Showing posts with label Rusty Blade. Show all posts
Showing posts with label Rusty Blade. Show all posts

Saturday, October 24, 2020

Berat

Pandang belakang ke zaman remaja...sempena Yantzen masuk Gegar Vaganza...hahaha...


Rusty Blade - Berat (1988)

Sesuai dengan tajuknya. Album ini memang berat. Susah nak jumpa album rock melayu yang cuma ada 3 lagu perlahan. Susunan lagunya pun tidak mengikut standard yang biasa. 2 lagu awal adalah lagu yang berat. Lagu-lagu perlahan pun bukanlah jenis yang menggunakan keyboard dan meleweh.

Sesuai betul dengan jiwa remaja yang pada ketika itu telah mula terpengaruh dengan muzik yang lebih keras dan lebih ekstrim. Lagu-lagu beratnya sentiasa di dalam senarai untuk di bawa jamming. Tetapi biasanya bila dah di studio, balik-balik lagu "Tercipta Kasihku" juga yang di bawa. Maklumlah skill budak sekolah yang tak seberapa. Lagu-lagu perlahan adalah Jalan yang lebih mudah...hahaha...


Dulu kasetnya kawan pinjam dengan alasan nak cari kord lagu untuk jamming. Tapi itulah...sampai kesudahnya tak pulang. Bukan kaset jer yang lesap tapi dengan dia dia sekali berserta beberapa keping kaset yang lain lesap hilang tanpa dikesan hingga sekarang. Nak buat macamana, lepas habis sekolah terus lost contact. 

Apa-apa pun ini adalah antara album yang menarik untuk dikenang. Ketika itu kalau sebut heavy metal melayu memang Rusty Blade adalah yang teratas. Hanya yang melalui dan membesar di zaman itu akan paham.

Monday, April 17, 2017

Rintangan Hidup Dunia LP

Keluaran semula piring hitam rock melayu yang terkini di pasaran.


Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (Lp Reissue 2017)

Ini suatu yang mengujakan. Terutamanya jika anda membesar dengannya. Selain Search dan Battle Of The Bands, Rusty Blade adalah antara yang terawal meghasilkan album di era kebangkitan rock melayu di pertengahan 80an dahulu. Mereka adalah heavy metal melayu yang sebenar.

Sayangnya rasa teruja itu sedikit luntur apabila  melihat gambar covernya. Gambar yang blur masih boleh diterima. Tetapi gambar yang salah memang tak patut berlaku. Saya dah terbayangkan gambar Flying V Hitam Putih dan posing maut Yantzen. Tetapi apa yang ada adalah gambar dari album Ikrar Perwira. Ingatkan saya seorang yang perasan. Tetapi seorang rakan turut menghubungi saya mengatakan perkara yang sama. Nampaknya saya tidak keseorangan walaupun rasanya ramai lagi pembeli yang lainnya tidak perasan atau tidak ambil peduli atau memang tak tahu.

Gambar yang sepatutnya adalah seperti kaset di atas.

Rasanya dengan harganya yang agak mahal (RM190), perkara sebegini sememangnya tidak patut berlaku. Bagaimanakah benda yang sepatutnya menjadi khazanah negara boleh di buat secara lewa. Adalah pihak pengeluar hanya ingin mengambil kesempatan.

Dalam gatefold pun gambar line-up Ikrar Perwira. Hampeh betul. Beg tu tak dapat pun tak apa. Bukannya boleh simpan lama. Kos tu pergi kat kualiti cover lagi elok. Satu lagi...Gatefold dengan piring hitamnya keluar dari atas...agak ganjil kan?...

Satu lagi...Kat lagu tulis 1987...tapi kat bawah tu tulis 1986...semak kat kaset tulis 1987...mana yang betul? typo?....

