BEN ASHAARI

Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Thursday, December 20, 2007

LONTONG JOHOR

Disamping nasi pilaf kak nis tu, mat ada juga buat lontong...benda ni semua orang dah biasa makan kan..jadi tak payah lah nak cerita - ceriti lagi...jomm makannnnn!!!

Bahan Kuah Lodeh:- (sayur2ran ikut kuantiti masing2)
Kobis, dihiris sederhana halus
1/2 biji sengkuang, dihiris memanjang
Fucuk, direndam dan potong kecil
1 batang lobak merah, hiris nipis
Kacang panjang, dihiris serong
2 keping tauhu, potong dadu sederhana besar
Soo Hoon, direndam dan kerat pendek2
3 keping tempe, potong kecil
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, diketuk
1 camca besar cili kisar
1 biji kelapa, diparut
1/2 cawan isi udang
2 camca teh udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
10 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
Garam dan sedikit gula

Bahan Lain:-
Sambal tumis
Telur rebus, dibelah 2
Nasi impit/Ketupat
Serunding (tak letak, sebab tak buat..hehe)

Cara membuatnya:-
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1 liter air lagi dan ramas, perah untuk santan no.2. Ketepikan (kalau rasa nak lebih, boleh tambah air)
  2. Dalam periuk, panaskan 1/2 cawan minyak masak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan udang, lobak merah, sengkuang, fucuk dan tempe, gaul rata dan tuang santan no.2. Biar mendidih hingga hingga sayur lembut. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bila mendidih, masukkan suu hoon dan akhir sekali tuang santan no.1. Kacau dan biar mendidih atas api perlahan untuk 5 minit. Rasa dan jika ok boleh dimatikan api.
  3. UNTUK PENYEDIAAN LONTONG:- Letak nasi impit dalam bekas sesuai. Tuang kuah lodeh dengan isi2nya sekali. Letak telur, sambal tumis dan serunding (jika ada) sebagai pelengkap..Boleh lah makan lepas tu...hmmmm...

Thursday, December 13, 2007

SAYUR CAMPUR GORENG

Masa kak e datang hari tu, mat masak sayur sama macam diatas, oleh kerana lebihan sayur masih ada, jadi hari nie mat buat resipi yang sama....suka lah makan benda2 macam nie..sedap, rangup dan manis....hmmm

Bahan-Bahannya:-
1/2 cawan isi udang (boleh lebihkan)
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, diketuk
1 batang lobak merah, belah dua dan hiris serong
10 tangkai snow peas, potong dua
1 cawan potongan bunga kobis
10 batang kacang buncis, kerat 3 setiap batang
7 kuntum cendawan butang, belah dua
1/2 biji capsicum merah, potong dadu
1/2 biji capsicum hijau, potong dadu
4 kelopak kobis, hiris kasar
2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar hiris dan bawang putih ketuk hingga harum, masukkan udang dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan lobak merah, bunga kobis dan cendawan butang. Gaul rata dan tuang air. Masak sekejap hingga semua lembut sedikit.
  2. Masukkan kacang buncis, capsicum merah/hujau dan hirisan kasar kobis. Masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh), dan gaul rata. Masak guna api besar. Kacau dan gaul utk 30 saat hingga 1 minit. Padamkan api dan rasa, jika ok angkat dan hidangkan bersama nasi hangat.

Saturday, November 24, 2007

IMAM BALADI....

Hari ni, mat masak salah satu hidangan dari negara timur tengah...resipi asal, mat ambil dari Kak Lina @ Ho Ah Lin (celebrity chef)....rasa dia unik, gabungan antara paceri, acar dan kuah kacang.....Wa, manyak telima kasih sama Ho Ah Lin...lu masak manyakkk pandai...Caya lahhh!!!!

