dalam 2 - 3 cawan. Dalam 10 minit, dah kenyal (nampaknya makin senyap sunyilah BM acik tuh yer hihi)
 
Nak basuh pun agak senang. Ada 5 part sahaja dan takde perlu menyental. Jirus dengan air pun dah ok. But bare in mind, saya terus basuh selepas guna untuk elak ada saki baki buah yang kering kat tapis juicer tuh.
 
Harap bergunalah review ini bagi orang yang tengah mencari slow juicer yer. feel free to ask kalau perlu maklumat lanjut (saya bukan duta Primada tau.. sekadar pengguna sahaja... dan mungkin thru time, review ini akan berubah)
Hari2 buat jus untuk hubby bawa ke opis hihihi
Terasa seronok plak
Macam2 nak cuba
 
Sebelum ada juicer ni ada juga dok terfikir, mesti perbelanjaan dapur meningkat sebab nak beli buah banyak kan...
Tapi luckily... takde lah banyak sangat pun. Seminggu mungkin tambahan dalam RM20 sahaja. Pandai2 lah matchkan buah supaya dapat hasil yang optimum.
Kadang tuh beli sayur2 seperti timun, tomato, pegaga, carrot etc kat pasar malam tak banyak pun. Tak sampai RM10 pun, tiap2 hari boleh buat juice.
 
 Selamat mengejus yer kawan-kawan


Regards;
Mila@Rimbun

Isnin, Mac 28, 2016

Pes Ikan Bakar Kebaboom

Assalamualaikum...

Arini nak share resepi ler plok..
Resepi ni dapat dari member sekolah
Orang memberi kita merasa... tapi 'rasa' tuh kena masak sendiri ler yer.. memberi resepi jer pun kuikui

Ini ikan cencaru bakar asam pedas (konon ler sebab isi daun kesom) pastu campak bendi plak fuhhhh sodap gitu

Pes ni boleh buat banyak2 n simpan... nak bakar ikan jer boleh terus guna

 
Bukab shj ikan... Sotong pun sodap wa cakap luuuu
 

Resepi untuk rujukan masa depan kikiki:

Bahan2
Bawang merah*
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Lengkuas (kalau ada)*
Cili api (kalu suka pedas)*
Cili kering or cili boh*
Asam jawa
Garam
Gula apong/gula perang/gula kelapa
Minyak masak
Sedikit air untuk mengisar

Cara2

Blend bahan bertanda *
Masuk dalam kuali or periuk dan masak atas api sampai air kering.
Masukkan minyak masak dan goring sampai naik bau n keluar minyak. Masukkan asa jawa dan rasakan garam & gula

Done!

Senangkan..

Bole pelbagaikan citarasa.. contoh tambah daun limau purut untuk ikan bakar tomyam... daun kesum utk ikan bakar asam pedas... boleh juga tambah bendi... kacang botol etc masa membakar.

Selamat mencuba yerrrr...
Wassalam


Regards;

Khamis, Mac 24, 2016

Kerepek chapati

 Assalamualaikum kawan2 blogger...
Nak berBW tapi masa selalu cemburu dgn kita tau... ops bukan masa, tapi Asfa yang cemburu..
Baru ummi buka PC dah dia bangun tido, kesian umi kan..

Arini sesaja nak share kerepek sedap krup krap ni... saya panggil Kerepek Chapati je lah yerr


 Kerepek yang serba senang..

Mula2 buat chapatti... bahan2nya.....

Tepung atta + garam + minyak zaitun + air

Air tuh masuk skit2 jer, sampai adunan boleh dikepal dan diuli
Rehatkan selama 2 jam
Doh akan menjadi lembut skit dan senang dicanai
Canaikan nipis2 dan goring tanpa minyak

Boleh makan dengan kari or dhal ummmm sedapnyerr

Ok balance2 mana chapatti yg tak abih tuh kita potong2 sesuka suki, nak bentuk camna pun boleh..
Masukkan dalam oven dan bakar..
Kalau oven biasa panaskan dulu at 180degre & bakar dlm 15 minit
Saya ni guna air fryer, terlebih skit kut suhunya, lelainkali buat sama mcm oven tu jer

Selamat mencuba
Wassalam


Regards;

Selasa, Disember 22, 2015

Creamy Mushroom Potato Soup

Assalamualaikum..
Uikkk pasal makanan lagi
Resepi lagi..

Kalini kita western skit yer

Asalnya tak tau nak masak apa
Tapi ada beli fresh button mushroom
Kita bedal je ler yer..



