Showing posts with label scorpions. Show all posts
Showing posts with label scorpions. Show all posts

Thursday, November 21, 2024

50 tahun Fly to the Rainbow

Album yang menyambut ulangtahun ke 50 pada 1hb November yang lalu...

Scorpions - Fly to the Rainbow (1974)

Scorpions saya adalah di zaman Mathias Jabs. Kerana saya membesar ketika zaman tersebut. Namun saya tidak menafikan kehebatan zaman Uli Jon Roth. Cuma muziknya agak berbeza.

Fly to the Rainbow adalah album kedua Scorpions dan yang pertama buat Uli Jon Roth. Ini adalah permulaan berubahnya muzik Scorpions dari psychedelic menjadi lebih hard rock dan bermelodi. Mungkin ianya ada kena mengena dengan beliau. Kerja gitar beliau lebih aggressif. Lagu seperti "Speedy's Coming" adalah contohnya.

Namun ini bukanlah album kegemaran dari zaman beliau. Album-album selepasnya lebih menarik. Tetapi lagu-lagu sperti "Speedy's Coming","Fly People Fly" dan lagu yang dinyanyikan sendiri oleh Uli, "Drifting Sun"adalah antara lagu yang menarik.



Friday, August 26, 2022

Taken B-Side

 Antara yang baru masuk koleksi...

Scorpions - Taken B-Side (2009)

Ini bukanlah keluaran rasmi dari Scorpions. Tetapi ianya adalah kompilasi bootleg yang diterbitkan dari Russia. 

Tetapi ia bukanlah sekadar kompilasi yang biasa. Di dalamnya megandungi lagu-lagu bonus Scorpions yang hanya boleh didapati dari pelbagai studio album, live, singles, soundtracks dan pelbagai sumber lain sepanjang karier mereka dari tahun 1975 hingga 2007.

Tak pasti samada ianya adalah satu kompilasi yang lengkap. Tetapi jika anda adalah peminat tegar Scorpions, ini sudah semestinya sesuatu yang patut anda miliki. Banyak lagu-lagu yang "rare" dan jarang dengar. 

Untuk senarai lagu yang lebih terperinci boleh lihat di >SINI<

Sememangnya berbaloi walaupun ianya hanya sekadar unofficial release.



Tuesday, May 17, 2022

Animal Magnetism

Antara album ulangkaji ketika bekerja dari rumah...

Scorpions - Animal Magnetism (1980)

Album yang agak tenggelam kalau nak dibandingkan dengan album sebelum (Lovedrive - 1979) dan selepasnya (Blackout - 1982). Kurang lagu popular. Mungkin hanya "The Zoo" yang agak dikenali. Tetapi untuk saya, "Lady Starlight" adalah tarikan utamanya. Ianya adalah antara kegemaran saya dari zaman kanak-kanak.

Ini adalah album kedua dari klasik line-up 80an mereka. Ianya masih ada pengaruh rock 70an. Tempo lagunya lebih perlahan berbanding "Lovedrive"Matthias Jabs tidak seperti Uli Jon Roth mahupun Michael Schenker yang lebih kepada skill individu. Beliau lebih kepada seorang "team player" yang melakukan tugas mengikut arahan. Dan beliau melakukannya dengan cemerlang. Bagi yang membesar dengan Scorpions era 80an, beliau adalah gitar hero dan imej beliau bersama gitar "Gibson Explorer" nya menjadi poster di bilik bagi ramai peminat rock pada ketika itu.


Saya mendengar album ini secara penuhnya pun agak lambat.  Hanya selepas album "Love at First Sting (1984)". Pinjam kaset kawan. Selain "Lady Starlight" dan "The Zoo", lagu "Make it Real" juga adalah antara lagu yang saya boleh ingat. Yang lainnya kena dengar  semula untuk menyegarkan ingatan. 

