Mengembur rak cd...
Trixter - Trixter (1990)
Sebuah lagi band yang dulunya kalau nak dengar mestilah secara sembunyi kerana mendengar atau membeli kaset band-band seperti ini akan dianggap sebagai melawan hukum seorang "TRUE"…hahaha...
Album ini diterbitkan ketika kegemilangan muzik sebegini dah pun sampai ke penghujung. Rasanya sempat juga mereka mengecapi sedikit populariti sebelum demam Nirvana melanda arus perdana.
Pernah nampak kaset mereka di kedai. Pernah juga terbaca cerita tentang mereka terutamanya di majalah Metal Edge. Dan rasanya pernah juga menonton video clip mereka di rancangan MTV. Tetapi mendengar muzik mereka secara betul hanyalah pada 2,3 bulan kebelakangan ini. Entah mengapa sejak beberapa bulan terakhir ini, rasa teruja pula untuk mendengar semula semua album-album glam/hair metal yang pada suatu masa dahulu tidak di ambil tahu.
Mereka pada ketika di promosikan sebagai band anak muda handsome mengalahkan boy bands. Sayangnya menjelang awal 90an imej selekeh ala-ala pekerja kontrak (imej grunge) pula yang menjadi trend. Walaupun mereka cuba menjadi trendy dengan imej kemeja flanel tetapi kaitan mereka dengan hair metal menyebabkan mereka bukan lagi sebuah band pilihan. Yang minat muzik berat telah beralih ke thrash/death metal manakala yang mainstream memuja grunge.
Mereka adalah sebuah lagi pemuzik yang bagus tetapi berada di era yang salah. Ini adalah sebuah album yang dicadangkan jika anda mahukan lagu-lagu " feel good" hard rock dan pop metal. Nak kata sedap sangat tu mungkin agak berlebihan, tetapi ianya sebuah album yang ok untuk genre tersebut.