Bahan-Bahanny:-
420 g terung bulat (lebih kurang 2 biji saiz besar)
6 camca besar minyak zaitun (olive oil)
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, cincang halua
1 camca teh serbuk jintan putih
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
1 camca besar serbuk red pepper (mat guna cili serbuk)
20 g hirisan parsley
16 g daun pudina (kurang lebih i genggam)
30 g walnut, kisar halus (mat kisar kasar jee)
200 ml jus epal tanpa gula (mat guna fresh apple juice)
1 camca teh gula perang

Cara membuatnya:-
  1. Kupas terung dan potong bulat setebal 2 cm, tabur dengan sedikit garam dan biarkan 20 minit (mat rendam dalam air garam). Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan goreng terung hingga perang, angkat dan sejatkan minyak. Ketepikan.
  2. Keluarkan sebahagian minyak dari kuali, tumis bawang besar hingga kuning, masukkan bawang putih dan kacau. Bubuh serbuk jintan, kayu manis, serbuk red pepper, garam dan hirisan parsley dan pudina (tinggalkan sedikit untuk hiasan). Gaul rata.
  3. Lepas 2 minit, masukkan jus epal, serbuk walnut dan gula perang, kacau hingga semua mesra. Bila mendidih, boleh masukkan terung, gaul rata dan biar sekejap hingga terung lembut. Rasa dan jika ok, boleh diangkat ke dalam pinggan dan taburkan lebihan cincangan parsley dan daun pudina tadi.
  4. Sedap dimakan bersama roti atau nasi atau apa2 saja laaa...roti canai/prata pun ok!!!!

Saturday, November 10, 2007

SIPUT ALA TOM YAM

Rasa tekak ni macam dah muak nak makan masak lemak, memandangkan siput tu kuantiti dia banyak, jadi mat ambil lah 1/3 bahagian untuk resipi yang mat rasa sedap untuk tekak yang tengah payau sekarang ni....
Jadi tanpa berlengah lagi...jom kita masak resipi Siput Ala Tom Yam....siput boleh diganti dengan kupang, lala atau kepah.....

Bahan Utama:-
800 g siput sedut, cuci bersih dan potong hujungnya anggaran 3 garisan dari atas
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 biji lemon, ambil jusnya
1 kiub Tom Yam "MAGGI"
1 camca besar sos ikan
7 biji cili padi, diketuk
1 camca besar cili kisar
2 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula

Bahan Tumbuk Halus:-
5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 cm lengkuas
1/2 cm belacan

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk dan cili kisar hingga wangi dan garing. Masukkan serai dan kiub tom yam, gaul rata. Kemudian masukkan siput dan gaul rata.
  2. Masukkan sos ikan dan sedikit gula. Tuang sedikit air (dalam 1/2 cawan), dan masuk cili padi ketuk dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar mendidih 2 - 3 minit.
  3. Gaul sehingga semua hingga rata dan masukkan jus lemon dan kacau. Rasa kuahnya jika ok, boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi hangat...

Friday, November 9, 2007

PAKIS GORENG BELACAN

Nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan ke Batu Pahat semalam, bonda mat boleh ternampak satu kawasan yang penuh dengan pokok pakis merah (pucuk paku) yang baru tumbuh. Ayah dengan abg mat, mereka berdua pun mengutip leer pucuk2 paku yang tak terkata banyaknya itu.....dah jimat belanja sayur u....tau jelah kita, orang2 "melayu", banyak tumbuhan kontan yang boleh makan...Tapi mat sarankan pada sesiapa yang ada alahan pada pucuk paku (sebab dikatakan sayur ni "sejuk"), eloklah elakkan ATAU campur lada hitam untuk menyeimbangkan hangat dan dingin..wallah hualamm!!!!!

Bahan Utama:-
Pucuk paku merah secukupnya (atau boleh ganti dengan pucuk paku perak)
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca teh sos tiram
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:-
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 inci belacan

Cara membuatnya:-
  1. Asingkan pucuk paku dari batangnya, cuci dan toskan. Tumbuk bahan2 tumbuk bersama udang kering hingga 3/4 hancur, tak payah tumbuk lumat2. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak masak dan tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan sos tiram dan sedikit garam. Gaul rata, tuang sedikit air (lebih kurng 1/2 cawan). Bila mendidih, masukkan pucuk paku tadi bersama bawang besar hiris. Gaul hingga rata dan sayur lembut sedikit. Gunakan api besar.
  3. Rasa garamnya sebelum diangkat. Hidangkan panas2 bersama nasi putih, sambal ikan pari dan ikan goreng....

