Showing posts with label Teacher's Pet. Show all posts
Showing posts with label Teacher's Pet. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Eh…Keras Tu

Rock melayu yang dah 20 tahun...


Teacher's Pet - Eh…Keras Tu (1994)

Klon Extreme?...mungkin kot. Tetapi jika dilihat dari nama band sahaja pun sudah cukup untuk mengambarkan ianya sememangnya begitu. Untuk pengetahuan yang tidak tahu, Teacher's Pet adalah salah satu tajuk lagu dari album Extreme yang pertama (1989). Tak logik pulak kalau nama tu sempena lagu Venom pulak kan?...

Pertama kali mendengar kaset ini adalah di rumah seorang rakan di kampung. Ketika mendengar lagu "Warisan Wanita Terakhir" saya dah terpikir adakah ini "More Than Words" versi melayu. Kemudian apabila mendengar instrumental "Eh.. Keras Tu" menguatkan lagi andaian tersebut. Ianya mengingatkan saya kepada lagu intro lagu "Mutha (Don't Wanna Go To School Today)". Memang sah lah...mesti gitarisnya adalah peminat Nuno Battencourt.

Ok...mungkin perkataan klon itu tidak berapa tepat. Mungkin lebih sesuai "pengaruh" (influence). Lagu-lagu mereka tidaklah seperti Extreme. Teacher's Pet lebih mengutamakan lagu-lagu perlahan. Mungkin mengikut kehendak semasa dunia pop rock melayu yang pasarannya memang begitu. Tetapi yang menariknya adalah solo-solo dan kerja gitar gitarisnya. Ianya menjadi penyebab untuk saya membeli kaset ini.

gambar ala-ala Pink Floyd gitu...
Pada saya Addy (gitaris) memang bagus. Jarang nak jumpa gitaris yang bagus di tahun 90an yang anti gitar hero. Pada saya beliau lah gitaris rock melayu 90an yang paling menonjol. Sayangnya beliau kurang dikenali di sini. Mungkin kerana beliau orang Singapura. Walaupun saya tidak berapa mengambil tahu perihal rock melayu di tahun 90an, tetapi saya mengikuti perkembangan beliau sehingga beliau menubuhkan kumpulan Cradle. Kaset Cradle - Gurindam Keluli (1996) pun saya beli tetapi tak pasti adakah ianya masih saya simpan. Kena kembur gerobok ni.

Ketika ini Eddie...bukan Addy...
Nak tahu pasal Cradle dan album solo Addy boleh check blog deaf.
http://deaf-angel.blogspot.com/2006/12/berita-cradle.html
http://deaf-angel.blogspot.com/2008/10/addy-cradle-divine.html
http://deaf-angel.blogspot.com/2008/11/addy-cradle-divine-sambungan-dan-more.html

Secara kesimpulannya, Teacher's Pet memang bagus. Lagu sedap. Maman punya suara tak payah cerita lah. Memang bagus pun. Cumanya sayang tak banyak lagu yang berat dan laju. Mungkin memang bukan konsep mereka begitu. Ni bukan zaman 80an ketika Maman bersama Flying Funeral.



layan instrumental yang kawan saya dulu pangil lagu ni "Bapak kau punya thrash"