Showing posts with label UFO. Show all posts
Showing posts with label UFO. Show all posts

Monday, February 17, 2025

My Years with UFO

 Lagi album tahun lepas (2024)...


Michael Schenker - My Years with UFO (2024)

Wajib ada bagi peminat Micheal Schenker dan UFO. Ianya adalah rakaman semula  lagu-lagu popular beliau ketika bersama UFO.

Ditambah pula dengan barisan pemuzik/vokalis undangan yang hebat-hebat belaka. Antaranya Dee Snider, Joe Lynn Turner, Jeff Scott Toto, Biff Byford, Axl Rose, Joey Tempest, Kai Hansen, Stephen Pearcy, John Noum, Slash, Adrian Vandenberg, Roger Glover dan beberapan nama besar yang lain.


Walaupun ada lagu yang mendapat sentuhan baru dan sudah semestinya atas nilai sentimentalnya kita pasti akan sukakan yang asal. Tetapi disebabkan ini adalah lagu-lagu beliau sendiri, maka saya tidak mempunyai masalah dengannya. Tambah pula barisan vokalisnya memang hebat.

Antara kegemaran dari tahun lepas.




Thursday, December 26, 2024

Moggs Motel

 Lagi antara album terbaik 2024

Moggs Motel - Moggs Motel (2024)

Khas buat peminat Phil Mogg khususnya dan peminat UFO amnya.

Ini adalah album "comeback" dari Phil Mogg selepas persaraan UFO dan masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau. Ianya adalah sesuatu diluar jangkaan kerana ramai peminat termasuk saya beranggapan yang beliau sememangnya telah bersara terus dari dunia nyanyian.

Tambah menarik album ini dibarisi oleh pemuzik handalan. Neil Carter (bekas gitaris/keyboardist UFO di era awal 80an), Tonny Newton (bassisit untuk KK's Priest, Voodoo Six), Tommy Gentry (gitarist Voodoo Six, seasonist) dan Joe Lazarus (drummer Voodoo Six dan anak saudara Steve Harris yang banyak rumour mengatakan yang beliaulah pengganti Nicko McBrain walaupun kemudiannya berita tersebut tidak benar).


Album ini adalah yang paling hampir kita dapat bagi yang merindui UFO. Memang kebanyakan lagu-lagunya megembalikan memori kepada UFO. Walaupun mungkin vokal Phil Mogg tidaklah sehebat seperti dahulu tetapi auranya tetap ada.

Bagi saya ini adalah antara album hard rock terbaik untuk 2024. Siapa sangka dalam usia menjangkau 76 tahun pun Phil Mogg masih berupaya menghasilkan satu produk yang bagus.



Thursday, December 19, 2024

50 tahun Phenomenon

Yang menyambut ulang tahun ke 50 tahun ini... 

UFO - Phenomenon (1974)

Dalam banyak-banyak album yang menyambut ulangtahun ke 50, ini adalah yang paling digemari. Pernah 2 kali menulis tetang album ini. Pertama ketika ulangtahun ke 40 (10 tahun yang lalu) dan kedua ketika dapat membeli versi piring hitam 2 tahun yang lalu.

Tetapi disebabkan ini adalah sambutan jubli emasnya, memang tak boleh tidak kena tulis juga tulis tentangnya. Saya dah tak boleh ingat bila kali pertama mendengar album ini secara penuh. Tetapi "Doctor Doctor" dan "Rock Botom" adalah lagu pertama yang saya dengar dan terus jatuh minat.

Itu pun dah tak boleh ingat tahun bila. Tetapi ianya adalah melalui satu kaset lagu-lagu kompilasi di tahun 80an. Ketika itu Michael Schenker telah pun keluar dan menubuhkan MSG. Zaman tanpa internet duduk kampung, saya agak keliru tentang hubung kait antara UFO, Scorpions, MSG dan Michael Schenker.. haha..

Tak ada apa lagi nak tulis dah. Ini sememangnya salah satu album kegemaran dari era 70an.


