Showing posts with label SYJ/Sofea. Show all posts
Showing posts with label SYJ/Sofea. Show all posts

Thursday, April 30, 2020

Hiburan WFH - Battle of the Bands Round 2


Lagi hiburan yang mengimbau kenangan lalu...


Battle of the Bands - Round 2 (1986)

Ada 2 benda lah yang ingat pasal album ni. Satu gambar inlay Ella kena peluk 😂 dan satu lagi nak cerita kat bawah ni.

Tahun 1986. Nak ambik SRP. (iyer... Memang dah tua... Tapi muda sikit la dari yang ambil LCE 😅). Masa ni dah start rock sikit-sikit. Tapi masih dengar A-ha. Abang bawa balik kaset Scoundrels Day masih suka walaupun dah tak kemaruk macam Hunting High and Low. Tapi lebih berminat dengan kaset Van Halen - 5150 yang juga dia bawa. Jiwa rock tu dah bermula.

Pergi kelas malam untuk SRP, ada seorang rakan bawa kaset BOTB Round 1. Dia suruh dengar. Best dia cakap. Masalahnya dia tak nak bagi pinjam. Sayangnya sebagai budak sekolah mana la ada duit nak beli kaset. Nak minta mak abah jangan harap lah. Kami bukanlah dari keluarga pendengar muzik walaupun abah ada la sedikit koleksi piring hitam dan katrij.


Masa tu tak pernah beli kaset. Biasa dengar sahaja apa yang abang dengar. Mula dari itu berhasrat nak beli koleksi sendiri. Perlahan-lahan mula kumpul duit sekolah. Mak bagi 50 sen sehari. Kena lah berjimat cermat. Kaset melayu cetak rompak masa tu harganya RM2.50. Kalau Orang Pueh RM3.00. Kaset yang asli memang tak mampu lah. Lagipun kedai kaset kat Pekan Ulu Tiram memang jual yang cetak rompak sahaja. Nak yang asli kena pergi ke bandar Johor Bahru.

Tak ingatlah beberapa bulan selepas tu, penghujung 86 kot. Bila nak beli kaset Round 1 rupa-rupanya dah keluar yang Round 2. Dan kalau tak silap (maaflah benda dah 30++ tahun tak berapa nak ingat dah) ianya adalah kaset rock melayu pertama yang dibeli sendiri. Atau pun mungkin yang kedua selepas Langit Dan Bumi. Hmmmm... Memori makin lemah...

Kali pertama dengar terus suka. Ianya menjadi salah satu penyebab mengapa saya meninggalkan Duran Duran, A-ha dan segala muzik new wave 80an yang lainnya selepas dari ini.

Walaupun dah 30++ tahun tapi masih hafal setiap lirik lagu-lagu nya. Masih tak jemu. Kalaulah saya ada DeLorean....



Thursday, November 28, 2019

Throwback - Boneka Pentas



Sofea - Boneka Pentas (1989)

30 tahun dah. Dulu masa beli kasetnya baru jer habis sekolah menengah. Sekarang dah hampir nak dapat duit EPF dah..hahaha.... Kalau tak silap beli menggunakan duit kerja kilang semasa menunggu keputusan SPM. Ingat-ingat lupa. Tapi yang paling ingat, beli sekadar beli. Tak berapa dengar sangat pun. Ketika itu tengah mula kemaruk dengan muzik thrash. Sebab itu kasetnya pun entah hilang kemana. 3 tahun yang lalu ketika beli cd ini pun sama juga. Tak dengar pun. Terus simpan dalam rak. Sekarang ni barulah rasa bersemangat nak dengar semula.


Mereka ni memang kita tahu adalah klon Motley Crue dan WASP. Tak kira muzik mahu pun imejnya. Tetapi untuk Boneka Pentas ni agak sedikit berbeza. Mereka lebih rock n roll. Lebih "Poison" berbanding Motley Crue ataupun WASP. Ini adalah tahun-tahun yang muzik glam metal sedang berada di kemuncak. Boneka Pentas sememangnya ke arah itu.

Khabarnya Joe Burnmark yang bermain gitar untuk album ini. Tak pasti kenapa bukan Fancy. Sedangkan banyak juga lagu ciptaan beliau ada dalam album ini. Tetapi tak boleh dinafikan, Joe memang seorang gitaris yang bagus. Boneka Pentas memang banyak rif dan solo-solo yang hebat. Sedap juga sound yang terhasil dari gitar Kramer Richie Sambora beliau.


