Showing posts with label cerita dan lagu. Show all posts
Showing posts with label cerita dan lagu. Show all posts

Monday, March 6, 2017

A Shoulder To Cry On




Sebagai seorang peminak muzik berat sememangnya ini guilty pleasure. Tetapi lagunya memang sedap. Ianya mengembalikan kenangan 28 tahun dulu di dorm B27 Segamat Baru, ITMCJ.

Lupa dah berapa ramai yang tinggal dalam satu dorm tingkat atas rumah kedai tersebut. Tetapi dalam ramai-ramai yang kaki muzik (majoritinya peminat rock, metal dan thrash), ada seorang mamat pop yang setiap kali kami terlupa tentang radio kaset, pastinya beliau akan memutarkan kaset Tommy Page dan semestinya lagu "A Shoulder To Cry On" berkali-kali.

Mungkin ianya sebagai balas dendam kerana kebiasaanya radio kaset di monopoli oleh kami. Makanya paham-paham ajer la lagu apa yang sering berkumandang. Tapi yang lawaknya menjelang habis semester, bukan dia yang terpengaruh dengan lagu metal yang 24 jam kami buka. Tetapi kami yang metal ni pula yang naik hafal akan lagu dan liriknya. Siap boleh menyanyi sama- sama...hehe..

Satu lagi...ini lagu kegemaran orang rumah...selalu juga la kena paksa dengar dan nyanyi dalam kereta. Apa-apa pun sedih la dengar berita kematian dia. Bunuh diri bukan satu jalan penyelesaian. Walaupun tak tahu sangat lagu-lagu dia yang lainnya, tapi dulu ada juga cuba-cuba nak meniru gaya potongan rambutnya...huhu..


Thomas Alden "Tommy" Page (May 24, 1970 – March 3, 2017)
Thank you for the music



Monday, June 27, 2016

ramadhan

Ok la...atas permintaan Portdy...walapun bulan ramadhan dah nak abis dah...layan jerla lagu "ramadhan" versi Jerman dari Tom Anggelripper, Kreuzberger Nächte...dengan ucapan jangan lupa bayar zakat..hahaha...




Kepada yang baru dengan blog ni dan tak tahu cerita. sila klik entri >2009< dan <2012<


*entri malas di bulan puasa... ;)




Wednesday, September 3, 2014

Burning Heart




Mungkin ramai yang tak kenal siapa Jimi Jamison...dan ramai juga yang tak tahu Survivor dan lagu "Burning Heart"...tetapi mungkin kalau anda adalah peminat filem Rocky IV, atau sekurang-kurangnya pernah menontonnya, pastinya samada sedar atau tidak, anda sudah pernah mendengar lagu ni.

Semalam terbaca yang penyanyi kumpulan Survivor, Jimi Jamison dah meninggal dunia akibat sakit jantung...dan kebetulan pagi tadi terdengar pula lagu "Burning Heart" dari Survivor ini dimainkan di Lite FM sebagai tribute kepada beliau. Secara tiba-tiba kenangan 28 tahun dahulu ketika pertama kali mendengar lagu ini mula terbayang.

Tahun 1985 dan 1986..kecenderungan muzik saya mula berubah. Dari Duran Duran dan A-Ha, saya mula banyak mendengar lagu-lagu yang 'guitar oriented' dari band rock Top 40 dari Amerika. Bermula dari band-band rock seperti Journey, Foreigner, Toto, REO Speedwagon dan termasuklah Survivor inilah yang kemudiannya saya mula mendengar heavy metal. Saya masih ingat ada satu kompilasi kaset pirate lagu-lagu Top Hits kepunyaan abang saya yang didalamnya ada lagu ini. Kenangan ber"air guitar" menggunakan raket badminton semasa mendengar lagu ini tidak akan dapat saya lupakan


Survivor telah terlebih dahulu popular dengan lagu "Eye of the Tiger" dari soundtrack filem Rocky 111 (1982). Tetapi ketika itu Jimi Jamison bukanlah penyanyinya. Selepas itu Survivor agak tenggelam. Kemasukan Jimi dengan album Vital Sign (1984) berjaya mengembalikan Survivor ke puncak. Lagu seperti "The Search Is Over" (lagu kegemaran saya) dan juga "I Can't Hold Back" berjaya mengembalikan mereka ke dalam carta. Tetapi lagu Burning Heart dari soundtrack Rocky IV lah yang benar-benar membuatkan mereka popular kembali. Lagu ini sememangnya khas diciptakan atas permintaan Sylvester Stallone sendiri.