Monday, October 3, 2022

Obsession

 Piring hitam terkini dalam simpanan...

UFO - Obsession (1978)

Tak pernah ada versi kaset. Agak lambat juga untuk mula mendengar album ini secara penuh. Kali pertamanya adalah ketika zaman cd MP3 (sekitar 1997 atau 1998). Makanya tak bolehlah nak bergila format.

Obsession adalah satu album kegemaran saya dari UFO. Sebenarnya bolehlah dikatakan kesemua album UFO era 70an Michael Schenker sememangnya saya suka. Ianya bukan sahaja kerana kerja gitar beliau, tetapi lagu-lagunya memang sedap dan kena dengan selera.

Dari kebanyakan ulasan yang dibaca, Obsession adalah yang paling kurang digemari dari 5 album 70an era Michael Schenker. Malah Pete Way sendiri mengakuinya. Bagi beliau album ini kurang rock kerana lagu-lagunya lebih lembut dan adanya penggunaan alatan strings yang berlebihan. Lagu "Arbory Hill" sebagai contohnya.


Tetapi bagi saya ianya bukanlah satu masalah. Memang betul, Obsession bukanlah sesuatu yang boleh menjadi penanda aras. Ianya biasa-biasa sahaja. Tetapi yang penting ianya sedap. Selain faktor utamanya adalah tentang solo-solo gitar berjiwa dari Michael Schenker, tetapi vokal Phil Mogg juga memainkan peranan.

Ada 3 lagu yang sering saya ulang kalau memainkan album ini. "Only You Can Rock Me", "Pack It Up (And Go)" dan yang paling berhantu, "Lookin' Out for No. 1"

Tak ada cacat cela, tak ada yang nak di komplenkan. Bukan yang terbaik tetapi untuk peminat UFO seperti saya ianya dah cukup memuaskan hati. Patut dicuba jika anda sukakan muzik hard rock 70an dengan solo-solo gitar yang meruntun jiwa….



Monday, July 18, 2022

Phenomenon

Merujuk kepada komen Encik Skudal dalam entri Phenomenon lebih kurang 8 tahun yang lalu… akhirnya berjaya juga ianya dimiliki dalam bentuk piring hitam…


UFO - Phenomenon - 2019 double disc deluxe edition vinyl

Beberapa kali cuba membeli. Tetapi samada harga pos yang mahal atau kondisi lp/cover yang kurang elok menbantutkan niat. Tetapi apabila mendapat berita yang ianya akan dikeluarkan semula (reissue) pada tahun 2019, ianya adalah satu peluang yang tak boleh dilepaskan. Hasil kesabaran menunggu, akhirnya dapat juga membelinya dengan harga yang mampu milik. (£24.20 dengan pos dari Rarewaves UK)




Ini adalah versi 4 disc deluxe edition. Disc 1 dan 2 adalah album penuh Phenomenon. Manakala disc 3 dan 4 pula adalah album Live at The Electric Ballroom USA 1974. Sememangnya sangat berbaloi.



Sayangnya tak pernah ada versi kaset untuk dijadikan entri "gila format".

Album wajib bagi pengemar muzik hard rock umumnya dan pengemar muzik rock 70an khususnya. Rekomemded!


Thursday, November 25, 2021

BBC Radio 1 Live in Concert

Layanan rawak bekerja dari rumah...tak pasti bila nak kena masuk ofis ni... 

UFO - BBC Radio 1 Live in Concert (1992 - copyright 1974/1980)

Cd hadiah dari Deaf. Di beli ketika beliau mengunjungi kota London sebelum zaman Covid yang lalu. Beliau tahu yang saya adalah pengemar UFO. Terimakasih atas ingatannya Deaf. Nak balas balik entah bila agaknya boleh sampai kota London... 😁.

Ini adalah antara cd yang patut dimiliki oleh pengemar tegar UFO. Yang menarik tentang cd ini adalah kerana ia mengandungi rakaman dari 2 era UFO yang berbeza. Era Paul Chapman pada track 1-8 (Hammersmith Odeon - 04/02/1980 dan era Michael Schenker pada track 9 - 12 (Hippodrome at Golders Green - 06/06/1974).