RESEPI

Fresh button mushroom
1 biji kentang (kupas n hiris nipis)
1 batang celery
Air untuk merebus
(satukan semua ni n rebus)

3 ulas bawang putih (cincang)
Olive oil
(Tumiskan dan masukkan dalam rebusan mushroom diatas)

Then masukkan chicken stock
*saya buat sendiri, rebus tulang ayam+bawang putih+bawang merah+celery dalam 8-10 jam guna slow cooker, then boleh pack kecik2 n simpan, meant for Asfa, tapi sekeluarga boleh makan

Dah sejuk skit, blend rebusan mushroom
Masuk balik dalam periuk dan didihkan
Masukkan susu cair (apa2 susu pun boleh, low fat, full cream or fresh milk)
Rasakan garam n masuk black pepper skit
Kalau kurang pekat, boleh masuk tepung jagung skit
Wokeyyy.. dah bleh makan
Jangan lupa bakar roti dgn butter dulu erks...

Walaupun resepi bedal ajerrr.. turn out to be sedap lerr
Alhamdulillah...

pst past.. makcik baru buka kotak



Regards;

Isnin, Disember 14, 2015

Peria katak goreng rangup yumyum

Assalamualaikum semua

Lagi berkongsi resepi???
Fuh dah tukar status blog kut kan tuan tanah ni.. dari blogger jait2 jadi blogger masak masak hihihi

Alkisah mencari resepi untuk peria katak goreng ni
Selalu sangat makan yang beli depan opis ni. Sedap, rangup dan tak rasa pahit

Dah beberapa kali fail... akhirnya..


Resepi yang sangat sempoi

Peria katak hiris nipis
Rendam dalam air garam
Keringkan dengan memerah air peria dan biarkan dlm tapisan untuk beberapa jam

Then gaulkan dengan sedikit garam+serbuk kari+tepung jagung

Panaskan minyak dan boleh goreng

Percubaan pertama fail = sebab peria tak betul2 garing
Percubaan kedua = Yeah! berjaya

OK baru faham sekarang = silalah goreng sampai peria tuh bertukar jadi warna cekelat mcm dlm gambar ni. No more hijau2 dah. Insyaallah jadiiii..
Alhamdulillah
Tapiiii kan... walaupun rasa pahit tuh mmg very mild (almost takde) tapi tetap jugaklah only me who eat this hahaha
Apa pun mak puas hati. Next time buat lagi yerrr.

Regards;

Jumaat, Disember 11, 2015

Patin Tempoyak koi orang temeloh

Assalamualaikum wrt
Salam pagi Jumaat.. uik pagi ker. Terasa pagi lagi sebab ekon kat opis sejoookk.

Pepagi tadi sempatlah menunaikan hajat hati k.long
Harini k.long kat rumah jer, tak pergi program tahfiz kat UIA sebab cuti (selangor cuti)
Hajatnya harini dia nak makan patin tempoyak
Padahal, baru lagi makan kat rumah mak minggu lepas masa kat kampung

Sempat plak umi snap gambor patin ni berenang dalam tempoyak yer hihihi


Sajer ler arini nak share resepi patin ni.. setiap orang lain cara masaknya, walaupun kekadang bahan2nya sama jer

Ini cara kami sekeluarga masak ikan patin, asalnya cara ni dari jiran kami, arwah Che Rahmah (moga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yg solehah)... moga berpanjanganlah ilmu ni untuk orang lain jugak

Kita tgk dulu bahan2nya:

Ikan Patin
Kunyit hidup
Cili api
Tempoyak
Daun kesum
Asam keping
Garam secukup rasa

- Basuh ikan patin dengan limau nipis/kasturi (basuh jer yer, jangan rendam lama2, nanti tawar plak ikan tu). Masuk dalam periuk siap2
- Tumbuk cili api + kunyit hidup, kemudian masukkan tempoyak, gaul sebati
- Masukkan campuran tempoyak-lada tadi kedalam periuk n gaul dengan ikan, masukkan jugak garam dalam sesudu kecil penuh
- Hidupkan api kecil, biarkan air ikan keluar dan sedikit kering (dalam 2 3 minit). Bila air ikan dah kering skit, masukkan air separas ikan, buka api besar
- Masukkan daun kesum dan asam keping
- Didihkan dalam 5 minit (lebih kuranglah) then kecikkan api. Biar mereneh dalam setengah jam. Kacau skit2 jer tau. Rasakan garamnya, kalau belum masin tambah garam k.
Dah siapppp.. sluurrppppp

Nota: Ada jugak resepi yg masuk semua bahan dlm periuk n renehkan, ada jugak yg masak kuah dulu, then baru masuk ikan. Dulu2 memang mak masak camtuh, tapi sejak Che Rahmah bg cara sebegini (seperti yg saya share ni), kami dah stick to this method, sebab rasa lebih sedap (ikut tekak kami ler)

Oklah... selamat menjamu selera yer k.long
Nanti jangan lupa masak nasi, sebab umi sibuk sangat siapkan bubur Asfa sampai lupa nak letak nasi.
Pada yang mencuba resepi ni.. moga bermanfaat.

