Showing posts with label Sudirman. Show all posts
Showing posts with label Sudirman. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

Throwback Thursday : Aku Penghiburmu



Sudirman - Aku Penghiburmu (1978)

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran Allahyarham pada 25hb May yang lalu. Kalau arwah masih hidup, dah 61 tahun dah usianya.

Saya bukanlah peminat tegar beliau. Tetapi perlu diakui, ketika kanak-kanak dahulu saya pernah minat dengan beliau. Seperti yang saya katakan sebelum ini. Bila terjebak dengan dunia piring hitam. Hendak tak hendak, anda akan terpengaruh juga dengan segala macam album dari tahun tahun 70an tanpa mengira apa genre sekalipun.

Sebenarnya saya tak nak bercerita perihal Aku Penghiburmu. Saya tiada memori atau kenangan untuk album ini. Malah saya tidak pernah tahu kewujudannya. Saya baru tahu yang lagu "Jali Jali" yang popular ketika saya kanak-kanak dahulu adalah dari album ini. Seperti kebiasaannya album 70an, banyak lagu saduran. Tetapi pada ketika ini lagi dah nampak bakat beliau terutamanya dalam mencipta lagu dan lirik. Lagu "Mama (Untuk Saloma)" adalah ciptaan beliau

Saya dah lupa bila masanya saya mula ambil tahu pasal beliau. Kalau tak silap kerana lagu "toyol". Agak popular juga lagu itu ketika zaman saya kanak-kanak dahulu. Tetapi yang membuatkan saya betul-betul jadi peminat beliau semasa kanak-kanak dahulu adalah bila abah membelikan kami kaset Anak Muda (1980).

Itu adalah kaset kedua kami. Yang pertama kaset Alleycats - Penyanyi (1979). Zaman sebelum itu abah lebih banyak membeli dalam format katrij. Sayang...tiada satu pun album dalam format katrij ini masih tersimpan.


Pada ketika itu, popular betul lagu "Hidup Sederhana (Basikal Tua)". Tetapi entah kenapa saya cukup suka akan lagu "Jamilah (Untuk Jururawat)". Asyik ulang-ulang dengar. Mungkin kerana lagu ini ada unsur-unsur humor. Maklumlah pada ketika itu saya baru sahaja berumur dalam 9 atau 10 tahun. Masih kanak-kanak. Lebih suka yang lawak. Mana paham lagu-lagu cinta.

Kalaulah dapat album Anak Muda dalam bentuk piring hitam. Memang best. Banyak betul nostalgianya. Tak pun album Lagu Anak Desa (1980) atau pun Lagu Dari Kota (1981). Ni semua saya pernah ada dalam betuk kaset. Yang 2 terakhir tu kepunyaan abang. Tak dapat piring hitam, dapat dalam bentuk cd pun dah best dah. Tapi saya tak rasa album-album ini ada dikeluarkan dalam bentuk cd.

Samada minat atau tidak, perlu diakui yang beliau adalah seorang lagenda yang tidak mudah untuk dicari ganti. Satu dalam sejuta. Sangat kreatif dan genius dalam bidang nyanyian dan persembahan.

Tabik!