Showing posts with label Stone Temple Pilots. Show all posts
Showing posts with label Stone Temple Pilots. Show all posts

Wednesday, November 30, 2022

Purple

Antara cd yang baru yang masuk koleksi. Di beli melalui shopee kerana harganya hanya RM25 (cd baru masih berplastik) dan kenangan yang ada padanya…

Stone Temple Pilot - Purple (1994)

Saya bukanlah peminat grunge. Tetapi sesiapa pun yang minat muzik dan hidup di tahun 90an, pastinya akan merasa tempiasnya. 

Kesibukan dengan kerja dan sering pulang lewat dari pejabat menyebabkan saya kurang mempunyai masa untuk bergaul dengan kawan-kawan sekepala. Kawan-kawan sepejabat yang hampir kesemuanya tak minat dengan muzik metal itulah yang menjadi kawan-kawan seharian. Muzik yang saya dengar pada ketika itu hanyalah apa yang dimainkan di radio dan tv. . 

Kekerapan mendengar lagu "Plush" (dari album sebelumnya) di radio dan menonton video clipnya di tv menyebabkan timbul rasa minat. Ianya menjadi penyebab kenapa album ini dibeli 2 minggu selepas ianya berada di pasaran. Tambahan pula gambar covernya menarik perhatian. Ianya adalah pembelian secara cuba jaya.

Tetapi tak sangka pula ianya sedap. Dan ianya menjadi salah satu album kegemaran. Entah kenapa ianya lebih mudah hadam dari mana-mana album Pearl Jam, Alice in Chains mahupun Soundgarden. Lagu-lagunya kurang meleweh dan agak melodic. Kalau lebih solo gitar dalam setiap lagu pastinya lebih menarik.

Selain Nirvana - Nevermind, mungkin ini album dalam kategori grunge yang saya paling mudah hadam. 

Nak baca cerita lama boleh klik <SINI>

#sedikit trivia… kalau kita tunggu beberapa saat selepas lagu terakhir (Kitchenware & Candybars), akan ada sebuah "hidden track" bertajuk "Second Album". Ianya adalah lagu oldies ala-ala tahun 50an yang kalau tak silap dinyanyikan oleh seorang busker jalanan. Khabarnya beliau tidak lagi menjadi busker jalanan selepas mendapat royalty dari album ini....

Tuesday, May 13, 2014

Purple

Ni bukan pasal Deep Purple...tapi album rock yang dah capai usia 20 tahun..


Stone Temple Pilots - Purple (1994)

Rasanya tahun 1994 adalah tahun yang paling saya mencuba untuk menjadi trendy dengan mengikuti perkembangan muzik semasa. Setelah kerap mendengar lagu "Plush" di radio, saya tergerak hati untuk mencuba Purple.

Tidak pernah mendengar album pertama mereka "Core" secara sepenuhnya, hanya "Plush" dan satu dua lagu yang lainnya. Apa yang saya tahu mereka bergenre "grunge". "Plush" memang ada gaya Pearl Jam tetapi secara keseluruhannya saya tak rasa album Purple ini boleh di kategorikan sebagai grunge. Mereka agak kurang meleweh. Lagunya juga agak pelbagai dan melodic. Mungkin mereka tidak lagi mahu lagi digelar klon Pearl Jam dan mahu lari dari sound Seatle. Pada saya muzik mereka adalah modern rock 90an atau mungkin juga alternatif.


"Vasoline", "Interstate Love Song" dan "Big Empty" adalah antara lagu yang menarik dari album ini. Bukanlah sesuatu yang saya suka sangat tetapi saya lebih menyukai muzik begini jika hendak dibandingkan dengan Pearl Jam. Tak boleh pula nak banding dengan zaman Scott Weiland bersama Velvet Revolver kerana secara jujurnya saya tidak berminat dengan Velvet Revolver dan tidak tahu apa lagu-lagunya.