Kadang-kadang rasa malas nak cakap banyak. Nanti ada yang kata dah untunglah tu ada. Tak suka...tak payah beli. Tapi kalau tak ditegur perkara-perkara sebegini akan sentiasa berulang-ulang. Kami bukan sekadar casual listener...bukan juga beli untuk sekadar penuhkan rak. Tapi kami adalah peminat yang membesar bersama muzik mereka. Perkara yang mungkin di anggap kecil oleh sesetengah pihak adalah amat besar bagi kami. Minat kami sepatutnya juga dihormati.




Ok la...apa-apa pun terimakasih kepada pihak yang terlibat. Nak beli lp yang asal memang harganya tak masuk akal. Semoga perkara sebegini di ambil perhatian. Nasib juga soundnya boleh tahan,

Tu la...bising-bising pun beli juga semua format...dan suka la kan...tapi sampai bila nak kena tipu?

**Agak-agak boleh tak minta dorang buat semula cover dengan gambar line-up yang betul?...macam rasa tak puas pulak tengok cover yang ini.




Tuesday, November 29, 2016

Rusty Blade Discography

Dengan keluarnya 3 cd reissue ini...maka lengkaplah koleksi cd versi "full cover" untuk semua album Rusty Blade.


Tetapi sebenarnya jika anda sudah memiliki versi "Lagenda Rock 80an", selain gambar cover penuh. Yang lainnya tiada perbezaan. Sebijik!

Pada saya lebih menarik kalau mereka mengekalkan tracklist asal seperti di kaset. Tak perlulah lagu-lagu bonus dari album 786 Ikrar Perwira. Album itu pun dah ada versi cd. Tapi nak buat macamanakan. Seperti biasa...taglinenya..."janji ada dari tiada"...huhu...


Ini versi Lagenda Rock 80an bersama 2 album kompilasi terbaik...tak pasti berapa banyak versi "best of" yang ada...


Ini pula versi kaset...sayangnya "Berat" dah hilang ntah kemana...tengah tunggu juga kot-kot akan keluar pula versi piring hitamnya... 😀






Wednesday, November 2, 2016

Gila Format - 786 Ikrar Perwira




tak beli versi kaset yang baru...masih simpan kaset yang asal walaupun versi lanun...ianya lebih bernostalgia...

btw...sila kumpul duit...Hukum Karma versi piring hitam pula akan menyusul....





Friday, May 20, 2016

786 Ikrar Perwira

Sempana ulang tahun ke 30...


LP Edisi Terhad 30 Tahun Rusty Blade "786 Ikrar Perwira"

Tak sangka la selepas 30 tahun ianya dikeluarkan dalam bentuk piring hitam. Memang tak pernah ada pun dalam versi lp mahupun cd secara penuh sebelum ini. Kalau ada pun hanya dikeluarkan sebagai lagu tambahan dalam cd Rusty Blade "Siri lagenda rock 80an" terbitan tahun 2003. 786 Ikrar Perwira dan Pemuda Rock n Roll ada dalam cd Berat. Gadis Lincah dalam cd Rintangan Hidup Dunia manakala Darah Muda dan Pertama Dan Terakhir dalam cd Awas.


slip cover belakang...yang atas tu belah depan
Lp ini diterbitkan hanya untuk 300 keping sahaja. Edisi Terhad. Maknanya lepas 10 tahun geng kapitalis dah boleh buat duit..haha...tapi serius cakap, lp ni sound sedap. Japanese press 180 gram. Cuma ada juga yang komplen harganya agak mahal berbanding jumlah lagunya yang hanya sekadar lima buah. RM155 sebenarnya mengigil juga nak membayarnya...tapi tak pasti pula berapa kos untuk menghasilkannya...

"cover/sleeve"nya mengekalkan artwork kaset yang asal. Cuma muka Jatt BDB tu takder la...