Walaupun begitu, Paul Chapman sebenarnya terlibat dengan kedua-dua persembahan live tersebut. Beliau adalah gitaris jemputan ketika persembahan di tahun 1974 tersebut. Beliau sememangnya pernah beberapa kali menjadi gitaris jemputan untuk persembahan live sebelum secara rasminya menggantikan Michael Schenker pada tahun 1980. 

Yang menariknya, beliau bukan sekadar di posisi rhythm gitar. Tetapi beliau juga melakukan solo. Makanya untuk track 9-11, kita boleh dengar twin gitar solo dari Michael Schenker di kiri speaker dan Paul Chapman di kanan speaker (kena dengar menggunakan ear/head phone untuk kesan yang lebih). Mendengar rakaman live sebegini membuatkan kita rasa lebih menghargai kerja gitar Paul Chapman.

Posisi lainnya tidak banyak beza. Kedua-duanya adalah Phil Mogg (vokal), Pete Way (bass) dan Andy Parker (drums). Cuma untuk rakaman tahun 1980, Paul Raymond digunakan sebagai rhythm gitar dan keyboards.


Monday, February 1, 2021

Posto dari Singapura

Pemberian dari seorang sahabat dari Singapura...


Ingatkan dia nak bagi sekadar sekeping dua cd dan lp tetapi rupa-rupanya sekotak besar yang tiba. nak bayarkan duit pos pun dia tak mahu. Terharu sungguh....


Saxon - Unplugged and Strung Up (double disc special edition cd), Unisonic - Light of Dawn  (Double disc special edition cd + For The Kingdom Ep) dan Iced Earth - Alive In Athens (special 3 disc cd/dvd Japanese with OBI)

UFO - A Conspiracy Of Stars ( Double 12″ Blue Vinyl in Gatefold Sleeve) dan UFO - BBC Radio 1 Live in Concert cd)


Diamond Head - Canterbury (vinyl), Rage - Extended Power (Mini lp vinyl), Camouflage - Voices & Images (vinyl) dan Class Acts (vinyl)


Wild Dogs - Reign of Terror (cd), Savage Messiah - The Fateful Dark (cd), Trivium - Ascendancy (special edition cd/dvd) dan Witchseeker (Singapore) - When The Clock Strikes (cd)


Ross The Boss - Australia - New Zealand 2019 Tour t-shirt (dibeli masa dia tengok tour ni di Australia)


Iron Maiden - Run To The Hills (Single 7" /with Phantom Of the Opera), Iron Maiden - Run To The Hills (Single 7" /with Total Eclipse) dan Iron Maiden - Twilight Zone (Single 7" /with Wratchild)

Dan yang paling mengujakan.... Iron Maiden - The Book Of Souls ( Limited Edition Triple Vinyl), Iron Maiden - Twilight Zone (Single 12" vinyl), Iron Maiden - The First Ten Years vinyl III - Purgatory / Maiden Japan, Iron Maiden - The First Ten Years vinyl X - The Clairvoyant / Infinite Dreams, Iron Maiden - The First Ten Years vinyl V - Flight of Icarus / The Trooper.

Terimakasih Deaf Angel. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan...



Saturday, September 19, 2020

The Good the Bad the Waysted

 Tribute to Pete Way and Paul Chapman.

Waysted - The Good the Bad the Waysted (1985)

Album ini dirakamkan selepas mereka menjadi band pembuka untuk tour Powerslave di UK. Sudah semestinya ianya adalah pertolongan Steve Harris kepada idolanya. Dalam inlay album ini pun memang ada ucapan khas terimakasih kepada beliau dan Iron Maiden.

Tour tersebut dan album ini memberi ruang untuk Pete Way lebih dikenali dengan Waysted tanpa perlu bayang-bayang dari UFO. Ianya lebih menarik dari Fastway, band beliau selepas UFO bersama "Fast" Eddie Clarke dari Motörhead. Rasanya "chemistry" beliau bersama Paul "Tonka" Chapman lebih ngam. Maklumlah mereka pernah bersama sejak dari UFO.