Tetapi saya ada sedikit kurang gemar dengan produksinya. Ada bahagian-bahagiannya yang bunyi gitar agak kebelakang. Tetapi bab lainnya memang tak ada komplen. Lagu-lagunya  pun sedap. Memang enjoy. Memang rock n roll. Kalau nak bagi cadangan untuk rujukan sebuah album glam metal Malaysia yang bagus, Boneka Pentas adalah salah satu darinya selain dari album pertama kumpulan Blackrose,

Best!...Makin lama dengar makin suka album ini dari album Sofea yang lainnya. Dulu terlampau "true" untuk menghargai album semacam ini...hahaha...




Sunday, April 15, 2018

Battle Of The Bands


Battle Of The Bands (2006)

Ini sekadar melengkapkan koleksi. Tak beli pun. Tapi ada seorang sahabat bermurah hati nak bagi. Dia yang sambut hari jadi, saya pula yang dibaginya hadiah…hahaha..(terimkasih Encik Hensem Portdy)

Sedikit info, cd ini didatangkan dalam bentuk 2 disc dengan gabungan album BOTB Round 1 dan BOTB Round 2. Susunan lagunya sama seperti versi 2 disc keluaran tahun 1997. Kedua-duanya kurang satu lagu (Hanya Secebis Jawapan - Ella & The Boys)


Yang menarik tentang versi ini adalah inlaynya. Ianya disertakan dengan biodata band-band yang mengambil bahagian. Walaupun ianya bukanlah biodata yang lengkap, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu.


Selepas ni memang rasanya dah tak cari dah apa-apa pun keluaran tentang Battle Of The Bands. Cukuplah apa yang ada. Yang kurang cuma versi kaset dan gold disc cd BOTB Round 2. Tak apa lah. Tak cari pun. Pernah ada versi kaset dulu-dulu (versi cetak rompak). Tapi dah hilang ntah kemana.






Saturday, December 30, 2017

Battle Of The Bands Round 2 vinyl

Yang terkini di pasaran...


Battle Of The Bands - Round 2 (piring hitam 2017)

Selepas Battle Of The Bands di piring hitamkan, kini giliran Round 2 pula. Sebuah album yang tak perlu di perkenalkan lagi. Memang tak rock la kan kalau tak tau. Ianya adalah kenangan terindah bagi muda mudi yang membesar di zaman tersebut. Diam tak diam dah 31 nak masuk 32 tahun. Yang dulunya muda belia ketika membeli kaset ini pun kurang-kurangnya dah masuk umur 40 tahun dah...cepat betul masa berlalu.


Piring hitam ini semenangnya sesuai untuk collectors dan mereka yang hendak mengimbau kenangan silam. Nak kata istimewa pun tak juga. Packaging simple. Gatefold yang di dalamnya sekadar lirik. Gambar covernya kurang sharp. Ada muka band member yang memang tak nampak apa. Seperti biasa ayat 'klise'nya...biar ada dari tak ada..


Dari segi sound tak ada nak komplen sangat. Biasa la volume kena up dari biasa. Tak pasti sumbernya dari mana. Mungkin juga dari cd. Seperti yang dikatakan awal tadi, lp ini memang sesuai untuk collectors dan mereka yang mengimbau kenangan silam. Nak beli yang asal memang susah nak dapat dan harga pun tak masuk akal.


Tapi tu la....harga lp-lp reissue ini pun sebenarnya agak mahal juga. Berbalik pada point asal...Memang ianya hanya untuk collectors dan mereka yang ada kenangan silam (macam saya).



***harapnya Juara Juara Rock juga akan dipiringhitam walaupun nanti hati gembira kocek menangis...




Sunday, November 5, 2017

Battle Of The Bands - vinyl

Yang terkini di pasaran..


Battle Of The Bands (piring hitam 2017)

Kali pertama dikeluarkan dalam bentuk piring hitam. Sebuah album yang tak perlu diperkenalkan lagi. Album wajib untuk untuk semua mat rock. Album yang menjadikan muzik rock satu budaya di Malaysia. Tak rock la kan kalau takder album ni...



