Yang dah berumur 20 tahun...
Kix - Show Business (1995)
Sebuah lagi band hair/glam metal yang agak underated. Mungkin ini bukan untuk peminat extreme metal. Kalau anda tak suka tidak mengapa. Blog Berteromber bukanlah blog extreme metal. Ianya ditulis hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang di samping bercerita perihal koleksi dan apa yang terlintas di kepala.
Kix bukanlah nama baru. Mereka telah ujud sezaman dengan
Twisted Sister ataupun
Motley Crue. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Hanya mula dikenali pada sekitar penghujung 80an bila lagu power ballad mereka
"Don't Close Your Eyes" menjadi popular. Lebih malang, tahun 90an bukanlah tahun untuk band seperti mereka. Maka mereka kekal sebagai band yang underated.
Show Business adalah percubaan terakhir sebelum mereka berpecah. Muziknya tidaklah seberat album-album yang sebelumnya. Masih straight hard rock tetapi elemen funky dan grooves diterapkan untuk mereka menjadi lebih trendy. Tetapi yang nyata mereka memang tidak pernah lari dari pengaruh ACDC. Lagu
"Fireballs" memang sebijik macam lagu ACDC.
Tetapi yang pastinya saya cukup tertarik dengan lagu "piano-driven ballad" mereka yang bertajuk
"If You Run Around". Entah mengapa hati saya menjadi sayu setiap kali mendengar melodi lagu ini. Maklum sahajalah, mendengar lagu-lagu sebegini di zaman ketika sedang putus cinta memang feeling habis. Seluar koyak main cinta...Dalam hati ada taman...hahaha...
Tetapi satu yang saya tak boleh lupa, dalam tahun awal 2000. Terjumpa cd ini di bahagian longgok jual murah RM10 per cd di sebuah kedai kaset di City Squre Johor Bahru. Dah nampak tapi biarkan dulu, Kembur yang lain kerana saya merasakan tiada pesaing. Maklumlah saing-saing saya membelek cd-cd tersebut hanyalah 2 orang pemuda berbangsa cina yang dari segi pakaian dan gaya rambutnya seakan-akan ah beng kaki hip-hop ataupun pop. Tetapi dengan tidak disangka-sangka dengan muka gembira dan teruja mereka terus mengambil cd tersebut dan bayar. Akhirnya saya yang melopong. Hampeh betul...moral of the story...memang betul kata orang kampung saya..."don't judge a book by its cover"...heheh...