Rasanya ini adalah album era Matthias Jabs yang paling kurang saya dengar (tolak album-album selepas Pure Instinct - 1996 yang memang saya agak kurang mengambil tahu walaupun ada beli setiap cd nya). 

Monday, March 21, 2022

Rock Believer

Album terbitan 2022 yang pertama untuk tahun ini...

Scorpions - Rock Believer (2022)

Perasaan teruja nak dengar album baru Scorpions rasanya dah lama hilang. Kali terakhir mungkin ketika Face The Heat (1993). Selepas mereka semakin berubah dah menjadi semakin mellow, saya agak kurang mendengar mereka walaupun kaset dan cd mereka tetap dibeli. Branding "Scorpions" itu mejadi penyebab untuk saya terus membeli. Maklumlah muzik rock ketika saya kanak-kanak adalah Scorpions. Besar pengaruh muzik mereka untuk saya.

Tetapi percubaan mendengar album terbaru mereka, Rock Believer di spotify menyebabkan saya kembali teruja. Muziknya benar-benar membawa saya melayang ke era 80an. Selain Iron Maiden, belum pernah lagi saya membeli sebuah album baru terus dalam bentuk piring hitam. Ini adalah yang pertama. Tetapi Iron Maiden adalah pembelian buta (janji Maiden mesti beli)...tetapi yang ini kerana saya benar-benar sukakannya.

Rasanya kalau Rock Believer diputarkan secara "back to back" bersama dengan Animal Magnetism atau Blackout mahupun Love at First Sting, memang tak akan rasa yang jarak masa antara mereka adalah hampir 40 tahun. Kalau kurang pun rasanya Matthias Jabs sepatutnya lebih aktif dengan lebih banyak menyolo.

Dengan umur mereka yang rata-ratanya dah melebihi 70 tahun, memainkan kembali muzik ketika mereka muda mungkin adalah satu tribute untuk diri mereka sendiri. Memang banyak persamaannya dan jika anda pengemar mereka di tahun 80an pastinya akan dapat menangkap persamaan tersebut.

Harapnya band-band lama yang lain juga akan mendapat inspirasi dari mereka. Letih dah nak dengar lagu panjang-panjang dari Iron Maiden...




Thursday, October 21, 2021

Humanity - Hour I

Lagi pendengaran rawak bekerja dari rumah... 

Scorpions - Humanity - Hour I (2007)

Antara cd yang baru dimiliki. Lama dah mencari. Ianya melengkapkan discography album studio mereka dalam koleksi. Dulu rasa-rasanya macam pernah ada kaset. Tapi bila dicari tak ada. Mungkin juga memang tak pernah ada. 

Walaupun begitu, saya pernah ada versi MP3. Bermakna saya pernah mendengar keseluruhan albumnya sebelum ini. Tapi memang dah lupa. Pendengaran kali ini adalah untuk menyegarkan kembali ingatan.

Khabarnya ini adalah konsep album tentang peperangan antara manusia dan robot. Malangnya saya gagal untuk memahami jalan ceritanya kerana cd ini tidak menyediakan lirik. Dari apa yang dibaca, ianya adalah ilham dari Desmond Child yang juga bertindak sebagai penerbit. Maka tak hairanlah hampir keseluruhan lagu-lagunya adalah ciptaan bersama Desmond Child.

Kalau anda kenal Desmond Child, pastinya anda tahu yang beliau memang hebat dalam menghasilkan lagu-lagu pop rock. Bon Jovi, Aerosmith dan Alice Cooper adalah antara yang pernah menggunakan khidmat beliau dan berjaya. Makanya memang tak peliklah kalau Humanity - Hour I memang berkonsepkan pop rock. Majoriti lagu-lagunya memang lagu-lagu yang berentak perlahan dan sederhana.