Untuk standard lp rock melayu...ni kira ok la...sound...packaging pun ok...takder nak komplen sangat...ada duit lebih sila beli...


Kaset dah hilang. Tak boleh la nak buat giler format. Harapnya selepas ini Round 2 pulak dipiring hitamkan.


Muzik Rock Yang Sebenar!




Tuesday, September 5, 2017

Battle of The Bands - Limited Gold Disc Edition

Antara yang terkini di pasaran...


Battle Of The Bands -Limited Gold Disc Edition - terbitan semula 2017

Tak pasti mengapa album di keluarkan sekali lagi. Kali terakhir ianya diterbitkan semula adalah 2 tahun yang lepas (2015) ketika demam album-album rock melayu reissue sedang hangat di pasaran.

Mungkin juga kerana isu sound, typo atau inlay kertas lipat 2 maka pembetulan dibuat. Atau mungkin juga ianya lubuk emas untuk meraih keuntungan. Tak kisahlah apa sebabnya. Tetapi untuk siapa-siapa yang terlepas untuk membeli edisi tahun 2015, maka inilah masanya untuk membeli album lagenda yang menjadikan muzik rock satu budaya popular di Malaysia.

versi 1997 vs 2015 vs 2017
Apa yang berbeza? Dah tentu-tentunya seperti apa yang dicanangkan adalah cdnya berwarna gold dan sound 24-bit digitally remastered. Memang betul. Gold discnya lebih baik dari gold disc merapu Hukum Karma. Soundnya pun lebih baik dari versi 2015. Tapi rasa macam sama sahaja jika anda mempunyai versi 2 dalam 1 tahun 1997. Mungkin juga ianya di ambil dari versi tersebut. Maklumlah versi ini khabarnya dikeluarkan sendiri oleh Sony Music melalui PMP Entertainment bukannya disubkan bawah label Rusa Marketing. (Maaf...jika salah info...sila perbetulkan jika salah)

beza gold disc antara dua
Inlay pula kali ini jenis lipat 3. Tak adalah istimewa sangat pun kecuali ada sedikit info berbanding versi 2015 yang langsung tak ada. Tapi apalah salahnya kan, dah alang-alang buat versi remastered, jemputlah Ali Bakar (contohnya) untuk menulis sedikit coretan sementara mereka yang terlibat dalam BOTB ni masih hidup. Susah betul nak jumpa album-album terbitan semula tempatan yang ada semua ini. Nak tahu tarikh bila album terbit pun susah. Apatah lagi nak harap bonus track...lagilah jangan harap. Kalau ada pun versi pok amai amai (hahaha...)


Tapikan...jangan nak kata versi ni tak ada salah. Typo mungkin dah jadi amalan biasa untuk album-album reissue. Tak tahulah siapa yang tukang check. Whitesteel pun boleh jadi Whitesteed. Hampeh!


Apa-apa pun pergilah beli. Kang kalau tak beli dorang merajuk tak nak keluarkan lagi. Habislah blog ni kena bantai bila cakap macam ni....😅



**May - Rahsia pun dah keluar gold disc...kata support rock melayu...kata collector...pegilah beli 😉










Friday, May 12, 2017

Kembali

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada tahun ini...


Sofea - Kembali (1987)

Selain Lefthanded, inilah kumpulan dari Battle Of The Bands yang paling ditunggu-tunggu album solo mereka. Mana kan tidak, imej dan lagu mereka adalah yang paling ganas dari kumpulan yang lainnya. Steady jer lirik ada perkataan "Celaka" dan "Sial". Saya yang pada ketika sedang kemaruk dengan Motley Crue dan Twisted Sister pastinya mudah menyukai mereka. Imej dan lagu mereka sememangnya mempunyai pengaruh yang sama.

Tetapi sebelum keluarnya album ini, dah dengar dah desas desus dan rumour tentang masalah yang melanda mereka. Tak pasti dan tak berani nak cakap tetapi ianya berkenaan dengan tuan punya nama SYJ dan anak beliau yang juga pemain drum mereka. Tetapi yang pasti, nama mereka terpaksa diubah kepada Sofea. Tak berkenan betul dengan nama ni . Hilang dah ganasnya. Manakala drummer asal. (Allahyarham Syed Noor Eduat ) hanya sempat merakamkan 2 lagu ("Kawasan Larangan" dan "Hujan").


