Bulan puasa ni idea pun kering bila nak menulis....tambah pulak dengan letih dan mengantuk....makanya...sempena Ramadhan...layan jer la gambar masjid...
Ni masa menghantar anak sulong ke Tangkak tempohari. Macam biasa..kalau ke luar daerah memang suka menyinggah ke masjid terutamanya di tempat-tempat yang tak pernah sampai. Selain menunaikan tanggungjawap, dapat juga melihat senibina dan budaya sesuatu tempat.
Sebenarnya ini kali pertama benar-benar mengenali bandar Tangkak. Sebelumnya dulu-dulu hanya setakat lalu terutamanya bila dari Muar hendak ke Segamat ataupun sebaliknya. Takpun bila hendak ke Sagil (Gunung Ledang).
Pernah juga menyinggah untuk membeli kain. Bandar Tangkak dulunya memang terkenal sebagai 'Syurga Kain'. Sekarang jer dah tak "happening". Lengang dah. Dulu-dulu berderet bas-bas persiaran menyinggah ke sini untuk beli kain. Kedai kainnya pun dah tak sebanyak dulu.
Masjid ini kedudukannya di tengah bandar Tangkak. Tapi kalau dari jalan utama memang tak nampak. Kena masuk ke dalam di kawasan belakang Dataran Ledang Tangkak. Kali pertama pun masuk ke kawasan ini
Masuk kawasan masjid dah nak nampak senibina unik ni. Terletak di hadapan masjid. Tak pasti pula bangunan apa. Bila datang dekat terdengar pula suara orang mengaji. Rupa-rupanya ianya adalah Pusat Pengajian Al-Quran.
Hasil bertanya dengan En Google, rupa-rupanya Pusat Pengajian Al-Quran ini asalnya adalah masjid lama Tangkak. Unik betul senibinanya. Terdapat 5 bumbung besar( awning) dan 6 bumbung kecil di kubahnya berserta satu menara azan.
Memang unik, mungkin sebab itu ianya tidak dirobohkan bila masjid baru di bina di belakangnya.
Showing posts with label masjid. Show all posts

Thursday, June 25, 2015
Tuesday, September 23, 2014
Masjid Kapitan Keling
Cerita perihal bercuti ke Pulau Pinang tempohari saya mulakan dari sini...salah sebuah masjid lama yang bersejarah...bukan sahaja di Pulau Pinang...tetapi di Malaysia.
George Town ni banyak bangunan lama. Cantik-cantik pulak tu. Mungkin pasal tu la UNESCO bagi pengiktirafan sebagai World Cultural Heritage Site. Masjid Kapitan Keling ni salah satu contohnya.
Tak pasti pula ejaan yang betul...Keling ker Kling?...kat luar tulis Keling...kat dalam Kling....Contohnya kat sini ni tertulis "Kling".
Tetapi yang pasti senibinanya unik. Contohnya menara ini. Di adaptasi dari senibina Moghul. Maklum lah masjid ini asalnya di bina oleh komuniti India Muslim yang datang berdagang sejak dari tahun 1800.
Walaubagaimanapun, ianya bukanlah yang asli. Banyak kali dah kerja-kerja baik pulih dilakukan, Paling terkini kalau dari apa yang saya baca adalah pada tahun 2003.
Saya pernah bersolat jumaat di masjid ini 13 tahun yang lalu. Ketika itu khutbahnya dalam bahasa tamil. Sama seperti khutbah jumaat di Masjid India Kuala Lumpur ataupun Johor Bahru. Tak pasti pula sekarang. Adakah masih menggunakan bahasa yang sama.
Yang uniknya, ianya masih mengekalkan kolam untuk berwhuduk. Terasa macam dulu-dulu waktu bersembahyang di masjid kampung.
Meriam yang terletak dihalaman masjid.Tak pasti apakah meriam ini sememangnya asal di situ atau sekadar untuk dijadikan perhiasan untuk tarikan pelancong.
Yang pastinya kalau berkunjung ke kawasan bandar George Town...sememangnya Masjid Kapitan Keling lah yang paling mudah untuk kita kunjungi bila hendak bersolat kerana lokasinya di tengah bandar.

