Dah menjadi satu trend untuk band atau penyanyi merakamkan semula lagu lama mereka. Kali ini giliran Voivod. Ianya adalah hadiah bersempena ulangtahun mereka yang ke 40. Dan sudah semestinya mereka cuba untuk berlaku adil kepada versi lagu asal dengan memberikan sound dan produksi yang lebih bagus.
Mereka memilih untuk merakamkan satu lagu dari setiap album mereka yang popular (bukan semua album). Tetapi yang menarik untuk saya adalah "Condemned To The Gallows". Ianya tiada didalam mana-mana studio album kecuali dari album kompilasi "Metal Massacre V (1984)".
Ianya bolehlah dikatakan kompilasi lagu-lagu popular mereka (walaupun saya mengharapkan mereka merakamkan lagu yang lain dari album "Angel Rat").
Voivod bukanlah sebuah band yang mudah hadam. Jika anda tidak pening dengan album ini, bermakna anda telah lulus dengan cemerlang untuk mendengar album-album studio mereka yang lainnya.
Antara yang tak sangka akan berjaya di"gila format"kan...
Voivod - Angel Rat (1991)
Sebelum ini tak pernah ambil kisah pun pasal lp keluaran Record Store Day. Tetapi bila dapat tahu yang album ini yang akan direissue, ianya menjadi satu pengecualian.
Maklumlah kalau nak cari versi yang asal memang harganya bukan yang mampu milik. Tetapi masalahnya dengan keluaran Record Store Day, ianya tidak akan di jual secara on-line. Kalau nak beli memang kena beli di kedai. Pilihannya bila ianya tidak di bawa masuk oleh mana-mana kedai di Malaysia, samada kirim dengan rakan di luar negara atau mencarinya secara on-line sehari selepas berlangsungnya acara Record Store Day.
Kebiasaannya para scalper pasti akan mengambil kesempatan dengan menjualnya semula dengan harga yang mahal. Tetapi saya bernasib baik. Pencarian saya di Discogs sehari selepas RSD 2022 terjumpa dengan sebuah kedai records di USA yang menjualnya dengan harga sama. Ianya copy terakhir di kedai tersebut. Mungkin itulah namanya rezeki.
Voivod bukanlah sebuah band yang muziknya mudah untuk dihadam. Tetapi bagi saya jika anda berminat untuk mencuba, mungkin album ini adalah permulaanya. Ianya bukan progressif metal yang berat. Malah ianya lebih kepada hard rock. Lebih mudah, lebih lunak dan senang hadam. Sesuai untuk latihan awal sebelum mendengar muzik mereka yang lebih kompleks, lebih psychedelic, lebih futuristic...
Versi kaset dibeli di Muzika Kotaraya Johor Bahru. Versi cd secara on-line. Rindu betul nak lepak-lepak kedai kaset macam dulu-dulu.
** yang tak bestnya versi lp ni terlalu simple. Tak ada inlay/booklet/lirik. Dalam cumanya piring…
Album terbitan tahun 2022 yang kedua berjaya dimiliki...
Voivod - Synchro Anarchy (2022)
Voivod bolehlah dikatakan sebagai sebuah band yang agak
unik. Mereka banyak kali berevolusi dari satu album ke album yang lainnya.
Muzik mereka agak mencabar bagi pendengar biasa. Muzik yang progressif,
avant-garde dan psychedelic sememangnya agak sukar untuk dihadam. Saya sendiri
sering mengambil masa untuk menikmati muzik mereka. Satu-satunya album mereka
yang paling mudah hadam bagi saya adalah Angel Rat (1991). Tetapi ianya
bukanlah album yang diminati oleh majoriti peminat mereka kerana ianya lebih
pop dan mudah.
Synchro Anarchy adalah yang terbaru dari mereka. Masih mengekalkan ciri-ciri yang sama seperti beberapa album sebelumnya. Masih mengambil masa untuk hadam. Setelah 10 kali pendengaran pun masih belum dapat tangkap keseluruhannya. Namun begitu ianya adalah lebih melodic berbanding album sebelumnya, The Wake (2018).