Dengan nama baru, imej dan lagu mereka juga sedikit berubah. Sesuai dengan Motley Crue yang juga berubah imej dan corak lagu dari Shout At The Devil kepada Theater Of Pain kepada Girls, Girls, Girls, Sofea juga begitu. Kali ini buat pertama kalinya mereka merakamkan lagu-lagu berentak perlahan.

Pertama kali dengar tak berapa nak suka. Hanya "Kawasan Larangan" yang mempunyai perisa SYJ zaman Battle Of The Bands. Tapi lama kelamaan sedap juga. Lagu-lagu perlahan mereka terutamanya "Hujan" menjadi "play list" rakan-rakan ketika saya menuntut di IPTA suatu masa dahulu.

Paling suka dengan Zam. Sedap solo-solonya. Tak berapa minat dah dengan mereka bila Zam keluar. Lagu mendayu meleleh seperti "Bunga Padang Pasir" di album yang berikutnya membuatkan semakin kurang berminat dengan mereka.




Tuesday, February 28, 2017

Sofea - 16 Lagu Hits Best Of The Best

Lagi yang dah 20 21 tahun...


Sofea - 16 Lagu Hits Best Of The Best (1996)

Lagi yang tertinggal dari draft tahun lepas. Tak pasti sekarang ni dah jadi barang "rare" atau tidak. Tetapi suatu masa dulu sering juga nampak cd ini di kedai. 

Sebelum bermulanya trend cd reissue, kira cd ini lah tempatnya nak dengar lagu-lagu mereka di dalam bentuk cd. Sekarang tak pandang dah kan... Semua album mereka telah pun di"cd"kan.



Dulu beli semata-mata kerana nakkan lagu-lagu dari album "Kembali". Tetapi sayangnya cuma ada satu lagu, "Debu Khayalan".  ("Orang Timur" dan "Mata Sepet" tak kira, itu dari album Battle Of The Bands). Lainnya semua lagu dari album yang terkemudian. Saya kurang berminat dengan Sofea di era Fancy sebagai gitaris.







Saturday, March 26, 2016

lagi cd reissue...

Lagi album yang tak pernah terpikirpun akan dikeluarkan semula dalam bentuk cd.


Terimakasih kepada yang berusaha untuk menjayakannya. Abaikan segala kritikan yang kurang membina. Sound itu penting, tetapi bagi saya yang zaman remajanya membesar dengan lagu-lagu sebegini, kenangan itu lebih utama. Dapat memegangnya kembali dalam bentuk cd benar-benar dapat mengembalikan kenangan membelek kasetnya pada 29 tahun yang lalu...memang heaven!!!


Kasetnya pun masih simpan. Sayangnya "Hakikat" dah hilang ntah kemana. Tetapi yang betul-betul mengamit memorinya sebenarnya "Kembali" dan "Dilema". Zaman "Hakikat" tu dah mula sedikit demi sedikit meninggalkan rock melayu.

Apa-apa pun hajat saya untuk memiliki album-album rock melayu 80an yang saya minati dalam bentuk cd kebanyakannya telah pun tercapai. Tinggal mungkin kalau boleh, Urgent - Wajah Mistikal, Gersang - 1st album, Blackrose - 1st album dan harapnya FTG - Freedom That's Gone.

Lepas tu dah boleh tutup buku la kot...lain-lainnya kalau ada kira bonus la...




Thursday, March 24, 2016

Battle of the Bands

Yang menyambut ulang tahun ke 30...



Battle Of The Bands (1986) - keluaran semula 2015

Banyak dah diperkatakan tentang album ini. Tak perlulah saya mengulas panjang tentang lagu-lagunya. Pada saya Search-Cinta Buatan Malaysia adalah pembuka jalan tetapi Battle Of The Bands lah yang menjadikan rock dan heavy metal sebagai budaya yang popular di Malaysia

Dikenalkan kepadanya buat pertama kali oleh seorang rakan ketika menghadiri kelas tambahan untuk peperiksaan PMR SRP (giler tua penulis blog ni...hahaha...). Saya dah tak boleh ingat siapa rakan tersebut tetapi yang saya ingat beliau menunjukkan kaset BOTB tetapi tidak membenarkannya untuk dipinjam.


