Seorang lagi gitar hero telah pergi meninggalkan kita. Hidup di zaman muziknya seperti sekarang memang payah dah nak jumpa seorang pemain gitar hebat seperti ini.
Wednesday, January 22, 2025
Sykes
Monday, August 30, 2021
Jailbreak
Lagi layanan rawak bekerja dari rumah...
Thin Lizzy - Jailbreak (1976)
Selepas mendengar Bad Reputation beberapa tahun yang lalu, saya sememangnya cuba untuk mencari Jailbreak pula. Maklumlah ini adalah album Thin Lizzy yang paling popular dan mengandungi lagu mereka yang paling dikenali ramai. Siapalah yang tak pernah dengar lagu klasik "The Boys Are Back In Town" kan?
Di telinga saya, ternyata ianya melebihi jangkaan dan reputasinya. Saya sememangnya kalah dengan band-band yang mempunyai dual gitar solo. Mungkin Phil Lynott adalah bintang utama untuk album ini, tetapi untuk saya solo-solo dan kerja gitar Scott Gorham dan Brian Robertson sememangnya sangat memikat hati. Untuk itu sahaja pun pada saya album ini sudah sepatutnya mendapat markah penuh.
Selain "The Boys Are Back In Town", lagu-lagu seperti "Jailbreak", "Cowboy Song" dan "Emerald" yang sarat dengan pengaruh celtic sememangnya patut diberikan perhatian. Sesungguhnya ini adalah salah satu album terbaik untuk genre hard rock atau kalau boleh dikatakan sebagai heavy metal di era 70an.
Saya bukanlah peminat besar rock 70an, tetapi ada beberpa album termasuk "Jailbreak" yang patut saya berikan pengecualian. Rekomended!.
Monday, September 4, 2017
Bad Reputation
Thin Lizzy - Bad Reputation (1977)
Ini adalah percubaan "trial and error". Walaupun zaman sekarang dah ada youtube, spotify dan bermacam-macam cara lagi untuk pra-dengar sebelum membeli. Tetapi rasa "adventure" pula membeli tanpa pra-dengar. Rasa macam hidup di zaman 80an. Tambah pula harganya dibawah RM25 siap pos dari ebay musicmagpie. Tak rugi apa. Lagi pun ini band lagenda.
Semenjak mendengar Thin Lizzy - Thunder & Lightning (1983), rasa bersemangat juga nak mencuba Thin Lizzy dari era 70an. Selain "The Boys are Back In Town", memang tak pernah dengar lagu yang lainnya. Ini adalah album ke 2 mereka untuk saya. Ternyata ianya tidak mengecewakan.
Ianya memang berbeza dari era John Sykes dalam Thunder & Lightning. Bad Reputation muziknya lebih ringan. Ada ulasan yang mengatakan ianya lebih mellow dan pop. Nampaknya saya kena mencari album-album Thin Lizzy yang sebelumnya untuk membuat perbandingan. Tetapi tidak mengapa. Seronok juga sekali sekala layan muzik Hard Rock 70an yang santai, tidak terlalu berat dan catchy. Memang layan lah bila dengar malam-malam sambil lepak atas kerusi malas.
Banyak lagu yang menarik. Cumanya ia agak kurang momentum bila di track-track terakhir. Mungkin nak kena dengar berulang-ulang. Tetapi 4 atau 5 track awal memang sedap. Soldier Of Fortune dan lagu yang menjadi tajuk album adalah yang menjadi pilihan.
Rekomended untuk pengemar muzik rock 70an. Tabik untuk Phil Lynott (rip). Saya akan cuba untuk mencari album-album mereka yang lainnya pula.
Thursday, December 5, 2013
Piring Hitam
My first LP. Terimakasih kepada Saudara PC Kokak kerana menghadiahkannya.
Ini sebenarnya penyakit. Takut-takut yang pertama ini akan beranak menjadi yang ke 2, 3 dan seterusnya...masak beb!!! hahahaha....
