Showing posts with label Vio-Lence. Show all posts
Showing posts with label Vio-Lence. Show all posts

Tuesday, October 6, 2020

Eternal Nightmare

 Lagi kenangan dari zaman remaja...

Vio-lence - Eternal Nightmare (1988)

Sebagai peminat genre thrash, memang susah untuk saya tidak menyukai Vio-lence dan album Eternal Nightmare. Malah ianya merupakan salah satu album kegemaran. Tak kisahlah kalau ada yang mempertikaikan suara Sean Killian. Bagi peminat thrash sejati, suara sebegitu bukanlah sesuatu pelik.

Vio-lence dan Eternal Nightmare adalah antara yang terbaik yang pernah muncul dari gelombang kedua thrash metal dari Bay Area. Mungkin pada generasi sekarang, Eternal Nightmare adalah sebuah album "generic american thrash " yang biasa. Tetapi pada masa ianya diterbitkan dahulu, ianya adalah sesuatu yang segar. Temponya yang laju, aggresif dan dalam masa yang sama agak catchy menjadikan Eternal Nightmare adalah antara album thrash terbaik yang pernah terhasil. Majalah Kerrang sendiri menamakan album ini di kedudukan ke 24 dalam senarai 25 album terbaik thrash sepanjang zaman.

Sayangnya mereka hanya bertahan untuk 3 album sebelum gitaris mereka Robb Flynn meninggalkan mereka dan menubuhkan band groove / nu-metal, Machine Head. Dan sejujurnya saya tidak pernah menyukai Machine Head. 



Wednesday, July 26, 2017

Wordless Wednesday : Thrash Attack!





Artillery - By Inheritance (1990) / Heathen - Breaking the Silence (1987) / Coroner - Mental Vortex (1991) / Vio-lence - Oppressing the Masses (1990)



Thursday, July 11, 2013

Nothing to Gain

Thrash yang dah 20 tahun....


Vio-Lence - Nothing to Gain (1993)

Vio-Lence adalah antara beratus buah band dari Bay Area yang muncul di zaman kegemilangan thrash metal. Dengan album seperti Eternal Nightmare dan Oppressing The Masses, mereka sempat juga merasa tempias kegemilangan tersebut.

Saya mula diperkenalkan dengan muzik mereka bersama-sama dengan kumpulan Forbidden. (band asal gitaris mereka, Robb Flynn). Walaubagaimanapun meraka agak kurang mendapat perhatian saya. Maklumlah pada ketika itu terlalu banyak kumpulan yang mahu dicuba. Saya tidak mempunyai apa-apa material mereka melainkan yang di pinjamkan kawan-kawan sehinggalah album Nothing to Gain ini. Tetapi memori utama saya berkenaan Vio-Lence sudah semestinya keunikan vokalist mereka Sean Killian. Jenis yang samada anda akan suka atau meluat terus.




Mungkin terkesan dengan kejayaan Black album dan Vulgar Display of Power. Vio-Lence juga seakan mula menukar arah. Album ni masih thrash, tetapi tidak lagi selaju seperti album-album sebelumnya. Elemen groove ala-ala Pantera mula mempengaruhi muzik mereka. Mungkin perkara ini menjadikan mereka bercelaru. Ini adalah album terakhir mereka sebelum Robb Flynn meninggalkan mereka dan menubuhkan Machine Head. Kemudiannya seorang lagi gitaris mereka, Phil Demmel juga menganggotai Machine Head. Maka berakhirlah riwayat Vio-Lence.

Saya tak pasti manakah yang lebih bagus antara Machine Head dan Vio-Lence kerana saya tidak pernah mengikuti muzik Machine Head. Yang pastinya Vio-Lence adalah thrash tetapi Machine Head tidak.