Mungkin ramai yang tak tau Jimi asalnya adalah penyanyi kepada sebuah band heavy metal. Malah beliau juga pernah ditawarkan untuk menjadi penyanyi Deep Purple selepas Ian Gillan dipecat pada tahun 1989. Sayangnya perkara tersebut tidak menjadi kenyataan.

Saya tidak pernah ada kaset ataupun cd dari Survivor. Mungkin sudah sampai masanya saya membeli album Vital Sign. Kalau dapat dalam bentul vinyl pun menarik juga...



THANK YOU FOR THE MUSIC


Jimmy Wayne "Jimi" Jamison 
(August 23, 1951 – August 31, 2014)





Wednesday, August 6, 2014

2 Minutes to Midnight



"2 Minutes to Midnight" is the first single release from British heavy metal band Iron Maiden's fifth album Powerslave. It was released as the band's tenth single on 6 August 1984 and rose to number 11 in the UK Singles Chart and number 25 on Billboard Top Album Tracks.


Hari ini genap 30 tahun dah usianya...29 tahun yang lalu...somewhere dalam tahun 1985...pertama kali mendengar lagu ini dari sebuah kaset kompilasi rock yang dipinjam dari seorang kawan...ianya mengubah citarasa muzik saya...selamat tinggal Duran Duran....bak kata orang kampung saya di Ulu Tiram,...and the rest is history....



Thursday, March 20, 2014

Throwback Thursday - Karma Chameleon

Hari ni dan mungkin setiap khamis (kalau rajin) nak buat entri KLMJ...



Karma Chameleon - Culture Club (taken from Colour by Numbers - 1983)

Nak baca info wiki klik >SINI<

Ni bukan lagu rock. Tetapi sebagai anak remaja berusia 13 tahun semasa lagu ni meletup 30 tahun yang lalu (no 1 selama 3 minggu berturut dalam carta 100 Billboard untuk bulan Februari 1984) sedikit sebanyak saya juga terpengaruh. Mungkin perkara ini boleh lah disamakan dengan pengaruh K-Pop kepada anak remaja zaman sekarang.

Ketika itu muzik new wave terutamanya dari band-band yang berasal dari UK memang tengah top. Culture Club adalah salah satu darinya. Saya hanya mula menjadi mat rock pada sekitar tahun 1985. Makanya muzik begini sememangnya mainan halwa telinga saya pada ketika itu.

Pengaruh muzik new wave ni banyak datang abang. Belajar lagu-lagu orang putih melalui radio berbahasa Inggeris Singapura, Radio One. Beli kaset kosong dan rakam dari rancangan radio permintaan. Budak zaman sekarang tak merasa buat benda ni. Yang saya tak boleh lupa setiap Ahad (tu jam Johor sekolah hari Ahad...kira macam sekarang la...)  biasanya saya akan potong keratan carta 10 Billboard USA dan Carta 10 UK dari surat khabar The Star dari perpustakaan sekolah. Semata-mata pasal nak tau lagu apa yang tengah top...makanya tiap-tiap minggu la surat khabar kat sekolah tu terlopong kat ruangan hiburan...hahaha...

Yang menjadikan lagu ni agak bernostalgia adalah kerana ia mengingatkan saya kepada Arwah Tok Mak (Emak Abah) . Beliau cukup suka dengan lagu ni. Rasanya inilah satu-satunya lagu orang putih yang beliau suka. Sebagai orang kampung di zaman tersebut manalah beliau faham bahasa inggeris. Biasanya setiap kali saya atau abang pasang lagu-lagu orang putih pastinya beliau akan berkata "Lagu apa lah yang korang bukak...kalau lagu Karma Chameleon tu sedap juga...sedap lagu dan suaranya"...(Sebenarnya beliau tak menyebut Karma Chameleon...lupa dah saya apa ayat yang beliau gunakan untuk merujuk kepada lagu ni...)