Sememangnya harapan saya begitu. Maklumlah sebagai pengemar Angel Rat sudah tentu saya berharap mereka akan kembali ke zaman tersebut. Tetapi Synchro Anarchy mempunyai “rasa” yang kuat kepada era Nothingface (1989). Sesuatu yang baguslah jika anda pengemar tegar Voivod.
Satu yang menarik tentang mereka bagi saya adalah sound mereka. Walaupun tanpa gitaris asal, Piggy (meninggal dunia pada tahun 2005). Penggantinya, Chewy berjaya menghasilkan sound yang hampir sama. Memang tak akan perasan la bagi yang tak tahu.
lagi pendengaran secara rawak ketika bekerja dari rumah....
Voivod - The Outer Limits (1993)
Jujurnya saya tidak pernah mendengar album ini ketika tahun ianya dikeluarkan. Entah kenapa Voivod secara tiba-tiba hilang dari perhatian. Padahal saya cukup suka dengan album mereka sebelumnya (Angel Rat - 1991). Mungkin juga kerana pada ketika itu saya yang sudah mula bekerja tetap dan hanya berkawan dengan kawan-kawan sepejabat yang bukan kaki metal. Ianya menyebabkan pendengaran muzik metal saya agak terbantut. Tiada lagi kawan-kawan sekepala seperti zaman belajar untuk dipinjam kaset-kaset mereka. Apa yang ada di radio, apa yang popular, apa yang mudah didapati di kedai, itu sahajalah yang di dengar.
The Outer Limits masih dalan paksi yang sama dengan Angel Rat. Masih meneruskan lagu-lagu yang avant-garde, progressif dan psychedelic. Kalau berbeza pun, ada lagu-lagunya yang mempunyai sound metal/thrash berbanding Angel Rat lebih terarah kepada sound rock yang lebih ringan. Pengaruh Rush dan Pink Floyd masih kuat. Lagu bertajuk "Jack Luminous" panjangnya sehingga 17minit lebih. Malah mereka merakamkan semula lagu "The Nile Song" dari Pink Flyod.
Ini adalah album pertama mereka tanpa pemain bass asal Blacky. Secara keseluruhannya memang catchy dan sedap. Tetapi atas nilai sentimental, saya meletakkan Angel Rat di kedudukan pertama untuk era progressif rock mereka. Tak kisahlah walaupun Angel Rat bukan dalam kategori thrash mahupun metal.
Khabarnya album ini baru sahaja diterbitkan semula dalam bentuk piring hitam. Saya tak mencari. Tetapi kalau terjumpa harus juga tergoda...
Agak lama juga tak menambah atau menaik taraf album-album lama orang putih dari bentuk kaset, cdr, mp3 atau sekadar dulunya membaca namanya di majalah atau mendengar cerita kawan-kawan ke dalam bentuk cd.
Setahun lebih juga terjebak dengan berderet-deret cd-cd rock melayu reissue. Tapi sekarang macam dah reda dah. Mungkin dah tak ada apa sangat yang nak direissuekan lagi. Dah sibuk dengan piring hitam pulak dah. Tapi dengan harga piring hitam reissue yang hanya orang yang ada-ada yang mampu beli..kualiti pun tak seberapa...maka adalah lebih berbaloi untuk saya kembali untuk menaik tarafkan album-album orang putih yang saya gemari.
4 ini adalah antara yang terkini. Bertahun dah cari cd-cd ini dengan harga mampu milik. Ntah apa nasib berkenalan dengan seller e-bay dari Kazakhtan yang menjual cd-cd ini bukan melalui e-bay. Beli secara langsung dengan beliau dengan harga yang lebih murah dari harga sekeping cd reissue rock melayu. Jangan tak percaya. Mungkin ini namanya rezeki selepas bertahun sabar mencari...