Berbaloi atau tidak bergantung siapa diri anda sebenarnya. Lp Siti Nurhaliza sebelum ini pada saya tidak berbaloi dengan harganya. Saya tak minat Siti. Berapa pun harganya sememangnya tidak berbaloi untuk saya (Maaf peminat Siti...ini sekadar contoh) tetapi 786 Ikrar Perwira adalah sebahagian dari catatan kenangan awal remaja saya. Mana mungkin ianya tidak berbaloi. Selagi termampu sudah pasti saya akan cuba untuk memilikinya.

"cover/sleeve" belakang
Mendengarnya satu demi satu kenangan di tingkatan 3 bermain di depan mata. Siapa awek cun kelas sebelah pun tiba tiba boleh terlintas di kepala..haha..tapi secara seriusnya, kalau rock melayu, selepas Search dan BOTB, inilah album yang menjadikan saya peminat rock tegar.


Mereka memang unik. Lain dari yang lain. Heavy metal yang sebenar. Semua lagu sedap. Semua tak jemu dengar...


Bezanya versi LP 30 tahun ni dengan kaset, dia takder lagu Jatt Black Dog Bone (Kau Pergi Tiada Pengganti – cover Still Loving You daripada Scorpions), Shirley (Kau Kini Mengerti dan Sebatang Lilin) dan Pelangi (Ingat-Ingat Lupa). Bagus juga takder...kalau ada buat leceh ajer...


Antara kandungan di dalamnnya...kertas lirik...cuma sdekit kemusykilan...dalam cd tulis lagu-lagunya ciptaan Yantzen...tapi kat sini Azizan Abu Bakar (Zan)


Dan poster klasik Rusty Blade MK 1 - Zan (dram), Khalid Mobin (gitar), Yantzen (vokal), Razak (bass) dan Mamat (gitar)


Last sekali piring hitam manisnya. Harapnya lepas ini Life akan keluar pula lp yang lainnya. Khabarnya XPDC pun ada dalam senarai. Memang nak kena puasa awal la ni...adeh...

#hatigembirapoketmenangis

Terbaik dan rekomended!!!






Thursday, September 30, 2010

Berat

Ni Eddie punya pasal la ni...selepas dia kesaruk dan menge"tag" aku dengan lagu2 Rusty Blade...tetiba je aku aku pun dilanda demam Rusty Blade...Oleh kerana aku dah pernah buat entry pasal Rintagan Hidup Dunia...kali ni aku buat pasal album no 2 dorang "Berat"



Lama giler dah tak dengar album ni...sesuai dengan tajuk dia...album ni sememangnya berat...berbanding dengan band2 rock melayu mainstream lain di zaman 80an dulu...Rusty Blade sememangnya paling berat...iyer mungkin ada yang kata SYJ pun berat...tapi bila dah jadi Sofea...semakin bertambah album semakin menjadi lembik...tetapi tidak dengan Rusty Blade...semakin lama...semakin heavy...ntahlah mungkin pasal dorang cuma ada 3 album dan 1 ep ajer kot...kalau ada no 4...mungkin jadi lembut...haha..mana tau kan...

Album ni dikeluarkan pada tahun 1988...tahun2 kegemilangan rock melayu...tu jam memang berderet2 album rock keluar...tapi takder satu pun yang dapat celen muzik heavy metal sebenar dari Rusty Blade ni...band lain banyak main hard rock...tapi band dari Singapore ni memang betul2 heavy metal...ok la..bukan semua lagu heavy...ada satu lagu hard rock Lagu Kedamaian dan 3 lagu slow rock..Terciptalah Kasihku, Kenangan Cinta dan Luka...biasa la lagu cari makan...tapi ni semua bukan la jenis rock leleh..masih dengar bunyi distortion gitar...

