Showing posts with label Suicidal Tendencies. Show all posts
Showing posts with label Suicidal Tendencies. Show all posts

Saturday, July 3, 2021

Gila Format - Lights...Camera...Revolution!

Sempena 31 tahun umurnya pada hari ini....satu lagi kenangan remaja yang berjaya di "gila format" kan...


Sucidal Tendencies - Lights...Camera...Revolution! (1990)

Antara album kegemaran dan mengembalikan kenangan di zaman remaja. Kasetnya dulu naik lunyai hampir hari-hari di pasang di walkman. Untuk peminat generasi Metallica yang baru, Suicidal Tendencies mungkin dikenali kerana Robert Trujillo. Tetapi untuk Mat Thrash tua lama, Suicidal Tendencies juga adalah trend bandana dan topi bahagian depan yang diangkat ke atas dengan tulisan "Suicidal".


Apa yang saya suka tentang Lights...Camera...Revolution! selain lagu-lagunya yang sedap adalah vokal Mike Muir yang lunak dan kerja gitar serta solo-solo berhantu dari Rocky George. Memang power!

Antara album yang akan dicadangkan kalau ada yang baru nak belajar dengar thrash


Thursday, November 15, 2018

Still Cyco Punk After All These Years

Lagi terbitan dari tahun ini...


Suicidal Tendencies - STill Cyco Punk After All These Years (2018)

Aktif pula yer Suicidal Tendencies ni sejak-sejak Dave Lombardo jadi band member. Ni album terbaru dari mereka. Tapi nak kata betul-betul baru sebenarnya bukanlah lagu-lagu baru pun. Seperti album Still Cyco After All These Years (1993, album ini juga adalah rakaman semula dari lagu-lagu lama. Tetapi bukanlah lagu-lagu lama Suicidal Tendencies. Sebaliknya ia adalah lagu-lagu dari album solo Mike Muir (Cyco Miko - Lost My Brain!) dari tahun 1996.

Maka sudah tentu lagu-lagunya lebih punk berbanding metal atau thrash. Suicidal Tendencies pun memang asalnya adalah sebuah band hardcore punk. Mungkin beliau cuba untuk kembali ke zaman tersebut. Yang paling ramai nak dengar sebenarnya adalah ketukan drum Dave Lombardo. Saya tak dengar album yang asal. Maka tak boleh lah nak buat perbandingan. Tapi dari apa yang saya dengar kira bolehlah. Agak pop dan catchy. Lebih kepada pop punk ala-ala Ramones mungkin.


Dave Lombardo pun tak overshadow band member yang lain. Paling saya tertarik adalah shredding solo dari Dean Pleasants. Memang hebat. Lama juga yer dia dah dalam Suicidal Tendencies. Tapi biasalah, peminat jenis macam saya. Masih tak boleh nak move on. Masih mengharapkan Rocky George akan kembali.

Akhir kata. Ianya hanya sesuai untuk die-hard ST atau mungkin peminat pop punk. Yang nak metal dan thrash tu, sila tunggu album baru yang betul-betul baru dari mereka.




Saturday, November 3, 2018

Cd 2018 pt 4

2 cd terkini dalam simpanan..


macam biasa... cd-cd dari orang tua lama 😀

Tuesday, December 26, 2017

Bukan dari The Big Four

Bila malas dan tiada idea untuk menulis, maka akan keluarlah entri-entri riak cdwi.. 😀

10 album terbaik thrash yang bukan dari Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mengikut loudwire.com. Seperti biasanya lain orang akan lain pendapatnya.


10 - Overkill - The Years of Decay (1989)
9 - Annihilator - Alice in Hell (1989)


8 - Death Angel - Frolic Through the Park (1988)
7 - Suicidal Tendencies - Lights, Camera, Revolution (1990)


6 - Flotsam & Jetsam - Doomsday for the Deceiver (1986)
5 - Dark Angel - Time Does Not Heal (1991)


4 - Nuclear Assault - Handle with Care (1989)
3 - Kreator - Extreme Aggression (1989)


2 - Exodus - Bonded by Blood (1985)
1- Testamant - The Legacy (1987)

Semua ni sebenarnya berpuluh tahun kumpul. Membeli apa yang suka. Tak kisahlah versi apa. Yang penting janji ada. Kadang-kadang bila buat entri macam ni baru perasan apa yang kita tak ada. Extreme Aggression pun hanya setakat versi NSR rupa-rupanya. Tapi yang pastinya Frolic Through the Park adalah misi ebay saya yang seterusnya.