The Good the Bad the Waysted memang berbeza dari UFO mahupun Fastway. Walaupun sedikit acuan itu tetap ada. Maklumlah pencipta lagunya dari orang yang sama. Waysted lebih berat, lebih rock dan lebih raw soundnya. Dalam masa yang sama ianya juga agak melodic dan mempunyai perisa hard rock 80an yang kuat.

Lagu "Heaven Tonight" di dalam album ini adalah versi yang asal. Sound yang lebih raw berserta vokal Ian "Fin" Muir yang agak "husky". Lagu tersebut dalam album Save Your Prayer pula lebih bersih dan polished. Kena dengan vokal Danny Vaughn yang lebih pop dan AOR. Terpulang pada selera masing-masing. Tetapi saya agak bias dengan versi Danni, maklumlah kerana ianya lebih dahulu di dengar berbanding versi Fin.





Saturday, August 15, 2020

The Good The Bad The Waysted...

Lagi berita sedih.... Terutama untuk peminat UFO. Selepas Paul Raymond, kemudiannya Paul Chapman... Kini pengasas dan pemain bass lagenda Pete Way pula... 😭

Beliau adalah salah seorang idola saya. Maklumlah dulu-dulu zaman budak sekolah bila kita tak pandai sangat main gitar dan pemalu pula nak jadi penyanyi, tempat kita kalau nak tinggi sikit tarafnya dari seorang groupies adalah menjadi pemain bass...Hahaha... 

Sama seperti Steve Harris, saya juga menjadikan Pete Way sebagai idola. Lagaknya di atas pentas bersama Gibson Thunderbird memang sangat rock star. Impian budak-budak seperti saya. 

Lawaknya saya hanya betul-betul tahu tentang beliau bila beliau sudah pun keluar dari UFO dan menubuhkan Waysted. Maklumlah zaman budak-budak saya dulu, UFO adalah semata-matanya Michael Schenker

Thanks for the music sir... 

PETE WAY

Aug 7, 1951 - Aug 14, 2020


Sunday, June 14, 2020

Terimakasih untuk muzik - Paul Tonka Chapman

Semakin kita berumur, semakin ramai hero zaman kita budak-budak telah pergi meninggalkan kita. Kali ini penghargaan buat Paul Tonka Chapman.

Lagu "Profession Of Violence" mengenalkan saya kepada beliau. Itu pun asalnya ketika kali pertama mendengar lagu tersebut dari kaset kompilasi "apache", ingatkan ianya adalah petikan gitar Michael Schenker. Maklumlah kurang info pada ketika itu. Apa-apa tentang UFO ingatkan semuanya Michael Schenker.

Beliau sebenarnya agak berbeza dengan Michael Schenker. Beliau lebih "bluesy" dan "basic" berbanding Michael yang "shredder" dan "flashy". Tetapi nak buat macamana. Menggantikan tempat seorang "gitar hero" memang selama-lamanya akan sentiasa dibayangi.


Tak ada cd band pertama beliau, Lone Star. Tetapi ada kesemua 4 cd UFO dan 3 cd Waysted hasil kerja tangan beliau. Paling suka adalah The Wild The Willing and The Innocent (UFO) dan Save Your Prayer (Waysted). Walaupun album-album ini bukanlah yang popular. Tetapi bagi pengemar UFO seperti saya, ianya tetap ada tersimpan di dalam hati sampai bila bila...


Thank you for the music
Paul "Tonka" William Chapman
 (9 June 1954 – 9 June 2020)



Tuesday, May 5, 2020

Hiburan WFH - Mechanix

Lagi yang dah lama tak dengar tapi berpeluang mendengar kembali bila terpaksa WFH dalam PKP...