Thursday, November 1, 2007

MIX VEGE SOUP

Hari ni masa betul2 mengejar pakcik....jadi cuma sempat masak mix vege soup atau senang cakap sup kentang dan sayur2an (apa yang ada dalam peti sejuk jee..)....jadi nak tulis banyak pun tak guna.....tak de yang istimewa, sebab mat tau semua org pun dah biasakan masak sup macam ni...tapi mungkin "gaya"nya berlainan dari setiap individu...yang ini Mat Gebu punya style yeaa!!!!....Jom cuba, kalau sudi...

Bahan-Bahannya:-
50 g fucuk, rendam dan potong kecil
4 biji kentang sederhana besar
5 biji telur
1 genggam "kincam", disimpul setiap satu
1 batang saleri, didadu
1 batang leek, dipotong kecil
6 ulas bawang merah kecil, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1 kiub pati ikan bilis "MAGGI"
1/2 cawan isi udang (kalau budget lebih, bubuh lebih yeaa)
1 cekak soo hoon, rendam hingga lembut
1 camca besar serbuk lada hitam
Garam dan serbuk perasa (jika suka)
Hirisan daun sup/bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

~~:CONTOH SAYUR KINCAM SEPERTI DALAM GAMBAR:~~

Cara membuatnya:-
  1. Kentang dikupas, potong sederhana besar dan rendam dalam air. Ketepikan. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak masak dan tumis bawang merah hiris, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi dan kuning keemasan. Masukkan udang, leek dan kentang. Kacau goreng 2 - 3 minit dan tuang air (dalam anggaran 1 - 1.5 liter atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  2. Masukkan kuib ikan bilis dan leek. Perlahankan api, dan pecahkan telur satu persatu ke dalam periuk (seelok2nya pecahkan telur dalam mangkuk lain dahulu, kemudian baru dimasukkan ke dalam periuk). Masak dengan api perlahan sehingga telur mengeras dan elok rupa parasnya.
  3. Kemudian masukkan fucuk, serbuk lada hitam dan kincam. Masak hingga kentang empuk, gunakan api sederhana. Masukkan soo hoon dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih 2 - 3 minit. Tabur hirisan daun bawang/sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin...yum...yum...yumm!!!

Wednesday, October 31, 2007

GULAI PISANG MUDA


Gulai pisang muda.....lauk-pauk biasa bagi orang2 melayu dan luar biasa bagi bukan orang2 melayu.....hari ni pagi2 bonda mat dah menyiang pisang muda untuk dimasak gulai. Lepas tu yang selebihnya pakcik punya kerja lah....hehehe..kalau nak menyiang pisang muda ni pakcik ada sikit malas, sebab tak tahan dengan getah dia tu..lekit2 laa..rimas u!!!

Bahan Utama:-
1 sisir pisang muda (mat guna jenis pisang emas)
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau (boleh guna ikan masin lain)
2 keping asam gelugor
1 biji kelapa, diparut
3 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar Halus:-
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah 7 - 8 biji cili padi)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:-
  1. Siat nipis kulit pisang muda tadi, potong sederhana besar secara menyerong dan rendam dalam air yang dicampur dengan asam gelugor. Buat sampai habis dan biar terendam seketika. Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 10 - 15 minit. Tuang 400ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 700ml air lagi, ramas dan tapis untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Toskan pisang tadi, asingkan asam gelugor dan masukkan ke dalam periuk bersama2 bahan2 yang dikisar, tulang ikan masin, serai dan 2 keping asam gelugor (asam yang baru). Jerang atas api sederhana sambil digaul kesemua bahan2 tadi hingga rata. Masak 5 minit.
  3. Kemudian tuang santan no.2 dan biar mendidih hingga pisang sedikit lembut. Masukkan santan no.1 dan gaul rata. Rasa kuahnya dan letak garam berdasar tahap kemasinan yang diingini. Perlu diingatkan tulang ikan masin tadi akan mengeluarkan rasa masinnya. Jadi berhati2 dalam penggunaan garam. Masukkan sedikit gula dan biar mendidih 1 - 2 minit. Boleh dihidangkan bersama sambal belacan dan ulam2man....Hmmm...sedappp!!!!!

