Showing posts with label Warrant. Show all posts
Showing posts with label Warrant. Show all posts

Monday, December 15, 2025

Hati gembira poket menangis


2 yang di atas di beli pada pada 3 minggu yang lepas di JB Collector Market. 

Manakala 2 yang di bawah di beli pada beberapa bulan yang lepas tetapi sampai sekarang plastiknya pun masih tak berbukak. Hobi membeli muzik secara fizikal  adalah satu penyakit 😁

#Hatigembirapoketmenangis

Friday, December 16, 2022

Dog Eat Dog

 Antara yang terkini dalam simpanan...

Warrant - Dog Eat Dog (1992)

Dulunya tak pernah dengar pun. Membeli dan mendengar album seperti ini boleh dianggap telah melanggar undang-undang seorang "TRUE"… hahaha…

Tapi sekarang memang mencari. Agak susah juga untuk mendapatkannya terutama bagi versi piring hitam. Kalau ada pun harganya jenis pergi haji balik hari. Bila dapat tahu yang ianya akan di"reissue" memang terus rasa teruja. Sayangnya pencarian di beberapa website menjual piring hitam termasuk Amazon dan Ebay gagal. Pre-order pun tak dapat. Dasyat juga penangan album ini. 1,500 keping yang di reissue sold out dalam sekelip mata. 

copy yang ke 405 dari 1500

Ketika itu dah terbayang dah, kalau dapat pun mesti dari reseller harga yahudi. Tapi akhirnya tanpa disangka-sangka boleh pula ada di Shopee. Tempat yang langsung tak diduga. Rupa-rupanya Hard Graft Records ada bawa masuk sekeping. Memang rezeki lah namanya. 

Warrant pada ketika itu muziknya sedikit berbeza dari album sebelumnya (Cherry Pie -1990). Ianya lebih berat dengan lirik yang lebih matang. Mereka bukan lagi sekadar sebuah party band. Kali ini, Joey Allen dan Erik Turner membuktikan yang mereka sebenarnya adalah 2 gitaris hebat walaupun hak mereka dinafikan penerbit album untuk 2 album yang awal. 

Sayangnya ketika itu mana-mana band yang ada kaitan dengan glam/hair metal telah dianggap ketinggalan zaman. Orang-orang seperti saya yang dulunya tak mengambil tahu, baru sekarang tergegeh-hegeh nak dengar. Sebenarnya banyak band-band sebegini telah menghasilkan album-album yang berkualiti pada tahun 90an. Mungkin itu antara penyebab mengapa ianya laris bagai goreng pisang panas pada waktu sekarang.


Friday, September 17, 2021

Dog Eat Dog

 Lagi pendegaran rambang sambil bekerja dari rumah...

Warrant - Dog Eat Dog (1992)

Tak ingat kenapa tak beli kasetnya pada ketika ianya dikeluarkan dulu. Tengah kemaruk dengan muzik yang lebih extreme atau mungkin juga kasetnya ini tidak pernah sampai ke bumi Malaysia. Tak pasti.

Tetapi yang pastinya baru-baru ini sahaja dapat berpeluang mendengarnya secara betul. (Panic buying musim PKP punya penangan...haha..).

Dog Eat Dog diterbitkan ketika tahun-tahun grunge adalah muzik rock yang mainstream dan hard rock seperti Warrant pula adalah genre muzik yang tidak lagi "cool" untuk anak muda pada zaman tersebut. Banyak yang menjadi mangsa dan sayangnya banyak juga album-album yang bergenre sebegini sebenarnya sangat bagus. Dog Eat Dog adalah salah satu darinya.

Album ini sebenarnya agak berbeza dengan 2 album awal mereka. Usia yang semakin matang dan pemilihan producer yang berlainan rasanya memainkan peranan. Sound mereka lebih berat dan matang. Michael Wagener sebagai penerbit sememangnya berlainan dengan Beau Hill yang biasanya lebih kearah sound bersih dan pop. Tambahan pula ini kali pertama gitaris mereka, Erik Turner dan Joey Allen di beri peluang untuk memainkan sendiri lagu-lagu mereka di studio berbanding Beau Hill yang lebih gemar memanggil pemuzik jemputan untuk rakaman 2 album awal mereka. 

Dog Eat Dog bolehlah dikatakan sebagai album balas dendam. Selepas di "cop" sebagai cheesy dengan Cherry Pie, Dog Eat Dog adalah sisi gelap Warrant. Mereka membuktikan yang mereka bukanlah sekadar glam party band. Sayangnya kegagalan album ini dipasaran menyebabkan mereka tidak dapat bertahan. Jani Lane menyanyi solo manakala Joey Allen dan Steven Sweet meninggalkan band. Walaupun mereka ada reunion beberapa tahun kemudiannya... tetapi keadaan dan masanya tidak lagi akan menjadi sama.