UFO - Mechanix (1982)

Tak pernah ada kaset dan tak tahu pun pasalnya ketika tahun ianya dikeluarkan. Zaman tu masih sekolah rendah dan baru nak belajar dengar muzik. Pernah dengar nama UFO tetapi yang tahu hanyalah pasal Michael Schenker. Zaman dah kenal rock pun hanya ambil tahu tentang UFO zaman beliau.

Yang betul-betul mula dengar keseluruhan discography UFO adalah pada penghujung 90an. Zaman beli cd MP3. Masa tu baru tahu yang UFO bukanlah hanya pasal Michael Schenker semata-mata. Album-album di zaman Paul Chapman pun bagus juga. Dia pun seorang gitaris yang bagus. Tetapi tanggungjawap menggantikan Michael Schenker bukanlah sesuatu yang mudah. Peminat pun susah nak terima, Ini adalah album ketiga beliau bersama UFO dan juga salah satu dari album zaman beliau yang terbaik. Memang majoriti lagu-lagunya sedap. Melodic.


Tetapi ini juga adalah album yang menjadi punca Pete Way keluar dari UFO dan menubuhkan Fastway bersama gitaris Motorhead, Eddie Clarke. Puncanya adalah kerana ada di antara lagu-lagunya menggunakan saxophone. Saya amat bersetuju dengan Pete Way. Tak rock lah guna saxophone. Bagi Pete Way, saxophone adalah untuk muzik pop. Dan dia tak minat muzik pop.

Tapi sebenarnya layan juga dengar lagu yang menggunakan saxophone tu. Terutamanya lagu The Writer dan lagu cover  Eddie Cochran. Somethin' Else. Tapi itulah, ianya bukan UFO yang kita kenal dari zaman Michael Schenker. Album ini juga sudah menampakkan perubahan UFO dari 70s rock kepada hard rock dan AOR 80an.



Friday, May 8, 2015

Walk on Water

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb april yang lalu...


UFO - Walk on Water (1995)

Dulunya agak teruja hendak mendengar album ini. Maklumlah ini album reunion untuk line-up paling best mereka. Line-up zaman Phenomenon/Force It. Michael Schenker - Phil Mogg - Pete Way - Andy Parker - Paul Raymond. Memang lejen. Sayangnya pada ketika itu ianya hanyalah untuk pasaran di Jepun. (di edarkan seluruh duni hanyalah 2 tahun selepas itu)


Memang susah lah nak dapat. Di zaman penggunaan internet belum meluas. Album ini tidak pernah saya dengar sehinggakan hampir-hampir terlupa keujudannya sehinggalah zaman pandai ber"ebay". Tak sangka pula dapat versi asal Jepun. Siap ada Obi Strip lagi. Tak banyak koleksi saya yang datangnya dari Jepun. Seperti biasa versi Jepun ada track tambahan. Cumanya yang ini hanyalah ucapan-ucapan dari band members UFO untuk orang-orang Jepun.


Rasanya tak rugi penantian selama bertahun. Track pembukaannya, "A Self-Made Man" sahaja sudah cukup buat rasa teruja. Ianya memang benar-benar bunyi UFO zaman Phenomenon/Force It. Cuma mungkin soundnya lebih moden. Tetapi "feel"nya memang sekali dengar dah tahu dah, ini muzik UFO.


Asalnya saya agak kurang gemar bila mereka merakamkan semula "Doctor Doctor" dan "Lights Out". Biarlah yang asal terus menjadi klasik. Tetapi selepas 2,3 kali pendengaran, rasa macam sedap pulak versi 1995 ini. Terutamnya bab solo gitar Micheal Schenker. Rasa segar. Siapa lagi yang layak merakamkan semula lagu-lagu klasik ini kalau bukan mereka sendiri. Ye tak?


Kalau anda sukakan UFO zaman Phenomenon/Force It atau sukakan hasil kerja gitar Michael Schenker, memang tak rugi beli album ini.






Friday, December 26, 2014

Phenomenon

40 tahun dah usia album klasik hard rock terbaik ini....


UFO - Phenomenon (1974)

Peminat tulen Iron Maiden pasti tau UFO atau pun sekurang-kurangnya lagu "Doctor, Doctor". Pada saya ini adalah salah satu lagu rock terbaik yang pernah dicipta dalam sejarah.

