Showing posts with label cd. Show all posts
Showing posts with label cd. Show all posts

Thursday, May 21, 2026

Revolution

29th anniversary.

Slaughter - Revolution (20/05/1997)

Kebelakangan ini saya cuba untuk mendengar apa yang saya tertinggal pada satu ketika dahulu. Ini adalah percubaan Slaughter untuk menyesuaikan keadaan semasa pada ketika itu. 

Secara keseluruhan, album ini mungkin bukan pilihan utama peminat lama, tetapi bagi yang sukakan evolusi ke arah bunyi yang lebih moden, album ini ada tarikannya tersendiri. Tidak sempurna, tetapi jauh lebih baik daripada yang saya sangkakan.


Saturday, May 16, 2026

Gila Format - Piece of Mind

Remembering my youth - 43rd anniversary.

Iron Maiden - Piece of Mind (16/03/1983)

Sebuah lagi album kegemaran. Antara kenangannya dulu masa zaman sekolah, cikgu lantik untuk jadi pelukis ilustrasi majalah tahunan sekolah. Cover album ini saya lukis di ruangan sajak tentang penyalahgunaan dadah. 

Nasib zaman tu cikgu pun tak tahu pasal Iron Maiden 😁. Nak kena cari balik lah kat mana majalah tu.

Wednesday, April 29, 2026

30 tahun Louder Than Hell

Remembering my youth 30th anniversary

Manowar - Louder Than Hell (29/04/1996)

Jika boleh nampak cover kaset dalam gambar ini, tajuk album ini dinamakan sebagai "Louder" khas untuk pasaran di Malaysia. Tapi saya tak ingat adakah ianya juga ada dikeluarkan dalam bentuk cd. 

Bagi saya ini adalah album Manowar terakhir yang saya betul-betul suka. Walaupun ianya agak komersial, tetapi boleh dikatakan kesemua lagu-lagunya sedap dan catchy. Memang jenis seronok untuk singalong.


Thursday, April 23, 2026

30 tahun Langit dan Bumi

Ulangtahun ke 40

Search - Langit dan Bumi (1986)

Album Search yang paling bernostalgia dan diminati untuk saya. Mungkin sebab ia diterbitkan ketika muzik heavy metal mula berkembang pesat di Malaysia. Dan saya sendiri sedang melalui fasa perubahan dari peminat tegar Duran Duran kepada peminat heavy metal. 

Ianya juga terasa lebih berat dari album pertama mereka. Menjelang album berikutnya, saya sudah mula lebih kemaruk dengan muzik heavy metal orang putih.


Thursday, April 16, 2026

Blaze of Obscurity

Remembering my youth - 37th anniversary

Pariah - Blaze of Obscurity (15/04/1989)

Thrash metal yang menghiburkan dengan sentuhan speed/heavy. Ada elemen technical yang menarik. Walaupun ia bukan sesuatu yang groundbreaking, tetapi ianya merupakan hidden gem bagi peminat besar thrash seperti saya. 

Santai, simple, solid, dan memang sedap layan.


Sunday, April 12, 2026

Gila Format - Seventh Son of a Seventh Son

Remembering my youth - 38th anniversary

Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son (11/04/1988)

Setiap album kegemaran pastinya bagaikan mesin masa yang membawa ke suatu masa tertentu. Dan SSOASS membawa saya kembali ke tahun terakhir di zaman persekolahan. Ini antara album yang didengar bersama rakan-rakan dan sering jadi topik perbualan.

Sayangnya ada diantara rakan tersebut yang dah tiada, lost contact dan majoritinya pula tidak lagi berminat dengan muzik.

Semestinya sebuah lagi album kegemaran sepanjang zaman.


Saturday, April 11, 2026

Long live Rock N Roll

Remembering my youth - 48th anniversary

Rainbow - Long Live Rock N Roll (09/04/1978)

Selain Scorpions dan Deep Purple, Rainbow adalah pengenalan awal saya kepada muzik rock dan heavy metal. 

Walaupun pada ketika itu saya masih terlalu muda untuk memahami apa itu muzik tetapi lagu-lagu mereka termasuk dari album ini telah memberikan pengaruh besar dalam membentuk selera muzik saya sehingga sekarang.


Thursday, April 9, 2026

Gila Fornat - Beneath the Remains

Remembering my youth - 37th anniversary

Sepultura - Beneath the Remains (07/04/1989)

Ada satu ketika dulu saya memang gila dengan album ini. Kasetnya sampai lunyai dimainkan berkali-kali. Inner Self bagaikan satu anthem.

Sayangnya saya dah hilang kaset tersebut. Kaset di gambar dibeli semula sebagai peringatan saya untuk zaman tersebut.


Wednesday, April 8, 2026

Ratt & Roll 81 - 91

Remembering my youth - 35th anniveesary

Ratt- Ratt & Roll 81 - 91 (06/04/1991)

Ratt adalah mesin masa yang sentiasa membawa saya kembali ke zaman remaja. Ini adalah album kompilasi lagu-lagu terbaik/popular mereka dari EP Ratt (1983) hingga ke Detonator (1990). 

Seperti kebiasaan album-album kompilasi band yang kita minat, pastinya ada lagu yang kita suka tidak tersenarai. Untuk kes ini bagi saya adalah "Closer to My Heart".


Monday, April 6, 2026

Live the island years

Remembering my youth - 32th anniversary

Anthrax - Live the island years (05/04/1994)

Album ini diterbitkan ketika Joey Belladonna telah pun 2 tahun keluar dari Anthrax. Ianya sekadar pelengkap kontrak. Anthrax sendiri tidak terlibat dalam produksi penerbitan, maka sudah semestinya ia tidak melalui proses touch up dan soundnya kurang elok. 