Tapi seriusly, melodi lagu ni memang sedap. Sangat catchy. Agak lama juga saya percaya yang Boy George itu perempuan. Maklumlah zaman belum ada google...hahaha...



**mungkin saya patut beli cd Colour by Numbers sebagai kenangan...


Alfatihah untuk arwah Tok Mak - Allahyarhamah Ara Binti Ninggal







Monday, March 10, 2014

Strangers In The Night

"747 (Strangers In The Night)"

We got a 747 coming down in the night
There's no power, there's no runway lights
Radio operator try to get a message through
Tell the flight deck New York has no lights
There's no power, what do we do
A 747 coming down in the night
Try to get a message through 
We were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere
We were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere This is Scandanavian 101
Flight from Hawaii coming out of the sun
Kennedy, you should be in sight
We can't see a thing here in the night
Navigator says we're on the flight path
There's no radio, no sign of life
This is Sandanavian 101
For Gods sake get the ground lights on 
'Cause we were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere
We were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere 
There's a 747 goin' into the night
There's no power they don't know why
They've no fuel they gotta land soon
They can't land by the light of the moon
They're overshooting there's no guiding lights
Set a course into the night
Scandanavian 101
For Gods sake get your ground lights on 
We were strangers in the night
Lost on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere
We were strangers in the night
Lost on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere Strangers in the night
We were strangers in the night
Strangers in the night
We were strangers in the night 
Strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere 
We were strangers in the night
Flight 101
Strangers in the night going nowhere





Ntah kenapa sejak-sejak tahu berita kehilangan pesawat MH370....kepala aku asik terngiang-ngiang lagu ni...takder kena mengena pun...tapi ini antara lagu Saxon yang jadi kegamaran...lirik dia memang menarik...ada cerita....semoga yang terbaik untuk MH370...



PRAY FOR MH370




Wednesday, January 22, 2014

Memori

Kering idea nak buat entri...cuit sikit isu ciplak zaman dolu-dolu....

Kalau cerita pasal Helter Skelter Tiada Lagi Airmata atau Lefthanded Debungawangi tu dah kira biasa dah...lagu dia ciplak pun dari band popular...tapi yang ni aku konpem tak ramai tau...

try cekidot....

Rockers - Memori   Vs Sinner - The Storm Broke Loose


Rockers - Memori dari album Kekejaman 1988




Sinner - The Storm Broke Loose dari album Touch of Sin 1985


amacam?...sebijik tak?...tak bagi kredit langsung kat lagu asal...Ni lebih kurang sama kes macam Sofea Anak Liar la ni kan....




Tuesday, June 25, 2013

Cold Sweat

Sejak2menjak dengar Megadeth kaver lagu ni...rasa kemaruk pulak layan Thin Lizzy - Thunder And Lightning...nanti bila-bila aku buat entri...album tu pun dah masuk 30 tahun dah tahun ni.

Aku belum ada Super Collider...tapi lagu pertama yang terus menangkap bila pertama kali dengar adalah Cold Sweat ni...mungkin pasal lagu ni aku dah biasa....menarik jugak versi Megadeth ni...



tapi boleh cuba versi-versi yang lain juga....antara yang aku suka versi Sodom dari album Better Off Dead.


ataupun versi melodic death metal dari Kalmah


tak pun cuba versi Helloween ni..


Tapi memang tak boleh celen versi original la...John Sykes rules!!!...try layan versi live ni...


tapi yang lawaknya...ada yang komen Thin Lizzy with Dave Mustaine on guitar...rambut memang dah sama dah....hahaha...

Apa2 pun memang best lagu ni...







Friday, May 31, 2013

Beth

Susah untuk tak suka lagu Beth ni kan...tak kira macamana hati sekeras rock hantu sekalipun....mesti feel layan lagu ni...

Kebetulan terjumpa pulak video ni kat Facebook....Macam real jer kan...hahaha...memang aku suka...tak caya layan sendiri....



BETH from anonymous content on Vimeo.



tak jumpa pulak lagu2 lain....mungkin dorang patut buat video camni untuk lagu2 death metal....baru la paham apa bunyi butir yang dorang nyanyikan tu...ye tak?....heheheh...







