Showing posts with label Uriah Heep. Show all posts
Showing posts with label Uriah Heep. Show all posts

Saturday, November 7, 2020

The Wizard... Ken Hensley

Semakin hari semakin ramai hero zaman kita budak-budak telah tiada. Kita pun dah jadi bapak budak apatah lagi mereka. Kali ini dikejutkan pula dengan satu lagi berita sedih terutamanya bagi peminat Uriah Heep. 2 bulan lepas Lee Kerslake, kini kita dikejutkan pula dengan berita kematian seorang lagi lagenda rock iaitu Ken Hensley.


Untuk sesiapa yang masih tak tahu, beliau adalah suara disebalik lagu klasik rock Uriah Heep - Lady In Black. Selain hebat bermain keyboards, beliau juga adalah pemain gitar, pencipta lagu dan penerbit album. Beliau juga adalah lejen Hammond Organ sama seperti Jon Lord. Kini kedua-duanya telah tiada 😢

Dulu-dulu memang tak minat sangat rock dengan keyboards, tetapi beliau bersama Jon Lord (Deep Purple) dan Jens Johansson (Yngwie Malmsteen) telah banyak mengubah pandangan tersebut.


Tak banyak muzik Ken Hensley yang ada dalam simpanan. Tapi rasanya ramai yang tak tahu yang beliau bermain keyboards untuk W.A.S.P - The Headless Children dan bermain Hammond Organ untuk 4 lagu dalam Cinderella - Heartbreak Station.


"Ken Hensley wrote the rule book for heavy metal keyboards as far as I'm concerned." - Blackie Lawless (W.A.S.P)

  

Thanks for the music sir

Kenneth William David Hensley

 (24 August 1945 – 4 November 2020) 



Monday, April 22, 2013

Demons and Wizards

Lama dah cari...tak sangka akhirnya terjumpa..dah 41 tahun dah umurnya ni...


Uriah Heep - Demons and Wizards (1972)

Kalau sebut band-band rock 70an, Uriah Heep adalah salah satu yang paling aku suka. Pernah cerita pun pasal ni 3 tahun yang lalu. Cekidot >SINI<

Lama dah mencari album ini. Kat e-bay pun selalu kalah bid. Tapi tak sangka pula akhirnya terjumpa depan mata dengan harga yang sangat murah. Terimakasih kepada En. Portdy kerana memaklumkan aku Popular Plaza Pelangi ada buat sales cd bulan lepas. Walaupun aku datang 2 hari terakhir sales, cd-cd yang kau sebut tu pun banyak yang dah takder. Tapi aku terjumpa hidden treasure ni.


Mungkin bukan hidden treasure pun bagi orang lain...kalau tak...tak kan lah masuk kategori sales RM9.90 kan...tapi bagi aku Demons And Wizards memang best. Memang aku rekomended bagi sesapa yang into rock 70's. Pada aku selain Deep Purple, ini lah band yang patut anda dengar kalau anda meminati Hammond Organ. Ken Hensley memang best. Dia bersama Jon Lord memang takder siapa boleh lawan...

Lagu-lagu seperti The Wiazard, Traveller In Time, Easy Livin' memang menjadi favourite aku kalau sebut pasal lagu rock 70's. Memang klasik...sayangnya kalau sebut Uriah Heep..ramai yang cuma tau Lady In Black...


Yang menariknya cd ni cd Malaysia Edition tapi ini pertama kali aku jumpa cd Malaysia Edition yang bukan jenis kaver sekeping. Booklet tebal cuma kalernya lah kelam sikit. Nak jimat kos printing agaknya. Tapi dengan harganya tu, aku kira ianya sangat berbaloi. Ianya adalah versi remastered. Bermakna mungkin ada lagi album-album lain Uriah Heep Malaysia Edition yang di jual. Sayangnya kat sini cuma ini lah sahaja yang ada.

Mana tau satu hari nanti terjumpa album-album lain...harap sangat dapat Salisbury, Look at Yourself atau  The Magician's Birthday...

REKOMENDED!





Wednesday, March 3, 2010

Demons And Wizards



Semenjak dua menjak ni aku banyak pulak dengar lagu2 rock 70’s…antara yang sering aku dengar sekarang adalah Uriah Heep…dengan album “Demons And Wizards”nya…ni memang giler old skol ni…

Teringat aku zaman2 aku bebudak di zaman penghujung 70an….kalau tak silap aku Uriah Heep ni pernah turun Malaysia pada masa tu…antara band2 yang jadi sebutan brader2 rock yang lebih senior kat area tempat aku selain Deep Purple,Rainbow,UFO dan Scorpions…zaman tu aku tak ambik port sangat pun…maklum la bebudak lagi..main guli dan mandi paya lagi syok la kan…




Pak Alang aku yang masa remajanya dulu duduk kat rumah parent aku banyak meninggalkan koleksi kaset2 band2 rock zaman tu…Uriah Heep adalah salah satu darinya…tapi memang aku tak ambik tau pun masa tu…album mana dan lagunya macam pun aku tak berapa ingat…maklum la bila masuk era 80’s…zaman aku dah start minat rock…aku lebih banyak dengar rock 80’s…tapi aku tau jugak la beberapa lagu popular dorang seperti Lady In Black dan Easy Livin’ dari beberapa kaset kompilasi yang aku ada…

Tapi yang betul2 aku dengar Uriah Heep adalah masa zaman2 aku rajin trade mp3 dan zaman aku pandai menyedut mp3 dari internet…(awal2 tahun 2000 kot) dan album Demons And Wizards adalah antara yang aku suka dengar…album yang sama umur dengan Encik Eddie Raja Naga ni memang ada beberapa lagu yang best…antaranya Wizard, Easy Livin’ (di cover oleh WASP dalam Electric Circus),Traveller In Time,Rainbow Demon,Circle Of Hands dan Paradise/The Spell.

Uriah Heep ni kalau mula2 dengar ingatkan Deep Purple…maklum la gitaris/ keyboardis dia Ken Hesley tu pun macam Jon Lord…guna Hammond Organ…dasat jugak permainan dia…bak kata Blackie Lawless "Ken Hensley wrote the rule book for heavy metal keyboards as far as I'm concerned."

Ken Hensley dengan Hammondnya

Satu lagi…kalau nak tau…album Demons And Wizards jugak adalah salah satu inspirasi untuk Hansi Kursch (Blind Guardian) dan Jon Schaffer (Iced Earth) menubuhkan side projek band mereka Demons And Wizards..

Sayangnya aku takder pun cd ni…ada gak tengok2 kat ebay…tapi ada benda2 lain yang perlu lebih diutamakan…iskh…

mari layan 2 lagu yang paling aku suka dari album ni..