Wednesday, September 10, 2014
Sudah Sampai Sini : Masjid Negara
Bila agaknya kali terakhir anda menjejakkan kaki di Masjid Negara?...
Adakah dulu-dulu zaman rombongan sekolah?...
kalau saya...06hb September 2014 05:30 pm....
Tuesday, January 14, 2014
MASJID SULTAN ISMAIL, MUAR
Entri sempena maulud nabi....
Kalau nak bercerita perihal Masjid Sultan Ismail ni, kena juga rujuk kepada Masjid Sultan Ibrahim seperti entri aku yang >INI<
Kira ni kembar dia la...
Ini kerana masjid ini adalah replika kepada Masjid Sultan Ibrahim yang terletak bertentangan dengannya di seberang sungai Muar. Di bina pada tahun 2002. Ianya adalah masjid yang terbesar di Muar. Juga dikenali sebagai Masjid Jamek 2.
Terletak di kawasan perindustrian Tanjung Agas, Muar iaitu di tebing utara sungai Muar. Kalau dari Bandar Muar, kena menyeberang jambatan Sultan Ismail (jambatan pertama) dan ianya terletak di sebelah kiri jalan.
Perbandingan antara kedua-dua masjid yang aku terjumpa dalam internet
**Replika kepada masjid Jamek Sultan Ibrahim (MJSI), bercirikan senibina Inggeris.
**Menara azannya lebih besar & setingkat lebih tinggi drpd MJSI.
**Rekabentuk dalamannya juga menerapkan nilai2 senibina dalaman MJSI. Perbezaan hanyalah dari segi bahan binaan, saiz & kehalusan seni pembuatannya.
**Siling di sini adalah siling plaster gypsum yang bercorak sedangkan siling di MJSI masih menggunakan siling fibreboard 4x4 ber`beading' kayu yang dicat.
**Lantai masjid ini disudahi dengan jubin manakala MJSI pula berlantaikan marmar putih bercorak. Ruang solat utama untuk kedua-dua masjid disudahi dengan permaidani.
**Bentuk/corak pintu2 masuk di sekeliling ruang solat utama adalah serupa dengan MJSI.
**Tiang2 Roman yang berjejeran di dalam ruang solat utama juga adalah versi yg sama, cuma di sini ianya berfungsi sebagai struktur penyokong tingkat mezanin & juga bumbung sedangkan di MJSI ianya sebagai penongkah bumbung sahaja.
**Bentuk dan saiz mimbar seakan-akan sama, tetapi tidak seiras. Kedudukan tangganya adalah serupa. Yang ketara berbeza adalah bahan buatannya serta seni ukirannya yang mana di sini ianya diperbuat drpd. kayu berukir halus sedangkan di MJSI ia dibuat dari logam yang diukir juga.
**Dinding belakang mimbar serupa dengan MJSI, cuma berlainan warna catnya.
**Ruang wuduk berbentuk bulat di kedua-dua masjid. Namun di sini ianya berbumbung kubah sedangkan diMJSI ruang wuduknya dibiarkan lopong utk menadah air hujan.
**Kedua-dua masjid dicat dengan warna yang serupa dibahagian luar bangunan, iaitu putih & biru. Di bahagian dalam warna catnya berbeza.
Ruang dalamnya memang besar. Dikatakan boleh menampung lebih kurang 5,000 jemaah didalam satu masa...Tapi sayangnya seperti dalam gambar...Jemaah Asar pada hari aku kat sini tak sampai pun 10 orang jumlahnya...tu pun campur dengan budak-budak....Beginilah nasib masjid....