Kalau mahukan lagu-lagu yang berat memang hampir-hampir tak ada. Tapi jika mahukan lagu-lagu yang sedap dan melodic memang banyak. Ianya adalah Scorpions yang lebih moden. Jangan bimbang, ianya masih berbunyi Scorpions , cuma ada beberapa lagu yang susunan muziknya terikut-ikut dengan trend alternatif rock pada zaman tersebut. Tetapi solo-solo Mathias Jabs memang thumbs up!


Thursday, August 26, 2021

Gila Format - Crazy World

 Gila format kembali....

Scorpions - Crazy World (1990)

Album ini diterbitkan pada penghujung tahun 1990. Zaman saya sebagai seorang remaja yang pada ketika itu merasakan muzik sebegini tidak cukup ganas. Tetapi disebabkan ianya Scorpions. Satu nama yang lejen. Dan saya membesar dan terjebak dengan muzik rock pun kerana album-album awal mereka. Maka tetap juga dibeli kasetnya. (22/04/1991 - tarikh beli yang tercatat di kaset).

Versi cd pula dah tak ingat bila ianya dibeli. Kalau ikutkan keadaan cd yang nampak dah lusuh walaupun jarang diputar, berkemungkinan adalah cd 2nd hand dari zaman ebay postage percuma dari e-stock atau music magpie (sekitar tahun 2010an). 

Versi pirang hitam pula baru dapat dalam sebulan dua yang lalu. Diam tak diam dah ada 11 keping rupa-rupanya piring hitam Sorpions dalam koleksi. Ntah dari mana datangnya tiba-tiba rasa bersemangat pula untuk mengumpul kesemua album-album Scorpions dalam bentuk piring hitam. Tapi tak ada lah nak kumpul semua. Mungkin sehingga album ini atau mungkin juga Face The Heat (1993). Setakat ini hanya Lonesome Crow (1972), Fly to the Rainbow (1974) dan Virgin Killer (1976) yang masih belum berjaya dimiliki.

Ok. Berbalik kepada Crazy World, mendengarnya pada tahun 1990 dan 2021 sememangnya rasa berbeza. Sesuai dengan peningkatan usia dan minda yang lebih terbuka saya rasakan album ini sememangnya sedap dan bagus. Ianya bukanlah sekadar Winds of Change. Banyak lagi lagu yang bagus.



Friday, July 16, 2021

Scorpions mini lp replica cd

Hari tu masa mencari mini lp replica Russia press Iron Maiden, terjumpa pula yang ini...


3 album klasik Scorpions (Fly To The Rainbow, Taken By Force dan Virgin Killer) dalam bentuk mini lp replica cd. Ianya juga adalah versi "from Russia with love". Terjumpa dengan harga yang mampu milik sememangnya berbaloi untuk dimiliki.

Cd dari Russia ni sebenarnya bukanlah semuanya pirate. Ada yang under license untuk dijual secara khas untuk pasaran Russia sahaja. Ianya seperti dulu-dulu Life Records dengan label WAU untuk pasaran di Pantai Timur dengan harga yang lebih murah. Yang jadi masalahnya bila ianya di jual secara berleluasa di luar Russia. Dan ada yang sememangnya pirate pun. Kita pun tak boleh nak kenal. Cuma kalau ianya murah, berbaloilah juga beli. Kalau mahal, tak payah la...baik beli yang asli. Tapi jenis yang macam ni sememangnya pirate lah...hahaha...

Fly To The Rainbow


Taken By Force


Virgin Killer


Seperti yang pernah saya kata sebelum ini, cd-cd sebegini di beli bukanlah untuk didengar. Dah ada pun versi asal untuk didengar. Versi sebegini lebih kepada kepuasan diri dan untuk menghabiskan duit…hahaha…


Saturday, February 16, 2019

Gila Format - Love at First Sting



Scorpions - Love At First Sting (1984) 

Satu lagi kenangan silam yang berjaya di gila format kan. Tak la beriya2 cari. Tapi kalau terjumpa dengan harga yang mampu milik memang terus sambar.

