Showing posts with label Whitesnake. Show all posts
Showing posts with label Whitesnake. Show all posts

Wednesday, January 22, 2025

Sykes

Seorang lagi gitar hero telah pergi meninggalkan kita. Hidup di zaman muziknya seperti sekarang memang payah dah nak jumpa seorang pemain gitar hebat seperti ini.


Thank you for the music and the memories, sir.
John James Sykes
29/07/1959 – 20/01/2025


Wednesday, June 7, 2023

Coverdale · Page

Antara yang baru dimiliki..

Coverdale · Page (1993)

Zaman remaja dulu memang tak berapa nak masuk lagu-lagu yang sebegini. Maklumlah tengah kemaruk dengan lagu-lagu hantu yang lebih ekstrem. Tetapi dengan peningkatan usia, sedikit sebanyak selera muzik pun semakin berubah dan bertambah matang. Yang dulunya tak boleh nak faham tetapi sekarang mungkin ianya boleh menjadi satu kegemaran.

Begitulah yang terjadi dengan album ini. 30 tahun dulu pernah cuba mendengar kasetnya. Tetapi tak boleh nak masuk. Teori saya yang mengatakan muzik sebegini adalah untuk golongan yang lebih dewasa adalah betul. Ianya memang berlaku kepada saya. 

Kalau dulu nak menghabiskan satu lagu pun gagal, tapi kini langsung tak ada masalah untuk mendengar keseluruhan album. Tak perlu skip mana-mana lagu pun. Tapi kalau kena pilih lagu paling suka, mungkin pilihan saya adalah balada "Take Me For A Little While" dan bluesy hard rock "Pride And Joy".

Album ini sebenarnya tak lari jauh dari bunyi Led Zeppelin dan Whitesnake terutamanya ketika zaman bluesy hard rock mereka. Tetapi disebabkan aura vokal David Coverdale yang kuat, saya rasakan yang ianya lebih kepada Whitesnake berbanding Led Zeppelin. Ianya tak ubah seperti Jimmy Page bermain gitar untuk Whitesnake.


Thursday, January 20, 2022

Gila Format - Slip of the Tongue

Satu lagi yang berjaya di"gila format"kan...

Whitesnake - Slip of the Tongue (1989)

Album ini akan sentiasa mengingatkan saya kepada rakan sebaya sekampung dan juga seITM. Beliau adalah peminat Steve Vai. Saya mendengar kaset album ini buat pertama kalinya dirumah beliau. Set hi-fi kepunyaan abang beliau sememangnya mempunyi bunyi yang sedap. Kalau nak banding dengan radio kaset transistor di rumah saya umpama langit dan bumi jauhnya. Mendengar petikan gitar Steve Vai di dalam lagu "Judgement Day" di rumah beliau yang sedap sangat bunyinya di telinga saya menyebabkan saya meminjam kasetnya.

Sound system sememangnya memainkan peranan. Mendengarnya di rumah sendiri agak kurang berkesan impaknya. Di set hi-fi yang mahal lagu tak sedap pun boleh jadi sedap. Selain dari lagu "Judgement Day", "Fool For You Loving" dan "Now You're Gone", lagu-lagu lainnya agak kurang masuk untuk saya. Magic yang ada pada John Sykes didalam album Whitesenake 1987 tidak dapat diulangi oleh Steve Vai. Mungkin konsepnya pun berlainan. Mungkin juga kerana Steve Vai tiada jiwa untuk album ini. Beliau hanyalah seorang "hired gun" yang diambil oleh David Coverdale. Keseluruhan lagu adalah dari idea David Coverdale dan Adrian Vandenberg. Mungkin kalau Adrian yang bermain, album ini berkemungkinan akan lain jadinya.

Versi kaset tak pernah beli. Kaset pula adalah milik abang. Beliau dah tak berminat untuk menyimpan. Makanya adalah lebih baik saya yang simpan 😁.

Versi cd dah tak ingat bila beli. Mungkin juga zaman kemaruk ebay dulu-dulu atau mungkin lebih awal lagi.

Versi piring hitam di beli beberapa bulan yang lalu. Tak mencari. Tetapi bila terjumpa dengan harga yang murah memang akan gagal untuk melawan nafsu walaupun ianya bukanlah sebuah album yang diminati sangat...



