Showing posts with label Slaughter. Show all posts
Showing posts with label Slaughter. Show all posts

Thursday, May 21, 2026

Revolution

29th anniversary.

Slaughter - Revolution (20/05/1997)

Kebelakangan ini saya cuba untuk mendengar apa yang saya tertinggal pada satu ketika dahulu. Ini adalah percubaan Slaughter untuk menyesuaikan keadaan semasa pada ketika itu. 

Secara keseluruhan, album ini mungkin bukan pilihan utama peminat lama, tetapi bagi yang sukakan evolusi ke arah bunyi yang lebih moden, album ini ada tarikannya tersendiri. Tidak sempurna, tetapi jauh lebih baik daripada yang saya sangkakan.


Thursday, May 7, 2020

Hiburan WFH - The Wild Life

Lagi hiburan berkerja dari rumah...


Slaughter - The Wild Life (1992)

Yang ini akan sentiasa mengingatkan kenangan pada penghujung tahun 1992 atau awal 1993. Zaman baru abis belajar di IPTA dan tak pasti apa langkah seterusnya. Lepak-lepak kat rumah menganggur sambil cuba-cuba cari kerja dan sebelah malamnya bersedia dengan tape video kosong untuk merakam lagu-lagu menarik yang ke udara dalam rancangan MTV Asia di TV5 Singapura.

Salah satu lagu yang di rakam adalah Real Love. Lagu yang menampilkan Shannen Doherty sebagai modelnya. Masa tu beliau tengah top dengan cerita Beverly Hills, 90210. Tak minat pun ceritanya. Cuma minat wajah Shannen Doherty sahaja. Kah kah kah...

Asyik lah ulang-ulang video clipnya. Tapi masa tu kasetnya pun tak ada lagi. Maklumlah zaman menggangur tak kan lah nak minta duit mak pulak nak beli kaset. Mampus kena belangkung nanti...


The Wild Life ni banyak lagu sedap. Selain "Real Love", suka juga "Days Gone By", "The Wild Life", "Streets of Broken Hearts".... Yang menariknya mereka masih mengekalkan muzik glam metal yang jenis straight forward heavy rock and roll dan tidak menjadi blues based rock seperti sesetengah band glam metal yang lain pada ketika Itu (Poison dan Cindirella contohnya).

Tetapi seperti band-band yang sezaman dengan mereka, muzik yang bersangkut paut dengan glam metal 80an tidak lagi di anggap "cool" pada ketika itu. Di tambah dengan masalah dalaman mereka, Slaughter tidak lagi diendahkan dan akhirnya dilupakan di arena mainstream....



Wednesday, March 30, 2016

Fear No Evil

Lagi dari tahun lepas, yang dah pun 20 21 tahun...


Slaughter - Fear No Evil (1995)

Mungkin ada yang mencebik. Bukan sahaja bagi golongan "true" tetapi juga golongan 90an. Apa-apa yang berkaitan dengan glam dan hair metal adalah sangat tak cool dan ketinggalan zaman pada tahun tersebut. Tetapi Slaughter tetap berdegil. Mereka adalah dari generasi ke 3 glam/hair metal dan telah pun mencapai zaman kemuncak pada awal tahun-tahun 90an.

Dengan Fear No Evil, mereka seolah-olah tidak pernah mendengar perkataan grunge. Mereka langsung tidak terpengaruh dan berubah. Mereka tetap setia dengan genre muzik yang telah mempopularkan mereka. Melodic hair metal yang menentang arus.


Kalau berubah pun, muzik mereka menjadi lebih matang dan selangkah kehadapan berbanding album sebelumnya, The Wild Life. Tetapi ianya masih tetap dalam acuan melodic hair metal tetapi dengan sound yang lebih berat. Ikut telinga saya memang boleh tahan sedap lagu-lagunya.

Tetapi perkara ini tidaklah mendatangkan kebaikan dari segi populariti dan jualan album mereka. Nama mereka terus tenggelam di arus perdana. Tetapi tabik buat Mark Slaughter dan rakan-rakannya kerana berpegang teguh dengan muzik yang mereka minati walaupun dunia muzik mainstream meminggirkan mereka.

Tabik!



Tuesday, March 24, 2015

Mass Slaughter: The Best of Slaughter

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 21hb Mac yang lalu.