Wednesday, October 24, 2007

TUMIS TAUGEH, KUPANG & TAUHU

Inilah sayur kegemaran mat, dah leer senang, sedap dan paling enak makan sejurus dimasak, sebab masa tu taugeh dia masih rangup dan ada bunyi krak!!krup!!....Jadi silakanlah makan...

Bahan-Bahannya:-
1 keping tauhu putih, potong dadu dan goreng sekejap, angkat dan toskan
150 g taugeh, cuci dan toskan
1 cawan isi kupang
1 biji bawang besar, dihiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris halus
1 camca besar sos tiram
Sedikit garam dan gula

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Goreng kupang 5 minit dan masukkan bawang besar hiris, bawang putih ketuk dan cili hiris. Kacau rata.
  2. Tuang sos tiram dan kacau, kemudian masukka tauhu tadi bersama sedikit gula dan garam, gaul rata. Masukkan taugeh dengan gaul rata dan matikan api. Gunakan api besar semasa menggaul taugeh tadi.
  3. Rasa tahap kemasinan dan bolehlah diangkat dan hisangkan bersama nasi putih hangat..

Saturday, October 20, 2007

FUCUK MASAK LEMAK

Aroma2 hari raya masih berlegar di udara, jadi hari ni, dari pagi sampai malam (masa mat tulis ni), sedara mat masih ada lagi..maklumlah hari raya..jadi mat masak ringkas saja untuk menjamu mereka, nak dimasak gulai ayam atau daging pasti tekak masih jemu. Jadi masakkan ringkas, mudah dan cepat menjadi pilihan. Nampak mereka pun makan sedap jeee....Licin!!!!!!

Bahan-Bahannya:-
300 g fucuk (kulit tauhu kering)
1 cekak soon, rendam hingga lembut, toskan
1 biji kelapa parut
1 biji bawang besar, dihiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Cara membuatnya:-
  1. Rendam fucuk hingga lembut dan potong sederhana besar. Ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no. 1, ketepikan. Kemudian tuang 700ml air, ramas dan perah untuk santan no. 2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan fucuk, bawang besar hiris, bawang putih ketuk dan udang kering tumbuk tadi. Tuang santan no. 2 dan didihkan atas api sederhana hingga mendidih. Jika kelihatan kering, boleh tambah 1/2 cawan air.
  3. Kemudian, masukkan soon dan hirisan cili merah. Biar mendidih dan tuang santan no.1 dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Biar mendidih perlahan hingga masak. Rasa kuahnya.
  4. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan, ikan masin/ikan goreng dan ulam2man. Pasti selera!!!

Thursday, September 27, 2007

ACAR SENGKUANG

Kesian mat tengok sengkuang tinggal sebiji, baki buat pecal hari tu, tergolek je kesepian kat tepi tingkap. Jadi apa kata kita make-over kan dia jadi 'acar'...hehehe..

Bahan Utama:-
1 biji sengkuang sederhana besar
2 biji lada merah, buang biji potong dan dihiris
15 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya
1 biji bawang besar, potong baji
5 ulas bawang putih, belah dua
1 inci halia, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tumbuk kasar
4 camca besar gula
1 camca teh garam
1 camca besar rempah kari
1/3 cawan cuka makan
2 camca besar sos tomato

Rempah Tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuatnya:-
  1. Sengkuang, dikupas, potong sederhana nipis dan potong macam batang mancis, redam 15 minit. Toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan 3 camca besar minyak masak. Masukkan rempah tumis, bawang putih, halia dan udang kering, kacau hingga wangi, tuang sos tomato dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan rempah kari, goreng sekejap dan tuang cuka makan. Tambah garam dan gula. Biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan belahan bawang besar, telur puyuh dan cili merah, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sengkuang dan masak hingga sengkuang lembut sedikit tapi masih rangup. Rasa acar jika cukup masin, manis dan masam bolehlah diangkat.

Tuesday, September 18, 2007

PECAL



Pecal ni macam sedara mara rojak petis dan sepupu pada rojak2 di Malaysia, juga ipar-duai pada pasembo Penang dan rojak asma Johor...apa pun lah yang penting pecal nie lebih kepada orang2 Jawa (macam Mawi tuuuu....). Saja je nak menghabiskan sayur2 yang ada dalam peti sejuk dan kebetulan bonda mat dah siap2 goreng kacang tanah tadi, jadi pakcik pun buat jee lah asal boleh makan!!!!!