| Masjid Sultan Ibrahim di seberang sungai |

Monday, July 30, 2012
Masjid Sultan Ibrahim. Muar
Ini adalah Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar ni...masjid yang mula digunakan secara rasminya pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930....masjid lama...
Masjid ni terletak betul2 kat tepi sungai Muar...kalau gi Tanjung Emas kompem lalu sini...
Memang dah lama betul aku teringin nak nyingah kat masjid ni...sejak dari kecik setiap kali ke bando Muo...terutamanya kalau gi Tanjung memang lalu jer la depan masjid ni....mungkin di sebabkan lokasi kampung aku yang dekat ngan bando (Kg Parit Bunga)...lebih kurang 4-5 km jer menyeberang Sg Muo...urusan solat biasanya di buat kat kampung ajer....kalau kena hari jumaat pun solat kat Masjid Jamek Parit Bunga ajer....terkenang memori kanak2 aku semasa arwah atuk aku menjadi bilal di masjid tersebut....setiap kali balik kampung kalau kena hari jumaat seawal pukul 10-11 pagi lagi dah gi masjid tolong atuk bersihkan masjid dan bentang tikar...ok tu cerita lain....mungkin lain kali boleh cerita....
akhirnya dapat jugak aku jejak kaki kat sini...so layan jer la gambo2 yang sempat aku ambik...
yang gambo kiri adalah view dari parking kereta belah kiri masjid....manakala yang kanan view dari belakang masjid yang mengadap sungai...
lagi view dari belah belakang masjid...
keadaan di dalam masjid...manakala belah kanan tu ruang ambik wuduk...
Selain Masjid Jamek Bandar Mersing yang boleh nampak pemandangan laut...Masjid ni pun menarik gak viewnya....belah belakang boleh nengok Sg Muar...ramai gak orang lepak2 kat sini terutamanya yang kaki pancing...
Kalau tengok di seberang sana sungai...boleh nampak tersergam indah masjid Sultan Ismail...ia jugak dikenali sebagai Masjid Jamek 2...yang menariknya masjid Sultan Ismail ni adalah replika kepada masjid Sultan Ibrahim...rekabentuknya memang sama...cuma ianya lebih beso...maklum la ianya masjid baru...dibina pada tahun 2002...
ok tu ajer...raya tahun ni balik Muo...kalau sempat mungkin boleh cerita pasal Muo lagi...pasal makan2 ker...mee bandung...sate...asam pedas....iskh...puasa la...

Monday, July 23, 2012
100 tahun Masjid Pasir Pelangi
Ok...ni entri sempena bulan ramadhan...
Aku tak tinggal di kawasan sekitar Pasir Pelangi...ni kawasan kerabat...orang dari luar Johor sila google sendiri...tapi kali ni aku nak cerita pasal sebuah buku pada aku yang sangat menarik...buku yang diterbitkan bersempena ngan 100 tahun penubuhan Masjid Pasir Pelangi yang disambut tahun lalu...
Bagi seorang peminat sejarah macam aku...buku2 macam ni memang aku suka...di dalamnya bukan hanya cerita pasal sejarah Masjid Pasir Pelangi...tapi kedatangan Islam di Johor...masjid2 dan ulama2 awalnya dan sedikit sejarah pasal Johor Bahru...dan paling aku suka bila disertakan gambo2 lama yang maha klasik....
aku tampalkan sikit2 la petikan dari buku tu...kira macam promosi la...banyak2 kang aku kena saman pulak publish tanpa kebenaran penerbitnya..
Aku tak tau kat mana nak beli buku ni...aku tengok kat MPH ataupun Popular tak nampak pun...mungkin kena beli direct ngan penerbitnya Jabatan Agama Islam Johor...buku ni pun bukan aku punya....member opis dapat hadiah....so kalau anda peminat sejarah...sejarah Islam terutamanya...terjumpa buku ni kat mana2...rekomended untuk dibeli....