Sunday, May 9, 2021

Tawny Kitaen

Satu lagi kenangan dari zaman remaja yang telah tiada...

Bermula dengan 2 cover album RATT (Ratt - 1983 dan Out of the Cellar - 1984) serta video clip "Ratt - Back For More" dan kemucaknya dengan beberapa kemunculan dalam video clip Whitesnake terutamanya "Here I Go Again (1987)" yang paling meninggalkan kesan, beliau telah menjadi salah seorang ikon untuk generasi heavy metal dan muzik video MTV 80an.

Ianya megembalikan nostalgia saya kepada tahun 1988. Kenangan membeli video tape VHS Whitesnake 87 di Holiday Plaza, Johor Bahru. Zaman tersebut bukannya mudah macam zaman sekarang ada youtube untuk ditonton. Bukannya ada main di tv. Nak tengok video muzik rock memang kena beli ataupun sewa tape VHS tersebut. Dan bilangannya pun agak terhad. Mana yang ada tu memang akan ditonton berkali-kali. Mana mungkin tak mendatangkan perasan "crush" terhadap beliau...


Thanks for the memories... Julie E. "Tawny" Kitaen (August 5, 1961 – May 7, 2021)



Monday, November 9, 2020

The Rock Album

Lagi album tahun 2020 yang berjaya dimiliki...

Whitesnake - The ROCK album (2020)

Bukan album baru. Tetapi lebih kepada kompilasi lagu-lagu berentak rancak terbaik/popular Whitesnake. The Rock album adalah sebahagian daripada siri "Red, White and Blues Trilogy" yang akan dipasarkan secara berperingkat. "The ROCK album" (putih) adalah yang pertama dipasarkan. "Love Songs" (merah) dan "The BLUES album" (biru) akan menyusul kemudian.

Pilihan lagu-lagunya di ambil dari era 80an bermula dari album "Slide It In" (1984) hinggalah ke "Forevermore" (2011). Tak pasti kenapa tiada lagu-lagu dari zaman 70an. Mungkin lagu-lagu zaman tersebut akan di masukan ke album biru. Maklumlah Whitesnake era 70an soundya lebih terarah kepada blues.


Yang menjadi tarikan utama untuk membeli cd ini adalah kerana ianya telah melalui proses mixing dan mastering semula. Bermakna soundnya memang berbeza dari versi yang asal. Contohnya lagu "Still Of The Night". Saya selalu merasakan yang solo John Sykes pada lagu ini agak tenggelam pada versi asal. Tetapi dengan versi 2020 ini, ianya menjadi lebis jelas. Sound gitarnya juga lebih sharp. Terdapat juga perbezaan pada pertengahan dan penutup lagunya.

Begitu juga dengan lagu-lagu yang lainnya. Memang ada perbezaan. Itu yang rasa macam nak beli juga yang warna merah bila ianya dipasarkan nanti. Tapi memang tak akan belilah yang warna biru. Tak minat sangat blues based rock ni.



Tuesday, August 11, 2020

"For Martin Birch - catalyst"

Berita sedih minggu ini....😭

Kalau minat Iron Maiden tapi tak kenal siapa Martin Birch memang tak patut. Dari Killers sehinggalah Fear Of The Dark semuanya adalah hasil kerja tangan beliau. Steve Harris sememangnya secara eksklusif menggunakan khidmat beliau (producer, engineer, mixing) untuk Iron Maiden dan beliau sendiri secara eksklusif hanya berkerja denagn Iron Maiden selepas tahun 1984 sehinggalah beliau bersara selepas album album Fear Of The Dark.

Bukan itu sahaja, banyak lagi sentuhan emas beliau yang menjadi album klasik dan rujukan untuk genre rock dan heavy metal. Jasa beliau dalam menghasilkan bunyi heavy metal sememangnya banyak mempengaruhi selera muzik saya semenjak dari bangku sekolah. Walaupun pada ketika itu tak tau pun siapa producer dan siapa dia Martin Birch. 

antara hasil kerja tangan beliau.. Semua pun best... Semua pun hebat-hebat belaka... 


Thanks for the music sir, 

Martin "the ninja" Birch (27 December 1948 – 9 August 2020)




Friday, April 7, 2017

Gila Format - Whitesnake 1987

30 tahun dah hari ini...7 hb April...