Bahan Kuah:-
2 cawan kacang tanah
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
2 - 3 camca besar gula (atau lebih)
1 - 2 camca besar kicap cair
2 camca besar petis
2 camca besar cili kisar (atau boleh lebih)
1 inci ubi cekur*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

Bahan Pecal:-
Kangkung, dicelur
Kacang panjang, dipatah dan celur
Taugeh, dicelur
Pucuk ubi, dicelur
Timun, dipotong kecil
Sengkuang, dipotong kecil
Tauhu, goreng dan potong dadu

Cara membuatnya:-
  1. KUAH PECAL:- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang kulit dan tumbuk sederhana halus. Masukkan dalam satu bekas. Satukan kesemua bahan lain untuk kuah dan kacau hingga sebati. Rasa kuahnya jika kurang manis tambah gula dan jika kurang masin, tambah kicap cair. Ketepikan.
  2. PENYEDIAAN PECAL:- Dalam satu belas, ambil setiap jenis sayur dalam kuantiti yang diperlukan. Tuang kuah dan gaul hingga rata. Hidangkan sejurus digaul untuk mengelakkan pecal berair...selamat menjamu selera!!!!

Monday, September 17, 2007

TUMIS SAYUR CAMPUR

Sayur campur?....sebab pelbagai jenis sayur dalam satu masakkan...saja je nak habiskan stok yang hampir luput tarikh perkhidmatannya.....jom kita campur-mencampur!!!!

Bahan-bahannya:-
1/4 ketul bunga kobis, potong kecil
1/2 biji capsicum hijau, didadu
1/2 biji capsicum merah, didadu
1/2 biji capsicum oren, didadu
7 biji candawan butang, belah dua
1 biji tomato, belah 8
1 batang saleri, dihiris menyerong
1/2 batang lobah merah, dihiris menyerong
1 biji bawang besar, dibelah 8
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar sos abalone/tiram
2 camca besar kicap cair
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 cawan isi udang

Cara membuatnya:-
  1. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak masak, masukkan minyak bijan dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang besar dan juga sos abalone/tiram. gaul hingga rata.
  2. Masukkan isi udang, lada hitam serbuk dan sedikit air, anggaran 3-4 camca besar. Kemudian, masukkan bunga kobis, lobak, saleri dan cendawan. Masak hingga sayur2 tadi empuk sedikit dan masukkan sayur2 lain. Perasankan dgn kicap cair dan gaul hingga rata.
  3. Masak hingga kuah pekat dan rasa tahap kemasinannya. Angkat dan hidangkan dgn nasi hangat...

Sunday, September 16, 2007

LONTONG

Hari ni berbuka "lontong" selain cendol tadi tu....Satu insiden pasal lontong, bila mana pakcik menerima pemberian jiran belakang rumah dan kami bertukar2 juadah. Sekali buka tengok...ALAMAK!!!!...Lontong juga...aduh...sama laaa.... tapi tak pa lah, dia rasa pakcik punya dan pakcik rasa dia punya masakkan....kira adillah kan.....

Bahan-bahannya:-
1 biji kelapa, diparut
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketul
1 inci lengkuas, diketuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 1o minit, toskan dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis "MAGGI"
1 cekak so hoon, dikerat
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Sayur:-
1/4 biji kobis, dipotong kecil
1/2 biji sengkuang, dipotong mancis
1 batang lobak merah, dipotong mancis
10 tangkai kacang panjang, dipotong serong
2 keping tauhu, dipotong dadu sederhana besar
2 keping fucuk (tauhu kering), dipotong sederhana besar dan rendam
2 keping tempe, dipotong kecil
1/4 ketul sawi bunga, dipotong kecil

Bahan Lain:-
Nasi impit
Telur rebus
Sambal sotong (boleh rujuk sini utk resipi)
Serunding kelapa (resipi di bawah)

Cara membuatnya:-
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 700ml air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, tuang santan no.2, masukkan udang kering, kiub ikan bilis, serai, bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan sengkuang, lobak merah, sawi bunga dan tempe, bila lembut sedikit boleh masukkan kacang panjang, kobis dan fucuk. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu. Kacau perlahan. Masukkan so hoon, basuh so hoon sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Akhir sekali tuang santan no.1 dan kacau perlahan, biar mendidih perlahan. Angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi impit, serunding dan sambal sotong.

