Showing posts with label Waysted. Show all posts
Showing posts with label Waysted. Show all posts

Saturday, September 19, 2020

The Good the Bad the Waysted

 Tribute to Pete Way and Paul Chapman.

Waysted - The Good the Bad the Waysted (1985)

Album ini dirakamkan selepas mereka menjadi band pembuka untuk tour Powerslave di UK. Sudah semestinya ianya adalah pertolongan Steve Harris kepada idolanya. Dalam inlay album ini pun memang ada ucapan khas terimakasih kepada beliau dan Iron Maiden.

Tour tersebut dan album ini memberi ruang untuk Pete Way lebih dikenali dengan Waysted tanpa perlu bayang-bayang dari UFO. Ianya lebih menarik dari Fastway, band beliau selepas UFO bersama "Fast" Eddie Clarke dari Motörhead. Rasanya "chemistry" beliau bersama Paul "Tonka" Chapman lebih ngam. Maklumlah mereka pernah bersama sejak dari UFO.

The Good the Bad the Waysted memang berbeza dari UFO mahupun Fastway. Walaupun sedikit acuan itu tetap ada. Maklumlah pencipta lagunya dari orang yang sama. Waysted lebih berat, lebih rock dan lebih raw soundnya. Dalam masa yang sama ianya juga agak melodic dan mempunyai perisa hard rock 80an yang kuat.

Lagu "Heaven Tonight" di dalam album ini adalah versi yang asal. Sound yang lebih raw berserta vokal Ian "Fin" Muir yang agak "husky". Lagu tersebut dalam album Save Your Prayer pula lebih bersih dan polished. Kena dengan vokal Danny Vaughn yang lebih pop dan AOR. Terpulang pada selera masing-masing. Tetapi saya agak bias dengan versi Danni, maklumlah kerana ianya lebih dahulu di dengar berbanding versi Fin.





Saturday, August 15, 2020

The Good The Bad The Waysted...

Lagi berita sedih.... Terutama untuk peminat UFO. Selepas Paul Raymond, kemudiannya Paul Chapman... Kini pengasas dan pemain bass lagenda Pete Way pula... 😭

Beliau adalah salah seorang idola saya. Maklumlah dulu-dulu zaman budak sekolah bila kita tak pandai sangat main gitar dan pemalu pula nak jadi penyanyi, tempat kita kalau nak tinggi sikit tarafnya dari seorang groupies adalah menjadi pemain bass...Hahaha... 

Sama seperti Steve Harris, saya juga menjadikan Pete Way sebagai idola. Lagaknya di atas pentas bersama Gibson Thunderbird memang sangat rock star. Impian budak-budak seperti saya. 

Lawaknya saya hanya betul-betul tahu tentang beliau bila beliau sudah pun keluar dari UFO dan menubuhkan Waysted. Maklumlah zaman budak-budak saya dulu, UFO adalah semata-matanya Michael Schenker

Thanks for the music sir... 

PETE WAY

Aug 7, 1951 - Aug 14, 2020


Sunday, June 14, 2020

Terimakasih untuk muzik - Paul Tonka Chapman

Semakin kita berumur, semakin ramai hero zaman kita budak-budak telah pergi meninggalkan kita. Kali ini penghargaan buat Paul Tonka Chapman.

Lagu "Profession Of Violence" mengenalkan saya kepada beliau. Itu pun asalnya ketika kali pertama mendengar lagu tersebut dari kaset kompilasi "apache", ingatkan ianya adalah petikan gitar Michael Schenker. Maklumlah kurang info pada ketika itu. Apa-apa tentang UFO ingatkan semuanya Michael Schenker.

Beliau sebenarnya agak berbeza dengan Michael Schenker. Beliau lebih "bluesy" dan "basic" berbanding Michael yang "shredder" dan "flashy". Tetapi nak buat macamana. Menggantikan tempat seorang "gitar hero" memang selama-lamanya akan sentiasa dibayangi.


Tak ada cd band pertama beliau, Lone Star. Tetapi ada kesemua 4 cd UFO dan 3 cd Waysted hasil kerja tangan beliau. Paling suka adalah The Wild The Willing and The Innocent (UFO) dan Save Your Prayer (Waysted). Walaupun album-album ini bukanlah yang popular. Tetapi bagi pengemar UFO seperti saya, ianya tetap ada tersimpan di dalam hati sampai bila bila...