Dah tak banyak dah yang nak dinaik taraf. Yang tak minat memang tak akan beli. Mungkin dah boleh pencen kot kumpul cd. Lp pulak harga yahudi. Dah boleh kot tukar hobi main akuarium pulak macam Mus Speedrider...hahaha...
Voivod - Killing Technology (1987) Antara album yang membuatkan saya terpaku bila kali pertama mendengarnya. Ianya sebuah album thrash yang berlainan. Pelik dan unik. Progressif thrash yang berkonsepkan angkasa lepas. Tak rasa semua orang boleh terima. Tetapi kalau sememangnya kena dengan selera, Killing Technology adalah antara yang terbaik dari 30 tahun yang lalu.
Ianya bukanlah sempurna. Terutamanya soundnya yang agak tenggelam (muddy). Tetapi ianya bersesuaian dengan muziknya. Agak sukar nak hadam pada awalnya. Sama kes ketika mula mendengar albumAngel Rat. Tetapi bila rif-rifnya dah melekat di kepala. Ianya menjadi satu ketagihan.
Voivod bukanlah satu band yang terikat dengan satu genre. Mereka sering berubah dari satu album ke album yang lainnya. Killing Technology adalah fasa ke 2 dalam evolusi muzik mereka. Dari old school thrash dengan pengaruh Venom/Motorhead mereka berubah kepada thrash yang lebih progressif. Ianya lebih jelas pada 2 album berikutnya (Dimension Hatross dan Nothingface). Tetapi berubah lagi kemudiannya pada album Angel Rat dan seterusnya.
Saya masih gagal untuk mendapatkannya dalam bentuk cd. Harganya masih diluar kemampuan. Khabarnya dah ada versi deluxe ecition. Ianya salah satu wish list yang belum kesampaian.
Saya tinggalkan entri ini dengan kata-kata dari Jason Newsted yang saya setuju 100%... : "Fans of Voivod are real music fans. They're practiced and seasoned listeners. You have to be a little more than the everyday sort of music listener to really get into Voivod."
Sepatutnya entri ini di post semalam (10hb Ogos) sempena genapnya 30 tahun album pertama Voivod...tapi biasalah...tuan punya blog masih sibuk beraya...
Voivod - War and Pain (1984)
Saya agak lambat mendengar Voivod. Maklumlah kawan-kawan di persekitaran tempat tinggal saya agak kurang yang mendengar extreme metal. Johor Bahru di tahun 80an lebih kepada scene heavy metal. Jamming lagu Slayer di B Sound Studio, Komtar pun dah ternganga mulut mat-mat rock yang lepak kat situ.
Bila saya melanjutkan pelajaran di ITM Segamat (Julai 1989), berkenalan dengan kawan-kawan metal yang lebih ekstrim yang kebanyakannya dari KL, barulah terasa berapa posernya diri ini. Dari situlah saya mengenal Voivod. Album Killing Technology(1987) dan Dimension Hatröss (1988). Wow...memang melopong bila kali pertama mendengarnya.
Sayangnya saya tidak pernah berpeluang untuk mendengar album War And Pain ini sehinggalah di penghujung tahun 90an. Tak silap di zaman trade MP3 dengan rakan-rakan di Forum Metal Terus. Kalau lah lagi dulu dah ada teknologi youtube dan download kan ker bagus. Tapi lagi susah nak dapat lagi tinggi kita akan menghargainya.
Ternyata War And Pain agak berlainan dari Voivod yang pernah saya dengar. Tak kira lah zaman Killing Technology mahupun Angel Rat. Mungkin kerana ini album pertama, makanya mereka masih mencari arah tuju. War And Pain lagu-lagunya agak "raw","brutal", "direct", "agressive" "straight forward" thrash. Belum ada lagi elemen-elemen progressif. Siapa-siapa yang berjiwa lembut pastinya tak boleh nak masuk.