Tetapi ini Dan Spitz dan klasik Anthrax, sudah semestinya tetap berbaloi untuk peminat tegar.


Sunday, April 5, 2026

Wheels of Steel

Remembering my youth - 46th anniversary

Saxon - Wheels of Steel (03/04/1980)

Mereka sezaman Iron Maiden dan Def Leppard dan antara watak penting dalam pergerakan New Wave of British Heavy Metal. Tetapi sayangnya populariti mereka tidak sebesar 2 band tersebut. Nasib tidak menyebelahi. Bak kata vokalis mereka Biff Byford, mungkin mereka tidak cukup handsome untuk jadi popular 😁. 

Tetapi tidak boleh dinafikan ini adalah antara album terpenting untuk era NWOBHM.


Friday, April 3, 2026

Mane Attraction

Remembering my youth - 35th anniversary

White Lion - Mane Attraction (02/04/19991)

Satu lagi band dan gitaris kegemaran. Kerja gitar Vito Bratta dan kombinasi lagu-lagu beliau bersana Mike Tramp tidak pernah mengecewakan. Sayangnya ini adalah album terakhir dari mereka dan Vito Bratta hilang dari radar dunia muzik selepas dari ini. Mungkin tak ada peluang untuk mereka bergabung semula tetapi “Blessing in disguise”nya kita dapat James LoMenzo dalam Megadeth.


Thursday, April 2, 2026

Gila Format - Edge of Thorns

Remembering my youth - 33rd anniversary

Savatage - Edge of Thorns (02/04/1993)

Savatage dan Criss Oliva akan sentiasa menjadi antara band dan gitaris kegemaran sepanjang zaman untuk saya. Dan masterpiece ini adalah salah satu yang terbaik dari mereka. Sayangnya ini adalah album terakhir Criss.

Thank you for the music, Criss 🤘


Sunday, March 29, 2026

Gila Format - Arise

Remembering my youth - 35th anniversary

Sepultura - Arise (25/03/1991)

Ada satu ketika dulu Sepultura adalah band yang paling saya minati terutamanya ketika era Beneath the Remains dan Arise. Sayangnya muzik mereka semakin berubah selepas dari ini. Dan saya mula menjauhkan diri dari muzik mereka. 

Walaubagaimanapun sudah semestinya Arise adalah antara album kegemaran sepanjang zaman.


Friday, March 27, 2026

Rock in Rio

24th anniversary.

Iron Maiden - Rock in Rio (25/03/2002)

Kalau live album kegemaran sudah semestinya Live After Death. Itu kemuncak mereka dan kenangan remaja. Tetapi ini tak kurang hebat. Cuma bila "the three amigos" beraksi agak sukar jugak nak tangkap siapa yang main mana terutamanya di bahagian rythm. 

Tetapi yang pastinya album-album live mereka jarang mengecewakan, cuma kalau tak puas hati pun mungkin sedikit tentang pemilihan lagu.

Scream for me Brazil!...


Wednesday, March 25, 2026

Shadows of War

Remembering my youth - 40th anniversary

Loudness - Shadows of War (24/03/1986)

Saya mendengar Lightning Strikes lebih awal dari Shadows of War. Ianya album yang sama tetapi tidak serupa. Lightning Strikes lebih polished untuk pasaran komersial di US manakala Shadows of War pula mempunyai sound yang lebih kasar. 

Saya tidak mempunyai masalah untuk kedua-duanya, kerana ianya antara kegemaran dan soundtrack zaman remaja.


5150

Remembering my youth - 40th anniversary

Van Halen - 5150 (24/03/1986)

Walaupun saya telah mendengar beberapa lagu dari era David Lee Roth sebelumnya, tetapi ini adalah album penuh Van Halen saya yang pertama. 

Ianya adalah penyebab mengapa album ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi dan era Van Hagar adalah era untuk saya.


Tuesday, March 24, 2026

Sad Wings of Destiny

Remembering my youth - 50th anniversary

Judas Priest - Sad Wings of Destiny (23/03/1976)

Antara album yang banyak memberi pengaruh dalam pembentukan muzik heavy metal. Walaupun saya hanya mula mengenali muzik mereka pada era 80-an, album ini terus menjadi antara kegemaran sejak kali pertama mendengarnya.


Wednesday, March 11, 2026

Refresh the Demon

Remembering my youth - 30th anniversary

Annihilator - Refresh the Demon (11/03/1996)

Jujurnya tak berpeluang nak dengar pada tahun ianya dikeluarkan. Tak jumpa di jual disini dan pembelian online bukanlah semudah sekarang. 

Ini bolehlah dikatakan seperti album solo Jeff Waters. Kecuali drums, semuanya adalah beliau termasuk vokal. Tapi tak ada yang peliknya kerana Annihilator sememangnya Jeff dan ia tidak mengecewakan. Feelnya seperti Annihilator yang asal.


Wednesday, March 4, 2026

Gila Format - Master of Puppets

Remembering my youth - 40th anniversary.

Metallica - Master of Puppets (03/03/1986)

Ini adalah salah satu album yang membawa banyak kenangan di zaman remaja. Walaupun ia bukan pilihan no 1(Metallica pilihan saya adalah Ride The Lightning), tetapi ia memberi pengaruh besar dalam membentuk selera muzik saya sehingga sekarang.

Album wajib dengar!