Whitesnake - Whitesnake (1987)


Satu lagi kenangan dari zaman sekolah. Banyak nostalgianya. Tawny Kitaen dalam trilogy video clipnya memang melekat dalam ingatan...haha...

Ini adalah album yang membawa David Coverdale & Cos ke puncak kejayaan. Ianya juga adalah antara kerja gitar terbaik dari John Sykes. Sayang gandingan mereka berdua tidak berkekalan.

"Still Of The Night" akan sentiasa menjadi salah satu lagu kegemaran sepanjang zaman. Kenangan sebegini bila terjumpa dengan harga yang agak munasabah, memang tak akan teragak-agak untuk di "gila format" kan.

http://berteromber.blogspot.my/2009/08/1987.html





Friday, December 12, 2014

Slide It In

Yang dah berusia 30 tahun...


Whitesnake - Slide It In (1984)

Ini adalah titik perubahan Whitesnake dari segi konsep, lagu malah logonya juga.

Saya hanya mendengar album ini selepas meletupnya album Whitesnake 1987. EMI menerbitkan semula album ini secara remaster pada tahun 1988 seperti kaset kepunyaan saya di gambar. Apa yang saya tidak tahu pada ketika itu, album ini mempunyai 2 versi yang berbeza. Versi UK dan versi US.

Padanlah saya tidak menjumpai nama John Sykes dan Neil Murray pada inlay kaset walaupun saya ada terbaca dalam Kerrang! yang mereka terlibat. Rupa-rupanya versi asal (terbitan UK) tidak melibatkan mereka. Kaset dan cd saya (kedua-duanya remaster 1988) adalah versi UK. Kedua-dua versi ini soundnya memang berbeza. Maklumlah penerbit dan ada sesetengah pemuziknya juga berbeza.

Versi UK soundnya seperti Whitesnake lama yang lebih ke arah bluesy rock. Manakala versi US lebih kepada hard rock. Kemasukan John Sykes dalam versi US sememangnya merubah hala tuju Whitesnake sama seperti apa yang berlaku kepada Thin Lizzy dalam album Thunder and Lightning. Memang saya suka. Malah bunyi drum dari drummer lajen Cozy Powell pun lebih padu bunyinya berbanding versi UK. Dan mungkin juga saya "bias" kerana menyukai solo-solo gitar John Sykes dalam versi US berbanding solo-solo Micky Moody dalam versi UK.


Satu lagi yang jelas perbezaannya adalah bunyi keyboards Jon Lord yang diperlahankan dan ada juga yang dirakamkan semula oleh Bill Cuomo. Mungkin David Coverdale sengaja berbuat begitu kerana pada ketika album ini diriliskan Jon Lord telah pun kembali ke pangkuan Deep Purple. Tapi paling kesian adalah bassist asal Colin Hodgkinson. Versi US semuanya dimainkan semula oleh Neil Murray.

Bagi peminat awal Whitesnake yang biasa dengan bluesy rock pasti akan sedikit kecewa dengan arah tuju album ini. Tetapi bagi peminat hard rock seperti saya, ini memang bagus. Tetapi yang pastinya album ini telah membuka jalan untuk Whitesnake melebarkan sayapnya di US dan menjadi terkenal di seluruh dunia.

Sayangnya sehingga kini saya masih belum memiliki Slide It In versi US. Ini misi saya seterusnya...mungkin dalam bentuk vinyl... :P





Monday, June 2, 2014

Whitesnake's Greatest Hits

Lagi album kompilasi yang dah berumur 20 tahun...


Whitesnake - Whitesnake's Greatest Hits (1994)

Nak kata koleksi semua lagu terbaik. Tak juga. Ianya hanyalah himpunan lagu-lagu Whitesnake dari zaman "hair metal" mereka ( circa 1984 - 1989). Nak kata semua lagu terbaik dari zaman tersebut pun tak juga. Kerana kompilasi ini lebih menumpukan kepada lagu-lagu yang berentak perlahan.

Tapi tak kisah lah. Kalau nak cari kompilasi album-album awal mereka (1978-1982), boleh sahaja beli cd "The Early Years". Tak pun kalau nak yang betul-betul lengkap punya kompilasi, cuba cari cd "30th Anniversary Collection". Kalau tak yang ini pun dah ok.