Phenomenon adalah kemunculan pertama Michael Schenker dalam UFO. Beliau memberikan impak serta merta, Pengaruh hard rock yang beliau bawakan dari Scorpions mengubah UFO dari bayang-bayang blues rock dalam 2 album awal mereka. "Doctor, Doctor" dan "Rock Bottom" bukan sahaja sekadar menjadi lagu "signature" bagi UFO malah ianya menjadi salah satu "signature" untuk lagu hard rock 70an. Bagi saya "Doctor, Doctor" adalah antara contoh lagu hard rock yang sempurna.

Penghujung 70an atau awal 80an dahulu saya agak konpius antara Scorpions dan UFO. Tetapi bagi saya ianya satu "blessing in disguise" bila Micheal Schenker meninggalkan Scorpions. Kerananya bukan hanya kita ada 2 band hard rock terbaik dari era tersebut tetapi juga mengenalkan kita kepada gitarist hebat seperti Uli Jon Roth.


Bagi saya UFO dan Scorpions adalah pencetus kepada hard rock tulen. Led Zeppelin lebih kepada blues, Deep Purple adalah heavy rock n roll manakala Black Sabbath adalah doom. Walaupun ianya telah 40 tahun berlalu, tetapi album Phenomenon tetap relevan untuk muzik masa kini.

Saya betul-betul rindukan zaman seorang gitar hero. Mana ada zaman sekarang seorang gitaris boleh mengubah hala tuju sesuatu kumpulan atau pun seorang gitarist boleh menjadi penyebab sesuatu kumpulan itu menjadi popular. Memang dah tak ada kan?..tiba-tiba teringat pulak lagu "Teruskan" dari SYJ. :)

Apa-apa pun, Phenomenon bukan hanya setakat kerja gitar cemerlang Michael Schenker, tetapi juga vokal power dari Phil Mogg. Kombinasi mereka berdua memang banyak menghasilkan lagu-lagu terbaik UFO. Semua lagu pun best dan sedap.

Rekomended!




Friday, May 30, 2014

The Story Of Michael Schenker

Album kompilasi gitar hero yang dah capai 20 tahun...



Michael Schenker ‎– The Story Of Michael Schenker (1994)

Ketika saya budak-budak dahulu (penghujung 70an), sebelum Yngwie Malmsteen atau Eddie Van Halen menjadi pengaruh bagi budak-budak melayu di kampung saya untuk bermain gitar dan menjadi Mat Rock. Ritchie Blackmore dan Michael Schenker adalah Gitar Hero yang awal.


Saya juga begitu. Walaupun ketika itu tak paham pun rock tu apa dan selalu konpius Michael Schenker ni Scorpions ker UFO?....dan MSG pulak band mana?  Zaman belum wujud teknologi internet lah kan. Tapi zaman sekarang ni kalau masih ada yang tak pasti dan baru teringin mencuba muzik Michael Schenker, mungkin kompilasi ini adalah antara yang dapat membantu.


Menampilkan lagu-lagu beliau sepanjang kariernya ketika bersama UFO,Scorpions, Michael Schenker Group dan yang terakhir McAuley Schenker Group. Dari rock 70an hinggalah ke era hair metal. Semuanya pun best.


Cumanya patut ada lagu-lagu Scorpions era Lonesome Crow (sebelum dia join UFO). Kalau ada "In Search of the Peace of Mind" pun ok jugak. Yang lain-lain tu takder lah nak komplen sangat. Walaupun banyak lagi lagu-lagu zaman UFO yang sedap-sedap. Tapi kalau nak letak semua tak cukup pulak kalau nak sumbat dalam 1 disc. Kan...







Tuesday, December 10, 2013

Making Contact


Lagi album klasik rock yang dah menjangkau 30 tahun...