Saturday, September 15, 2007

LEMAK PUTIH PUCUK UBI PULUT

Lemak pucuk ubi lagi....tapi kali ni guna pucuk ubi "pulut" yang berdaun halus, rasa lemak dan lembut.....tak de nak komen apalah yang ni......

Bahan Utama:-
2 cekak pucuk ubi pulut
3 batang serai, dititik
1 biji kelapa, diparut
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, dihiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:-
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci dan ramas hingga lembut. Toskan . Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas, perah untuk santan no.1. Kemudian tuang 3 cawan air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan pucuk ubi pulut yang diramas tadi, serai, udang kering, bawang besar hiris dan bawang putih ketuk. Tuang santan no.2 dan jerang atas api hingga mendidih. Perlahankan api dan masak hingga pucuk ubi lembut. Tambah sedikit air jika kurang.
  3. Masukkan 1 camca teh garam dan sedikit gula. Kemudian tuang santan no.1 dan biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Bila pucuk ubi betul2 lembut, matikan api. Rasa kuahnya dan jika kurang masin boleh ditambah.

Friday, September 14, 2007

ASAM BATANG KELADI


Cuaca kejap panas, kejap mendung...tekak pun ikut sama macam cuaca...hari nie berbuka teringin sangat nak makan "asam batang keladi"....jadi, ayah mat pun pi lah cabutkan pokok keladi sayur kat kebun kami. Bonda mat dengan gigihnya menyiang dan mencelur sekali batang keladi tu...jadi...mat tinggal masak jee lahh...heheh senang keje pakcik!!!

Bahan Utama:-
1 pokok keladi sayur
4 - 5 ekor ikan masin selar kuning (boleh guna apa2 ikan masin kegemaran)
1 genggam daun selasih/basil
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:-
6 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 batang cili merah
1 camca besar ikan bilis (atau 1 ketul kiub ikan bilis "MAGGI")

Cara membuatnya:-
  1. Batang keladi, dibuang kulit luar, kerat2 anggaran 4 inci. Rebus bahagian ubi dahulu hingga 3/4 empuk baru dimasukkan batangnya bersama 1 keping asam gelugor. Celur 1 - 2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk. Tuang 2 camca besar minyak masak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Tuang air (anggaran 700ml) dan biar hingga mendidih. Masukkan ikan masin dan baki asam keping.
  3. Kemudian masukkan batang keladi dan keladi yang telah dicelur tadi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bila mendidih, masukkan daun selasih/basil dan padamkan api. Rasa tahap kemasinannya.
  4. Jangan bubuh garam awal2 kerana ikan masin tadi boleh menyebabkan kuah mejadi masin.

Wednesday, August 29, 2007

PERIA GORENG UDANG

Peria oh peria!!!!....walau pun pahit tapi banyak khasiat.....sedapnya kalau makan dengan nasi hangat......aduhhh terliur!!!

Bahan Utama:-
1 biji peria kambas
1/3 cawan isi udang
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air

Bahan Tumbuk Lumat:-
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1/2 camca teh garam kasar

Cara membuatnya:-
  1. Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau dan tuang air.
  3. Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi.

Wednesday, August 22, 2007

ACAR DARAT

Acar darat....salah satu masakan dalam set2 hidangan nasi beriani atau nasi minyak orang Johor...mudah dan sedap..

Bahan Utama:-
2 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji red capsicum
1 biji green capsicum
1 biji bawang besar, belah 8
4 ulas bawang putih, dibelah dua, ketuk sedikit
1 inci halia muda, dihiris halus
1 camca besar udang kering, direndam, toskan dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukupnya (kurang lebih 4 - 5 camca besar)
1/2 cawan cuka makan

Bahan tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi

Cara membuatnya:-
  1. Timun dibuang empulur, potong mcm batang mancis, gaul dgn 1 camca teh kunyit dan 1 camca teh garam, gaul hingga rata dan toskan. Capsicum merah dan hijau, dibelah, buang biji dan potong memanjang. Lobak merah dikerat dan potong. Hiris mcm batang mancis juga. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan belahan bawang putih dan halia hiris serta udang kering. Kemudian masukkan gula dan cuka. Masak hingga pekat.
  3. Masukkan belahan bawang besar dan lobak merah, kacau hingga lobak lembut sedikit. Masukkan timun dan capsicum tadi, gaul rata dan masak 1 - 2 minit. Rasa manis dan masinnya, sesuaikan rasanya dan boleh matikan api, angkat dan hidangkan.

