Showing posts with label Soundgarden. Show all posts
Showing posts with label Soundgarden. Show all posts

Wednesday, May 31, 2023

44 hari di tahun 1991

Di awal 90an dulu pastinya kaset-kaset ini pernah kita beli, pinjam, dengar atau sekurang-kurangnya nampak di kedai. Yang menarik kesemuanya diterbitkan dalam tempoh 44 hari dari 12/08/1991 hingga 24/09/1991. Dan kesemuanya membawa pengaruh besar di dalam muzik era 90an.

Tetapi posting ini sebenarnya bukanlah nak cerita pasal tu sangat....tetapi ini hanyalah sekadar bertujuan untuk tujuan riak kasetwi...hahaha....😁


Metallica – Metallica, 12/08/1991

Pearl Jam – Ten, 27/08/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion I, 17/09/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion II, 17/09/1991 

Red Hot Chilli Peppers – Blood Sugar Sex Magik, 24/09/1991

Soundgarden – Badmotorfinger, 24/09/1991 

Nirvana – Nevermind, 24/09/1991 



Friday, May 26, 2017

Live & Let Die.. a tribute to Roger Moore dan Chriss Cornell

Semakin meningkat usia semakin ramai hero dari zaman kanak-kanak kita dah tiada. Kita yang dulu budak pun dah semakin meningkat usia, apatah lagi mereka.

Yang terkini meninggalkan kita adalah Roger Moore. Mungkin bukan hero dan tidak dikenali untuk generasi sekarang tetapi bagi sesiapa yang seusia saya, pastinya beliau adalah James Bond untuk generasi kami.


For Your Eyes Only (1981) adalah filem James Bond pertama saya. Bukan yang pertama ditonton, tetapi yang pertama mengenalkan saya kepada watak James Bond dan Roger Moore. Saya yang pada ketika itu hanya berumur 10 tahun dan tak tahu apa-apa pun pasal filem turut merasa tempiasnya. Duduk Felda mana nak tengok wayangnya, tetapi ianya kalau zaman sekarang dipanggil sebagai viral atau trending sehinggakan kanak-kanak di ceruk Felda seperti saya pun tahu mengenainya.


Octopussy (1983) pula yang kedua. Tetapi tetap juga tak berpeluang menonton filemnya. Kemajuannya masa tu dah pandai dah nak tengok Bond Girls. Ketika itus Maud Adams menjadi sebutan (hahaha..). Tetapi yang betul-betul berpeluang menonton ketika tahun ianya dikeluarkan adalah A View To A Kill (1985). Masa ni Tanya Roberts (nyum..nyum..) Zaman menyewa video tape VHS. Tambah-tambah pula lagu yang menjadi tajuk soundtracknya di nyanyikan oleh Duran Duran. Masa ni memang tengah kemaruk new wave dan Duran Duran.


Sayangnya itulah filem James Bond terakhir dari Roger Moore. Saya pula semakin kurang mengikuti perjalanan karier beliau selepas dari itu. Maklumlah dah masuk alam remaja, dah ada pula hero yang baru yang lebih muda...

Apa-apa pun terimakasih Roger Moore kerana pernah hadir di zaman kanak-kanak saya. Beliau selamanya adalah James Bond untuk saya.


Sir Roger George Moore KBE (14 October 1927 – 23 May 2017)



Kebetulan pelakon James Bond dan penyanyi yang pernah menyanyikan soundtrack filem James Bond mati pada bulan yang sama...


Entri Ringkas....tribute to Chriss Cornell

Bukanlah peminat tegar Chriss Cornell, Soundgarden ataupun grunge. Tak berapa tahu juga pasal Audioslave. Tetapi bila dah hidup di zaman grunge sedang berada di kemuncak. Sedikit tempias tu terkena juga. Dalam banyak-banyak band grunge, Soundgarden lah yang paling banyak koleksinya saya miliki.

Terimakasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada kenangan zaman remaja. Minat ke tidak, poster beliau pernah juga tertampal di dinding bilik ketika saya menuntut di IPTA...


Kenangan zaman jahiliyah…Tahun 91 atau 92…Chriss Cornell atas Kirk Hammett bawah...yang hujung tu Mas Anizan…hahaha…


Thanks for the music!
Christopher John Boyle (Cornell) July 20, 1964 – May 18, 2017



Wednesday, August 10, 2016

Down on the upside

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 21hb Mei yang lalu...


Soundgarden - Down On The Upside (1996)

Walaupun kata tak minat, saya tetap memiliki 3 album Soundgarden. Untuk cerita Badmotorfinger  rujuk sini< dan untuk Superunknown >sini<

Mungkin ini penyakit. Pantang kalau masuk ke kedai kaset. Beli bukan pasal minat tapi lebih kepada ketagihan seorang "cassetteholic/cdholic". Tak tahu ada ubat tak untuk penyakit ni. Risau juga bila sedikit demi sedikit dah terjebak pula menjadi hipster "vinylholic"...parah!...

Yang menarik minat saya untuk mendengar Soundgarden adalah soundnya yang agak metal berbanding band grunge yang lain. Tetapi dengan DOTU, muzik mereka menjadi lebih ringan. Kurang perisa metal dan tiada lagi riff riff menarik dari Kim Thayil. Walaupun trademark grunge Soundgarden masih ada tetapi secara keseluruhannya mereka cuba untuk bereksperimen dan menjadi lebih matang.