1st beli cd. Kemudian lp. Baru-baru ni jer terbeli pula kasetnya. Dulu masa budak budak memang ada kaset. Abang punya. Cetak rompak jer pun. Pertengahan 80an memang susah nak cari yang asli.

Zaman tu budak budak rock melayu memang kemaruk Scorpions. Blackout, World Wide Live dan Love at First Sting memang wajib. Still Loving You pula antara yang kena tahu kalau belajar main guitar.


Rock You Like A Hurricane kira dah macam anthem bagi mat rock zaman tu. Memang kuat pengaruh album ni kepada sejarah rock melayu. Dah 35 tahun pun usianya. Tapi masih tetap teruja setiap kali mendengarnya.

Kenangan zaman kanak-kanak "bad boys running wild" seperti ini memang berbaloi untuk di gila format kan.






Thursday, May 3, 2018

Piring Hitam - Savage Amusment


Dah berpuluh kali beli piring hitam dari luar negara secara on-line melalui e-bay, ini kali pertama dapat kotak bengkok. Selama ini hanya baca cerita orang, kali ini terkena sendiri. Bukan salah pos tapi ini kes posmen sumbat dalam mailbox.


Inilah risiko beli postage murah dan tidak berdaftar. Nak buat macamana. Nak komplen pun rasa macam tak berbaloi. Kos LP dan postage pun cuma dalam RM50 sahaja. Redha sahajalah...


Jaket pun bengkok...aduhai... Pos guna alamat opis. Biasanya posmen akan naik atas bagi bagi secara by hand. Tapi kali ni dapat posmen baru. Dia malas la tu nak naik. Jahanam disumbatnya dalam mail box.


Ini yang paling penting. Piring pun bengkok...Nasib juga tak patah...Nak salahkan siapa. Seller pun salah juga. Tak tulis "Do Not Bend" atau "Handle With Care". Dia ingat semua posmen tu tahu ker yang kotak tu dalamnya lp. Malas nak komplen. Cuma bagitau juga dekat seller lain kali suruh tulis.


Akhirnya ada juga guna buku KISS Kompendium ni...haha...Tebal dan berat nak mampus. Baca pun tak habis-habis lagi.


Nasib lah piringnya masih berfungsi dengan baik. Ada lah sikit bergelombang. Tetapi secara keseluruhannya masih elok. Tak ada kesan pada bunyi. Fuh...lega!


Akhirnya Savage Amusement berjaya di giler formatkan. Ada rezeki nanti...boleh pula cari versi 50th Band Anniversary...



Saturday, April 21, 2018

Savage Amusement

Sempena 30 tahun pada 14hb April yang lalu...


Scorpions - Savage Amusement (1988)

Satu lagi album yang banyak kenangan. Tahun 1987, 1988 dan 1990 adalah tahun-tahun kemaruk saya dengan muzik rock. Sudah semestinya album-album dari tahun-tahun tersebut banyak yang meninggalkan kenangan dan sangat diminati.

Bagi generasi seperti saya yang mula kenal Scorpions ketika zaman pertengahan 80an, Scorpions kami adalah zaman Matthias Jabs. Untuk saya sendiri, album seperti Blackout (1982), Love At A First Sting (1984), World Wide Live (1985) dan Savage Amusement adalah antara pengenalan saya kepada muzik rock. Tetapi yang paling banyak kenangannya sudah semestinya Savage Amusement.


Walaupun Scorpions meletup dengan Wind Of Change ketika album Crazy World (1990). Tetapi kemuncak Scorpions untuk saya adalah Savage Amusement. Ketika zaman Wind Of Change selera muzik saya sudah lebih terarah kepada yang lebih ekstrim. Tak kisahlah walaupun ada yang kata Savage Amusement terlampau komersial dan glam metal. Tetapi, inilah muzik yang saya gemari pada ketika itu.