Sayangnya kaset aku dah hilang...ada la member2 yang pinjam lepas tu buat harta...so aku takder info detail pasal album ni...remastered version cd ni bukanlah boleh harap sangat...langsung takder info..aku pernah sentuh pasal hal ni dulu...apa nak buat...syarikat rakaman kat sini suka buat kerja cincai...nak untung lebih jer kan...tapi takper la...untung jugak dorang nak riliskan balik kan...tabik la Life Records...syarikat rakaman lain lagi hampeh...balik2 keluarkan kompilasi leleh...

banyak lagu2 heavy yang best dan catchy...riff2 berat dan solo2 membunuh...aku tak sure sapa yang lebih banyak menyolo...mungkin Khalid Mobin...tapi memang ada part2 yang twin gitar solo ala2 Smith/Murray antara Khalid dan Md Noor Hendrix...aku tak sure yang mana satu antara dorang berdua ni...masa bebudak dulu tengok dorang live...tak terpikir pulak nak tengok sapa2 yang main part mana...ternyata kemasukkan Md Noor membuatkan Rusty Blade jadi bertambah menarik...twin gitar attack dorang memang yang terbaik dalam sejarah rock melayu...



Lagu paling aku suka adalah Ali Baba...bunyi gambus kat intro yang best tu...tak silap part ni Khalid yang main...dedulu masa zaman2 memuda masa ada band...try jugak nak cover lagu ni...tapi bila masuk jamming studio...asik la terbawak lagu Tercipta Kasihku...bistu lagu2 slow yang senang...hahaha...

Lagu2 lain yang best..Wira,Seniman Agung,Jarum Yang Halus dan Jasa Tok Janggut...aku suka semua solo2 dalam lagu2 ni...memang best...satu lagi yang menarik pasal Rusty Blade pada aku selain gandingan Khalid/Md Noor dan suara Yantzen...adalah drummer dorang Zan...selain aku suka ketukan drum dia...dia jugak boleh mencipta lagu dengan baik...contohnya lagu2 seperti Ali Baba dan Jarum Yang Halus...tapi yang pastinya Rusty Blade ni semua band membernya boleh mencipta lagu...termasuk la bassistnya...tak payah la nak harap M Nasir jer...satu benda yang band rock paling paling popular kat malaysia pun tak buat...respek!

Friday, March 27, 2009

Rintangan Hidup Dunia

Sekali lagi aku akan memaparkan kaset2 lama aku yang telah berjaya aku upgradekan ke cd...takder la beriya2 nak upgrade pun...cuma kalau terjumpa..aku beli la cdnya...so ini entry untuk riak cdwi...haha..

Dari kaset ke cd...Rintangan Hidup Dunia - Rusty Blade

Aku mula tau pasal rusty blade kalau tak silap tahun 85...tak banyak info aku jumpa pasal dorang kat internet...tapi korang boleh cekidout kat sini. Rusty Blade la antara band2 awal rock melayu era 80an yg aku follow selepas Search dan Battle Of the Band...dan inilah album (ep) pertama dorang yg aku masih simpan...786 Ikrar Perwira...seperti biasa...versi cetak rompak la...biasa la budak sekolah...mana ada duit..


kaset ni dah 24 tahun...kalau pompuan kawin muda...mau dah anak 3 dah...hehe..



Seperti yang boleh dilihat kat gambar di atas...terdapat 5 lagu Rusty Blade iaitu 786-Ikrar Perwira,Gadis Lincah,Darah Muda,Pemuda Rock n Roll dan Pertama dan Terakhir...selebihnya satu lagu Jatt (Black Dog Bone) cover lagu Still Loving You (Kau Pergi Tiada Penganti) dan 1 lagu kumpulan Pelangi (A.Ali) dan 2 lagu minah rock Shirley Hermosa (Kau Kini Mengerti dan Sebatang Lilin)..ntah sapa minah ni aku pun tak kenal...tak silap aku minah indon ..rasanya Razzi M (gitaris Black Dog Bone) yang terbitkan ep ni.

4 lagu heavy Rusty Blade tu korang dengar dia punya riff gitar...dasat..advance sungguh rusty blade zaman tu...lagu Ikrar Perwira memang terbaek la...sampai sekarang jadi favourite aku...dan aku memang minat semua lagu2 dalam ep ni...er tolak yang Jatt,Pelangi dan minah indon tu la...heh...