Ada juga lagu yang menarik. "Ty Cobb" salah satu contohnya. Lagu rancak yang agak berbeza dengan kebiasaan mereka. Walaupun kali ini mereka lebih melodic, tetapi tiada lagu yang sekali dengar terus melekat seperti "Black Hole Sun" dari Superunkwown.

Ada yang kata selain kematian Curt Cobain, kemunculan album-album experimental dari nama-nama besar grunge seperi No Code dari Pearl Jam dan DOTU dari Soundgarden adalah punca kejatuhan genre grunge di penghujung tahun-tahun 90an.

Mungkin juga....



Tuesday, June 24, 2014

Superunknown


Lagi yang dah 20 tahun...


Soundgarden - Superunknown (1994)

Terus terang saya hanyalah pendengar kasual mereka. Namun begitu saya pernah menampal poster Chris Cornell (zaman dia berambut panjang) di dinding bilik bersebelahan dengan poster Kirk Hammett ketika menuntut di ITM suatu masa dahulu. Entah kenapa saya sukakan nama Soundgarden. Pernah juga menampal stickernya di cermin belakang kereta saya yang pertama dulu.

Saya bukanlah orangnya yang layak untuk memberikan komen/review tentang Superunknown. Pada saya album ini tidak sesuai untuk didengar jika anda sedang berada dalam mood yang gembira. Lagu-lagunya memang agak emosi dan depressing. Senang cerita jika anda adalah seorang yang beranggapan "lagu tempo laju = bagus" dan "lagu tempo perlahan = tak bagus". Sila abaikan album ini. Tetapi jika anda sukakan grunge. Ini memang sesuai untuk anda.


Kalau sebut Superunknown, ada 2 lagu yang cukup saya ingati. Pertamanya, "Spoonman". Sering kali melihat video clipnya dirancangan MTV. Dan yang keduanya, yang ada ceritanya untuk saya adalah "Black Hole Sun". Lagu sedih begini memang sangat sesuai untuk didengar berulang-ulang kali ketika anda sedang bersedih. Ianya mengingatkan saya kepada seorang awek lama yang tinggal di Bakar Batu, JB..tak payah cerita lah kisahnya macamana kan.... heheh..






Wednesday, September 28, 2011

Badmotorfinger

Lagi bercerita pasal album dari tahun 1991...selain dari Nevermind...ni satu lagi album yang dikatakan telah membunuh band2 hair metal..



Soundgarden - Badmotorfinger

Antara 4 band grunge terbesar awal 90an dulu...Soundgarden la paling last aku discover selepas Nirvana, Pearl Jam dan Alice In Chains...sebabnya aku tak pernah dengar lagu2 dorang kat radio maupun video clipnya kat tv....kalau Nirvana selalu dengar/nengok "Smells Like Teen Spirit"...Pearl Jam ada "Jeremy" dan "Even Flow"...Alice In Chains pulak ada "Would?"...

Soundgarden ni aku cuma baca review2nya kat majalah terutama Kerrang...Badmotorfinger ni rating tinggi kat Kerrang...masa tu teringin bebeno aku nak dengonya...best sangat ker...banyak kali dah nampak kasetnya kat kedai...last2 tergerak hati jugak untuk membelinya...kalau tak silap kat Muzika Plaza Kotaraya, JB...tahun 92 ker 93...ntah tak ingat...(versi cd tu beli tahun lepas...bukan nak beli sangat pun sebenonya...tapi sebab beli banyak dapat kurangkan kos postage...purata per cd jadi RM16 lebih ajer...so kira berbaloi jugak la...)

ok abis intro perkenalan aku ngan Soundgarden...ni pasal albumnya pulak...

aku rasa dari segi soundnya..Soundgarden lah yang paling berat dan paling metal berbanding Nirvana,Pearl Jam maupun Alice In Chains...sayangnya dorang takder lagu yang laju...majoritinya lagunya sangat depressing...moody...mungkin pasal ni dorang di panggil grunge kot...padahal aku rasa dorang ni boleh kira metal jugak...tapi bila ada lagu2 lembab jenis macam "Searching with My Good Eye Closed" tu lah yang membuatkan aku merasa agak bosan nak menghabiskan keseluruhan cd....aku masih berpegang ngan prinsip Rock'n'Roll is Supposed To Be Fun...(tu pasal berkali2 dah aku cakap kenapa aku lebih suka Hair Metal...ok..yang jenis cheesy2 tu tak berapa fun...tapi time bercintan memang layan...heheh..)



bagi aku Badmotorfinger ni jenis album yang kalau aku dengar lagu2nya...aku rasa ok...bukannya tak bagus...tapi lepas abis dengar tu aku tak ingat dah...takder yang betul2 melekat...ok mungkin lagu track pertamanya..."Rusty Cage"...ini betul2 Black Sabbath...memang kalau dengar keseluruhan Badmotorfinger ni memang nampak sangat pengaruh Black Sabbathnya....tapi Rusty Cage ni paling Black Sabbath...tapi sedap jugak la...

Lain2 macam "Outshined" pun ok...aku rasa kalau dorang ada banyak lagu2 jenis laju macam "Jesus Christ Pose" tu album ni boleh jadi lagi best...apa2 pun kalau korang memang into grunge...aku punya ayat2 kat atas ni memang tak laku pun...selera memasing...tepuk ajer la dada tu...