Showing posts with label gila format. Show all posts
Showing posts with label gila format. Show all posts

Saturday, May 16, 2026

Gila Format - Piece of Mind

Remembering my youth - 43rd anniversary.

Iron Maiden - Piece of Mind (16/03/1983)

Sebuah lagi album kegemaran. Antara kenangannya dulu masa zaman sekolah, cikgu lantik untuk jadi pelukis ilustrasi majalah tahunan sekolah. Cover album ini saya lukis di ruangan sajak tentang penyalahgunaan dadah. 

Nasib zaman tu cikgu pun tak tahu pasal Iron Maiden 😁. Nak kena cari balik lah kat mana majalah tu.

Wednesday, April 29, 2026

30 tahun Louder Than Hell

Remembering my youth 30th anniversary

Manowar - Louder Than Hell (29/04/1996)

Jika boleh nampak cover kaset dalam gambar ini, tajuk album ini dinamakan sebagai "Louder" khas untuk pasaran di Malaysia. Tapi saya tak ingat adakah ianya juga ada dikeluarkan dalam bentuk cd. 

Bagi saya ini adalah album Manowar terakhir yang saya betul-betul suka. Walaupun ianya agak komersial, tetapi boleh dikatakan kesemua lagu-lagunya sedap dan catchy. Memang jenis seronok untuk singalong.


Thursday, April 23, 2026

30 tahun Langit dan Bumi

Ulangtahun ke 40

Search - Langit dan Bumi (1986)

Album Search yang paling bernostalgia dan diminati untuk saya. Mungkin sebab ia diterbitkan ketika muzik heavy metal mula berkembang pesat di Malaysia. Dan saya sendiri sedang melalui fasa perubahan dari peminat tegar Duran Duran kepada peminat heavy metal. 

Ianya juga terasa lebih berat dari album pertama mereka. Menjelang album berikutnya, saya sudah mula lebih kemaruk dengan muzik heavy metal orang putih.


Sunday, April 12, 2026

Gila Format - Seventh Son of a Seventh Son

Remembering my youth - 38th anniversary

Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son (11/04/1988)

Setiap album kegemaran pastinya bagaikan mesin masa yang membawa ke suatu masa tertentu. Dan SSOASS membawa saya kembali ke tahun terakhir di zaman persekolahan. Ini antara album yang didengar bersama rakan-rakan dan sering jadi topik perbualan.

Sayangnya ada diantara rakan tersebut yang dah tiada, lost contact dan majoritinya pula tidak lagi berminat dengan muzik.

Semestinya sebuah lagi album kegemaran sepanjang zaman.


Thursday, April 9, 2026

Gila Fornat - Beneath the Remains

Remembering my youth - 37th anniversary

Sepultura - Beneath the Remains (07/04/1989)

Ada satu ketika dulu saya memang gila dengan album ini. Kasetnya sampai lunyai dimainkan berkali-kali. Inner Self bagaikan satu anthem.

Sayangnya saya dah hilang kaset tersebut. Kaset di gambar dibeli semula sebagai peringatan saya untuk zaman tersebut.


Thursday, April 2, 2026

Gila Format - Edge of Thorns

Remembering my youth - 33rd anniversary

Savatage - Edge of Thorns (02/04/1993)

Savatage dan Criss Oliva akan sentiasa menjadi antara band dan gitaris kegemaran sepanjang zaman untuk saya. Dan masterpiece ini adalah salah satu yang terbaik dari mereka. Sayangnya ini adalah album terakhir Criss.

Thank you for the music, Criss 🤘


Sunday, March 29, 2026

Gila Format - Arise

Remembering my youth - 35th anniversary

Sepultura - Arise (25/03/1991)

Ada satu ketika dulu Sepultura adalah band yang paling saya minati terutamanya ketika era Beneath the Remains dan Arise. Sayangnya muzik mereka semakin berubah selepas dari ini. Dan saya mula menjauhkan diri dari muzik mereka. 

Walaubagaimanapun sudah semestinya Arise adalah antara album kegemaran sepanjang zaman.


Wednesday, March 4, 2026

Gila Format - Master of Puppets

Remembering my youth - 40th anniversary.

Metallica - Master of Puppets (03/03/1986)

Ini adalah salah satu album yang membawa banyak kenangan di zaman remaja. Walaupun ia bukan pilihan no 1(Metallica pilihan saya adalah Ride The Lightning), tetapi ia memberi pengaruh besar dalam membentuk selera muzik saya sehingga sekarang.