Friday, August 23, 2013
Thunder and Lightning
Thin Lizzy - Thunder & Lightning (1983)
Saya agak lambat untuk mengenali muzik Thin Lizzy. Satu-satunya lagu mereka yang saya tahu hanyalah "The Boys are Back In Town". Tetapi semuanya berubah bila pertama kali saya mendengar Sodom membawakan lagu mereka "Cold Sweat" dalam album Better Off Dead (1990). Tambahan pula bila saya dapat tahu yang lagu tersebut adalah dari zaman John Sykes, semakin bersemangat untuk saya mencari album Thunder & Lightning ni maklumlah saya sememangnya meminati John Sykes sejak dari album Whitesnake (1987) lagi. Bermula dari versi sedut sehinggalah saya berjaya membeli cdnya, Thunder & Lightning adalah salah satu album kegemaran saya. Sesungguhnya album ini membuka jalan untuk saya meminati Thin Lizzy dan mula mencari album-album mereka yang lainnya.
Entah kenapa, band 70an yang berubah arah untuk kekal relevan di tahun 80an, saya suka tetapi band 80an yang berubah arah di tahun 90an saya tak suka. Mungkin kerana jiwa dan telinga saya dah sebati dengan alunan rock dan metal 80an. Inilah yang berlaku kepada Thin Lizzy. Setelah 2 album mereka di awal 80an, Chinatown (1980) dan Renegade (1981) kurang berjaya dan ditengelami dengan munculnya pergerakan NWOBHM. Apa yang Phil Lynot buat untuk kekal relevan adalah seperti kata pepatah orang kampung saya "If you can’t beat them, join them". Menggantikan Snowy White dengan John Sykes iaitu seorang gitaris daripada band NWOBHM, Tygers Of Pan Tang yang sedang meningkat naik adalah satu tindakan yang tepat dan bijak. (Ni Metallica pun buat masa ambik Bob Rock).
Jadinya Thunder & Lightning adalah sebuah album Thin Lizzy yang berlainan. Jika mahukan Thin Lizzy 70an..lupakan sahaja. Kemasukan John Sykes memang besar pengaruhnya. Sangat kuat bunyi heavy metal 80annya. Kali ini mereka memainkan muzik yang lebih berat. Maksud saya untuk tahun 1983, muzik sebegini sudah boleh dianggap keras dan berat. Walaupun ketika itu telah muncul band seperti Metallica dan Slayer yang lebih berat dan keras muziknya.
Thin Lizzy masih mengekalkan dual gitar harmoni mereka. Gandingan John Sykes dan Scott Gorham memang menjadi. Ada 2 lagu yang paling saya minat. "Cold Sweat", satu-satunya lagu ciptaan John Sykes. Dah nampak dah kehebatan beliau dalam bab ciptaan lagu. David Coverdale bertuah dapat beliau selepas tu. Lagu yang paling kuat sound heavy metalnya. Tak hairan la banyak band metal membawakan semula lagu ini termasuklah Sodom, Helloween dan paling terbaru Megadeth. Satu lagi lagu yang jadi track pembukaan "Thunder And Lightning" memang boleh buat kita tak senang duduk. Bahagian Phil Lynott menyanyi "God damn, it's so exciting'....tu rasa macam nak melompat ajer walaupun ketika itu sedang memandu kereta..
Sebenarnya lagu-lagu lain pun best. Ini kiler album. Tak perlu forward-forward. Lagu slow/mid tempo yang ada feel progessif 70an "The Sun Goes Down" pun syiok. Solo John Sykes memang berhantu. Layan lagu ni duduk kat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam memang terasa feel giler. Lain-lain macam "This is the One", "Bad Habits", "The Holy War", "Baby Please don't go"....senang cerita semua la. Memang sangat best.
Sayangnya inilah album terakhir Thin Lizzy. Phil Lynot meninggal 3 tahun selepas ini. Mungkin kalau tak kerana itu, kita tak berpeluang untuk mendengar "Still Of The Night" atau mungkin sahaja "Still Of The Night" versi Thin Lizzy. Tak kisah la. Tapi yang pastinya untuk yang gemarkan Heavy Metal sebenar. Ini adalah album yang patut anda cari.
REKOMENDED!
Tuesday, June 25, 2013
Cold Sweat
Aku belum ada Super Collider...tapi lagu pertama yang terus menangkap bila pertama kali dengar adalah Cold Sweat ni...mungkin pasal lagu ni aku dah biasa....menarik jugak versi Megadeth ni...
tapi yang lawaknya...ada yang komen Thin Lizzy with Dave Mustaine on guitar...rambut memang dah sama dah....hahaha...
Apa2 pun memang best lagu ni...