Kalau anda pengemar muzik hard rock seperti saya, Dog Eat Dog adalah antara yang anda patut cari dan dengar. Salah satu yang album terbaik untuk genre sebegini pada dekat 90an. Sayangnya saya sendiri pun ketinggalan keretapi...


Tuesday, March 12, 2019

Gila Format - Cherry Pie


Warrant - Cherry Pie (1990)



Satu lagi yang berjaya di "gila format" kan. Tapi ini bukanlah album kegemaran seperti gila format yang lainnya. Ianya lebih kepada nasib terjumpa tanpa disengajakan.

Versi cd memang dah lama dibeli untuk koleksi Warrant. Ianya lebih kepada nilai nostalgia dan beberapa lagu yang menarik didalamnya. "Uncle Tom's Cabin" contohnya.

Tetapi yang lp dan kaset lebih kepada kebetulan terjumpa dengan harga yang agak munasabah. Versi lp dibeli dari seorang rakan di suatu acara jualan di Nusajaya. Manakala versi kaset pula hanya beberapa minggu lepas terjumpa di Facebook.



Senang cerita, mana-mana album walaupun bukanlah kegemaran, kalau terjumpa dengan harga yang munasabah dan ada pula nostalgianya...memang ter"gila format"lah jawapnya...



Wednesday, February 20, 2019

Dirty Rotten Filthy Stinking Rich

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 31hb Januari yang lalu...


Warrant - Dirty Rotten Filthy Stinking Rich (1989)

Dah pernah buat entri pasal album dulu. Kalau rajin boleh cari. Tak apa lah. Sempena 30 tahun buat lagi sekali.

Penghujung 80an atau awal 90an kalau beli majalah rock/metal memang tak boleh lari dari nampak gambar dan artikel pasal mereka. Maklumlah muka semua memang boleh jual. Mereka antara band yang sempat mencapai kegemilang dari generasi Sunsetstrip yang kedua.


Saya tidak pernah memiliki kasetnya. Pinjam dari abang. Kurang berminat. Tapi ada juga lagu-lagunya yang saya layan. Sedap juga. Muzik mereka memang pop dan catchy. Mendiang Jani Lane sememangnya seorang yang sangat berbakat. Semua lagu adalah ciptaan beliau. Bolehlah dikatakan Warrant itu adalah Jani Lane.

Baru-baru ini saya ada terbaca temuramah Beau Hill, producer untuk album ini. Beliau mengakui ada bahagian gitar yang telah di "touch-up" oleh gitaris jemputan. Beliau merasakan gitaris Warrant, Erik Turner dan Joey Allen tidak setanding dengan hero-hero gitar pada ketika. Maklumlah zaman tu, antara kriteria untuk album meletup, setiap band mesti mempunyai gitaris yang bagus.


Bagi Beau Hill, bekerja dengan Warrant memang mudah. Semuanya terletak pada Jani Lane. Anggota yang lain hanya mengikut. Tidak berlaku perebutan lagu siapa yang patut di rakam. Sebab itu saya katakan tadi Warrant adalah Jani Lane.

Senang cerita album ini khas untuk peminat balada rock dan pop metal sahaja.





Monday, April 25, 2016

The Best of Warrant

Yang dah 20 tahun pada 2hb april yang lalu...


Warrant - The Best of Warrant (1996)

Zaman dulu lebih mudah.Ketika saya mula terjebak mendengar muzik rock dan heavy metal pada pertengahan 80an dahulu, semua band berambut panjang dengan bunyi gitar berdistortion akan dipanggil sebagai band rock ataupun heavy metal. Tak kisah apa genre dan tiada juga istilah true dan poser.

Tetapi menjelang penghujung 80an dan awal 90an mendengar band seperti Warrant seolah-olah menjadi satu kesalahan. Kalau tak nak digelar poser memang kena dengar secara menyorok. Awalnya, saya juga begitu. Satu fasa yang biasa dilalui oleh seorang remaja. Tetapi lama kelamaan saya lebih selesa mendengar apa yang saya suka. Pedulikan apa orang nak kata.

Warrant adalah antara band yang cemerlang dari generasi kedua hair/glam metal. Album pertama mereka, Dirty Rotten Filthy Stinking Rich mendapat tahap double platinum. Album kedua,Cherry Pie pun begitu juga. Secara keseluruhannya lebih 10 juta unit album mereka terjual di serata dunia. Satu pencapaian yang hebat untuk sebuah band seperti mereka.