Savage Amusement agak underated. Tapi memang semua lagunya sedap. Produksi pun tip top. Soundnya mengingatkan saya kepada Hysteria dari Def Leppard. Ini adalah antara kasetnya yang naik lunyai hari-hari di pasang. Ianya juga menjadi lagu latar ketika majlis perpisahan kelas 5 Sains 1 di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. 😁



"We Let It Rock... You Let It Roll"

*aisey....versi piring hitam on the way...tak sempat nak riak formatwi...haha







Tuesday, March 6, 2018

Born to Touch Your Feelings

Lagi dari pembelian tahun lepas...


Scorpions - Born to Touch Your Feelings: Best of Rock Ballads (2017)

Rasanya ini album kompilasi mereka yang ke 4 atau mungkin yang ke 5 pernah saya saya miliki. Itu belum kira yang unofficial, bootleg dan pirate. Tapi sama macam kes Iron Maiden dan album live mereka, bila keluar tetap beli juga.

Mikkey Dee dan 2 lagu baru ( Melrose Avenue dan Always Be With You) adalah tarikan utama untuk membeli. Sebenarnya kalau kira "Send Me An Angel" versi akustik dan rakaman semula "Follow Your Heart" ada 4 lagu yang Mikkey terlibat. Tapi disebabkan kesemuanya lagu-lagu slow, tak adalah kesannya sangat. Tetapi yang pastinya Rudolf Schenker, Matthias Jabs dan Klaus Meine masih mampu menghasilkan lagu-lagu balada rock yang sedap.


Selain itu, kesemua lagu-lagu dari cd ini adalah versi yang berbeza dari versi studio album yang asal. Ianya samada versi remaster 2105, unplugged, comeblack, radio edit, single edit ataupun akustik.

Satu lagi yang menarik selain lagu-lagu wajib, adalah "Lonely Night". Pada saya ini adalah antara lagu slow rock terbaik mereka dari era 90an. Selain itu ianya juga menampilkan 3 lagu dari Return To Forever. Lagu-lagu yang patut diberi peluang untuk menjadi lagu klasik mereka selain lagu-lagu dari era 90an dan kebawah.




Friday, January 26, 2018

9 albums that changed my life

Terjebak juga dengan #9albumsthatchangedmylife di instagram...ni semua Eddie punya pasal...hahaha...

*ianya disusun mengikut turutan tahun....tahun dikeluarkan dan tahun ianya didengar...dan ia juga bukanlah album kegemaran utama saya untuk sesuatu band. Contohnya untuk Iron Maiden semestinya kegemaran saya adalah Somewhere in Time. Tetapi senarai ini lebih kepada album yang memberi kesan dan pengaruh kepada selera muzik saya...dan ianya sememangnya sukar untuk hanya memilih 9...kalau 10, pastinya ada album Poison - Look What the Cat Dragged In (1986) tersenarai...hey! Hair Metal Rules!!! ok...

 

1 - Scorpions - Blackout  (1982) Album yang membuatkan saya sedar yang muzik adalah minat, hobi dan passion yang utama...bukannya main tembak-tembak, mandi paya dan menyauk ikan...haha...entah mengapa bunyi gitar dari album ini benar-benar memikat hati.

2 - Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983) Seperti kanak kanak lain yang membesar di era 80an, siapalah yang tidak terjebak dengan Duran Duran dan lain-lain angkatan artis new wave/new romantic yang cukup popular di zaman itu....kira mcam Kpop untuk budak-budak zaman sekarang 😀

3 - Bryan Adams - Reckless (1984) Walaupun kemaruk dengan pop, satu yang saya perasan saya lebih cenderung kepada lagu-lagu yang berasaskan gitar. Reckless membuka jalan untuk saya lebih cenderung kepada muzik rock. Akhirnya saya faham kenapa saya terjebak dengan Blackout sebelum ini.