Sesuai untuk sesiapa yang baru nak kenal Whitesnake. Bolehlah dikatakan semua lagu popular ada. Yang penting sudah semestinya "Still of the Night". Ni kira lagu wajib. Antara all time favourite ni. Siapa boleh lupa Tawny Kitaen?

Boleh juga dengar perbezaan antara zaman John Sykes dan Steve Vai. Sayangnya tak berpeluang nak dengar Adrian Vandenberg.


**tak beli cdnya walaupun pernah terjumpa kat Estock harga dalam RM13 lebih. Sebabnya tiada yang menarik. Semua lagu saya dah ada. Kompilasi ini semua lagu standard. Tak ada bonus track mahupun unrelease track. Sesuai untuk yang tak pernah ada album Whitesnake.





Tuesday, November 1, 2011

Burning Heart

Ok...pasal tak pergi Whitesnake punya pasal...lagi aku bercerita pasal benda yang ada kena mengena ngan Whitesnake...kali ni pasal gitarist yang pernah berkhidmat untuk Whitesnake...Adrian Vandenberg...ataupun nama belandanya...Ad "Adje" van den Berg



Kalau tak kenal mamat ni tapi pernah tengok vc Still Of The Night...Vandenberg adalah mamat yang gesek gitar pakai kayu biola tu (apa nama bendalah tu ek?)...tapi jangan terpedaya...tu cuma gimik semata2...dia tak main pun...dia join Whitesnake masa album 1987 tu dah siap dibuat...satu2nya yang dia main kat album tu cuma solo kat lagu "Here I Go Again"...
(btw...aku ada terbaca part gesek2 tu sebenonya John Sykes pun tak guna gitar...dia pakai keyboard)

Rasanya dia kurang bernasib masa bersama Whitesnake...walaupun dia terbabit dalam mencipta lagu2 untuk album Slip Of The Tongue...tapi kecederaan tangan menyebabkan seisi rakaman album tersebut semua part gitarnya dimainkan oleh Steve Vai...nampaknya sekali lagi lah dia cuma dapat berposing bergambo...tapi tak dapat menunjukkan skill...walaubagaimanapun dia main untuk album solo Coverdale (tapi syarikat rakaman still guna nama Whitesnake) Restless Heart terbitan 1997....sayangnya pada aku...album ni lebih kearah blues...kurangya elemen hard rock/metal..(mungkin pasal ini album solo David Coverdale sebenonya) menjadikan tak dapat la nak dengo skil2 rock/metal seperti album2 awal band dia sebelum Whitesnake...

Sebenonya itu yang aku nak cerita...entri ni bukan nak cerita pasal zaman dia bersama Whitesnake...tapi zaman sebelum itu...zaman2 semasa beliau bersama band yang menggunakan nama beliau sendiri iaitu Vandenberg...sempat meriliskan 3 album Vandenberg (1982), Heading for a Storm (1983), Alibi (1985)...ada beberapa lagu yang menarik dari 3 album tersebut...tapi yang paling aku suka...dan menjadi salah satu all time fav. aku adalah lagi dari album pertama beliau bertajuk "Burning Heart"...

1st time dengo lagu ni kat kaset Apache "The Revenge Of Kerrang"...masa tu tak kenal pun sama Vandenberg ni...bila dia join Whitesnake baru la tau sapa dia Adrian Vandenberg tu...naik lenguh tangan hari2 rewind kaset tu guna pen semata2 pasal tak puas2 dengo lagu ni...dia punya solo memang meruntun jiwa...ntah kenapa ek takder lagi orang nak buat lagu2 jenis cenggini...

Aku dah beberapa kali try bid album2 Vandenberg ni kat ebay...tapi tak pernahnya menang...mahal ler...

Burning Heart adalah salah satu contoh kenapa jiwa aku masih tersangkut kat era 80an....tiada teknologi canggih yang dapat menandingi betapa lazatnya lagu2 macam ni...melodinya...solonya....pergh!!!..meleleh...kalau tak caya...try layan 2 versi kat bawah ni...kalau korang tak suka...mungkin aku yang ketinggalan zaman nampaknya...iskh..






***mungkin aku patut buat entry pasal lagu2 power ballad yang jadi fav. aku....nanti lah...kalau rajin...

Friday, October 28, 2011

Slip of the Tongue

Buat sesapa yang pergi nengok Whitesnake hujung minggu ni...enjoy!!!...dan buat aku yang tak pegi...belek2 cd dan layan jer la cd ni..