UFO - Making Contact (1983)

(Maafkan jika gambar kaver ini menyinggung perasaan)

Tak pernah dengar ketika ianya diriliskan. Malah saya bukanlah pengikut UFO di zaman Paul "Tonka" Chapman. Bukan salah dia. Dia seorang gitaris yang bagus sebenarnya. Saya suka hasil kerjanya ketika dia bersama Waysted. Tetapi dah melekat di kepala saya ketika budak-budak dahulu UFO adalah Michael Schenker maka saya agak kurang mengambil tahu perihal UFO selepas itu.

Mungkin ini antara album yang paling kurang digemari oleh peminat mereka. Mana taknya, orang penting dalam penulisan lagu dan pengasas UFO, Pete Way telah tiada. Dia bersama-sama  "Fast" Eddie Clarke (Motörhead) telah pun menubuhkan Fastway pada ketika itu. Terimakasih kepada Stok E kerana kalau mereka tidak menjual cd ini dibawah RM14, tidak mungkin saya akan membelinya.

Secara jujurnya inilah pertama kali saya mendengarnya. Seperti kebanyakkan band-band rock dari era 70an seperti Rainbow contohnya, UFO juga menjadi komersial dengan lagu-lagu pop rock/AOR yang didominasikan oleh bunyian keyboards. Mungkin kerana pengaruh pemain keyboards mereka, Neil Carter yang mengambil alih tugas penciptaan lagu.


Lagu track pertama "Blinded by a Lie" adalah satu-satunya lagu yang pada saya bercirikan straight hard rock ala Britain yang menjadi trademark UFO di zaman 70an. Lagu-lagu lain kedengaran seperti lagu-lagu rock amerika seperti Foreigner contohnya. Bukanlah nak kata Foreigner tu tak bagus. Tetapi mungkin terlalu pop untuk standard UFO. Malah menurut Neil Carter, lagu seperti "A Fool for Love" adalah berinspirasikan dari lagu Journey manakala "Call My Name" pula dari lagu-lagu Bryan Adams.

Tetapi lagu "Call My Name" walaupun pop, sedap pula bila didengar berulang-ulang kali. Sangat catchy. Begitu juga dengan lagu-lagu yang lainnya. Memang melodic. Memang catchy. Tetapi saya agak kurang berkenan dengan lagu slow rock mereka. Meleweh-leweh pula. Mungkin saya terlalu berharap adanya lagu seperti  "Belladonna" ataupun "Profession of Violence".

Bolehlah jika anda pengemar UFO ataupun sekadar pelengkap discography.







Friday, November 16, 2012

Belladona

Dah lama tak buat entri pasal lagu. Tapi entri pasal Profession Of Violence dalam blog Xyrus Zone buat saya teringat kat satu lagi lagu slow UFO yang sangat saya minat.

Belladona

Oh Belladonna never knew the pain
Maybe I'm crazy, maybe it'll drive you insane
The open letter just carelessly placed
And you move in silence, the tea so delicately laced

Out of reach, out of touch
How you've learned to hate so much

Came from passion, and you gave it a name
The fingers are poisoned like needles in the drivin' rain
So smile discreetly as you watch with such grace
Now I must slip away, but can you forget my face

Out Of Reach, Out Of Touch
How You've Learned To Hate So Much
Out Of Reach, Out Of Touch
How You've Learned To Hate So Much

(Schenker, Mogg)

Sampai sekarang pun saya tak faham apa maksud sebenar lagu ini. Ada yang kata pasal perempuan. Belladona tu orang Itali cakap perempuan cantik. Tapi ada juga yang cakap Belladona sejenis ubat...dan ada pula cakap ianya sejenis berry yang orang zaman dulu jadikan racun yang di campur dalam teh .."And you move in silence, the tea so delicately laced"

Ntah la...tapi saya suka wording "Out Of Reach, Out Of Touch...How You've Learned To Hate So Much"...walaupun saya tak berapa faham apa maksud sebenarnya.