Tuesday, April 2, 2013

wasted

Kebelakangan ni banyak dengar balik band2 NWOBHM. Antaranya Def Leppard.


Bila dengar Def Leppard dulu dan sekarang memang banyak perubahan. Sekarang mereka hanyalah sekadar band pop rock yang lebih sikit rocknya berbanding Bon Jovi sekarang (Bon Jovi dulu pun heavy juga). Joe Elliot pun cakap Def Leppard bukanlah band metal dan tak mau dikaitkan dengan NWOBHM. Tapi kalau kita dengar-dengarkan balik album-album dan EP awal mereka, memang tak syak lagi...mereka sememangnya antara band awal pengerak NWOBHM.

Buktinya cuba dengarkan lagu bertajuk Wasted ni. Single pertama mereka dari album On Through the Night yang diterbitkan pada tahun 1979. Kalau ini bukan NWOBHM, tak tau la nak panggil apa lagi..

Thanks kepada youtube, dapat tengok video klasik ni...zaman awal Def Leppard bersama Pete Willis dan Steve Clark. Semua muka budak-budak lagi...

 Ni pulak Wasted masa Rock-Pop Fest 1983 di Dortmund...Ni Deaf ada burnkan aku dia punya dvd (thanks Deaf). Ni zaman Phil Collen dah gantikan Pete Willis.

Dan yang bawah ni pulak versi  Live at Donington tahun 2011. Best juga bila tengok mereka dah mula main balik lagu-lagu lama yang macam ni...paling best bila tengok Vivian Campbell menyolo part Steve Clark tu...baru lah nampak macam Vivian yang dulu...sayangnya bakat dia terbazir duk kat Def Leppard.


http://youtu.be/jzxz-J6jk7w

(aku tak berjaya nak upload video ni kat blog...klik ajer la...)




Tuesday, March 19, 2013

Dewi

Dipetik dari FB Belantara

Q - "Any chance of getting re-issues of your 3 albums, brothers?"

Shukri Salleh - "in the works, i think. Soon, very soon"

Zaid Yusoff - "Insyallah, hopefully, in a month time, together with Belantara official website. Shuk is pushing hard at this.."


Berita gembira buat peminat2 Belantara macam aku…kalau berita ni datang dari mereka sendiri…Insyallah konpem la kot…lama dah tunggu Belantara, Srikandi Di Sisi dan Infiniti dalam bentuk cd.

Buat sesiapa yang tak kenal Belantara, dulu aku ada buat review sikit pasal album pertama mereka kat >SINI<...yang respeknya mereka turut serta memberi komen...thanks bro.

Sambil tu aku nak share satu lagu dari album pertama mereka yang cukup aku suka. Dari segi melodinya...guitar worknya....memang awesome!
Ni antara lagu dari zaman sekolah...zaman kat ITM...bila lepak ramai2 pegang gitar tong...walaupun kawan sekolah ngan kawan ITM orangnya lain...bila sebut main lagu Belantara...konpem semua nak lagu ni...macam ada perjanjian pulak...ni memang antara lagu favourite aku...DEWI


*masa aku buat entri pasal Belantara ni dulu...susah betul nak jumpa lagu2 mereka kat youtube...sekarang dah banyak dah....harap2 projek cd mereka akan menjadi kenyataan...




Friday, November 16, 2012

Belladona

Dah lama tak buat entri pasal lagu. Tapi entri pasal Profession Of Violence dalam blog Xyrus Zone buat saya teringat kat satu lagi lagu slow UFO yang sangat saya minat.