Slip of the Tongue (1989)

1987 adalah album terbaik Whitesnake bagi aku...so bila dorang nak buat album baru..expectation aku memang tinggi...walaupun tiada lagi John Sykes...tambah2 pulak Steve Vai yang akan main...lagi la tinggi pengharapan aku...tu jam nama Steve Vai sebagai seorang gitar hero memang tengah top...sayangnya seperti kebanyakan peminat Whitesnake...album ni mungkin agak sikit berbeza kalau nak dibandingkan ngan 1987 dan album2 sebelumnya...

Tu sebabnya masa ianya dirilis dulu aku tak beli pun kasetnya...aku ada banyak member2 kaki gitar yang dah konpem2 akan beli kaset ni bila tau adanya Steve Vai...so aku just pinjam ajer dan akhirnya buat keputusan tak beli...(cuma beberapa tahun lalu terbeli jugak cd ni...biasala orang yang ada penyakit cdholic macam aku...heheh..)

Album ni bukanlah tak bagus...best jugak...cumanya ia agak lain dari album2 Whitesnake sebelumnya...aku terjumpa orang post ayat ni...sesuatu yang aku nak cakap pasal Slip Of The Tongue tapi tak pandai aku nak susun ayat...

"Slip of the Tounge" is noticeably lacking that hunger. After selling 10 million albums, marrying the video vixen that inspired a thousand teen fantasies, and touring the world to sold-out audiences, Coverdale is obviously resting on his laurels. Throw a bunch of cash at the latest guitar god and record an album - life is good, right?

sememangnya album ni kurang hunger...kurang soul...terpulang pada telinga memasing la...kalau sudah dibiasakan dengan blues rock David Coverdale...sejak2 zaman Deep Purple lagi..telinga korang sure susah nak masuk Whitesnake yang lebih gelap...lebih metal ni..tapi bagi sesetengah yang lain pulak...ini lagi best...aku pulak jenis yang duk atas pagar...ada masanya aku rasa best...ada masanya aku kurang seronok pulak...



Memang tak boleh salahkan Steve Vai kalau sound asli Whitesnake sudah berubah...seorang gitar hero macam Steve Vai konpem tak akan mau soundnya sama macam orang lain...dia mau caranya sendiri...mungkin demi nilai komersil...David Coverdale terpaksa mengalah dalam bab ni...tu pasal ramai peminat otai whistenake cakap album ni out of place...

tapi kalau korang peminat gitar...peminat Steve Vai...tak der salahnya album ni...rif dan solo2 Steve Vai memang dasat...soundnya pun sangat bersih...polished abis...clear...memang layan dengar solo2 dia...dan jangan lupa pulak siapa yang main bass dan drumnya...Rudy Sarzo dan Tommy Aldridge tu...sayang Adrian Vandenberg tak dapat main pasal tangan injured...tapi line-up ni memang supergroup la...



Cekidot lagu2 macam "Judgement Day" dan "Wings of the Storm"...memang meleleh dengar Steve Vai main...even lagu2 slow macam "Now You're Gone", "The Deeper the Love" dan "Sailing Ships" lebih berhantu dari lagu2 slow John Sykes main...pada aku kesalahan Steve Vai pada otai2 fan Whitesnake kat sini cuma tiadanya bunyi blues...itu pun kalau korang rasa ianya satu kesalahan la...apa2 pun kalau ada yang rasa tak cukup puas nak dengar Steve Vai kat sini...cekidout album solo beliau "Passion and Warfare" yang diriliskan tak lama selepas Slip Of The Tongue...memang dasat...

Kesimpulannya kalau nak dengar kehebatan Steve Vai...cari album ni...tapi kalau dah terbiasa ngan era Micky Moody/Bernie Marsden/John Sykes...kena adjust sikit telinga..