Album wajib dengar!


Saturday, February 28, 2026

Gila Format - The Time Of The Oath

Remembering my youth - 30th anniversary

Helloween - The Time Of The Oath (29/02/1996)

1996 adalah tahun saya sedang sibuk membina kerjaya dan keluarga. Muzik agak sedikit ketinggalan. Tapi ini antara album yang masih sempat saya dengar. 

Ada 2 lagu yang paling suka. "Power" megambarkan saya masih seorang rocker, manakala "Forever and One" pula adalah keadaan saya pada ketika itu yang sedang sibuk bercinta... 😁


Wednesday, October 8, 2025

Gila format - 36 tahun Leather Boyz with Electric Toyz

Remembering my youth - 36th anniversary

Pretty Boy Floyd - Leather Boyz with Electric Toyz (05/10/1989)

Ini adalah antara album yang saya cadangkan kalau anda nak tahu apa itu glam metal. Bagi saya glam metal bukanlah satu genre tetapi lebih kepada suatu fesyen dalam pergerakan muzik pada ketika itu. Konsep muziknya berbeza diantara band. 

Dan album ini antara yang layak untuk mendefinasikan era tersebut. Imej dan lagunya memang bertepatan. Best!.


Thursday, October 2, 2025

Gila format - 30 tahun The X Factor

Remembering my youth - 30th anniveesary

Iron Maiden - The X Factor (02/10/1995)

Tahun yang agak sukar bagi kebanyakan band heavy metal dan peminatnya. Banyak band yang berubah. Iron Maiden juga terkena tempiasnya. Mereka kembali dengan vokalis baru dengan tema yang lebih gelap, mellow dan depresif. 

Ianya kurang diterima oleh peminat mereka. Saya pula berada ditengah-tengah. Ianya grower, makin lama dengar makin sedap. Kenangan zaman mula dapat kerja tetap.


Wednesday, October 1, 2025

Gila Format - 35 tahun No Prayer For The Dying

Remembering my youth - 35th anniversary

Iron Maiden - No Prayer For The Dying (01/10/1990)

Dengan ketiadaan Adrian Smith, perasan teruja saya sedikit menurun. Ditambah pula ketika itu saya sedang kemaruk dengan muzik yang lebih ekstrem, khususnya thrash. Ini antara sebab mengapa album ini agak kurang saya berikan perhatian. 

Namun kini ianya semakin menjadi kegemaran. Maklumlah sekarang ni makin susah dah nak jumpa mereka bermain secara straight forward sebegini.


Thursday, September 25, 2025

35 tahun Rust In Peace

Sempena ulangtahunnya yang ke 35 pada 24hb September yang lalu.

Megadeth - Rust in Peace (24/09/1990)

Mengembalikan kenangan zaman IPTA. Kaset inilah yang menjadi peneman berjaga malam. Zaman muda remaja yang kita sangkakan dunia ini kita yang punya. Sedar tak sedar dah jadi tua...haha...

Salah satu album kegemaran dari zaman remaja hinggalah membawa ke sekarang.


Thursday, July 10, 2025

Gila Format - Impact Is Imminent

Remembering my youth - 35th anniversary

Exodus - Impact Is Imminent (21/06/1990)

Satu lagi soundtrack zaman remaja. Ianya tak sepopular album-album sebelumnya. Bukan yang terbaik dari mereka tetapi meninggalkan banyak sentimental value. Ini adalah antara kaset asli terawal yang dibeli ketika sedang menuntut di IPTA. Sudah semestinya menggunakan duit pinjaman belajar.


Riff laju, agresif dan sound yang berat. Ianya adalah thrash yang kasar. Cuma mereka kurang riff yang mudah melekat. Dan banyak lagu yang terasa terlalu panjang menyebabkan adakalanya menjadi bosan.
Tapi kalau dah memang minat thrash dan Exodus, ini bukanlah suatu masalah.

Thrash Under Pressure!


Monday, June 30, 2025

Gila Format - Glory To The Brave

Remembering my youth - 28th anniversary

Hammerfall - Glory To The Brave (27/06/1997)

Ini antara punca untuk saya teruja kembali dengan heavy metal selepas era mengarut dipertengahan 90an. Mereka bagi saya adalah penyelamat yang menyambung warisan Iron Maiden, Judas Priest dan Manowar. Sound old school yang menyegarkan pada ketika itu. Mereka adalah penyumbang utama untuk kebangkitan semula muzik heavy dan power metal di penghujung 90an.