Thursday, August 10, 2017

World Gone Mad



Suicidal Tendencies - World Gone Mad (2016)

Lama tak mengikuti perkembangan mereka. Kali terakhir ketika album Suicidal for Life (1994). Zaman Rocky George, Robert Trujillo (Metallica) dan Jimmy DeGrasso (ex-Megadeth) masih bersama mereka. Suicidal Tendencies pada saya hanya sekadar band untuk bernostagia di zaman remaja.

Tetapi bila dapat tahu yang Dave Lombardo (ex-Slayer) akan bermain drum untuk mereka. Sudah tentunya saya teruja.  Memang kena beli. Siapa sangka Mike Muir dan Dave Lombardo akan bermain bersama-sama. Kedua-duanya adalah antara hero thrash zaman remaja saya.



Yang menjadi plus pointnya bila lagu lagunya mengimbau kembali kenangan di era "How Will I laugh Tomorrow When I Cant Even Smile Today (1988) dan "Lights...Camera...Revolution! (1990). Memang rasa menarik bila mereka lebih ke metal berbanding punk/funk di album-album terakhir mereka.

Yang menjadi pilihan adalah lagu 'Get Your Fight On'. Solo gitar gitarist baru mereka seakan akan Rocky George.

Album ini membuktikan orang lama seperti Mike Muir dan Dave Lombardo sememangnya otai masih berbisa. Cumanya kalaulah Rocky George dan Robert Trujilo kembali...barulah lengkap nostalgia remaja saya....







Saturday, April 8, 2017

Thrash 2016/2017




Ini semua adalah lebih baik dari "Hardwired... to Self-Destruct"...


P/s: sebenarnya 5 dari cd-cd ni baru jer beli...tu yang saje nak eksyen riak cdwi...haha...



Thursday, September 19, 2013

Still Cyco After All These Years

Lagi album yang dah 20 tahun.



Suicidal Tendencies - Still Cyco After All These Years (1993)

Nak kata album baru...Tidak. Nak kata kompilasi...pun tidak. Tetapi ini adalah rakaman semula kesemua lagu-lagu dari album pertama mereka (suicidal tendencies, 1983) sempena ulangtahun yang ke10 tahun album tersebut dan ditambah beberapa lagu dari album ke 2.

Tak pasti kenapa ianya di rakamkan semula. Dengar ceritanya album tersebut telah pun "out of print". Mungkin itu sebabnya atau ada yang kata Mike Muir ingin membuktikan dia masih Mike Muir yang dulu selepas album The Art of Rebellion yang agak komersial bunyinya. Atau saja nak cari duit lebih ketika tengah popuar. Tak kisah la apa pun sebabnya tetapi saya cukup tertarik untuk mendengar line-up Suicidal  versi thrash/metal membawakan lagu-lagu Suicidal versi hardcore.

Gambar pun mengikut kaver lama...cumanya kali ini hanya Mike Muir yang digantung terbalik. Yang lainnya tidak. Mungkin untuk mengambarkan hanya beliau sahaja anggota yang asal

Sememangnya hanya tinggal Mike Muir line-up asal. Rocky George, Robert Trujillo dan lain-lain adalah line-up baru. Di telinga saya memang tak pasti apa sangat bezanya antara hardcore dan metal ni. Yang pastinya hardcore takder solo gitar panjang. Itu jer kot bezanya. Dan disebabkan itu juga la rasa macam rugi pula tak dapat mendengar solo-solo dahsyat Rocky George dalam album ini. Mungkin Mike Muir tak mahu perubahan ketara dari versi asal. Memang sayang. Saya meminati Suicidal pun pasal kerja gitar Rocky. Lagi sayang beliau dah tak main metal pun sekarang.

Versi baru ni ada yang best. Ada juga tak berapa best terutama bab vokal Mike Muir. Macam kurang power dah. Tapi saya enjoy layan "Institutionalized". Lagu yang mengenalkan saya kepada Sucidal Tendencies selepas pertama kali mendengarnya dalam siri tv 21 Jump Street.







Tuesday, November 27, 2012

The Art Of Rebellion

Sebuah lagi album yang menyambut ulangtahun yang ke 20


Suicidal Tendencies - The Art Of Rebellion (1992)

Genarasi baru metal rasanya pasti ramai yang kenal nama band ni kerana Robert Trujilo sebagaimana generasi saya dulunya kenal Floatsam & Jetsam kerana Jason Newsted.