Tuesday, August 11, 2009

1987

1984 dah..kini 1987 pulak..ada banyak album rock/metal yang best keluar pada tahun 1987 tu..antaranya Aerosmith - Permanent Vacation, Anthrax - Among The Living, Death Angel - The Ultra Violence, Def Leppard - Hysteria, Dokken - Back For Attack, Guns N Roses - Appetite for Destruction, Helloween - Keeper Pt 2, King Diamond - Abigail, Loudnes - Hurricane Eyes, Manowar - Fightning The World, Metallica - Garage days EP, Motley Crue - Girls 3x, Savatage - Hall Of The Mountain King, Testament - The Legacy, Twisted Sister - Love Is For Suckers, Voivod - Killing Technology, White Lion - Pride (ni antara yg aku minat dan teringat la..) dan tak lupa juga album ini..



album tak bertajuk atau lebih dikenali sebagai Whitesnake 1987..anda tak kenal David Coverdale?..iskh..kalau tak kenal anda memang tak rock laa..pemilik suara disebalik album2 klasik Deep Purple seperti Burn,Stormbringer dan Come Taste The Band..suara dia memang best ahh..antara vocalist rock yang aku suka tone suaranya..

Bagi aku ini adalah album terbaik beliau sepanjang karier solo beliau bersama Whitesnake..tambahan pulak memang ini la album beliau yang paling laris jualannya...Paling bestnya album ni pada aku terletak pada lagu Still Of The Night..pergh..gitar work John Sykes (ex Tygers Of Pan Tang,Badlands,Thin Lizzy,Blue Murder) dalam lagu ni memang terbaek ahh...all time favourite aku ni..


versi kaset apache pun aku masih simpan lagi..hehe..yang cd tu nama jer mid price...reganya RM30++ jugak

Tapikan..kalau tengok videoclip2 album ni..(yang bestnya dah tentu2 la "Tawny Kitaen' kan..nyummm..nyummm...tak kenal?..iskh..rugi..huhuhu...) tapi tak nampak pun muka John Sykes di posisi gitar kan..kerana semasa album ini diriliskan..kesemua pemuzik yang bermain untuk album ni termasuk John Sykes,Neil Murray(bass)dan Aynsley Dunbar (drums) telah dipecat oleh David Coverdale..aku pun tak sure kenapa..tapi tempat mereka telah digantikan oleh Vivian Campbell (gitar),Adrian Vandenberg (gitar),Rudy Sarzo (bass) dan Tommy Aldridge (drums)untuk road tour dan rakaman videoclips...so kalau tengok video clip Still Of The Night..nampak macam iyer2 je si Vivian dan Adrian ni bergaya menyolo...tapi sebenarnya hanya lah sebuah lakonan...hehe..part yg Adrian guna kayu biola gosok kat gitar tu pun tipu ajer..John Sykes tak guna gitar pun part tu..semua guna keyboard...buta2 aku tertipu satu masa dahulu...hehe..

Tapi dasat2 kan gitaris dan band member Whitesnake ni...at least Adrian ada gak la menyolo satu lagu "Here I Go Again" (ni lagu lama..direcycle balik dari album Saints & Sinners..edit bab solo jer)...yang lain tu tumpang bergambo je la...nasib memasing memang terbukti terer..kalau tak..dah jadi macam band2 leleh Malaysia yg tau bergambo kat majalah ajer la...rekoding orang lain main...hahaha..

Selain lagu "Still Of The Night"..lagu2 yang popular dari album ni termasuk la "Here I Go Again", "Is This Love" dan "Give Me All Your Love" (ni semua video clips dia nyum nyum nyum...Tawny Kitaen punya pasal..huhu)..selain tu aku suka jugak lagu2 heavy seperti "Children Of The Night","Straight For The Heart" dan "Dont Turn Away".



Bagi aku album ni bukan hanya pasal Coverdale...ni jugak album John Sykes..hampir kesemua lagu2 ditulis oleh beliau...bayangkan la kalau kombinasi Coverdale/Sykes ini berkekalan..dah tentu2 album mendatang Whitesnake akan sebagus album ni..tapi sayangnya...mungkin Coverdale tak mau Sykes overshadow dia...tu pasal pecat...agaknya la..apa2 pun..cuba dengarkan guitar work terutama gitar solo Sykes dalam album ni..nampak mudah..tapi dasat...memang terbaek!

Satu lagi..kalau korang perasan majoriti lirik dalam album ni pasal cinta..aku pernah terbaca interview Coverdale satu masa dulu pasal isu ni..jawapan beliau..beliau sengaja menulis lirik2 cinta kerana untuk membuktikan muzik2 keras juga ada yang romantiknya..love metal la tu..haha..

ok la..khas untuk sapa2 yang tak kenal Tawny Kitaen..nah..layan vc ni...huhu