Sunday, June 15, 2025

Gila format - Let Your Dim Light Shine

Sempena ulangtahunnya yang ke 30.

Soul Asylum - Let Your Dim Light Shine (06/06/1995) 

Kalau sebut tentang rock 90an, Soul Asylum adalah antara nama pertama yang terlintas di kepala. Kekuatan mereka adalah menghasilkan melodi lagu yang mudah melekat di kepala. 

Dan album ini adalah contoh terbaiknya. Semua lagu pun sedap. Misery adalah salah satu lagu yang akan mengingatkan saya kepada era 90an. 

Kalau nak baca cerita yang lebih panjang boleh baca di >SINI<. Di tulis sempena ulangtahunnya yang ke 20.

Apa yang berbeza dalam tempoh 10 tahun, ianya telah berjaya di"gila format"kan. Versi kaset mengikut apa yang terconteng di inlaynya di beli pada 19/07/1995. Versi cd kalau tak silap dulunya kepunyaan adik ipar yang dah pun di buat harta...haha..

Manakala yang terkini versi piring di beli kalau tak silap sekitar setahun yang lalu...

Frustrated Incoparated!


Sunday, June 1, 2025

Gila Format - Brave New World

Bersempena ulangtahunnya yang ke 25 pada 29hb Mei yang lalu...

Iron Maiden - Brave New World (29/05/2000)

Teruja betul masa album ni nak keluar dulu. Mana taknya ini adalah album comeback untuk Bruce Dickinson dan Adrian Smith. Dan ianya memang tidak mengecewakan.

Mengikut contengan di kaset, ianya dibeli pada 04/06/2000. Bermakna lebih kurang seminggu selepas ianya di pasaran. Tak pasti siapa yang lewat. Saya? atau memang kedai di Plaza Kotaraya JB tersebut yang lambat.


Tapi yang pentingnya memang tak salah kalau nak kata ini adalah yang paling best dari era "The Three Amigos".

Memang all killer no filler.

Tuesday, May 20, 2025

Gila Format - The American Way

 Remembering my youth - 35th anniversary

Sacred Reich - The American Way (15/05/1990)

Sebenarnya lama dah album ini berjaya di"giler format"kan. Tetapi asyik terlupa nak menulis tentangnya. Beli dimana dan bila pun dah lupa. Bersempena dengan ulangtahunnya yang ke 35 maka sepatutnyalah ianya ditulis. Tetapi ini versi ringkas. Kalau nak baca cerita panjang lebar bolehlah cari entri lama yang ditulis 14 tahun yang lalu.


Ini sememangnya soundtrack zaman remaja. Antara album thrash kegemaran yang banyak meninggalkan kenangan. Kasetnya dulu berbulan berputar di walkman. Who's To Blame menjadi inspirasi Gayour untuk cerita bersiri beliau di majalah Gelihati. Antara album yang tak pernah miss diputarkan setiap tahun.


Wednesday, March 5, 2025

Gila Format - Identiti

Yang terkini berjaya di"gila format"kan...

Metalian - Identiti (1987)

Antara yang tak terfikir akan berjaya di"gila format"kan. Bukannya mudah nak dapat versi piring hitam.

Terjumpa ianya di jual di acara tahunan JB Collectors Market yang diadakan di JBCC bulan lepas. Dengan harga jualan RM100, ianya memang susah untuk dilepaskan


Thursday, February 13, 2025

Gila Format - The Great Radio Controversy

Sempena ulangtahunnya yang ke 36 pada 1hb Februari yang lalu...

Tesla - The Great Radio Controversy (1989)

Antara yang baru berjaya di"gila format"kan. Lama betul mencari versi piringnya. Antara yang susah nak dapat. Kalau ada pun harganya tak pernah yang mampu milik. Tetapi akhirnya tanpa disangka terjumpa pula ianya dijual dengan kondisi baru dan masih berplastik oleh penjual tempatan dengan harga yang sangat munasabah.

Ianya adalah versi Record Store Day 2020 dengan Obi strip  - French Import yang hanya dikeluarkan sebanyak 1000 unit.

Kalau ada pun lagi album Tesla yang teringin di"gila format"kan adalah album Bust A Nut terbitan tahun 1994.