Showing posts with label WASP. Show all posts
Showing posts with label WASP. Show all posts

Saturday, March 7, 2026

Hati gembira poket menangis 3


Europe - Out of This World dan Judas Priest - Painkiller adalah hasil dari sabar menanti diskaun 22% dari Shopee. Slayer - Reign in Blood pula dengan diskaun 20%. 

W.A.S.P. - Inside the Electric Circus adalah hasil jualan murah Rarewaves. Mungkin harga jatuh kerana album ini akan direissue sekali lagi tetapi di dalam versi Record Store Day pada bulan April nanti.

Faster Pussycat - Wake Me When It's Over pula tak ada diskaun. Ianya reissue terkini dari Music on Vinyl. Tapi yang paling teruja sekali sudah semestinya Megadeth - Super Collider. Tak sangka pula ianya back in stock di Juno. Memang "please take my money"... 

(Kemaskini terkini, tinggal lagi 3 nak complete discography album studio Megadeth. Haraplah ianya akan ada versi reissue satu hari nanti...)

Sunday, April 20, 2025

The Headless Chidren

Remembering my youth - 36th anniversary

W.A.S.P. - The Headless Children (15/04/1989)

Asalnya tak minat. Mereka dah berubah menjadi lebih matang sedangkan peminat remaja seperti saya pada ketika itu masih belum mahu berubah. Munculnya genre thrash pada ketika itu menambahkan lagi penyebab. 

Tetapi semakin berusia semakin saya menghargai album ini. Ianya sekarang menjadi antara album kegemaran.

Antara album yang di dalam perhatian untuk di upgrade ke versi piring.


Saturday, November 7, 2020

The Wizard... Ken Hensley

Semakin hari semakin ramai hero zaman kita budak-budak telah tiada. Kita pun dah jadi bapak budak apatah lagi mereka. Kali ini dikejutkan pula dengan satu lagi berita sedih terutamanya bagi peminat Uriah Heep. 2 bulan lepas Lee Kerslake, kini kita dikejutkan pula dengan berita kematian seorang lagi lagenda rock iaitu Ken Hensley.


Untuk sesiapa yang masih tak tahu, beliau adalah suara disebalik lagu klasik rock Uriah Heep - Lady In Black. Selain hebat bermain keyboards, beliau juga adalah pemain gitar, pencipta lagu dan penerbit album. Beliau juga adalah lejen Hammond Organ sama seperti Jon Lord. Kini kedua-duanya telah tiada 😢

Dulu-dulu memang tak minat sangat rock dengan keyboards, tetapi beliau bersama Jon Lord (Deep Purple) dan Jens Johansson (Yngwie Malmsteen) telah banyak mengubah pandangan tersebut.


Tak banyak muzik Ken Hensley yang ada dalam simpanan. Tapi rasanya ramai yang tak tahu yang beliau bermain keyboards untuk W.A.S.P - The Headless Children dan bermain Hammond Organ untuk 4 lagu dalam Cinderella - Heartbreak Station.


"Ken Hensley wrote the rule book for heavy metal keyboards as far as I'm concerned." - Blackie Lawless (W.A.S.P)

  

Thanks for the music sir

Kenneth William David Hensley

 (24 August 1945 – 4 November 2020) 



Thursday, October 27, 2016

Inside The Electric Circus

Sebuah lagi album yang menyambut ulangtahun yang ke 30 pada bulan Oktober ini


W.A.S.P - Inside The Electric Circus (1986)

Lagi album yang mengamit kenangan zaman remaja. Penghujung 1986 adalah tahun yang saya betul betul terjebak dengan muzik rock dan heavy metal. Inside The Electric Circus adalah salah satu darinya.

Pada saya Inside The Electric Circus adalah penamat era sound raw metal 80an mereka. Bermula dari album yang berikutnya The Headless Children, mereka telah sedikit berubah.


Bolehlah dikatakan ini adalah album mereka yang paling "pop" dan catchy. Maka tak hairanlah jika ianya adalah album mereka yang paling laris jualannya sehingga kini.

Banyak sangat lagu sedap dan banyak sangat memori tentangnya. I Dont Need No Doctor dan Sweet Cheetah adalah antara yang wajib bagi saya. Untuk baca kenangan lama saya tentangnya, sila klik >SINI<.