Thank you for the music
Paul "Tonka" William Chapman
 (9 June 1954 – 9 June 2020)



Monday, July 1, 2019

Piring Hitam



Ini adalah beberapa keping piring hitam yang dibeli sepanjang setengah tahun 2019. Ada lagi yang lainnya. Tetapi samada ianya dah pernah dibuat ceritanya ataupun ianya bukanlah didalam senarai kegemaran.

Tetapi yang 4 ni memang beli kerana minat. Lama dah cari tetapi baru ni dapat dengan harga yang mampu milik. Kononnya nak buat gila format. Sayangnya 3 daripada 4 album di atas tak tau kemana dah hilang kaset-kasetnya. Yang Waysted tu memang tak ada, Dulu pun sekadar pinjam kawan - kawan.

Makanya kalau ada yang nak jual kaset-kaset di atas, roger-roger la yer...😀



Thursday, December 1, 2016

Save Your Prayers

Lagi yang menyambut ulang tahun ke 30 pada tahun ini...



Waysted - Save Your Prayers (1986)

Rasanya tak ramai yang tahu pasal album ini. Ianya bolehlah dikatakan sebagai hidden gems bagi kategori genre melodic hard rock di tahun 80an. Lagu-lagunya bagus tetapi tak pasti dimana silapnya mereka tidak mendapat sambutan.

Kalau ikut nama, mereka sememangnya band yang ada nama. Waysted adalah band Pete Way, pengasas UFO bersama gitarist Paul Chapman yang juga bekas anggota UFO. Mereka juga menjadi band pembukaan untuk Iron Maiden - Somewhere In Tour. Tetapi sememangnya nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka berpecah tidak lama selepas dari itu. Pete Way kembali kepada UFO. Paul Chapman tenggelam selepas itu manakala vokalisnya, Danny Vaughn dengan Tyketto dan drummernya Johnny Dee bersama Britny Fox


Bagaimana saya mengenali mereka. Ceritanya pernah saya tulis kira-kira 7 tahun yang lalu. >SINI
Sebagai bekas konon-kononya pemain bass, saya cukup sukakan gambar cover album ini. Cdnya adalah antara yang terawal saya cari bila saya mengenali apa itu ebay. "Heaven Tonight" sehingga kini menjadi antara lagu melodic hard rock/AOR yang paling saya gemari.





Saturday, June 20, 2009

Waysted - Heaven Tonight



Pernah dengar Waysted?...ramai yang tak tau kan...UFO band Micheal Schenker kenal? sebenarnya ini adalah band bassist UFO iaitu Pete Way..

1st time dengar lagu ni kat tape video Kerrang Compilation 2 penghujung thn 80an dulu...tapi masa tu tak tau apa2 pasal waysted...masa kat ITM...terjumpa sorang budak Taman Tun Aminah Jb yg bukan mat rock tapi ada jaket jeans Guns N Roses yg sebijik macam Axl pakai (selalu aku jeles tengok dia pakai..)..dan lebih peliknya dia ada kaset Waysted - Save Your Prayers..aku pun tak tau macamana ada 2 benda rock ni kat budak yang tak rock...haha..dan aku pun tak pernah nak tanya dia...akhirnya dekat satu semester kaset ni duk dalam bilik aku (jaket je tak...puas pujuk...hehe)...tak tau kenapa...tapi aku suka lagu ni..

Heaven Tonight

standing at the crossroads hear the cry of liberty
when will old lady luck shine a light for me
send me down and angel to help me find a way
thru the long cold lonely nights
where many dreams are made

they lead you to temptation make it hard not to follow
many footsteps down that road death joy & sorrow
falling in and out of love never asking why
taking it as it comes your way never once looking back

If i could hold this moment in my hand
tonight i know could not let it go
thats why i keep on searching til I find
just might destroy myself but never mind
I'll be in heaven tonight
be in heaven tonight

there ain't a stand you can't withstand
burns you to the core you try & try but can't run away
frozen to the floor
well I take you up & spin you around make you feel like heaven
there ain't no detour along that road although you think you might need it

If i could hold this moment in my hand
tonight i know could not let it go
thats why i keep on searching til I find
just might destroy myself but never mind
I'll be in heaven tonight
be in heaven tonight


lagu ni ada 2 versi...tp aku suka yg Danny Vaughn nyanyi

Waysted are :
Danny Vaughn - Vocals (lepas Waysted join Tyketto)
Paul Chapman - Guitar (ex-UFO...penganti Michael Schenker)
Pete Way - Bass
John Diteodoro - Drums