Melihatkan gambar cover dengan perkataan "Muzik Rock Yang Sebenar" telah membuatkan saya teruja. Maklumlah band-band rock yang ada album pada ketika itu selain Search, masih lagi dengan pengaruh rock 70an dan dangdut. Saya sendiri sebelum tahun 1986, masih lagi seorang pengemar Duran Duran. Selepas Iron Maiden dan Search, BOTB lah yang membuatkan saya betul-betul terjebak dengan genre muzik yang sebegini.

Memang tidak dinafikan pengaruh besarnya kepada saya. Sayangnya saya tidak berkesempatan untuk menonton konsert mereka. Konsert hantu begini (hahaha..) janganlah haraplah akan dapat keizinan dari orang tua. Dah lah tahun tersebut tahun peperiksaan. Tambah pula zaman tu pengangkutan untuk ke bandar dari kampung saya bukanlah semudah sekarang. Kena pula kat belah malam. Tak silap saya kalau di Johor Bahru ianya diadakan 2 malam berturut-turut di Dewan Jubli Intan.



Yang paling diminati sudah tentu-tentunya Lefthanded, Maklumlah gitarisnya, Man Kidal juga terlibat dalam album Search - Cinta Buatan Malaysia. Tambahan pula nama beliau dan Lefthanded memang dah cukup popular di sekitar Johor Bahru sebelum zaman Search lagi. Aksi gigit gitar beliau memang dah jadi bualan mat rock sekitar Johor Bahru. "Debunga Wangi" menjadi anthem bagi kami.

Tapi kira yang paling gempak sekali dah tentu-tentulah SYJ. Imej ala-ala Motley Crue mereka memang menakutkan mak bapak. Mana ada orang berani buat lirik maki dan dengan selambanya letak kaki atas meja masa majlis sidang akhbar. Lagu "Orang Timur" menjadi antara lagu kegemaran kami bila jamming di studio.

Senang cerita inilah antara album yang mengubah citarasa muzik saya. Dan dari sinilah bermulanya budaya rock dan heavy metal di Malaysia.

Rekomended!

*masih tak lupa kenangan di kantin sekolah bersama rakan-rakan beramai-ramai menyanyikan lagu Debunga Wangi sambil di iringi petikan gitar oleh senior kami Enal ( gitaris D'Fender - finalis Juara Rock Johor 1988, pernah jadi opening act untuk konsert Wings/Rusty Blade di Stadium Larkin 1989 dan pernah juga keluar dalam URTV) dan Husin (gitaris Kumpulan Sahara - pernah merakamkan album Bahang Bahang (1989) dan pernah keluar Muzik Muzik TV3)...rasa macam tak nak berhenti menyanyi walaupun loceng sekolah telah berbunyi...ianya masih terngiang-ngiang dalam ingatan....





Friday, June 13, 2014

Sofea - Hits Terbaik

Sofea - Hits Terbaik (2014)

Minggu lepas pergi ke AEON Taman Universiti dengan harapan untuk menakluk kosmos. Sayangnya tak berjaya. Dah abis stok katanya. Tapi alang-alang supaya tak pulang dengan tangan kosong…sambar cd ni…


Mengandungi 2 disc (30 lagu). Macam kebiasaannya, inlay memang hampeh. Tebal memang tebal…tapi didalamnya sekadar lirik. Info band malah gambar walau sekeping pun tiada. Dah la harganya RM31.90. Search kompilasi baru yang 2 disc tu pun tak semahal ini. Memang hampeh!

Membelinya samata-mata kerana adanya lagu Kawasan Larangan, Hujan, Kembali dan Ditinggalkan Keseorangan. Lagu-lagu dari album pertama SYJ yang bertukar nama menjadi Sofea. Zaman Zam sebagai gitaris. Satu-satunya album mereka yang saya suka.



Nampaknya hingga kini...tolak lagu Orang Timur dan Mata Sepet yang saya dah ada dalam cd Battle Of The Bands...Cuma 3 lagi lagu dari album "Kembali"...Api, Garisan (Di Persimpangan) dan Kehancuran sahaja yang masih tak dapat. Lagu Debu Khayalan ada dalam cd kompilasi terbitan tahun 1996 (seperti gambar di atas).