Thursday, November 19, 2015

The Last Command

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 9hb November yang lalu...(seusia dengan album Twisted Sister - Come Out And Play)


W.A.S.P - The Last Command (1985)

Tak pernah ada kasetnya dulu. Sebab itu ianya agak kurang nilai nostalgia. Saya lebih menyukai album pertama, W.A.S.P. (1984) dan album ketiga, Inside the Electric Circus (1986). Mungkin kerana 2 album tersebut lebih awal saya dengar berbanding The Last Command.

Walaupun begitu jika anda pengemar muzik heavy metal 80an, The Last Command mungkin akan menepati citarasa anda. Tambah pula ianya mengandungi lagu (Wild Child) yang agak dekat dihati peminat lagu-lagu rock melayu 80an. Ianya bukan lagi satu rahsia darimana asalnya lagu "Anak Liar".


Tetapi yang pastinya ramai tidak tahu yang lagu ini asalnya Blackie Lawless mahu berikan kepada Motley Crue. Tetapi atas alasan tidak sesuai dengan suara Vince Neil, Nikki Sixx menolak. (tetapi SJY tidak...hahaha..). Mungkin rezeki mereka, akhirnya ianya menjadi salah satu lagu popular bagi W.A.S.P.

W.A.S.P memang sedikit berbeza dengan band-band seangkatan dengan mereka. Muzik mereka lebih gelap, suram...sesuai dengan gaya suara Blackie Lawless. Ttetapi lagu-lagu mereka sering memiliki chorus yang sangat catchy. Ada beberapa lagu yang menarik perhatian saya diantaranya lagu perlahan/mid tempo "Cries In The Night" dan "Widowmaker". Serta yang lebih rancak seperti "Ball Crusher" dan "Blind in Texas". "Cries In The Night" tu bahagian melodic solonya memang cukup berhantu.


Antara yang terbaik dari W.A.S.P.  Tetapi tahukah anda album ini pernah kena ban di Norway?....





Sunday, August 17, 2014

W.A.S.P.

Hari ini, 17hb Ogos...adalah ulangtahun ke 30 album heavy metal klasik ini....


W.A.S.P. - W.A.S.P. (1984)

Sebuah lagi album yang mempengaruhi saya di zaman budak-budak. Walaupun album pertama dari mereka yang saya dengar adalah Inside the Electric Circus (1986) tetapi lagu "L.O.V.E. Machine" dari album ini adalah lagu pertama dari mereka yang saya tahu. Mendengarnya dalam satu kaset kompilasi versi "Apache" dan kemudian berpeluang pula menonton video clipnya di zaman kegemilangan tape VHS Kerrang! Video Kompilation.

Zaman tersebut, zaman baru akil baligh, zaman baru nak up, zaman youth gone wild....imej ganas mereka memang mudah memikat hati budak-budak nakal seperti saya. Adalah lebih "cool" menyonteng dinding sekolah dengan perkataan "We Are Satan People" berbanding Duran Duran...hahaha...

Saya tidak pernah memiliki album ini dalam bentuk kaset. Tetapi saya mempuyai kaset best of W.A.S.P. versi "apache" yang  didalamnya mengandungi majoriti dari album ini. Bagi saya 3 album awal mereka (W.A.S.P., The Last Command, Inside the Electric Circus) adalah yang paling best. Sound raw heavy metal 80an. Mereka mula bereksperimen dengan sound yang baru selepas dari itu (The Headless Children).


Jika anda peminat SYJ, sudah pasti tidak sukar untuk anda mengemari W.A.S.P. dan album pertama mereka ini. Memang jelas sound dan imej SYJ sememangnya diciplak dari W.A.S.P. Mungkin juga nama band yang menggunakan huruf itupun adalah berinspirasikan W.A.S.P.

Saya rasa ramai yang tahu yang "Anak Liar" diciplak dari "Wild Child" tetapi mungkin ramai yang tidak tahu dan tak perasan ada lagi yang mereka ciplakkan. Cuma dengarkan "The Flame" dari album ini dan bandingkan dengan "Gadis" dari album Sofea - Anak Liar (1988). Suratan atau kebetulan?...heheh...

Kesimpulannya...jika anda pengemar sound raw heavy metal 80an, muzik yang keras tapi melodic, lagu-lagu seperti "I Wanna Be Somebody", "L.O.V.E. Machine","The Flame", "Hellion", "School Daze" dan lagu power ballad "Sleeping (In the Fire)" pasti akan menjadi kegemaran.

Kuatkan volume anda...ini memang terbaik!