Tuesday, August 14, 2007

LEMAK PUCUK UBI BERKUPANG



Masak lemak pucuk ubi. Memang "trueblue" orang kampung style......

Bahan2nya:-
1 cekak pucuk ubi
2 keping tempe, dipotong menyerong setiap keping
1 cawan isi kupang
1 biji kelapa parut
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan2 dikisar halus:-
5 biji bawang merah kecil
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 batang cili merah
1 camca besar ikan bilis
1 cm belacan
2 cm kunyit hidup

Cara membuatnya:-
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkai, cuci dan rebus hingga 3/4 lembut, toskan dan bilas dgn air sejuk. Perah dan kepal kepada 3 bahagian. Hiris sederhana besar setiap kepalan. Ketepikan.
  2. Tuang 1 cawan air ke dalam kelapa parut, ramas dan perah utk santan pertama. Kemudian tuang 3 cawan air, ramas dan perah utk santan cair. Ketepikan.
  3. Dalam periuk, masukkan pucuk ubi tadi, serai titik, bahan2 dikisar, asam gelugor, tempe, kupang dan santan cair. Tenggek atas dapur dan masak hingga mendidih. Gunakan api sederhana. Kacau hingga mendidih.
  4. Bila pucuk ubi lembut sepenuhnya, tuang pati santan dan perisakan dgn garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Biar mendidih 5 minit, sambil dikacau selalu. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan.

Saturday, August 11, 2007

PACERI NENAS



Salah satu lauk2 sampingan untuk nasi beriani, nasi minyak atau nasi jagung....

Bahan-bahannya:-
1 biji nenas masak
2 biji lada merah, dibelah 2 tapi jgn putus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari
1 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
5 camca besar gula
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan dikisar halus:-
1 camca besar udang kering, direndam
6 ulas bawang merah kecil
2 uals bawang putih
1 cm halia

Bahan tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
1 tangkai daun kari

Cara membuatnya:-
  1. Kupas nenas dan belah 4, buang empulur dan potong menyerong. Celur 2 minit dgn 1/2 camca teh serbuk kunyit, kemudian toskan.
  2. Dalam kuali, tuang 1/2 cawan minyak dan tumis bahan2 tumis dan juga bahan dikisar halus, masukkan cili kisar dan rempah kari, masak menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Masukkan air dan asam gelugor.
  3. Kemudian masukkan gula, santan dan kerisik. Kacau dan biar pekat. Masukkan nenas dan cili belah tadi, gaul hingga rata dgn rempah2. Perisakan dgn garam dan masak hingga hampir kering. Angkat dan hidangkan

Friday, August 3, 2007

LEMAK LABU KACANG PANJANG

Ringkas, mudah dan cepat....makan dgn nasi hangat, kalau ada ikan masin dan sambal belacan, lagi meletop!!!....

Bahan-bahannya:-
1/2 biji labu sederhana besar, kupas bersih dan potong kiub sederhana besar
10 tangkai kacang panjang, dipatah2 lebih kurang 2 inci
1 biji bawang besar, dihirs halus
3 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, dirabak2
1 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair dari 1 biji kelapa
1 camca besar "hey bee" (udang kering), direndam sekejap dan tumbuk kasar
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:-
1- Dalam periuk, satukan labu, santan cair, bawang besar hiris, bawang putih ketuk, serai, udang kering dan serbuk kunyit. Masak atas api sederhana hingga mendidih.

2- Kemudian masukkan kacang panjang dan tuang santan pekat. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Biar mendidih pada api sederhana, masukkan daun kunyit sambil dikacau perlahan. Bila labu agak lembut, boleh matikan api dan sedia utk dihidang.....