Daripada buat album kompilasi yang inlaynya hampeh macam ni...Alangkah baiknya kalau syarikat rakaman keluarkan balik album "Kembali" dalam bentuk cd macam yang pernah mereka buat dengan album "Anak Liar".

Masih berharap satu hari nanti adalah syarikat rakaman yang bermurah hati untuk keluarkan balik album-album Belantara, Bloodshed. Tapi kalau dapat Gersang dan Blackrose punya album pertama pun best juga...


Akan datang....review Menakluk Kosmos....tungguuuuuuu...sampai betul2 khatam....






Wednesday, August 3, 2011

Anak Liar

Entri ringkas...
(masuk bulan puasa ni rasa malas pulak nak menaip dan mengupdate blog)

Sebab tengok Sofea main masa Loudness tu hari...teringat nak buat entri ni...tengok = kat youtube bukannya depan mata...heheh)

Tu hari masa beli Wings & Superfriends kat Speedy...kerana nak mencukupkan 3 for RM30...aku beli cd ni..



Bukan la sebuah album yang aku minat sangat...tambah pulak aku tak suka cover ni...tak tau kenapa dorang tak nak letak cover asal dengan motor Kawasaki tu...takut orang cakap tiru Motley Crue kot...lagi best kalau dorang keluar kan Sofea 1st album "Kembali" dalam bentuk cd...




apa2 pun aku pernah buat entri pasal album ni...kalau korang lum pernah baca...klik SINI

Saturday, July 16, 2011

lagu yang menpengaruhi aku - no 3

No 3

ORANG TIMUR - SYJ

Masa kaset Battle Of The Band Round 1 keluar (tahun 1986)...aku dah memang into muzik...walaupun belum 100% rock...masih sikit2 layan new wave Duran Duran A-ha tu semua...tapi keluarnya kaset ni aku terus transform jadi mat rock sepenuhnya...tu jam aku kat Tingkatan 3...tinggal dah BMX...tinggal dah breakdance...malah aku dah stop main bola petang2...tu jam dah berangan nak ada band...jadi rock star walaupun main gitar jari kejung...heheh..

Dalam kaset BOTB 1 ni ada beberapa lagu yang betul2 aku suka...salah satunya Orang Timur ni...lagu ni memang legend beb...kalau nak summary kan apa yang bebudak sekarang sebut pasal rock kapak...dengar jer la lagu ni...complete...dia punya melodi..rif..solo...semuanya mengambarkan muzik heavy metal zaman tu...(btw...mana datang perkataan rock kapak ni ek...dulu2 tak pernah dengar pun!!)

Selain tu apa yang beza SYJ ngan band2 lain ni dorang punya attitude...dia orang punya imej...sebijik Motley Crue...perangai pun rockstar abis...pernah terbaca kat paper dulu2 ada wartawan komplen bebudak SYJ kurang ajar..time press conference boleh dorang duduk kaki letak atas meja...hahaha...

aku pun zaman tu baru kenal Motley Crue...Twisted Sister...WASP...Quiet Riot...Dokken...Loudness dll...bila ada lagu melayu yang jenis2 macamgini...terus aku minat...satu yang paling aku suka lagu ni pasal solo gitar dia...mana ntah hilangnya gitaris dia Zam ni...aku rasa SYJ dah tak best lepas dia blah...dari SYJ yang ganas jadi lembut SOFEA...dari Anak Liar jadi Mimpi dan Airmata....eiiiii...

lagu ni adalah antara lagu awal yang aku dan geng2 sekelas bawak gi jamming...tu jam aku main bass...so memang banyak nostalgia la...sampai sekarang pun rasanya aku tak pernah jemu dengan lagu ni...rasa rindu lak nak jamming ngan geng2 lama ni...vokalist dah kat Arab Saudi...gitarist dah kat Sabah...Drummer dah jadi tabligh...2nd gitarist dah lost kontek....aku pulak dah bertahun tak sentuh gitar...memang tinggal kenangan jer la...






bersambung lagi...