Belladona

Oh Belladonna never knew the pain
Maybe I'm crazy, maybe it'll drive you insane
The open letter just carelessly placed
And you move in silence, the tea so delicately laced

Out of reach, out of touch
How you've learned to hate so much

Came from passion, and you gave it a name
The fingers are poisoned like needles in the drivin' rain
So smile discreetly as you watch with such grace
Now I must slip away, but can you forget my face

Out Of Reach, Out Of Touch
How You've Learned To Hate So Much
Out Of Reach, Out Of Touch
How You've Learned To Hate So Much

(Schenker, Mogg)

Sampai sekarang pun saya tak faham apa maksud sebenar lagu ini. Ada yang kata pasal perempuan. Belladona tu orang Itali cakap perempuan cantik. Tapi ada juga yang cakap Belladona sejenis ubat...dan ada pula cakap ianya sejenis berry yang orang zaman dulu jadikan racun yang di campur dalam teh .."And you move in silence, the tea so delicately laced"

Ntah la...tapi saya suka wording "Out Of Reach, Out Of Touch...How You've Learned To Hate So Much"...walaupun saya tak berapa faham apa maksud sebenarnya.

Tapi yang paling bestnya solo Michael Schenker yang menusuk kalbu tu. Pertama kali dengar rasa macam biasa dengar jer solo ni. Rupa-rupanya Rosli Mohalim dah cilok untuk lagu Sejuta Wajah...dan saya mendengar Sejuta Wajah lebih dahulu dari Belladona...sama kes macam saya mendengar Debunga Wangi lebih dulu dari Prodigal Son ataupun mendengar Tiada Lagi Air Mata lebih dulu dari No More Tears...





Thursday, November 8, 2012

Nam Blas

Happy 16th anniversary dear...



16 years today....and we're doing just find.




                                                        Till Death Do Us Part - White Lion


***gambar adalah nukilan anak bongsu saya



Monday, August 27, 2012

Man On The Moon


"That's one small step for a man, one giant leap for mankind"

Walaupun peristiwa bersejarah ni berlaku sebelum aku lahir...tapi imej ni dan nama Neil Amstrong dah melekat kat kepala aku sejak zaman aku sekolah rendah lagi...tak ingat dah sejarah darjah berapa ada belajo pasal ni....dan rasanya sampai sekarang pun masih ramai yang tak percaya perkara ni betul2 berlaku...

Betul ker tidak...banyak yang boleh di baca kalau betul2 nak ambik tau pasal ni....nampaknya segala teori konspirasi dan kabar2 angin macam kononnya dia dengo bunyi azan masa kat bulan akan berkubur bersama2 ngan kematiannya....

Beruntunglah jadi orang yang boleh mengubah sejarah dunia...thanks Neil Alden Armstrong....kerana dia...siapa la yang tak pernah bercita2 nak jadi angkasawan....RIP (August 5, 1930 - August 25, 2012)

sejak pagi tadi lagu ni asik la terngiang2 kat kepala aku...salah satu fav. aku ni...






Wednesday, August 8, 2012

Kreuzberger Nächte

Kebelakangani setiap kali ramadhan mesti aku teringat lagu ni.....


aku pernah buat entri pasal ni 3 tahun yang lalu...pada sapa2 yang tak pernah baca...cekidot >SINI<

satu lagi entri malas di recycle di bulan ramadhan...heheh...



**semalam dah start dengar lagu2 raya kat radio...tapi ntah kenapa aku tak dapat feel bila mendengarnya macam dulu2...adakah sebab aku semakin tua...ataupun budaya youtube menyebabkan bila2 masa jer boleh dengar lagu raya walaupun dalam bulan muharam rejab saaban....menjadikan ianya tak eksklusif macam dulu2 dekat2 nak raya baru berpeluang mendengarnya...ntah la....



Tuesday, July 17, 2012

Thank you for the music...

Pagi tadi dalam perjalanan gi kerja...aku dengar berita radio yang Jon Lord dah meninggal dunia....satu demi satu hero2 rock zaman budak2 aku dah takder...sedangkan aku pun dah semakin tua...iskh....apatah lagi mereka...



Keyboards, organ, piano, synthesizer bukanlah benda yang sinonim ngan rock atau metal...terutamanya time 80an aku budak2 dulu...tak rock la guna keyboard kan...yang utama mesti gitar...gitar dan gitar...tapi ada beberapa individu yang bagi aku cukup rock walaupun main keyboard.....mereka2 yang mengubah persepsi aku pasal keyboard adalah Ken Hensley (Uriah Heep)...Jens Johansson (Malmsteen) dan sudah tentu tentunya Jon Lord....tak kisah la zaman Deep Purple ker Whitesnake ker....mendiang memang hebat...malah dia jugak seorang komposer yang sangat berbakat...

banyak sangat lagu2 dia yang best...tak tau mana satu aku nak pilih untuk tribute....mungkin lagu project band WhoCares sesuai kot...pasal ini adalah antara rakaman terakhir beliau....tambah2 pulak semuanya yang terlibat memang star2 belaka...