Slaughter - Mass Slaughter: The Best of Slaughter (1995)

Ni Shannen Doherty punya angkara lah ni. Tak kenal? Sila google. Rasanya yang membesar zaman 90an pasti kenal dengan mak cik ni. Nak tahu lebih lanjut macamana saya terjebak dengan Slaughter boleh rujuk >SINI<

Kalau tak silap ini adalah antara cd terawal yang saya beli. Tahun 1995 adalah tahun-tahun awal album dalam format cd mula di jual secara meluas di seluruh negara. Di beli di Plaza Kotaraya Johor Bahru. Kedai kaset besar sebelah Muzika tu. Lupa dah nama kedai dia. Sekarang semua pun dah tinggal kenangan. Semenjak Plaza Kotaraya dah diubahsuai menjadi Galleria@Kotaraya. Satu kedai kaset/cd pun dah tak ujud kat situ. Ni semua "port" aktivis underground metal Johor Bahru satu masa dahulu. Budak-budak 80an lepak KOMTAR, yang 90an lepak Kotaraya. Saya merasa kedua-duanya walaupun saya bukanlah terlibat secara langsung. (Saya hanyalah seorang lone ranger yang poser...hahaha..)


Ok..kembali kepada tajuk. Awalnya memang tak sangka akan minat dengan Slaughter. Hanya mula mendengar mereka selepas berakhirnya era "true" dalam kamus hidup... Hahaha..

Memang sedap tak kira lagu heavy, mid tempo atau slow...semua pun sedap. Mungkin dalam banyak-banyak band "3rd wave hair metal" seangkatan dengan mereka contohnya Firehouse,Trixter, Nelson dll, mereka yang paling best.

Jika anda sukakan hard rock 90an, Mass Slaughter dijamin akan memberi anda kepuasan. Cheesy tak chessy...yang pentingnya  sing-along chorus, catchy melodies dan killer guitar solo. Bukankan itu yang kita mahukan bila sebut genre hard rock?

Terbaik!















Friday, September 28, 2012

The Wild Life

memori album 20 tahun



The Wild Life - Slaughter (1992)

Ketika album multi-platinum mereka "Stick It to Ya" diriliskan pada tahun 1990...aku tak berapa ambik peduli pun pasal mereka...biasalah...zaman aku tengah kemaruk thrash...walaupun aku tau yang Mark Slaughter dan Dana Trump tu adalah dari Vinnie Vincent Invasion.

Dan aku tak tau pun keujudan album ni sehinggalah tertengok video clips "Real Love"...dan ianya mengubah segalanya...Shannen Doherty punya pasal (masih ingat tak minah hot ni?...siri tv Beverly Hills 90210  memang top zaman tu kan...)... dia punya pasal buat aku tergerak hati membeli kaset ni...dan sesungguhnya memang aku tak menyesal...

Memang aku tak sangka....ingatkan The Wild Life sekadar macam album2 glam/hair metal yang bersepah2 zaman tu... rupanya The Wild Life memang bagus...straight hard rock/heavy metal dengan sound yang raw...tambah menarik lagunya terutama part chorus catchy2 belaka...solo2 gitar mendiang Tim Kelly pun tak kurang hebatnya...kekadang rasa lagi bagus dari Vinnie Vincent sendiri...



Kaset aku dah hilang...tapi versi cd aku ni adalah japanese edition...ada 2 bonus track dan yang bestnya ada booklet tambahan cerita pasal biodata dan discography mereka yang sepatah haram pun tak paham....maklum la...tulisan jepun..



Mungkin kalau muda2 dulu aku kurang berkenan...tapi sejajar ngan peningkatan usia agaknya...aku memang enjoy dengan album terbitan Mark Slaughter dan Dana Strum ni...memang talented dorang berdua ni...aku baca review pun banyak yang cakap persembahan live dorang pun bagus...sangat tight...sayangnya hanya kerana album ni terjual CUMA sejuta copies...dorang kena drop kerana syarikat rakaman lebih berminat ngan band2 grunge yang tengah meletup zaman tu...

Antara lagu yang aku suka sangat adalah "Reach for the Sky" dan "Streets of Broken Hearts"....Sangat rekomen jika anda berminat pada hard rock 90an...best!