Terrorvision - Regular Urban Survivors (1996)
Ini adalah kesinambungan dari "How to Make Friends and Influence People - 1994" yang menjadikan mereka mula dikenali di Britain. Seperti yang diwar-warkan dalam majalah Kerrang!, saya juga berpendapat yang mereka adalah "The Next Big Thing" dari Britain.
Ini adalah peluang mereka untuk menembusi pasaran Amerika. Sound mereka yang semakin pop dan kurang acuan metalnya mungkin untuk tujuan tersebut. Unsur-unsur alternatif, pop punk telah mula mempengaruhi mereka. Sayangnya ketika itu Britain lebih dikenali dengan Brit Pop. Mana-mana band yang menongkah arus walaupun berasal dari Yorkshire, tetap gagal untuk menarik perhatian.
Namun begitu ianya tetap mendapat sambutan di Britain. Beberapa singles dari mereka tetap masuk carta. Maklumlah lagu-lagu mereka memang catchy. Memang sedap. Sayangnya mereka semakin berubah jauh dari metal untuk album mereka yang seterusnya. Dan secara kebetulan juga nama mereka semakin merundum selepas dari itu.
Satu perkara yang menarik tentang album ini adalah konsep kulit albumnya. Ianya bertemakan filem ala-ala James Bond. Awalnya saya ingat ini album soundtrack.