Satu yang agak kurang memberangsangkan adalah produksinya. Soundnya agak kasar dan "muddy". Perkara biasa bagi album-album metal di zaman itu.Tapi kalau yang jenis tak berkira dari segi sound...sukakan brutal ala-ala Slayer, Venom atau mungkin juga Metallica era Kill 'em All, Mungkin War and Pain memang sesuai untuk anda. Tetapi untuk saya..lebih kepada Killing Technology dan ke atas...
Kebanyakkan dari koleksi kaset aku dah berjaya aku upgradekan ke cd…tinggal lagi beberapa keping yang aku tak berjaya…samada aku tak jumpa atau dah jumpa…tapi mahal giler harganya…salah satu darinya adalah Angel Rat dari Voivod..
Album ni lebih kurang sama kes dengan Cold Lake dari Celtic Frost…album yang tak disukai oleh fans mereka sendiri kerana muzik mereka berlainan dari kebiasaannya…tapi yang peliknya…album2 camgini lah yang susah nak cari kat pasaran..kalau terjumpa mahal la pulak harganya…
Kaset ni dulu aku beli kat Muzika Record, Plaza Kotaraya, JB…dah tak ujud pun kedai ni sekarang…tanpa test cuba try…nampak je nama Voivod.. (masa tu aku dah biasa layan album lama dorang seperti Killing Technology,Dimension Hatross dan Nothingface)…terus aku sambar kaset ni..walaupun kotak dia ada retak sikit…maklum la ikut kata mamat yg jaga kedai tu (aku dah lupa nama dia)..dia bawak kaset ni dari Muzika Singapura…so tu jer la satu2nya stok yang ada…
Balik rumah…pasang…aku rasa macam tak percaya pulak…2,3 kali aku belek sampul kaset tu…betul ke ni Voivod…kenapa tak macam Killing Technology atau Nothingface??? Pelik sungguh.....maklum la zaman takder internet..nak cari info pun tak dapat…mula2 tu rasa menyampah…tapi lepas dengar 3,4 round…sedap pulak…akhirnya album ni menjadi salah satu favourite album aku dari Voivod…
Voivod ni memang susah nak kategori muzik dorang..asik berubah2..thrash? hardcore? speed? Space?..progressif metal?..tapi album ni rasanya mereka betul2 berubah..aku tak tau nak kategorikan apa…ada sikit2 space rock atau mungkin dorang nak jadi progressif rock kot…siap mengunakan penerbit album2 Rush, Terry Brown lagi..perubahan yang cukup mendadak ni membuatkan peminat2 mereka yang belum bersedia memboikot album ni..
Album ni sebenarnya bukan la tak best..tapi bagi yang dah biasa dengar Voivod mungkin susah nak terima ini Voivod…tapi kalau korang 1st time dengar dan tak pernah dengar Voivod..tak der masalah kot..banyak lagu yang best2..album ni tak lah seberat album2 sebelumnya…lebih ringan…simple..tak complex sampai pening dengar..sangat catchy…vocal ala2 pop dari Snake sangat lazat…melodic bass line dari Blackie (yang keluar dari Voivod sebelum album ni rilis) dan ketukan drum Away yang penuh groove… walaupun tak seganas album2 sebelumnya…tapi yang pastinya..riff2 dan solo gitar Piggy still mendominasi keseluruhan album ni..ada orang cakap…ianya seperti album Rush dari kacamata Pink Floyd…atau Rush versi laju…mungkin kot…kekadang jugak aku rasa album ni macam album2 alternatvie band2 90’s tu…
Semua lagu aku suka…tapi antara lagu yang paling favourite pada aku adalah Panorama, Clouds In My House, The Prow, Angel Rat,Golem, The Outcast, None Of The Above...iskh..hampir semua ahh…
Kepada sesapa yang minat rock..progresif..alternative atau maybe grunge sekalipun..aku rekomen album ni…kepada yang metal tak ingat…mungkin ni bukan untuk korang..
#…setau aku En Ben kita ada cd album ni…semoga apalah kiranya dapatlah beliau menjual kan cd tersebut berdasarkan harga kekawan kepada aku…hahahaha…