Wassalam


Regards;

Rabu, Februari 26, 2014

Bubur Nasi : My Style

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Saya tercari2 alternatif untuk buat bubur nasi ni, selalunya buat ala-ala bubur lambuk tuh, isi segala rempah ratus, but exclude santan.

Macam biasalah, zaman generasi google ni, segalanya type kat pocik google kan, so terjumpa ler plak resepi Chinese Chicken Congee ini 

Nampak macam sedap hihii
So excited to try
Maka jadilah Chicken Congee My Style

Buat peringatan untuk diri sendiri, so tulis jugak resepi kat sini

Bahan A:
Beras (kalau boleh rendam dulu) + Air
# Masukkan dalam slow cooker dan select "High"

Bahan B:
Ayam dada
Ayam (bahagian tulang)
Air
Halia seketul -banyak pun takper- (diketuk sahaja)
Bawang putih (ketuk)
Daun bawang (saya ambil bahagian bawahnya sahaja, buang akarnya dan ketuk)
# Masukkan dalam periuk dan rebus dengan api kecik lebih kurang 1 jam (lebih kurang ler yerr :-p)

Bahan C:
Halia hiris nipis
BAwang merah hiris nipis
Olive oil
#Goreng sampai agak garing

#Campurkan bahan A + B (Sup/air sahaja) + C
#Tambahkan : sesame oil & fish sauce & perasakan garam
#Isi ayam tadi di siat2 dan di masukkan kedalam bubur
#Masak sehingga beras tadi betul2 hancur dan bolehlah dihidangkan

#Optional#
Boleh tambahkan ikan bilis goreng, daun saderi & daun bawang yg dipotong kecil2, serunding daging /ikan/ayam, cili padi yg dihiris nipis + kicap + limau

Bila rasa bubur ni.. erkkkk ala2 rasa bubur mekdi plak huhuhuhu

Lepas ni boleh buat lagiiii
Wassalam


Regards; 

Rabu, Disember 04, 2013

Our healthy breakfast

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Dah pun nak makan tengahari kan..
Tapi saya nak cerita pasal sarapan pagi jugak!

Cara ringkas yang saya rasakan amat kena dengan selera saya, dan cara sihat juga!


wholegrain oat + barley + low fat milk + honey + mixed dry fruit & nuts

Bagi yang tak suka makan oat sebab lembik2 dan berlendir tuh kan.. bolehlah try rolled oat ataupun wholegrain oat. Arituh saya terjumpa oat ni..
Just basuh 1 cup oat, masukkan dalam slow cooker, then masukkan lebih kurang 3 cawan air. Kalau nak lebih sedap boleh masukkan pisang yang di potong2. Masak about 3 4 hours.
Dah masak, boleh disimpan for few days dalam fridge. Just add hot water jer dan apa2 jer lah yg anda suka.. honey.. milk.. mixed nut etc.
OPsss saya patut minta bayaran dari quaker oat kut untuk posting ni kikiki..
Now tengah hunting for organic wholegrain oat, kut ada kat JJ or cold storage, tapi lom jumpa lagi.

Untuk barli pun saya masak cara yang sama, guna slow cooker, memang lembut. Kalau nak minum air barli, just keluarkan dari peti sejuk, masuk air panas dan honey, then perahkan limau kasturi or lemon, fuh! tak pandang dah kedai punya yg kekadang agak keras barleynya.. skit plak tuh.
Cara murah dah mudah.. barli ni cuma berharga RM1 untuk 100 grams, banyak dah tuh. Kalau organic barli mahal skitlah, about RM2 untuk 100grams.

Moga bermanfaat buat kawan2 semua..
Terkesan nak share ni sebab pagi tadi dengar Motivasi Pagi... kita kena ada minda & fizikal yang kuat untuk meneruskan perjuangan kita. 
Wassalam


Regards;