Blockbuster Deals!!

Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Diserang RENGAT selepas bersalin

Assalamualaikum,

Rentetan entry yg lalu..(ececece)
Ramai yang bertanyakan mengenai sakit RENGAT.

So, hari ini hana nak share la experience hana yang pernah diserang rengat. Hana awal2 dulu pun tak tahu. Mati2 ingat angin puting beliung dalam perut melanda. haha.. Ok..mari kita serius! Sebenarnya sakit rengat ni hana kena hari ke-4 selepas bersalin. Mula2 sakit dia mild-mild aje kat bahagian ari-ari tu. Secara spesifiknya dekat peranakan/rahim kita. Ok fine! Ingat sakit perut biasa je. Pastu hana mula la berkeringat, berguling2 atas katil. Macam kena senggugut tu. Senggugut tu boleh tahan lagi. Tapi ni mcm 100x ganda dari sakit senggugut. Diamkan lagi tapi makin lama makin menjadi-jadi. Petang tu mmg dah tak boleh buat apa dah. Nak breast feed anak pun dah tak boleh.. huhu..

Tibalah saatnya, sakit yg tak tertahan lagi. Hana dah menitik air mata. Menangis ni.. ni 1st time nangis tak tahan sakit ni. Haritu sakit lepas czer air mata menitik jgk. Tapi tak menangis.. Ni mmg nangis laa.. Tapi tak la sampai meraung2. huhu.. Masa ni mama hana tgk hana lain mcm. Dia dah tahu hana kena rengat. Tapi dia diam tak bagitahu lagi. Sebab dia tau, hana ni kalau bagitau mcm2 la yg hana dok pikir. hahaha..

Lepas tak lama tu baru dia bgtau. Ko ni kena rengat la ni.. Dia cerita lagi..kadang2 baiklah sakit bersalin (contraction) dari kena sakit rengat ni! Disebabkan hana tak lalui sakit contraction, makanya hana tak tahu mcm mana rasa sakitnya. Dah kena rengat ni baru la TAHU!! huhu..punyalah sakit. sekejap dia datang..time dia dtg tu perut cramp pastu sakiiiiiiiiiiiiiiittt nye..fuhhhhhhhhhh..kalo korg yg rasa contractionn tu tahu la kot cmne sakitnya. taubat! nasib kena sehari je. Bila pikir2 balik, kalo hana bersalin normal rasa sakit cmni cmne la agaknya..huhu..

Itu yg terus mama buat air kunyit tu. Bagi minum..Sbb kan hana sakit kepala jugak, hana telan panadol 2biji. Esoknya nurse dtg kat rumah. Cerita la kat dia kena rengat. Pastu dia kata normal lah tu. Sbb kita breastfeed baby dan rahim tu tengah nak mengecut. Tambah lagi awak czer dan tak leh bertungku. Mmg akan rasa sakit rengat ni.. Kalo org boleh bertungku, ia boleh elakkan dari diserang rengat. Hana pun pernah baca.. Kalo kena rengat utk anak pertama kena sehari, ke-2 dua hari begitula seterusnya. hohohoiii..habislah! Ada jugak hana baca kat forum rasanya. Ada ibu tu kena rengat ni sampai terlepas anak dia dari gendongan tangan dia. Bayangkan betapa sakitnya dia punya rengat! huhu..

Itu lah pengalaman hana. Kalau ada yang pernah kena boleh la share juga kat komen..hehe.. =)

p/s: Nana..hana ada jmp link petua2 tradisional kalo nana betul2 nak ikut cara berpantang tradisional la. hehe.. kat sini.. http://fhidaminfo.blogspot.com/2011/01/merawat-diri-selepas-bersalin.html


Thursday, April 19, 2012

Petua Mak Nenek

Assalamualaikum,

Amboi..title memang tak mengancam langsung. haha.. Hari ni hana nak share pengalaman mendengar petua mak nenek yang setengahnya ada yang hana amalkan. hoho.. Petua mengenai apa? Basically, petua dalam pantang ni la. Hai..mcm2 lah petua nya.

Antaranya ialah:

1. Air Kunyit
Ini mama hana buat masa dalam pantang ni. Tapi make sure baby tak menghidapi jaundice baru boleh minum ok? Mama hana rebuskan kunyit (sikit aje) dan dapat pati air kunyit ni dalam 1-2 sudu besar. Khasiatnya bagus untuk dalaman wanita. Boleh kecutkan rahim. Dan haritu hana ada kena 'rengat' sekejap. Jadi mama terus buat air kunyit ni bagi hana minum. Alhamdulillah, terus beransur pulih. Sakit tak hengat kalo org diserang 'rengat' ni..huhu..nasib kena sehari je! Ada jg yg hana dgr kena berhari2 rengat ni..huhu..

source: google (lbh kurang byk ni la hana minum)
2. Air Inai
Haaa..ini diajar oleh mak angkat hana yg kat ampang =) (hi shena! =p). Kata beliau, air inai ni boleh menyegarkan ibu dan boleh membuatkan muka ibu yg baru melahirkan yg pucat lesi tu kembali kemerah-merahan dan berseri-seri.. ewahh..sebut je pasal seri2 ni terus laju je cari daun inai. hahaha.. Kata mak lagi, buat 3 hari berturut-turut. Rebus daun inai dan dpt air nya dalam 1/2-1cawan mcm tu dan minum. Haa..1 lagi, org kata minum air inai ni boleh kurangkan kuning anak jugak. Maksud hana, mak minum, pastu bf baby nye laa.. Khasiat dr ibu tu akan ke baby juga =).

3.. Air Manjakani
Even hana ni bukanlah bersalin normal, hana tetap minum benda alah ni. Dah mak ampang sedekah manjakani seplastik! haaa..ape lagi. Guna lah kan.. Ok, seperti yang sedia maklum, manjakani ni kan bagus utk kaum wanita.. Apa yg tak rapat boleh dirapatkan, yg longgar boleh diketatkan.. kah kah kah.. Tapi, bila minum jgn complaint2.. PAHIT tak ingat kot! bluweekk.. tapi demi keharmonian rumah tangga, minum je la.. hahaha..

4. Air teh
owhh..ini bukan utk ibu pas bersalin minum! Hehe.. Air teh ni makcik hana yg kat kelantan suggest utk mandikan baby dengan air teh. Khasiat petua ni katanya, kulit baby akan kurang sensitif dan nyamuk pun takdelah nak gigit ke apa.. Sbb teh ni kan kelat.. haa..jgn la plak bancuh air mandi teh ni sekali ngan gula yea? hehe.. Hana ada baca juga air inai pun bagus buat mandi baby..nanti kulit anak jadi cantik!

Setakat ni..ini ajelah yg hana amalkan.