Suicidal Tendencies asalnya adalah sebuah band hardcore tapi kemudian menjadi band metal/thrash di penghujung 80an. Dengan The Art Of Rebellion mereka sekali lagi mengubah muzik mereka kali ini ke arah funk dan mungkin juga lebih pop dengan elemen groove dan alternative. Mungkin mereka cuba untuk mengikut peredaran zaman. (senang cakap ada yang kata sellout - ST punya black album)


Jika dibandingkan "Lights Camera Revolution" yang pada saya antara album thrash terbaik sepanjang zaman,  album ini sedikit mengecewakan saya. Sebenarnya ianya bukanlah perubahan yang mendadak. Ia masih Suicidal Tendencies, masih metal...thrash mungkin tidak...tapi yang saya kurang berkenan muziknya menjadi agak mellow. Contohnya dengarkan lagu Nobody Hears. (singles yang paling laris jualannya dalam sejarah mereka) Memanglah tersangat pop dan mellow.

Tapi album ini merupakan album mereka yang paling berjaya. Mencapai tahap gold dan berjaya menduduki no 52 dalam carta Billboard 200. Kepada peminat Metallica anda boleh lah mendengar kehebatan bass meletup2 dari Robert Trujilo (cuba dengarkan Which Way To Free) yang kadang2 mengingatkan saya kepda Les Claypool dari Primus. Mungkin jugak Infectious Grooves (side projek Mike Muir dan Robert Trujilo) banyak mempengaruhi.



Tapi untuk saya solo2 Rocky George lah yang saya cari. Sememangnya beliau adalah gitarist metal yang paling underated. Cuba dengar solo2 beliau dalam "I'll Hate you Better", "Nobody Hears" dan "Where's the Truth". Memang tersangat best.

Apa2 pun sememangnya inilah album ST yang terakhir saya follow. Dan ianya merupakan juga album terakhir Rocky bersama merea. Album2 mereka selepas dari ini memang saya tak masuk kepala.



**** Rocky di taja oleh Ibanez dan sering mengunakan RG series. Ada rumors yang mengatakan Ricky yang design RG series disebakan huruf RG tersebut. Tapi RG tu stands for Roadstar Guitar, bukannya Rocky George dan ini di akui oleh Rocky sendiri :D

Wednesday, July 25, 2012

F.N.G

lagi memori cd best of yang dah 20 tahun...



Suicidal Tendencies - F.N.G (1992)

Kalau sebut nama Suicidal Tendencies rasanya ramai yang jugak yang tau...maklum la ni adalah band awal Robert Trujillo...sama kes macam Floatsam & Jetsam yang sering dikaitkan bila cerita pasal Jason Newsted...tapi macamaner bunyi muziknya rasanya ramai jugak yang tak tau...

Seingat aku pada tahun 1993...kedai2 kaset kat Malaysia boleh dapat 2 album kompilasi Suicidal Tendencies ni...yang satu lagi adalah Still Cyco After All These Years...walaupun secara teknikalnya Still Cyco lebih merupakan rakaman semula album pertama mereka di tambah beberapa lagu dari album Join The  Army dan 1 lagu B-side menjadikan ianya layak dipanggil album kompilasi...



Pada ketika itu aku memilih untuk membeli Still Cyco kerana nak dengar versi guitar Rocky George...pasal aku memang minat solo2 dia (dia hanya join ST masa album ke 2 )...tambahan pulak abang aku ada beli kaset FNG ni...so aku pinjam dia punya ajer...

Beberapa tahun lepas tu bila terjumpa versi cd ni baru lah aku beli...bagi aku ianya pembelian yang berbaloi...terutamanya jika anda meminati ST semasa zaman hardcore punknya....untuk peminat Metallica...harap maklum Robert Trujillo tak main masa zaman hardcore ni...dia masuk tahun 1989...zaman ST dah mula condong ke arah thrash dan metal...

Cd ni mengandungi lagu2 dari 3 album terawal ST (Suicidal Tendencies, Join The Army dan How Will I Laugh Tomorrow When I Can't Even Smile Today)...7 lagu terbaik dari setiap album ditambah satu lagu bonus...memang berbaloi2...kita boleh dengar sedikit perbezaan antara album pertama dan 2 album berikutnya...album pertama adalah bercirikan hardcore punk...manakala kemasukan Rocky George mengubah hala ST lebih kepada metal untuk 2 album berikutnya...dan aku pernah terbaca review Joe Kid kat Aedes (lupa bilangan keberapa) yang cakap ST dah belot dari hardcore punk...album ke 2 Join The Army dah banyak solo2 gitar panjang yang lebih bercirikan metal....walaupun Joe Kid tak suka...tapi aku yang minat metal tersangatlah suka...terutama solo2 Rocky George tu...memang sedap...