4 - Iron Maiden - Powerslave (1984) Pertama kali dengar lagu 2 Minute to Midnight dalam satu kaset kompilasi, terus rasa terpikat. Rasanya inilah genre muzik yang saya cari-cari. Tambahan pula pada ketika itu secara kebetulannya, album rock/heavy metal melayu yang pertama, Search- Cinta Buatan Malaysia diterbitkan. Koyak poster Duran Duran, koyak poster Spandau Ballet...kini bilik saya penuh pula dengan poster Iron Maiden, Motley Crue, Dio dan lain-lain...and the rest is history...

5 - Yngwie J. Malmsteen' s Rising Force - Marching Out (1985) - Zaman kemaruk dengan heavy metal. Malmsteen adalah antara pengaruh saya untuk memiliki kumpulan sendiri dan menjadi gitar hero. Malangnya saya tangan bangku. Pernah juga bermain bass bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan di sekolah. Pergi jamming tiap-tiap minggu adalah pencapaian tertinggi saya sebagai pemuzik. Memang tak berbakat. Jadilah tukar dengar sahaja sehingga kini...

6 - Megadeth - Peace Sells... but Who's Buying (1986) Pertama kali dengar baru tahu ada lagu lain yang lebih berat, lebih laju dari Iron Maiden. Ini adalah permulaan untuk saya mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrem.

7 - Metallica - Master of Puppets (1986) Satu perkataan Wow!!!!..... selepas inilah baru kenal apa itu thrash metal dan ianya adalah genre muzik yang saya minat sehingga sekarang.

8 - Helloween - Keeper Of The Seven Keys Pt 11 (1988) Mereka dan Manowar membuka saya kepada satu lagi genre metal yang saya minati. Selain thrash, saya jugak agak kemaruk dengan genre Power metal. Kena sebut juga, Savatage adalah salah satu darinya (maklumlah kipas susah nak mati😀)

9 - Sepultura - Beneath The Remains (1989) Ini adalah album yang membuatkan saya mula terjebak dengan extreme metal. Mula terpengaruh dengan death metal walaupun Sepultura mungkin bukan death metal tetapi ianya membuka jalan untuk saya mengenali band-band seperti Morbid Angel, Death, Obituary dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Zaman remaja yang mana apa yang bukan extreme adalah poseur...hahaha...

Sekian. Terima Kasih.







Monday, October 10, 2016

Virgin Killer

Semalam, 9hb Oktober adalah ulangtahun ke 40 untuk album klasik ini...

Scorpions - Virgin Killer (1976)


Pernah menulis pasalnya beberapa tahun yang lalu >SINI<

Salah satu album kegemaran dari zaman Uli Jon Roth. Scorpions memang berbeza tanpa beliau. Mereka seperti band yang berlainan tanpanya. Walaupun saya bermula dan membesar dengan zaman Mathias Jabs tetapi era 70an mereka ini juga sangat memikat hati. Banyak lagu yang sedap tetapi kalau kena pilih saya pilih In Your Park untuk lagu perlahan dan Hell Cat untuk lagu rancak.

Walaubagaimanapun saya masih gagal untuk mendapatkan versi piring hitam manisnya. Terutamanya versi cover asal yang kontroversi. Memang parah bila orang yang tak berapa nak ada duit ni bercita-cita nak berhobi macam orang kaya...haha...konsert 50 tahun mereka di Sepang hujung bulan ni pun rasa-rasanya tak mampu nak pergi...dah pokai dah ni..huhu...

Tua dah album ni...tapi masih sedap!










Wednesday, May 25, 2016

Pure Instinct

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 21hb Mei yang lalu...


Scorpions - Pure Instinct (1996)

Nasib juga entri ini ditulis pada waktu sekarang bukannya 20 tahun yang lalu. Penulis pun hanya beberapa tahun lagi untuk mencapai usia Klaus Meine ketika beliau merakamkan album ini. Mungkin usia yang semakin meningkat menyebabkan kita menjadi "mellow". Begitulah yang berlaku kepada Scorpions dalam Pure Instinct.