Tuesday, May 27, 2014

First Blood Last Cuts

Antara band heavy metal 80an yang menghasilkan album kompilasi pada 20 tahun yang lalu...


WASP - First Blood Last Cuts (1994)

Visual pertama WASP saya adalah video clip "L.O.V.E. Machine" dari tape VHS Kerrang Kompilation 1. Tak pasti mungkin dalam tahun 1986 atau 1987. Pada ketika itu mereka bersama-sama Twisted Sister dan Motley Crue (era sehingga Theater of Pain) pada saya sungguh ganas dan menyeramkan imejnya. Kalau zaman tu rasa macam tak jauh pun imej mereka kalau nak dibandingkan dengan band-band yang lebih extreme seperti Slayer, Venom ataupun Celtic Frost contohnya. Sama jer setan.

Cuma mungkin dari segi muzik dan liriknya yang ada perbezaan. Tapi band yang extreme pun tak letak tajuk lagunya "Animal (Fuck Like a Beast)". Mereka jer yang buat. Sebenarnya inilah suatu yang menarik tentang album kompilasi ini. Lagu "Animal (Fuck Like a Beast)" sememangnya tak terdapat didalam mana-mana album studio WASP walaupun ianya merupakan single pertama mereka. Lagu ni dibuang oleh syarikat rakaman dari album pertama mereka bagi mengelakkan sebarang kontroversi. (tapi untuk versi reissue 1998 lagu ni ada)


Selain itu, kompilasi ini juga ada 2 lagu baru yang pada ketika itu tiada dalam mana-mana album mereka yang lainnya. "Sunset and Babylon" dan "Rock and Roll to Death". Lain-lainnya lagu wajib mereka yang perlu anda dengar seperti "L.O.V.E. Machine", "I Wanna Be Somebody", "Wild Child" , "I Don't Need No Doctor" dan lain-lain termasuk slow rock berhantu "Forever Free" dan "Hold on to My Heart".

Tapi seperti biasa mana-mana album kompilasi pun, pastinya ada lagu yang kita suka tetapi tiada. Untuk kes ini bagi saya adalah lagu "Sweet Cheetah".

Bagi sesiapa yang baru nak dengar WASP, album kompilasi ini adalah satu permulaan yang baik.





Monday, December 10, 2012

The Crimson Idol

Lagi yang menyambut ulang tahun ke 20


W.A.S.P. - The Crimson Idol (1992)


Asalnya ini bukanlah album W.A.S.P. tetapi merupakan projek solo Blackie Lawless. Tetapi atas kehendak peminat dan syarikat rakaman mereka menggunakan juga nama W.A.S.P. Untuk makluman ini merupakan konsep album.

Kebanyakan album tahun 90an yang dihasilkan oleh band2 rock/metal 80an, jarang memuaskan hati saya. Ambik contoh Motley Crue, Dokken malah Metallica atau Slayer sekalipun. Tetapi The Crimson Idol berlainan. Blackie tidak menjadi komersil. Saya sememangnya amat menyukai album ini. Mungkin bagi die hard W.A.S.P mereka sedikit kecewa kerana ketiadaan Chris Holmes. Tetapi bagi saya ianya mungkin blessing in disguise.

Bob Kulick (Kiss) mengalas tugas menyolo dengan baik sekali. Malah rasanya lebih baik dari Chris. Ada antara solo melodicnya mengingatkan saya kepada Iron Maiden. Itu tak pelik kerana mereka di bawah pengurusan yang sama. Sebenarnya ini bolehlah dikatakan sebagai supergroup juga kerana drummernya juga bukannya calang2 oarang...Frankie Banali dari Quiet Riot.



Bagi saya selain Savatage - Streets, A Rock OperaQueensryche - Operation: Mindcrime dan Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son, ini adalah konsep album rock/metal terbaik sepanjang zaman dan mungkin jugak album terbaik W.A.S.P.

Ok la...saya akui jalan ceritanya yang berkisar pasal rockstar memang agak cliche dan cheesy. Tapi lagu2nya memang  sedap. Walaupun cuma tinggal Blackie, sound masih tetap W.A.S.P. Lagu2 seperti The Invisible Boy, Chainsaw Charlie,  I Am One, Doctor Rockter memang terbaik. Dan yang paling berhantu pada saya dah tentulah lagu slow Hold On To My Heart...memang klasik!

REKOMENDED!