Tony Iommi – Guitars (Black Sabbath)
Ian Gillan – Vocals (Deep Purple, Black Sabbath)
Jason Newsted – Bass (Metallica, Voivoid, Flotsam & Jetsam)
Niko McBrain – Drums (Iron Maiden)
Jon Lord – Keyboards (Deep Purple)
Linde Linstrom – Guitars (HIM)





Jonathan Douglas Lord
9 June 1941 – 16 July 2012

Thank you for the music




Monday, May 21, 2012

I Started A Joke

Ni tribute untuk Robin Gibb...

1st time aku betul2 nak ambik tau pasal lagu ni bila aku dengar versi Faith No More....dari album greatest hits dorang "Who Cares a Lot?" tahun 1998....

ni versi vc yang ada cakap2...aku suka versi ni


Sejak tu baru aku perasan yang Bee Gees ni rupa-rupanya bukan hanya ujud time disco...time penghujung 70an...zaman Saturday Night Fever...padahal dorang dah start sejak penghujung 60an lagi...lagu I Started A Joke ni dari tahun 1968...

Zaman aku budak2...masa umur 7,8 tahun...penghujung 70an...popular betul dorang ni saing2 ngan ABBA dan Boney M....zaman2 disco...John Travolta dan Olivia Newton John...walaupun kat rumah aku tak pernah ada album dorang...bapak aku tak minat kot lagu2 omputeh...(cuma yang aku tau dia suka Cliff Richard - The Young Ones...pasal kekadang tu masa aku budak2...dia nyanyi sikit2 lagu tu...heheh..) tapi aku selalu nampak LP/kaset/katrij Bee Gess ni kat rumah sedara mara atau kawan2....

Sejak cover Faith No More tu...tu banyak jugak aku discover lagu2 dorang yang sedap2 masa zaman 60an...antaranya "New York Mining Disaster 1941", "To Love Somebody", "Holiday", "Massachusetts", "Words" dan banyak lagi la....

bila dengar lagu2 Bee Gees ni...memang rasa teringin betul nak mengumpul LP...tapi apakan daya...arghhhhh...

last...layan la "I Started A Joke" versi live ni...best!




"Til I finally died, which started the whole world living." 

Thank you for the music, Robin Hugh Gibb (22 December 1949 – 20 May 2012)







Wednesday, May 16, 2012

The Teacher

Pagi tadi bila anak sulong aku gi sekolah tak bawak beg...baru aku perasan yang hari ni adalah hari guru...untung la hari ni cikgu tak yah mengajar...dapat hadiah pulak tu kan...apa2 pun selamat hari guru kepada semua guru2...

tapi kalau sebut cikgu ni...kepala otak aku mesti tergiang2 lagu ni...The Teacher dari Big Country...salah satu band kegemaran aku masa budak2 tahun 80an dulu...banyak lagu dorang yang sedap2...mungkin kalau dengan sedikit tuah....dorang sepatutnya jadi lebih besar atau sekurang2nya setanding ngan U2....

RIP Stuart Adamson





***hari ni aku EL...anak bongsu aku demam...terpaksa jadi Mr Mama la nampaknya hari ni...heheh

Sunday, January 29, 2012

Love Walked In


Sempena hari ni 29hb Januari...hari jadi orang rumah aku...izinkan aku layan lagu jiwang pulak...maklum la dah khatam novel Ombak Rindu kan...heheh...

for you my dear...my soul asylum...happy birthday



Thunder - Love Walked In ( taken from Backstreet Symphony -1990)

So tired of waiting I walked an empty land
I was looking for something to help me understand
But bad luck kept turning my dreams into sand
I didn't want pity, I had my share of friends
I wanted somebody more special than the rest
I was aching inside like I was approaching the end
Just about that moment the timing was so right
You appeared like a vision sent down to my life
I thought I was dreaming when I saw you that night