Tetapi mereka juga adalah antara yang disalahkan sebagai punca kejatuhan glam/hair metal. Cerita Jani Lane berkenaan poster besar mereka di pejabat syarikat rakaman digantikan dengan poster Alice In Chains menjadi antara cerita popular dalam kisah zaman kejatuhan glam/hair metal.



The best of Warrant pada saya adalah permulaan terbaik jika anda baru nak berkenalan dengan muzik mereka. Semua lagu-lagu hits dan terbaik mereka ada di dalamnya.  "Heaven", "Cherry Pie", "Down Boys", "Sometimes She Cries", "Uncle Tom's Cabin", "I Saw Red" dan juga cover "We Will Rock You" dari soundtrack filem Gladiator (1992).

Mereka memang bagus terutamanya vokalis mereka, mendiang Jani Lane. Kebolehannya mencipta lagu dan vokal yang baik menjadi satu asset yang penting untuk Warrant. Tetapi mereka tiada gitar hero. Gitaris mereka, Joey Allen tidak pernah mencapai taraf seperti C.C. Deville dari Poison contohnya. Pada saya ianya menjadi satu kekurangan buat Warrant.

Kini dengan ketiadaan mendiang Jani Lane, Warrant tidak akan sama walaupun mereka masih aktif sehingga kini. Pada saya Warrant adalah Jani Lane. Period!







Saturday, March 7, 2015

Ultraphobic

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 7hb Mac.


Warrant - Ultraphobic (1995)

Seperti yang anda sedia maklum, Grunge adalah antara punca kejatuhan genre hair metal. Dan Warrant adalah antara band yang terkena tempiasnya. Seperti yang diceritakan oleh mendiang Jani Lane, bila poster besar mereka di pejabat syarikat rakaman Columbia digantikan dengan poster Alice In Chains. Mereka sedar zaman kegemilangan mereka telah pun berakhir.

Lebih menyedihkan, selepas Dog Eat Dog (1992) gagal di pasaran. Kontrak rakaman mereka turut ditamatkan. Dan mereka pun berpecah. Ultraphobic adalah cubaan mereka untuk kembali. Lebih aneh, mereka kembali dengan genre muzik yang pernah menghancurkan mereka iaitu Grunge!

Sudah pasti bunyinya lain. Tambah pula kini mereka tanpa Joey Allen (gitar) dan Steven Sweet (drum). Mereka digantikan dengan 2 bekas anggota Kingdome Come, Rick Steier dan James Kottak. (ni sebelum Kottak masuk Scorpions)

Bagi mereka yang biasa dengan Warrant era "Heaven" atau "Cherry Pie" mungkin akan susah untuk hadam. Kali ini sound mereka memang mirip dengan sound grunge dari Seattle. Banyak antara lagu-lagunya kedengaran seperti lagu-lagu dari Alice in Chains. Malah lirik-lirik mereka juga agak "moody" dan "depress" mungkin mengambarkan keadaan Jani Lane yang baru berpisah dengan isterinya,  Bobbi Brown (model video clip "Cherry Pie").


Walaupun saya sebenarnya agak kurang gemar, maklumlah jatidiri muzik rock, heavy metal 80an masih menebal dalam diri tetapi perlu diakui album ini sebenarnya bagus. Mungkin kalau namanya bukan Warrant dan berasal pula dari Seattle, Ultraphobic mungkin akan menjadi hit kerana pada saya ianya adalah setanding atau mungkin lebih bagus dari mana-mana album Alice in Chains.

Kurang sesuai untuk yang masih bernostalgiakan era glam metal tetapi lagu-lagu seperti "Sum Of One", "Chameleon", "High", "Undertow" sebenarnya bagus malah pada saya "Stronger Now" adalah sebuah balada yang setanding dengan "Heaven".

Boleh cuba jika anda pengemar grunge.



Saturday, August 13, 2011

Jani Lane

Baru jer aku post entri pasal Warrant...tup2 aku dapat berita yang vokalistnya Jani Lane dah meninggal....kebetulan pulak kan...

"According to TMZ.com, former WARRANT singer Jani Lane was found dead earlier this evening (Thursday, August 11) at a Los Angeles-area hotel. He was 47 years old.

Lane was pronounced dead by Fire Department personnel who responded to a call shortly before 5:30 p.m. in the Comfort Inn in the 20100 block of Ventura Boulevard in Woodland Hills, California, the Los Angeles Police Department said.