Sunday, February 7, 2010

Anak Liar

Nak sambung Wings lagi???...haha..cukup la dulu..tapi pasti akan ada sambungannya nanti...tungguuuu...tapi kali ni nak citer pasal lain...nak tolong meleraikan kemusykilan En Musspeedrider kita...


kaset Sofea Anak Liar kepunyaan En Speedrider

Oleh itu dengan bantuan anak bongsu aku...kami menyiasat di gerobok kaset...aku menyelongkar...anak aku mengembur...dia ingat mainan agaknya kaset2 tu...abis dikitainya isi perut kaset tu...jenuh aku nak menyusun semula...tapi berbaloi...akhirnya misi berjaya...tak sangka masih ada lagi rupanya...inilah yang aku maksudkan...kaset SOFEA ANAK LIAR



iyer...beginilah bentuk rupanya kaset 1st pressing Anak Liar yang diterbitkan pada tahun 1988...mengikut catatan aku kat inlay kaset tu...dibeli pada 28 Dec 1988 bersamaan 19 Jamadil Awal 1409...tarikh bln Islam pun ada ooo...hehe

Bermakna kaset dari Bintulu En Musspeddrider tu sememangnya pressing yang ntah ke berapa ntah...banyak yang telah di modified..gambo cover naik motor ala2 Motley Crue Girls Girls Girls (ciplak atau sekadar mengambil idea...hehe..)dah tak der...(btw..motor Kawasaki tu...bukan Suzuki ahh En Musspeedrider :P)...diganti dengan gambo dari inlay...gambo inlay pulak sebenonya bukan dari Anak Liar...tu dari album Boneka Pentas (Motley Crue Theater of Pain????...lagi sekali???...kebetulan kot...heheh..) sayangnya kaset Boneka Pentas ni gagal aku temui...hilang dah...



So..harap2 En Musspeddrider berpuashati yer...disini jugak aku tampalkan gambo2 dari kaset tersebut khas untuk sapa2 yang tak merasa hidup di zaman tersebut...kalau rajin mungkin aku akan tampal jugak gambo2 dari kaset2 lain dari zaman tersebut yang masih aku simpan...khas untuk tatapan generasi hari ni...tapi sayangnya majoriti darinya dah hilang...




Alang2 dah tercerita pasal album ni...aku nak sentuh sikit isu ciplak lagu Anak Liar tu...kalau band2 lain contohnya Search (Nombor, Sirih Dan Gambir)..terang2 kat inlay dorang tulis lagu Copyright Controlled...maknanya kita tau lagu tu lagu saduran...tapi bab Sofea ni lain...tak caya check gambo bawah ni...



kalau takat ciplak intro, chorus atau solo tu kira boleh maaf la kot...ni kalau satu lagu ciplak...siap dgn lirik2 sekali...pastu tak bagi credit pun kat pencipta/penyanyi asal...tak tau la aku nak cakap...mungkin zaman tu dorang rasa tak banyak yang tau rock omputeh kot...

Ok cukup isu Anak Liar dgn Wild Child WASP ni...so macammana pendapat perbadi aku pasal album ni...Terus terang ini adalah permulaan aku mula tak suka Sofea...pertamanya ketiadaan gitaris asal dorang Zam...sayang sungguh..aku suka sangat brader ni...dan aku tak minat dengan pengantinya Fancy...Tiada rif2 berat dalam album ni...majoritinya bunyi gitar adalah tenggelam dan kebelakang kecuali part solo...jadilah lagu2 dorang yang heavy yang takder sound heavy...kalau korang paham la maksud aku...

Apa2 pun aku suka permainan dan sound bass Man Rani dalam album ni...terutama lagu Sisa Sisa Hidup ...lemak berkrim wooo...(En Ijau...pls take note...mungkin anda hendak mencuba lagu ni mengunakan Black Ice anda...heheh)



Bagi aku album ni bermulalah era Sofea berlembut...mungkin imej ganas tak boleh kemana dalam industri muzik Malaysia zaman tu...nak cari makan beb...bermula la era2 lagu cintan meleweh dorang...kebetulan lagu "cari makan" Bunga Padang Pasir nyanyian Man Rani tu meletup...tapi aku tak suka ahh lagu ni...meleweh sangat...

Kesimpulannya...bukanlah tak best album ni...cuma tak kena dengan selera aku...mungkin aku terlalu mengharapkan SYJ bukan Sofea...atau setidak2nya lagu2 macam album pertama dorang Kembali...tapi lagu Godaan Syaitan tu boleh tahan la...ada bunyi2 SYJ lama..lagu2 lain tu kira so so ajer la..