Showing posts with label earthshaker. Show all posts
Showing posts with label earthshaker. Show all posts

Wednesday, June 23, 2021

Midnight Flight

 Oh Nombor...ooo...oooo... (antara kenangan ketika mula-mula terjebak dengan muzik rock...)

Earthshaker - Midnight Flight (1984)

Album ini lebih dikenali kerana lagu T-O-K-Y-O. Lagu yang kumpulan Search sadur menjadi "Nombor"  (di petik dari album pertama mereka "Cinta Buatan Malaysia -1985").

Saya tak ingat dan mungkin tak pernah tengok album ini dalam bentuk kaset. Ketika itu adalah zaman kaset-kaset cetak rompak bermaharajalela, jenama Apache terutamanya. Yang pernah saya tengok adalah album pertama mereka, Eartshaker (1983) dan yang kedua Fugitive (1984). Tetapi yang agak popular pada ketika adalah EP mereka yang bertajuk "T-O-K-Y-O (1984)". Ianya juga adalah dari jenama Apache. Antara kaset yang sering bertukar tangan (pinjam meminjam) di antara rakan sekolah kerana semuanya nak dengar versi asal lagu "Nombor". Yang lawaknya majoriti dari mereka hanya mendengar lagu "T-O-K-Y-O" dan tidak yang lainnya kerana lagu-lagunya berbahasa Jepun. Tak paham.

Kalau tak silap versi kaset apache ada lagu-lagu tambahan yang tak ada dalam versi EP yang asal. Tak ingat sangat dan dah tak ada pun kasetnya. Kalau tak silap ada lagu slow "I Feel All Sadness". Kerana lagu itu adalah antara yang sering dinyanyikan oleh seorang rakan sekelas.

Tak pernah ada versi cd Midnight Flight ni. Piring hitam ini di beli beberapa tahun yang lalu ketika mula-mula terjebak dengan piring hitam. Selain T-O-K-Y-O, ada banyak lagi lagu-lagunya yang sedap. Kesemua lagu-lagunya memang sangat melodic. Memang sesuai benar dengan selera orang Malaysia. Memang tak hairan lah kenapa mereka dan band-band Jepun lain seperti Loudness dan Anthem menjadi rujukan kepada band-band rock Malaysia pada zaman tesebut. Mungkin dasar Tun M menjadikan Jepun sebagai rujukan adalah sangat berjaya...hahaha...

Tetapi album ini sebenarnya adalah lebih lembut berbanding 2 album awal mereka. Sound gitar mereka agak perlahan menjadikan ianya lebih pop dari segi sound. Malah mereka menjadi lebih komersial di album-album selepasnya.



Friday, May 8, 2009

Nombor

Aku tengah demam Search ni..countdown untuk esok...pagi tadi lalu depan stadium dah nampak dah poster2 semua..

belek2 youtube...terjumpa pulak Earthshaker...pada sapa2 yang tak tau..lagu Nombor dari album pertama Search Cinta Buatan Malaysia adalah cover version dari band jepun Earthshaker ni..

tak kenal Earthshaker?...hmmm...mesti korang bukan membesar di tahun 80an...ataupun korang seorang mat diskang di zaman itu...hahaha..check je la kat sini...malas aku nak taip..hehe

Pada aku...ada 2 album yang aku suka dari earthshaker ni...



ni album pertama..thn 83...album ni mmg rabak la..raw...ada 2 lagu yang aku betul2 suka...lagu slow "I Feel All Sadness" dan satu lagu yang dicipta dan diproduce oleh Adrian Smith (iyer...gitarist Iron Maiden tu...jangan tak caya...) "Dark Angel"...dan untuk adik2 sekelian (hehehe)...lagu ni pun kena cover jugak ngan band Malaysia...sapa lagi kalu bukan MAY dalam 1st album dorang Dilema tajuk lagu tu "Keadilan".



ni pulak album no 3..Midnight Flight...thn 84..apa lagi kalau bukan lagu Tokyo la...dulu zaman kaset apache aku ada beli Earthshaker ni...semata2 pasal lagu Tokyo ni la...lagu2 lain tu aku tak ambik tau sangat...pasal semua cakap jepun...sepatah haram pun tak paham..haha...



kalau tak silap aku...ni la cover yang digunakan kaset zaman apache tu...ntah la...aku ingat2 lupa...sesapa yang pernah ada boleh tolong betulkan...ni sebenarnya cover untuk single lagu Tokyo...track list dlm tu pun aku dah tak ingat dari album mana..rasanya macam best of kot...ntah la..lupa..tapi kenapa ek jepun suka betul taruk tajuk lagu English...tapi lirik jepun part chorus je nyanyi English...pelik aku.

Ok la...layan je la versi live Tokyo dari Earthshaker ni...dia punya solo pun Man Kidal tiru bulat2...(nak cari video zaman 80an tak jumpa pulak...yang ni pun ok la)