Hari ini, 21hb Januari. Genap 30 tahun album ini pertama kalinya dilancarkan di Jepun.
Loudness - Thunder in the East (1985)
Kalau anda sezaman dengan saya dan membesar pula di sekitar Johor, album ini pastinya akan mempunyai pengaruh yang besar jika anda minat muzik rock. Kalau tak pernah dengar keseluruhan album pun pastinya anda pernah dengar lagu
"Heavy Chains".
Saya pun tak pasti ada apa dengan
"Heavy Chains". Tetapi lagu ini cukup popular dikalangan budak budak rock melayu pada zaman tersebut. Banyak betul band kerja kahwin yang "cover" lagu ini termasuklah band yang dah popular seperti
Search. (Boleh cari di youtube - konsert di Panggung Anniversary).
Ianya juga antara lagu wajib juga jika anda baru belajar main gitar. Part "plucking" kat intro lagu tu memang boleh show off la kalau main tak terkucil..dan lagu ini juga antara lagu yang saya dan rakan-rakan sekolah cuba untuk main setiap kali jamming walaupun biasanya memang kelaut jadinya...heheh...
Thunder in the East adalah antara kaset terawal saya (
versi apache) dengan mengumpul duit belanja sekolah. Satu hari 50 sen...6 hari baru berjaya beli. Harganya pada ketika itu RM3. Zaman tu memang payahlah nak jumpa kaset asli. Memang hampir tiada pun termasuklah kaset artis melayu.
 |
| Saya dah kehilangan kaset versi apache tetapi kaset yang ini dibeli pada sekitar pertengahan tahun 90an....tak pasti beli kat mana...lupa dah... |
Bolehlah dikatakan majoriti lagu-lagunya adalah soundtrack hidup remaja saya.
"Crazy Nights", "Like Hell", "Heavy Chains", "Run for Your Life" dan
"Never Change Your Mind" adalah antara yang menjadi kegemaran. Memang banyaklah kenangan dan "sentimental value"nya kepada saya.
Zaman ni semua pun berangan nak jadi Akira. Masih terngiang-ngiang berkumpul bersama rakan-rakan yang satu kepala di belakang bilik darjah, ketuk meja dan ber "air guitar" (kadang-kadang batang penyapu pun jadi...) menyanyi lagu-lagu dari album ini. Zaman-zaman nakal budak sekolah
"youth gone wild". Cikgu-cikgu pun geleng kepala.
Tetapi Alhamdulilah. 30 tahun selepas itu. Kami semua masih berjaya jadi orang. Dan ada juga antara kami yang dah berpangkat besar dan bergelar Haji. Terima kasih cikgu. Siapa kata mat rock tiada masa hadapan.
Banyak kenangannya. Rekomended!