Dulunya aku beli cd ni pasal 2 lagu...pertamanya "Institutionalized" ...lagu yang 1st time aku dengar kat siri tv popular 80an 21 Jump Streets yang Johny Depp berlakon tu...zaman muda belia...zaman rebel...dengar lagu ni memang sangat memberangsangkan....dan ke duanya lagu "How Will I Laugh Tomorrow"....lagu yang macam slow tapi tak slow...adik pompuan aku yang tak rock pun boleh suka lagu ni...dan sampai sekarang ianya jadi salah satu all time favourite aku...

Sebenonya banyak lagi lagu2 best...memang sedap layan mata driving long distance sambil mendengar cd ni...kalau anda peminat hardcore punk dengan sentuhan metal...inilah cd yang patut anda cari


Monday, June 28, 2010

Lights...camera...revolution

1st entry aku pasal album2 dari tahun 1990 selepas entry ni



Robert Trujillo punya hal rasanya peminat Metallica mungkin pernah dengar pasal Suicidal Tendencies kan...tapi bagi aku..masa penghujung 80an dan awal 90an Suicidal Tendencies adalah sebuah band yang aku minat seiring dengan Metallica Megadeth tu semua...

Seingat aku 1st time dengar pasal band ni adalah dari fanzine Aedes...tu jam Joe Kid kutuk giler2 STnya album Join The Army...pasal start dari album ni...ST dah mula main metal bukannya hardcore punk lagi...pada aku pehal pulak...main metal la lagi bagus...bila aku berpeluang dengar Join The Army ternyata aku suka album tu...start dari tu aku mula was was dengan review2 album dari Joe Kid...hahaha...

Satu lagi yang buat aku tertarik pada ST adalah semasa nengok cerita favourite aku zaman bebudak dulu21 Jump Street yang Johny Deep berlakon tu...ada satu episod main lagu Institutionalized...terus aku minat lagu tu...

Lights...Camera...Revolution adalah album penuh ke 4 mereka...Apa yang menarik bagi aku ianya adalah sebuah album crossover dengan elemen punk,hardcore,metal,thrash dan funk bercampur...riff2 dan solo2 Rocky George memang best...mendayu dayu...salah seorang gitaris yang aku minat tapi sayangnya sangat underated...mungkin pasal dia bukan mat salleh kot...sebab dia la ST berubah menjadi metal/thrash dan dia jugak la yang membawa Robert Trujillo ke dalam ST..dan Robert Trujillo pulak membawa elemen funk ke dalam ST...



Aku suka semua lagu dari album ni...terutama 4 track pertamanya...You Can Bring Me Down, Lost Again, Alone dan Lovely...You Cant Bring Me Down ada iras2 seperti Institutinalized dari 1st album mereka...boleh jadi lagu bina semangat ni...memang rasa bersemangat dengar lagu ni....lagu pembukaan yang membakar perasaan...memang best...manakala Lost Again ada part2 melodic yang suara Mike Muir tu syahdu jer memang aku suka la

Alone pula adalah lagu yang paling aku suka dari album ni...bermula dengan slow...ingatkan lagu slow...tapi lepas tu masuk riff2 dan solo2 mebunuh Rocky George...tambah pulak dengan vocal Mike Muir yang lemah gemalai tu...selain dari How I will Laugh Tomorrow (dari 3rd album dorang)...ini memang favourite aku....terbaik!!



Lovely dan Send Me Your Money ada pengaruh funk yang kuat...rasa macam lagu2 Infectious Grooves pun ada (terutama Lovely)...dan kalau ada sapa2 yang masih ragu2 dengan permainan bass Trujillo....boleh dengar la permainan dia dalam lagu2 ni...best!...cuma nak tunggu jugak kot2 manalah tau next album Metallica pun ada elemen funk ker...

Apa yang menariknya ST ni selain guitar work Rocky George bagi aku adalah suara Mike Muir...suara dia memang unik la...suara dia bunyi syahdu jer walaupun latarbelakang muziknya keras...tu yang buat unik tu...antara vocalist thrash selain Joey Belladonna yang sangat aku minat...

lain2 lagu yang menarik pada aku ialah Give It Revolution, Emotion no 13 dan Disco's Out,Murder's in...kalau korang minat nak dengar thrash metal yang sedikit lain dari Bay Area...boleh try album ni la..

****satu kenangan aku pasal ST ni ialah dressingnya la..ala2 gangster mexico tu kan...selain tu topi dia yang bahagian depan bawah ada tulis "Suicidal" tu dulu aku siap tiru buat sendiri tulis...perasan macho je bila jalan2 gi bando...hahaha..