Jujurnya saya tidak menyukainya 20 tahun yang lalu. Track pembukaan , "Wild Child" adalah sebuah lagu yang bagus. Walaupun tidak seberat lagu Scorpions yang lama tetapi aura Scorpions nya memang menyerlah. Tetapi lagu-lagu yang berikutnya kecuali "Stone in My Shoe" adalah lagu-lagu easy listening dan mellow. Memang tak layan pun album ni 20 tahun yang lalu. Sampaikan saya pun tak ingat rupanya lagu "You And I" ada dalam album ini.

kaset versi keluaran Malaysia...gambar cover lain...

Tetapi sekarang rasa ok jugak lah. Faktor usia kot. Senang cerita kalau nak dengar Scorpions ala-ala "Blackout" memang ini bukan albumnya. Tatapi kalau nak layan lagu-lagu slow rock dan mellow mungkin boleh cuba. Bukanlah yang terbaik dari mereka. Tetapi kalau die hard fan tetap kena ada...terutamanya versi yang cover nya seperti cd saya...





Tuesday, August 4, 2015

World Wide Live

Yang dah pun 30 tahun pada 20hb jun yang lalu.


Scorpions - World Wide Live (1985)

Susah nak cakap mana yang lagi bagus antara World Wide Live (1985), Tokyo Tapes (1978) mahupun Live Bites (1995). Ketiga-tiganya di era yang berbeza. Ketiga-tiganya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Yang memisahkan hanyalah yang mana satu yang paling banyak nilai sentimentalnya kepada diri.


Kalau kena pilih saya terpaksa memilih Tokyo Tapes kerana kenangan manis "Kojo no tsuki" bersama-sama rakan sekelas di zaman sekolah rendah. Tetapi World Wide Live pun banyak kenangannya terutama tape video VHSnya. Berulang-ulang kali tengok. Paling saya ingat adegan kat Jepun yang awek Jepun bagi hadiah kat Matthias Jabs tu. Masa tu terasa betapa bestnya kalau dapat jadi rockstar. Angan angan Mat Jenin...hahaha...

WWL adalah zaman saya mula cerdik rock. Berbanding dengan Tokyo Tapes, WWL majoriti lagu-lagunya telah saya tahu. Tak payah cerita la. Semua lagu pun best. Scorpions ni bab live mana la pernah mengecewakan.


Tidak pernah memiliki kaset (dulu sekadar pinjam kawan). Cd pula adalah cetakan pertama. Yang tak bestnya kurang 3 lagu berbanding versi LP ataupun kaset. Nak yang lengkap cari edisi remastered tahun 1997. Tak rasa pun nak cari. Lebih berminat kalau dapat versi lp. :D

Terbaik!



Friday, May 1, 2015

Live Bites

Scorpions lagi....kali yang dah berusia 20 tahun pada bulan lepas..


Scorpions - Live Bites (1995)

Tak pernah beli versi kaset dan tak beli pun masa ianya mula-mula diedarkan. Entah kenapa pada ketika itu sedikit "lost" dengan Scorpions. Mungkin kerana sedikit kecewa dengan arah tuju mereka dalam album Face The Heat (1993).


Tetapi setelah agak kerap mendengar lagu White Dove di putarkan di radio Best 104 dan rasa bersemangat pula setelah dapat bertemu muka dengan Klaus Meine dan Rudolf Schenker di dalam seisi bertemu peminat di Plaza Kotaraya, Johor bahru. Saya mencari album ini.

(Sayangnya pada ketika itu (lupa tahun bila) belum ada handphone berkamera, malah handphone itu sendiri pun masih terhad penggunaannya. Makanya tiadalah gambar untuk menjadi kenangan. Tak bawa kamera. Hari tersebut hari berkerja. Itu pun mengulor sekejap untuk mendapatkan tandatangan mereka berdua....Sayang...posternya pun entah hilang kemana...tu la...tak berkat kot...hahaha...)