That's when love walked in through my door
That familiar feeling I had once before
love walked in through my door
And it felt so strange

It's hard to remember being on my own
That kind of loving makes a hard man lose control
But I sleep so much better now I'm not alone
So promise me baby you're always gonna stay
I don't think I could take it seeing you walk away
You don't need to doubt it, I remember that day

That's when love walked in through my door
That familiar feeling I had once before
love walked in through my door
And it felt so strange
Like a long lost friend that hadn't changed
Giving me hope again

Love walked in
Love walked in

Just about that moment the timing was so right
You appeared like a vision sent down to my life
I thought I was dreaming when I saw you that night




Awal 90an dulu...selalu terbaca pasal "new big thing dari UK" Thunder kat Kerrang....tapi tak berpeluang nak dengo pasal kasetnya tak der jual kat sini....tapi 1st time dengo lagu ni kat rancangan chart show kat TV3 tahun 1991 kot kalau tak silap...terus aku berkenan...sempat aku rakam kat tape video VHS...nengok ulang2...lama aku cari lagu ni...sehinggalah zaman MP3 tahun 2000 baru dapat....memang feel arr lagu ni...susunan muziknya...solonya...antara lagu slow rock yang jadi all time favourite aku...klasik!!

btw...lagu ni diterbitkan oleh Andy Taylor (Duran Duran)...dan secara kebetulan pulak aku baru je abis baca buku biography dia...cerita pasal ni akan menyusul kemudian...

.


.

Monday, January 16, 2012

Watchmen

Filem lama yang baru aku tengok kat astro...


Watchmen (2009)

Untuk rekod...aku bukanlah pengemar tegar cerita2 super hero...mungkin zaman budak2 dulu yer...budak mana la yang tak berfantasi nak jadi kuat macam Superman kan?...era 80an dulu aku cukup suka ngan tv siri The Greatest American Hero...superhero yang paling kelam kabut dalam sejarah...tapi dah tua2 ni kurang berminat pulak ngan genre cengini...kalau ada pun aku follow cuma Batman...tu pun pasal aku suka pelakon2 yang pegang watak Batman...Val Kilmer, George Clooney dan Christian Bale...

Semasa menonton Watchmen ni...aku tak lah mengharap sangat...aku target mungkin selepas 15 minit pertama aku akan tertido macam masa aku nengok Hellboy 2 tempohari...ternyata sangkaan aku meleset...Watchmen berjaya menyegarkan mata aku walaupun menontonnya selepas pukul 12 malam...

walaupun tanpa pelakon2 betaraf bintang dan ada yang costumenya yang agak lawak...tapi cerita ni memang awesome...ok...mungkin permulaan ceritanya agak slow...banyak bercakap...tapi bagi aku yang biasa dengan cerita2 heavy drama yang banyak dialog...benda ni bukanlah menjadi hal...malah ianya menjadi sesuatu yang buat kita makin nak tau apa yang berlaku seterusnya...karakter paling best pada aku adalah Rorschach...nampak kool sepanjang masa...

yang paling kanan tu paling lawak la costume dia..

Aku tak pernah baca komiknya...so aku tak tau apakah cerita ni sama macam komik...kalau korang tanya Ombak Rindu tu sama tak macam novelnya...tu aku tau la...heheh...

Cerita berlatarbelakangkan zaman 80an...so konpem ada lagu2 80an...lama betul tak dengo lagu 99 Luftballons dari Nena...budak2 dulu suka betul aku kat lagu ni...satu lagi masa opening credit tu...ada satu lagu aku rasa agak familiar...tapi aku lupa kat mana aku dengar...lepas mengoogle baru aku teringat..tu lagu Blackmore's Night - The Times They Are A-Changin'...dan aku jugak pernah dengar versi Simon and Garfunkel...tapi kat filem ni original version dari Bob Dylan...lagi menarik pulak rupanya original version ni...(semasa google...baru tau Eddie Vedder pun pernah kaver lagu ni rupa2nya...)

versi live 1963

Apa2 pun...filem ni memang rekomen...sayangnya ianya ditayangkan kat Max (Ch 412)...takder dalam HD...sayang sungguh...