Tapi yang paling bestnya solo Michael Schenker yang menusuk kalbu tu. Pertama kali dengar rasa macam biasa dengar jer solo ni. Rupa-rupanya Rosli Mohalim dah cilok untuk lagu Sejuta Wajah...dan saya mendengar Sejuta Wajah lebih dahulu dari Belladona...sama kes macam saya mendengar Debunga Wangi lebih dulu dari Prodigal Son ataupun mendengar Tiada Lagi Air Mata lebih dulu dari No More Tears...





Monday, November 21, 2011

Force It

Lagi pasal album rock 70an kegemaran aku...kali ini sekali lagi ke tahun 1975.



UFO - Force It (1975)

Zaman aku kanak2 semasa sekolah rendah...di penghujung 70an awal 80an...imej Michael Schenker dengan gitar Flying V memang sesuatu yang aku terbayang2...terasa betapa "cool"nya kalau aku dapat beraksi macam tu...biasanya raket badminton lah yang menjadi mangsanya...walaupun ketika tu aku tak paham sangat rock tu apa sebenonya...

Seingat aku..kat kampung aku...sebelum era Malmsteen...cuma ada 2 nama jer yang mat2 rock sebut kalau pasal gitar...Ritche Blackmore dan Michael Schenker (kalau melayu Rosli Mohalim la...) ni 2 nama memang pengaruh besar kat budak2 melayu zaman tu...pasal tu band2 dorang Deep Purple, Rainbow, Scorpions dan UFO memang sentiasa disebut2 pada zaman tu...dan dari situ lah aku mula mengenali UFO..

Doctor Doctor adalah lagu yang mengenalkan aku kepada UFO...tapi album Force It lah yang buat aku mula2 minat UFO...terus terang aku tak pernah memiliki apa2 rilisan ori UFO sebelum aku membeli cd ni...aku cuma tau lagu2 UFO melalui kaset2 dubbing sahaja...malah aku lebih familiar dengan Michael Schenker era MSG berbanding UFO...maklum la zaman aku betul2 giler rock...UFO dah bukan dengan Michael Schenker lagi pun...tapi semuanya berubah pada penghujung 80an bila aku bertemu dengan seorang rakan yang die hard UFO...start dari situ aku mula dengar UFO secara betul...dan dari situ lah aku menjadi peminat UFO...



Force It adalah album ke 2 Michael Schenker bersama UFO...aku rasa line-up bersama Michael Schenker ni lah yang paling best...paling klasik...dari Phenomenon (1974) hinggalah Strangers in the Night (1979) semua pun best...dan Force It adalah antara yang paling best dari era tu...kalau tak...takkan dari 15 lagu album live Strangers in the Night... ada 5 lagu ("Shoot Shoot", "Mother Mary", "This Kids", "Let It Roll", and "Out In The Street") dorang ambik dari album ni..

Album ni memang best dari mula sampai abis...Kombinasi Schenker/Mogg memang banyak menghasilkan karya2 klasik UFO tak kira dari segi lagu..lirik hinggalah suara unik Mogg ataupun shredder Schenker...Highlight album ni pada aku dah tentu2 lah kerja gitar Michael Schenker...cuba dengar lagu2 seperti "let it roll", "shoot shoot", "Mother Mary","this kids'"...pergh!!!...meleleh...tu lum dengo solo dia dalam lagu slow "high flyer" dan "Out in the streets"....terbayang2 flying V melayang2 di udara...memang dasat!!!


ini adalah kaver sebeno Force It...sajer aku gunakan kaver belah dalam album yg dah di censored kat atas tu supaya tak menggangu perasaan pembaca blog berlabel "U" aku ni...album tahun2 70an memang banyak gambo kaver yang kontroversi



btw...aku dulu main bass...selain Steve Harris,Clif Burton dan Rudy Sarzo...idola bassist aku adalah Pete Way...tu pasal aku follow dia sampai Waysted...cekidot lagu "Dance your life away"...lemak berkrim sound bass dia...

Try dengar album ni...konpem korang tak menyesal...dan jangan kata aku tak bagi amaran...korang mungkin akan menjadi ketagih untuk mendengar UFO lagi dan lagi...

REKOMENDED!