Thursday, February 18, 2010

Inside The Electric Circus

Atas permintaan En Jairo…(tak cukup Mat Rock la kalau gua takder cd ni…<---- sila baca dgn nada riak cdwi …huhu…) aku persembahkan WASP Inside The Electric Circus



Dulu2..masa zaman2 awal 80an..pada aku…2 band ni iaitu Twisted Sister dan WASP adalah band yang paling ganas dari segi imej dan dressing dorang…dengan chain saw semua...ganas sungguh...Motley Crue pun ada skit2 ganas2..tapi muka dorang jambu2 la...tak macam WASP dan Twisted Sister...muka pun ganas...ni sebelum zaman2 band rock terpengaruh imej glam dengan lipstick macam Poison…sekali tengok memang menakutkan…kalau mak bapak aku terjumpa la kaset ada gambo dorang ni dulu…harus kena bakar semuanya…tapi tu la…bila 1st time dengar lagu2 dorang ni…laaaaa…gitu ajer ker…tak ganas pun…jangan menghakimi buku kerana kulit luarnya…hihi



WASP…ntah apa la maknanya…dedulu budak sekolah aku cakap We Are Satan’s People..tapi terbaca Blackie Lawless cakap dalam satu interview dia kata We Are Sexual Perverts…yang ke 2 tu betul kot…kalau berdasarkan lirik2 dorang ni…agaknya la

1st time dengar adalah lagu L.O.V.E Machine (aku selalu terpikir lagu C.I.N.T.A – Xpdc tu cidok idea dari lagu ni..betul tak?..)..tapi 1st album yang aku ada adalah Into The Electric Circus ni...dan standardnya di zaman tu dah tentu2 lah versi kaset Apache...



Bagi peminat2 tegar WASP...album no 3 ni bukan lah album terbaik WASP...ramai yang cakap 2 album awal dorang lagi best...betul..aku tak nafikan...tapi album ni lebih peribadi...lebih dekat dan lebih familiar dengan aku...sebabnya ia adalah antara album2 yg sering berputar kat radio kaset aku zaman2 aku sekolah dulu...

Album ini jugak merupakan penampilan pertama Blackie Lawless bertukar posisi dari bass ke gitar...setelah gitaris asal dan antara pengasas WASP En Randy Piper meninggalkan mereka...Komen Blackie pasal ni yang boleh dibaca kat inlay cd remastered aku ni adalah..."eleh..2 album pertama tu pun kebanyakan track gitar memang gua dan Chris Holmes yang main"...gitu la lebih kurang dia cakap...hehe..



Satu yang menarik WASP ni dah tentu2lah suara vocalistnya Blackie Lawless...unik arr suara dia...kasar...memberi kelainan daripada berlambak2 band rock zaman tu yang kebanyakan vocalistnya suara halus dan mengada2 (meminjam kata2 En Bentara Kremaut)...kalau korang dengar betul2 lagu2 WASP ni...tentu korang tau daripada mana SYJ/Sofea dapat pengaruh...

Banyak lagu best dalam cd ni...antaranya yang paling popular adalah I Dont Need No Doctor..aku dulu tak tau pun lagu ni lagu cover...banyak info cakap cover dari Humble Pie pasal dorang yg popularkan kagu ni tahun 70an dulu...tapi sebenonya lagu ni lagu Ray Charles dari tahun 60an...tak pernah pulak aku dengar versi asal ni..tapi mula2 dulu aku ingat ni lagu ori WASP...pasal melodinya macam sama jer ngan lagu2 lain ciptaan Lawles/Holmes...



tapi lagu yang paling aku suka adalah Sweet Cheetah...layan ar lagu ni...selain tu lagu2 seperti Restless Gypsy, Mantronic, 9.5 - N.A.S.T.Y, I'm Alive dan Inside The Electric Circus pun best jugak..

Aku rasa sapa2 yang minat Motley Crue (era sehingga Theater Of Pains) atau Twisted Sister atau mungkin jugak SYJ atau peminat rock kapak umumnya...pasti senang nak hadam lagu2 WASP ni...cuma aku rasa WASP ni mungkin lebih heavy dari band2 glam yang lain..tapi tak cukup heavy nak duk dalam kem band2 macam Metallica dll...kira dorang tengah2 kot..

Oh yer...ruangan gossip skit...jangan tak tau...gitaris Chris Holmes tu dulu suami kepada Lita Ford...nyum..nyum...nyum..muka pecah pintu camgini pun dapat Lita Ford?..ceh!!!..apa?...tak kenal Lita Ford?..adeiii...google sendiri ahh..