Yang menariknya Live Bite ini adalah pilihan lagu-lagunya. Majoritinya adalah lagu-lagu era 90an mereka. Dah biasa sangat kan dengar lagu-lagu lama mereka dimainkan secara live. Cuma "In Trance", "When the Smoke Is Going Down" dan "Is There Anybody There?" yang boleh dikatakan lama. Yang lain zaman Savage Amusement dan ke atas.


Secara peribadinya saya cukup seronok bila dapat dengar "Rhythm of Love", "Alien Nation" dan "Crazy World" dimainkan secara live. Scorpions ni memang kita dah tahu dah. Mereka sememangnya tiada masalah bermain secara live walaupun dah berusia.


Sukar juga kalau nak buat perbandingan mana yang lebih best antara Live Bites dengan World Wide Live (1985) dan Tokyo Tapes (1978). Ok, Tokyo Tapes tu memang dah tahap klasik. Antara album live kegemaran saya. Tak payah buat perbandingan. Dah tentu-tentu saya akan bias. Tetapi untuk World Wide Live saya ada sedikit pendapat.

Bagi telinga amatur seperti saya, perbezaan ketara antara Live Bites dan World Wide Live adalah soundnya. World Wide Live benar-benar seperti album live terutama bahagian suara penonton dan soundnya yang agak "raw". Benar-benar terasa suasana dalam konsert. Manakala Live Bites pula agak kurang feel live nya. Soundnya agak bersih, "polished". Memang jelas boleh dengar sebiji sebiji permainan mereka. Tak pasti apakah Live Bites telah menjalani proses touch-up ataupun sememangnya mutu rakaman live tahun 90an semakin bertambah canggih berbanding di tahun 80an.


Sangar rekomended jika anda peminat Scorpions. Live Bites boleh membuatkan anda lebih menghargai hasil kerja mereka di awal tahun 90an.

Terbaik!




Thursday, March 26, 2015

Scorpions....lagi

Merujuk kepada entri >SCORPIONS< tempohari


yer...telah pun berjaya dimiliki...heheh...(giler pantas pos dari jerman ni...tak sampai 2 minggu dah sampai)

p/s...En. Ijau...saki baki viral masih ada...huhu...


Friday, March 20, 2015

Born to Touch Your Feelings

Tak abis lagi pasal Scorpions. Yang dah pun berusia 20 tahun pada hari ini 20hb Mac.


Scorpions - Born to Touch Your Feelings (1995)

Ini adalah kompilasi yang patut anda cari jika anda belum mempunyai apa-apa rilisan Scorpions dari zaman 70an mereka. Seperti yang diceritakan dalam entri Deadly Sting, terdapat 2 kompilasi Scorpions diterbitkan oleh 2 syarikat rakaman yang berlainan pada tahun 1995.  Born to Touch Your Feelings adalah terbitan RCA. Label awal mereka.

Sudah semestinya ia mengandungi lagu-lagu era Uli Jon Roth. terdapat 3 lagu dari Fly to the Rainbow (1974). Enam lagu setiap satu dari In Trance (1975) dan Virgin Killer (1976). Empat dari Taken by Force (1977). Dan dua dari Tokyo Tapes (1978). Yang istimewanya ada lagu All Night Long dari Tokyo Tapes yang tidak terdapat dalam mana-mana album studio mereka.


Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 20 lagu itu pun sebenarnya masih rasa macam tak cukup. Banyak betul lagu-lagu Scorpion era 70an yang best. Ini pun lagu-lagu dari album pertama mereka Lonesome Crow (1972) langsung satu pun tidak tersenarai.

Sangat sesuai untuk yang nak mencuba Scorpions era 70an tetapi tak pasti nak bermula dari album yang mana. Lagu pilihan saya sudah semestinya "The Sails of Charon".