Tapi sebenarnya aku bukan nak citer pasal ep ni ajer..sebab ep ni memang tak keluar dalam bentuk cd pun..tapi kesemua lagu2 dalam ep ni ada diselitkan dalam cd2 yang Life Record keluarkan semula pada tahun 2003.. contohnya cd Rintangan Hidup Dunia ni...terselit lagu Gadis Lincah dari ep tu...


Kaset diterbitkan tahun 87...cd 2003...harga beza RM7.30 jer..tak jauh juga bezanya..


ini pula kasetnya...hah...yang ini ori...tapi masa dikeluarkan tahun 1987 tu pun aku beli cetak rompak gak...ni aku upgrade 2,3 tahun kemudiannya..



Kalau tengok gambar kat cover tu...hanya Yantzen, Khalid (zaman ni masih hensem...belum botak...hahaha) dan Zan je yang aku kenal...gitaris lagi sorang tu aku tak kenal...ikut kat wiki namanya Izad...bassist pun takder gambar...ni jam Man Karen masih main ngan Rockers...

Zaman tu boleh la dikatakan Rusty Blade la band rock yang paling heavy (SYJ satu lagi)...Iron maiden Singapura la kan...lagu2 macam Rintangan Hidup Dunia,Satria Bangsa,Langsuir Liar,Taming sari,Ketagihan, Rock memang favourite la...itu jam kalau gi jamming...tak bawak lagu Rusty Blade macam tak cukup rock la...haha...

satu lagi yang bestnya Rintagan Hidup Dunia ni...lagu2 slow pun terangkat..Tiada Lagi Aku, Penantian dan Kehilangan...3 buah lagu slow rock yang bukan leleh meleweh...tetap terasa rocknya...ini yang bezakan Rusty Blade ngan band2 lain...tak main bunyi keyboard meleleh time kalu slow...

Aku merasa sekali je tengok Rusty Blade live...tahun 87 ker 88...tak ingat...kat Stadium Larkin...time tu dorang ngan Wings...opening actnya budak kg aku D'Fender...kita org duk baris depan...nak support org kg la kan...haha...dorang bawak lagu cover Malmsteen dan Maiden...yang paling aku tak lupa..aku dan member2 duk nyanyi sama2 masa band D'Fender ni perform...ada la 3,4 org mat rock rambut panjang sebelah sudah jeling2 kita orang...mungkin dorang pelik kot...bebudak sekolah macam kita orang lagi rock dari dorang...iyer la siap hafal lagu Maiden kan...dorang gaya je rock...lagu omputeh tak tau...hahaha...tapi..ni betul ni..bagus band D'Fender ni... sayang x dapat kemana..merasa jugak la dorang keluar URTV sekali...tu zaman abang rambut ketak Melodi masih wartawan URTV...tu hari terjumpa vocalistnya dah keja bawak bas kilang rupanya...tapi penampilan tetap rock...haha...band paling top kat kg aku kalau time keja kahwin ni...walaupun ada satu lagi band lain dari kg aku yg berjaya buat album...iskh...iskh..ini cerita lain...dah melalut la pulak aku...ok..ok...back to topic...rusty blade oi...hehe..

Rusty Blade ni kalau live yg bestnya nengok aksi Yantzen...showmanship dah macam Bruce Dickinson...dah lah stail rambut pun sama...siap panjat2 tiang bendera lagi..memang tak reti duk diam...dan macam biasa jugak dorang pun rajin cover lagu Maiden...tu pasal dapat gelaran Iron Maiden Singapura kot.

kalau dengar 786-Ikrar Perwira dan Rintangan Hidup Dunia ni memang buat aku teringat zaman2 80an la...zaman2 sekolah...zaman2 jamming konon nak jadi rock star...haha...those were the days.. :p