The cause of death was unknown, and the case was turned over to the Los Angeles county coroner's office, LAPD officer Sara Faden told the Los Angeles Times.

Lane was married three times and is survived by a wife and four children."



John Kennedy Oswald
February 1, 1964 - August 11, 2011


Perginya seorang lagi rocker yang lagu2nya menjadi soundtrack ketika aku meningkat remaja...

aku tinggalkan entri ni dengan lagu yang mengenalkan aku kepada Warrant..."Heaven"...antara lagu slow zaman penghujung 80an yang aku suka...masih teringat rakam lagu ni kat tv5 singapore masa Warrant perform live kat MTV Music Award...tahun 1990 kot kalau tak silap...sampai sekarang masih aku simpan tape VHS tu...dan ini antara lagu yang kalau aku bukak kat kereta zaman2 baru kawin dulu wife tak suruh slowkan volume....

Thanks Jani for all the memories...

Warrant - Heaven (Official Music Video). Watch more top selected videos about: Warrant (1975 film)

Friday, August 12, 2011

Dirty Rotten Filthy Stinking Rich

Ok la untuk tak menghampakan permintaan seorang bapa yang sedang berpuasa (malam juga..heheh)...ni entri untuk Encik Jairo...(ada lagi nak rekues ker?...WASP electric circus dah...Skid Row Slave To The Grind pun dah...Poison tak mau ker??...auuuu)



Pertama sekali aku nak cakap....aku rasa ramai mat metal kat luar sana tak ambik serius dan siap mencebik bibir bila sebut Warrant (dan lain2 band hair metal amnya)...kerana imej spandex hair spray gincu pretty boy make-up tebal dorang...tapi kalau kita tolak tepi pasal imej...dengar betul2 muzik dorang...boleh tahan jugak sebenonya muzik dorang ni...

Dirty Rotten Filthy Stinking Rich bukanlah yang terbaik dari genre hair metal....tapi memang ada momentnya...bagi aku sendiri yang membesar di tahun2 80an...membaca Kerrang,Metal Edge dll masa late 80's khususnya...memang aku tak dapat lari dari Warrant...dorang bersama2 Poison dan Skid Row memang poster boy la...selak majalah2 rock tu jam mesti ada muka dorang...

Warrant ni boleh katakan generasi ke 2 hair metal...selepas zaman2 Motley Crue, Twisted Sister, Dokken, Ratt, WASP dll...apa yang aku ingat abang aku yang kenalkan Warrant ni...tu jam setiap kali dia balik kampung sure ada bawak kaset rock baru...tapi sebenonya ketika itu aku dah mula layan metal yang lebih keras...jadi ketika tu takder la beriya2 sangat aku ngan Warrant ni...tapi lagu2 seperti "Down Boy","Heaven", "Sometimes She Cries" "DRFSR" adalah sebab utama aku mendengar kaset DRFSR ni...walaupun tak sebest Poison...kira boleh tahan jugak la..



Dorang bukanlah yang jenis teknikal sangat macam White Lion...muzik dorang simple...heavy gitar...pop...big chorus...catchy...muka mesti hensem...formula band2 hair metal lewat 80an...zaman ni dorang memang top la...mungkin strategi syarikat rakaman menggunakan Beau Hill yang terkenal ngan Ratt sebagai producer menjadi...

Gitarist dia Joey Allen dan Erik Turner tu boleh tahan gak...walaupun tak la sebest gandingan Warren DeMartini dan Robbin Crosby (Ratt)..apa yang aku ingat dulu2 aku suka artwork kat gitar dorang berdua ni...cantik2...tu jam dorang pakai BC Rich kalau tak silap...

aku tak pernah ada versi kaset...pasal tu jam zaman tengah budak sekolah...budget terhad...keutamaan diberikan pada kaset2 yang lebih heavy...Warrant bukanlah keutamaan bagi aku...tapi tetap aku enjoy dengan lagu2 dia...dan bila aku terjumpa cd ni...aku terbeli jugak pasal mengenangkan memori zaman2 remaja aku...terutama lagu Heaven...memang sedap arr...catchy...ntah berapa kali ntah aku guna untuk tuju lagu kat awek...hahaha..



tak kisah la orang nak cakap apa...aku rasa genre hair metal adalah 100% lebih baik dari muzik yang ntahapahapa sekarang ni...dan ikhlasnya aku lebih prefer dorang dari grunge...letih la nak layan emo...rock n roll supposed to be fun...Dirty Rotten Filthy Stinking Rich memang fun party album...

so takder hal beb...aku memang layan Warrant...jom pinjam lipstick bini...heheh..