Showing posts with label Tankard. Show all posts
Showing posts with label Tankard. Show all posts

Wednesday, February 22, 2023

Pavlov's Dawgs

Album pilihan 2022...

Tankard - Pavlov's Dawgs (2022)

Tankard adalah salah satu nama besar bagi gerakan Teutonic thrash di tahun 80an dahulu. Namun begitu mereka bolehlah dikatakan yang paling kurang popular berbanding band-band yang lainnya.

Lirik dan imej yang sering berkisarkan tentang beer di tambah pula dengan cover album kartun menyebabkan mereka sering tidak dipandang serius. Namun begitu, dari segi muzik mereka sebenarnya bagus. Kualiti muzik mereka sememangnya serius bagus.

Ini adalah cd mereka yang ke 6 saya beli. Percubaan mendengarnya di spotify menyebabkan terjebak untuk membeli. Tankard masih seperti dulu. Lirik mereka masih majoritinya berkisarkan tentang beer. Muzik mereka juga masih yang sama. Ianya masih thrash seperti yang mereka mainkan dulu-dulu. Tiada yang berubah.

Band yang dan menghasilkan banyak album (18) seperti mereka pastinya ada album yang menaik atau menurun. Pavlov's Dawgs adalah di dalam kategori yang menaik. Ianya bukanlah yang terbaik, tetapi sesiapa yang sukakan thrash amnya dan Tankard khususnya pastinya tidak akan kecewa.

Satu lagi album kegemaran bagi tahun 2022. Sememangnya 2022 tidak menghampakan jika anda adalah seorang peminat thrash. Banyak album thrash yang bagus.


Sunday, November 26, 2017

Tankard

Yang dah 10 tahu...

 Tankard - Best Case Scenario : 25 Years In Beers (2007)

Sepatutnya mereka bermain di Sierra Perdana, Masai malam semalam. Tetapi apakan daya ianya telah dibatalkan. Tak tahu lah salah siapa tetapi mengikut FB rasmi Tankard, ianya salah penganjur yang gagal untuk menyediakan tiket penerbangan. Kesian juga kepada mereka-mereka yang telah membeli awal. Banyak kali dah berlaku. Dan mungkin ini bukan kali yang terakhir. Masalahnya kat Malaysia bukan terhad kepada band metal orang putih sahaja, konsert Search dan Wings pun pernah batal walaupun tiket dah jual...memang rasa tak konfiden la nak beli tiket awal...

Apa-apun layan cd jer la. Nak tengok live depan mata tak dapat. Buat yang tahu Tankard adalah sebuah lagenda thrash dari Jerman. Mungkin mereka yang paling kurang dikenali di antara The Big 4 of German Teutonic Thrash selain Kreator, Sodom dan Destruction. Kasetnya dulu pun tak pernah nampak pula ada masuk Malaysia. Mungkin juga kerana imej Beer Metal mereka.