| inilah rupanya Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru |
Aku tak tau kat mana nak beli buku ni...aku tengok kat MPH ataupun Popular tak nampak pun...mungkin kena beli direct ngan penerbitnya Jabatan Agama Islam Johor...buku ni pun bukan aku punya....member opis dapat hadiah....so kalau anda peminat sejarah...sejarah Islam terutamanya...terjumpa buku ni kat mana2...rekomended untuk dibeli....
Thursday, May 10, 2012
Sri Mersing
Mersing lagi...
Bukannya apa...cuma aku agak tertarik ngan salah satu resort kat pantai Air Papan ni...tertarik pasal suraunya...
jarang aku jumpa resort/chalet yang menyediakan surau yang macam ni...ok masa kat Tunjuk Laut Beach Resort pun ada surau...tapi sekali pandang tak perasan pun itu surau...dan sentiasa pulak berkunci....kalau nak pakai kena gi mintak kunci kat reception yang jauhnya sampai 200 hingga 300 meter...begitu jugak halnya kat Dataran Pulau...suraunya berkunci....
Tapi yang ni memang tak berkunci..rasanya memang dibuka untuk orang awam...bukan setakat penyewa chalet sahaja...kalau tak...takkan la aku yang tak duk situ pun boleh masuk...lokasinya pun memang cun...ngam2 kat pintu masuk pantai Air Papan...ngan rekabentuk dan pilihan warnanya tu...kalau kata tak nampak tak tau la aku nak kata apa...
Mula2 aku ingat ni masjid...tapi bila bertanya kat orang2 di situ rupanya ianya hanyalah sebuah surau...dalamnya pun agak luas...kira selesa la nak bersolat...cuma ruang untuk ambik wuduk bagi kaum wanita tu sepatutnya bertutup...ambik wuduk kena dedah aurat la kan...bila ianya berkeadaan terbuka...jadi macam dah tak sesuai la pulak...
Apa2 pun tahniah lah kepada pengurusan Sri Mersing Resort ni...mungkin ada rezeki boleh la aku try duduk sini...
**kekadang bila pegi tempat2 peranginan ni memang susah nak cari tempat2 solat yang selesa...teringat aku Plaza Kotaraya JB...satu2nya shopping complex yang ada masjid didalamnya....tu pun selalu bebeno aku nampak muka2 melayu Islam yang buat2 tak nampak masjid kat situ time semayang jumaat....

Labels:
Darul Takzim,
masjid,
Piece Of Mind,
Sudah Sampai Sini
Monday, March 5, 2012
@ Masjid Jamek Bandar Mersing
Mungkin aku sedang mengalami apa yang dipanggil sebagai writer's block...agaknya la itupun kalau aku boleh di panggil sebagai penulis...beberapa draf entri aku pasal cd/kaset/buku sampai sekarang masih gagal aku siapkan...tiap kali nak menaip idea tak datang...so entri penyelamat adalah entri bergambo...kali ni gambo kat Mersing...korang harap bersabo jer la kalau lepas ni ada banyak lagi cerita aku pasal Mersing...maklum la sejak anak aku belajo kat Sek Men Sains Sultan Iskandar, Mersing ni...hampir tiap2 minggu jugak aku gi sana (kopak jugakla duit minyak...heheh..)..kalau tak lupa bawak kamera...konpem ada lagi la cerita pasal Mersing...
yang istimewanya masjid ni...dia terletak kat atas bukit...kalau pusing2 kat bandar Mersing konpem lagi jauh dah nampak dah...tapi nak menujunya nasib tak baik boleh tersesat...berbelit2 jugak jalan nak menujunya..
Hasil pengooglelan aku...Masjid ni telah didirikan pada 7 Syawal 1375 Hijrah bersamaan 18 Mei 1956 Masihi...setahun sebelum merdeka ni...kira masjid lama la...
Dikatakan jugak ianya dibina berkonsepkan seni bina Afrika Selatan....iyer la agaknya kot...tak pernah sampai Afrika...mana la aku tau..heheh..
Yang menariknya...ianya terletak atas bukit dan menghadap ke laut...so memang cantik la dia punya view..
memang nampak la pantai dan pulau2 semua...
Kali ni layan gambo2 Masjid Jamek Bandar Mersing...

Lepak petang2 lepas Asar kat sini memang syok....
dah...tu ajer..
k..bai
Subscribe to:
Posts (Atom)