Showing posts with label ZZ Top. Show all posts
Showing posts with label ZZ Top. Show all posts

Monday, July 27, 2015

Afterburner

Yang dah 30 tahun...


ZZ Top - Afterburner (1985)

Ketika awal 80an (zaman new wave), abang saya mengenalkan saya kepada ZZ Top melalui album Eliminator. Lagu-lagu seperti  "Legs" dan "Sharp Dressed Man" menjadi antara lagu kegemaran beliau. Tetapi entah kenapa saya agak kurang berminat walaupun imej berjanggut dan kereta Hot Rods mereka sememangnya menarik perhatian.

Tetapi setelah mendengar lagu "Rough Boy" (pernah bercerita perihal lagu ini suatu masa dahulu <SINI<) rasa tertarik pula untuk mendengar lagu-lagu lainnya dari mereka. Ternyata Afterburner agak berlainan dengan ZZ Top di tahun 70an yang kuat pengaruh bluesnya. Mereka kini (era 80an) banyak menggunakan bunyian synthesizer. Mungkin kerana terpengaruh dengan demam new wave yang sedang melanda pada waktu itu.


Secara mudahnya muzik Afterburner adalah berentak new wave 80an tetapi yang membezakan mereka adalah gitar solo. Memang banyak gitar solo. Dulu-dulu kalau sebut nama Billy Gibbons, saya hanya terbayangkan imej jangut panjang dan kereta hot rods, tetapi kini saya terbayangkan imej beliau sebagai seorang gitar hero. Memang tabik!

Ada banyak lagi lagu yang best selain Rough Boy. Saya pasti akan mencari album meraka yang lainnya pula.





Monday, August 23, 2010

Rough Boy

Masih dalam keadaan malas nak review cd...tambah pulak Manchester United seri jer pulak malam tadi...memang badi betul la lawan Fulham kalau kat Craven Cottage ni...apa2 pun tahniah untuk Paul Scholes...150 gol tu...memang legend beb!

Dan aku pun skit frust jugak...pasal sampai semalam ahad (22/08)..aku masih tak dapat cari The Final Frontier...3 tempat sekitar JB (Plaza Kotaraya, CitySquare dan Jusco Tebrau) semua kedai kasetnya hampeh...Jb sekarang memang leceh la kalau nak cari cd2 metal ni...apa2 pun aku sikit happy la pasal aku jumpa cd baru Ratt "Infestation" kat Jusco Tebrau...kira penawar duka la ni...hehehe..

Hari ni layan lagu jer la...dah Eddie tu hari sebut ZZ Top...kepala aku ni asik terngiang2 je lagu Rough Boy....ni lagu dari album tahun 1985 mereke bertajuk Afterburner...kalau korang biasa dengar Sinar FM...selalu jugak dulu dorang bukak lagu ni...aku first dengar lagu ni zaman kaset Apache dulu...tak silap Kerrang Compilation...tu jam aku tak berapa ambik tau pun ZZ Top ni...apa yang aku tau pasal ZZ top cuma dorang janggut panjang2...gitar pelik2 dan kereta antik Hot Rod dia tu ...tapi lepas dengar lagu Rough Boy ni...aku start dengar lagu2 dorang...album Afterburner ni adalah didalam era perubahan muzik dorang...dari Blues Rock di tahun2 70an menjadi kearah dance electronic dengan penggunaan keyboard di tahun 80an...bermula dari album Eliminator (1983) hinggalah Recycler (1990)...tapi solo2 gitar Billy Gibbons tetap best...



Era 80an ni jugak la adalah era kegemilangan dorang...album jual juta2...banyak lagu2 hit macam "Gimme All Your Lovin'", "Legs", "Sharp Dressed Man", "Sleeping Bag" dan termasuk la Rough Boy ni....apa yang aku respek dorang ni dari dulu sampai sekarang...imej tetap tak berubah...aku pernah terbaca dorang dapat offer 1 juta US untuk cukur janggut dorang tapi tetap dorang tak nak...band member pun dari dulu sampai sekarang tetap org yang sama...

Ok...jom layan lagunya...bulan2 puasa ni layan dengar lagu2 rilek2 jek camgini memang feel...layan..